Cara Cepat Latih Anak Bebas Pampers
Pelan perancangan untuk latih anak bebas pampers yang lama dirancang akhirnya dah tiba masanya Tanggal 22 Ogos beberapa tahun lepas semasa anak kedua genap umur tiga tahun. Kami suami isteri nak anak kedua mesti dilatih bebas dari pampers seawal mungkin.
Cara Melatih Anak Bebas Pampers Sebelum Umur 3 TahunMinggu Pertama Latih Anak Bebas Pampers:
Mula-mula tu kami pastikan rumah telah dikemas dan paling penting simpan semua karpet. Minimakan perabot yang susah nak kering terutamanya yang jenis fabrik.Pagi lepas mandi pakai pakaian sahaja tanpa pampers. Masa ni kami beritahu dia yang hari ni tak pakai pampers nanti kita buang air ke tandas.Setiap 30 minit bawa anak ke tandas. Kalau dalam masa 30 minit ni anak terlepas di seluar, kurangkan masa ke 15 minit sekali ke tandas.Masa ni memang penat, tapi demi kebebasan dari pampers tetap teruskan.
Ada masa tu entah macam mana anak akan 'terlepas' juga diluar tandas. Jadi masa ni janganlah marah-marah walaupun penat. Tunjukkan sahaja tempat yang patut dia buang air iaitu di tandas. Saya gunakan toilet seat untuk kanak-kanak. Selesa sikit untuk anak yang masih kecil ni.
Kids toilet seat : Beli di Shopee
Letih sangat-sangat untuk minggu pertama nih! Pelbagai cabaran dan dugaan , berat dan ringan. Untuk parents memang kena la banyakkan bersabar.
Tips nak bagi anak tak takut ke tandas, lepas dia selesai membuang, bila dah keluar tandas ramai2 tepuk tangan , pujian memang kena melambung.
Masa ni tengok akhir minggu pertama anak dah mula faham dan biasa dengan rutin. Kakak sulung yang paling banyak bantu dan tanya "adik nak pergi tandas ? "
Minggu ke Dua dan ke Tiga Latih Anak Bebas Pampers:Lepas selesai minggu pertama yang konsisten, latihan anak ke tandas kena juga diteruskan. Masa ke tandas dah mula boleh dipanjang ke satu jam sekali atau 2 jam sekali ikut keadaan anak. Anak perlu minum air secukupnya.
Jangan halang atau kurangkan pengambilan air supaya dia kerap ke tandas. Tujuan nya supaya anak ni lama-lama dia kenal tempat sepatutnya dia mem 'buang' adalah di tandas.
Bawa Beraktiviti Di TamanMasa minggu ke-2, kami mula bawa anak ke luar beraktiviti tanpa pampers. Tempat pertama ke kedai makan. Sampai sahaja ke kedai kami bawa anak ke tandas dulu. Masa ni anak agak menolak sebabnya dia tak biasa dan juga masih agak takut. Tapi kami pujuk perlahan-lahan dan biar dia buang air secara natural.
Dah selesai macam biasa puji sampai dia rasa bangga berjaya buang air di tandas. Kemudian ke taman permainan yang ada tandas dan juga ke pasar raya. Cumanya malam masih pakai pampers lagi. Minggu seterusnya nak ajar anak untuk tidak pakai pampers masa tidur.
Anak-anak akan mula biasa jika kita tetapkan rutin dengan konsisten. Selamat berjuang untuk semua ibubapa yang sedang melatih anak untuk bebas pampers.
Macam mana progress anda semua?
Ada anak yang dah mula bebas pampers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eksplorasilea.com/2022/02/cara-cepat-latih-anak-bebas-pampers.html