Bukan Terus Celup Picagari Dalam Botol Ni Cara Betul Bagi Anak Makan Ubat


Kebanyakan ibu bapa, jika nak bagi anak makan ubat, akan terus celup picagari dalam botol kan? Sebenarnya cara ini tak boleh dipraktikkan. Jika ia diamalkan, dikhuatiri kuman yang ada dalam mulut anak akan dipindahkan semula ke dalam botol ubat.
Sebab itu ada anak makan ubat tapi masih tak elok dan ambil masa nak sembuh. Sebelum nak risau, ibu bapa kena tahu ilmu ini. Sebagai peringatan bersama. Berikut antara perkongsian di Facebook Faezah Ismail.
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.
Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu dia bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ada. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Dia cakap sebab susukan anak sambil tidur. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dalam paru-paru dia. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.

Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rasa macam kurang ilmu masa tu.
Lepas tu tiba-tiba doktor tanya. “Biasa bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.
“Suap macam biasa la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas dia tu. Penutup tu ada gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.

Kalau ada yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Doktor tu kata once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.

Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari pastikan basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok?? Sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
#sharing#carabagiubatdekatanak#parenting
P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul2 faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dengan benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH. Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ada yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnya. Boleh refer mereka yang pakar.
Kredit: Faezah Ismail

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Bukan Terus Celup Picagari Dalam Botol. Ni Cara Betul Bagi Anak Makan Ubat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-terus-celup-picagari-dalam-botol-ni-cara-betul-bagi-anak-makan-ubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

Susahnya Anak Nak Makan Sosej Nugget Bukan Pilihan Tepat Anak Bantu Anak Makan Cara Sihat

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 184 hits
Memang susah bila anak tak mahu makan tapi tak semestinya kita cari makanan paling mudah dan senang sedia setiap hari untuk anak Sosej nugget dan sebagainya amatlah tidak sihat untuk anak kita Mengapa Ini yang dikongsikan oleh Berpada pada ...
Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

Wanita Ini Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Yang Betul Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum 17 Tahun

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 424 hits
January 30 2022Anak lelaki itu tunjang keluarga Andai betul cara didikannya mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat Jadi mak ayah perlu tahu bagaimana mahu memainkan peranan membentuk anak lelaki agar ciri kepimpinan dapat disuburk...
Ajar Anak Cara Betul Mewarna Baru Anak Makin Selesa Hasil Pun Kebabom

Ajar Anak Cara Betul Mewarna Baru Anak Makin Selesa Hasil Pun Kebabom

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 214 hits
Ketika anak menulis atau membuat aktiviti di rumah pandang dan lihatlah kedudukan anak kita Perbetulkan mana yang dirasakan tidak selesa Bila anak makin selesa untuk memegang pensil menulis dan seterusnya mewarna barulah hasil mewarna anak ...
Cara Cepat Latih Anak Bebas Pampers

Cara Cepat Latih Anak Bebas Pampers

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 205 hits
Pelan perancangan untuk latih anak bebas pampers yang lama dirancang akhirnya dah tiba masanya Tanggal 22 Ogos beberapa tahun lepas semasa anak kedua genap umur tiga tahun Kami suami isteri nak anak kedua mesti dilatih bebas dari pampers se...
Makan Berselera Berat Tak Naik Dr Kongsi Tip Berkesan Tambah Berat Anak

Makan Berselera Berat Tak Naik Dr Kongsi Tip Berkesan Tambah Berat Anak

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 230 hits
Anak makan berselera tapi berat anak tak naik cantik Menyusu pula tak ada masalah makan pun ok cuma masalahnya berat anak macam statik je Senang cakap umur dengan berat tak seimbang Dalam hal ini ada berkongsikan tip kepada ibu ayah yang ad...
Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam Tak Perlu Tuala Basah

Doktor Share Cara Jerlum Kepala Anak Bila Demam Tak Perlu Tuala Basah

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 253 hits
Sekarang ni musim anak anak demam susah hati dibuatnya Salah satu kaedah yang mama guna untuk turunkan suhu panas tu adalah jerlum dengan air Ada juga yang gunakan tuala basah kemudian diletakkan atas kepala anak Artikel Menarik Melalui per...
Cara Untuk Kurangkan Masalah Anak Kencing Malam

Cara Untuk Kurangkan Masalah Anak Kencing Malam

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 383 hits
Sesetengah ibubapa pasti ada yang berhadapan dengan masalah anak kencing malam Masalah ini sering berlaku pada anak yang masih bersekolah rendah dan adakalanya melarat hingga ke alam remaja Jadi bagaimanakah anda boleh kurangkan masalah ana...
Makanan Sihat Kurangkan Simptom Anak Autisme Ini Cara Mama Papa Boleh Buat

Makanan Sihat Kurangkan Simptom Anak Autisme Ini Cara Mama Papa Boleh Buat

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 294 hits
Mempunyai anak autisme memerlukan penjagaan yang lebih teliti bagi memastikan perkembangan dan pembesaran mereka berjalan dengan baik Justeru pemakanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak istimewa ini dapat menjalani kehidu...
Tenang Lembut Je Tak Kekok Handle Anak Cara Faizal Tahir Jadi Inspirasi

Tenang Lembut Je Tak Kekok Handle Anak Cara Faizal Tahir Jadi Inspirasi

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 211 hits
Bila tengok di TV perwatakan Faizal Tahir nampak serius Kalau jadi juri di mana mana pertandingan nyanyian pun penyanyi ini sangat tegas dalam menegur kesilapan yang dilakukan para peserta Artikel Menarik Namun lain pula bila lihat figura i...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran