5 Cara Angkat Kuasa Undi Anak Muda



DALAM kolum lepas, saya telah membincangkan satu keadaan hipotektikal di mana kuasa undi Siti Fatimah akan mengecut tinggal satu pertiga sahaja jika beliau berpindah dari kampungnya di N05 Tenang, Segamat (102,983 pengundi) ke N48 Skudai (33,734 pengundi) kerana melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kalau Siti Fatimah orang Selangor yang berasal dari P092 Sabak Bernam (51,170 pengundi) dan berpindah ke P102 Bangi (293,560 pengundi) untuk belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kuasa undinya akan merosot sampai satu perenam sahaja.
Dari Tenang ke Sabak Bernam, anak muda berhijrah ke kota raya untuk mencari ilmu atau rezeki yang kurang peluangnya di kampung datuk nenek mereka. Tetapi mereka dihukum oleh sistem politik yang mengerdilkan kuasa undi mereka apabila kawasan bandar sesak dengan pengundi semacam ikan sardin dalam tin.
Maka, mampukah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kita melahirkan kerajaan, undang-undang dan dasar-dasar yang pro anak muda daripada peluang pekerjaan, mutu pendidikan, harga rumah, pengangkutan awam, alam sekitar, kesamarataan di depan undang-undang (tiada dua darjat) sampai ke kelajuan internet?
Hairan mengapa pemimpin muda beratur panjang menunggu menggantikan pemimpin berkelas antik apabila pengundi muda selama ini dikerdilkan.
Pembahagian kawasan pengundi yang tidak sekata (malapportionment) selalu ditayangkan sebagai isu antara kaum yang menguntungkan orang Melayu.
Persepsi basi ini gagal melihat penghijrahan orang Melayu sejak 1970-an yang telah membandarkan orang Melayu dan turut memelayukan bandar.
Apabila anak muda yang kurang upaya dalam menentukan masa depan negara, siapa majoriti dalam kalangan mereka? Bukan anak muda Cina dan India, juga bukan anak muda Melayu kayangan, tetapi anak Melayu kebanyakan.
KUASA POLITIK
Terdapat sekurang-kurangnya lima cara penyelesaian untuk mengangkat kuasa politik anak muda.
Pertama, patuhi kehendak subseksyen 2(c), Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan di mana kawasan pilihan raya dalam negeri yang sama mesti mempunyai jumlah pengundi yang ‘lebih kurang sama banyak.
Kedua, munasabahkan pengagihan kerusi Dewan Rakyat dalam kalangan negeri Semenanjung dan di antara Sabah, Sarawak dan Labuan (kekal satu perempat jumlah kerusi).
Ketiga, perkenalkan kerusi ‘senarai parti’ (party list) yang membolehkan pengundi mengundi parti secara langsung dan kerusi diagihkan antara parti bertanding secara berkadar (proportional) supaya anak muda dan pengundi lain senang mendapat perwakilan di Dewan Rakyat tak kira di mana mereka mengundi.
Keempat, perkenalkan pilihan raya untuk Wilayah Persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan tempatan. Kalau Jakarta boleh mengundi Gabenornya, apa kekurangan warga kota Kuala Lumpur untuk memilih Datuk Bandar?
Kelima, daripada melantik ramai orang politik dan elit yang tidak rasa denyutan nadi rakyat ke Dewan Negara, biar rakyat undi senator untuk mewakili negeri masing-masing. Ini tidak perlu pindaan Perlembagaan Persekutuan kerana telahpun diperuntukkan di bawah perkara 45(4).
Parti-parti yang inginkan undi anak muda, usah beretorik panjang atau mempamerkan istilah canggih.
Tunjukkanlah keiltizaman anda untuk memperkasakan kuasa politik anak muda dalam manifesto untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
*Prof Wong Chin Huat ([email protected]) seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen.
Baca Artikel Menarik:
“Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin” Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana…. 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa? Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu Rider tercampak dilanggar lari (Video) Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

The post 5 cara angkat kuasa undi anak muda appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/04/5-cara-angkat-kuasa-undi-anak-muda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Anak Jutawan Sertai Muda Curi Tumpuan

Prn Johor Anak Jutawan Sertai Muda Curi Tumpuan

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 162 hits
Dian Lee anak kepada taikun hartanah Lee Kim Yew adalah antara ahli baru berprofil tinggi yang menyertai Muda baru baru ini Pembabitannya itu mencuri tumpuan khususnya buat warga maya di media sosial Malah penglibatan anak jutawan itu mence...
Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 424 hits
January 30 2022Anak lelaki itu tunjang keluarga Andai betul cara didikannya mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat Jadi mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburk...
Ajar Anak Cara Betul Mewarna Baru Anak Makin Selesa Hasil Pun Kebabom

Ajar Anak Cara Betul Mewarna Baru Anak Makin Selesa Hasil Pun Kebabom

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 214 hits
Ketika anak menulis atau membuat aktiviti di rumah pandang dan lihatlah kedudukan anak kita Perbetulkan mana yang dirasakan tidak selesa Bila anak makin selesa untuk memegang pensil menulis dan seterusnya mewarna barulah hasil mewarna anak ...
Lelaki Ini Bagi 5 Sebab Mengapa Anak Muda Perlu Bekerja Di Dubai

Lelaki Ini Bagi 5 Sebab Mengapa Anak Muda Perlu Bekerja Di Dubai

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 200 hits
Tak tahu lah sama ada anak muda sekarang mengenali atau tidak figura Irfan Khairi yang menjadi jutawan ketika usianya 25 tahun di awal tahun 2000 Kejayaannya menjadi jutawan muda menerusi perniagaan internet membuatkan ramai yang berasa ban...
Anak Muda Akan Terus Desak Tangkap Azam Baki

Anak Muda Akan Terus Desak Tangkap Azam Baki

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 231 hits
Anak muda akan meneruskan aksi protes biar pun himpunan pagi tadi tidak mencapai matlamat untuk berarak ke Masjid Negara dan Dataran Merdeka Ketua Pemuda Pakatan Harapan Howard Lee dalam ucapannya menegaskan anak muda tidak akan berundur da...
Mereka Tak Tahu Nikmat Suap Pakai Tangan Raja Ilya Nekad Mahu Besarkan Anak Cara India Melayu

Mereka Tak Tahu Nikmat Suap Pakai Tangan Raja Ilya Nekad Mahu Besarkan Anak Cara India Melayu

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 309 hits
Umum mengetahui yang pelakon berbakat besar Raja Ilya kini menetap di Perth Australia selepas mendirikan rumah tangga bersama belahan jiwanya Trent Garret Sungguhpun sudah berhijrah ke bumi asing dan menetap di sana sejak beberapa tahun lal...
Prn Johor Spr Ada Kuasa Wujudkan Undi Pos Untuk Warga Johor Yang Kerja Di Singapura

Prn Johor Spr Ada Kuasa Wujudkan Undi Pos Untuk Warga Johor Yang Kerja Di Singapura

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 213 hits
Astro AwaniSPR digesa wujudkan satu kaedah undi pos bagi membolehkan lebih 400 000 rakyat Malaysia termasuk pengundi Johor di Singapura untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya boleh...
Suap Anak Pakai Tangan Yang Terbaik Cara Bersahaja Ozylnn Dapat Pujian

Suap Anak Pakai Tangan Yang Terbaik Cara Bersahaja Ozylnn Dapat Pujian

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 215 hits
Seorang ibu apa apa mesti akan utamakan anak dulu Tak kisahlah bab makan atau beli apa apa keperluan Begitu jugalah situasinya bagi pelakon Ozylnn Mengakui sifat keibuannya membuatkan dia tidak kisah orang memandang walaupun tengah menyuap ...
4 Cara Redakan Demam Batuk Kahak Dan Selesema Anak Dengan Lemon

4 Cara Redakan Demam Batuk Kahak Dan Selesema Anak Dengan Lemon

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 209 hits
Klik Join Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat 4 Cara Redakan Demam Batuk Kahak dan Selesema Anak Dengan Lemon Lemon adalah natural remedy yang tak ramai orang tahu Orang ingat lemon untuk kuruskan badan je Tap...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash