Cara Cepat Dan Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan


"Hilangkan Bau Durian"
Makan durian itu nikmat, bagi yang suka dan peminat tegar kalau bab-bab durian. Bau pun tidak kisah apalagi dengan warna isi kekuningan dan rasa krim pada isinya.

Cara Hilangkan Bau Busuk Durian
Dengan harga timbang kulit lebih berat pada isi pun tidak kisah kalau suka. Namun, langit tidak selalunya cerah. Masing-masing memiliki genetik dan variasi perasaan.



Buah Segar Paling Busuk Di Dunia
Bab yang kurang gemarkan bau durian. Pernah penulis terlihat rancangan program TV luar negara, dalam rancangan Fear Factor.
Nilai yang akan diperoleh jika mampu menghabiskan durian adalah USD 500,000. Wow, penulis sanggup.
Tapi begitulah natijahnya jika kita tidak sukakan durian.
Tidak Suka Bau Durian 
Durian pada asasnya ramai yang tidak gemarkannya (mereka yang tidak suka lah!) adalah baunya.
Tidak perlu mengandung atau sakit, jika ada yang tidak suka akan bau durian pasti menolaknya.
Apa lagilah jika terperap di dalam kereta atau kenderaan dengan bau durian yang semerbak. Selain boleh mengundang rasa loya dan tidak senang kepada manusia yang tidak gemarkan bau durian,
kehadiran binatang juga dikhuatiri berlaku, bayangkan haiwan seperti monyet datang mengopek kereta anda kerana inginkan durian kerana bau dalam kereta anda.
Penyebab Durian Berbau 
Dalam sains, kehadiran sulfur yang ada pada buah durian adalah penyebab durian memiliki bauan sebegitu.
Bau kentut juga ada bau sulfur sebenarnya. Ini bermaksud kehadiran sulfur sinonim dengan bau yang kurang menyenangkan, apalagi kandungan sulfur yang ada dalam buah durian.
Tips Mudah Menghilangkan Bau Durian
Kali ini penulis ingin berkongsikan tips tips untuk menghilangkan bau durian dalam kereta atau apa-apa kenderaan.
Kita boleh gunakan bahan-bahan ini untuk mengurangkan seterusnya menghilangkan bau durian.
1. Kopi
Ciri Penghilang Bau :
Kafein mengandungi unsur nitrogen yang meningkatkan kemampuan karbon membersihkan sulfur dari udara melalui proses penjerapan.
Cara Menggunakannya :
Bungkus serbuk atau biji kopi di dalam kain dan diletakkan di dalam kereta.
2. Serbuk Penaik (Baking Powder)
Ciri Penghilang Bau :
Bersifat alkali yang boleh meneutralkan dan menghilangkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan deria bau.
Cara Menggunakannya :
Letakkan semangkuk serbuk penaik di dalam kereta dan bauan kurang menyenangkan akan hilang.
3. Cuka
Ciri Penghilang Bau :
Bersifat asid lemah yang boleh menjadi agen penghilang bau. Asid asetik dalam cuka akan memerangkap molekul dalam udara, dalam kes ini molekul ruapan sulfur.
Cara Menggunakannya :
Tinggalkan semangkuk cuka di tempat bauan busuk dan tinggal semalaman.
4. Arang
Ciri Penghilang Bau :
Memiliki pori-pori kecil yang mampu memerangkap molekul penyebab bau. Malah karbon dalam arang adalah agen penghilang bau yang busuk.
Cara Menggunakannya :
Tinggalkan beberapa ketul/keping arang dalam kenderaan.
5. Daun Pandan
Ciri Penghilang Bau :
Memiliki aroma wangi yang mampu menggantikan bauan tidak menyenangkan dengana bau pandan.
Turut menghilangkan bau kimia berlebihan.
Cara Menggunakannya :
Gunakan beberapa helai bergantung kepada kekuatan bau letakkan dalam kenderaan atau kawasan yang kuat baunya.
6. Daun Limau Purut
Ciri Penghilang Bau :
Terdiri dalam kumpulan yang sama dengan pandan yang mengeluarkan bauanya dengan bau wangi limau.
Cara Menggunakannya :
Ambil beberapa helai daun limau purut mengikut kadar bauan yang ada biarkan bersama bauan tersebut.
7. Kertas Surat Khabar
Ciri Penghilang Bau :
Karbon yang ada pada huruf dan bentuk cetakan pada surat khabar mampu meneutralkan bauan durian yang kuat.
Karbon ini bertindak seumpama arang juga.
Cara Mengunakannya :
Letakan beberapa helai surat khabar dalam kenderaan lagi banyak dakwat lagi banyak kelebihan.
Jangan lupa untuk biarkan ia basah selepas digumpal dan diletakan dalam kenderaan.
Tips Tanpa Bahan Penghilang Bau
Terdapat juga tips biasa yang penulis gunakan seperti membuka semua bukaan pada kereta dan jemurkan di kawasan panas dan berangin.
Namun, mungkin tidak sesuai untuk semalaman ditinggalkan.
Karbon Mampu Hilangkan Bau
Bagi ulasan penulisan bahan yang memiliki unsur karbon sesuai dalam menghilang bau. Tidak lupa juga kepada benda berasid yang boleh memerangkap molekul bauan.

Kehadiran aroma semula jadi seperti pandan dan daun limau memang 'perfume' semulajadi yang mudah didapati secara organik.
Dapatkan bahan atau jenis bahan yang memiliki karbon yang tinggi. Karbon mampu menyerap molekul-molekul bau yang ada.

Boleh la cuba dengan carbon fibre, mana tahu menjadi, bunyinya juga agak berteknologi.
Semoga dapat membantu kepada yang memiliki masalah untuk menghilangkan bau durian yang semerbak dalam kenderaan.
Mungkin info ini tidak sesuai untuk kenderaan seperti motosikal, basikal atau motorbot.
Anda fikir anda tahu Cara Cepat dan Mudah Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan ?
Anda fikir sekali lagi....
Assalamualaikum.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2021/07/cara-cepat-dan-mudah-hilangkan-bau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Cara Mudah Mengetahui Kondisi Buah Durian Matang Dan Berdaging Tebal

3 Cara Mudah Mengetahui Kondisi Buah Durian Matang Dan Berdaging Tebal

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 375 hits
Kondisi Buah Durian Matang Sabtu subuh ketika Blogger Borneo sedang asyik memperhatikan laman facebook dari akses internet via tethering smartphone ASUS yang digunakan secara tidak sengaja terlintas status dari milik salah seorang sahabat b...
Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online

Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 496 hits
Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online Salam dan selamat sejahtera Korang sihat tak ok tak tu waktu pandemik ni Banyak family yang terjejas Ada yang tak kerja Ada yang dibuang kerja Ada yang m...
Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Jpj

Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini Jpj

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 351 hits
Cara Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini JPJ Adakah anda merancang untuk membeli kereta atau motosikal dalam masa terdekat ini Maklumlah dalam masa PKPP dan PKPB setika ini adalah promosi dan potongan harga yang jelas menguntungkan...
Unit Dron Polis Kesan 2 Kenderaan Rentas Daerah Beli Durian Ditahan Di Sipitang

Unit Dron Polis Kesan 2 Kenderaan Rentas Daerah Beli Durian Ditahan Di Sipitang

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 264 hits
Kenderaan van penumpang dan lori berkenaan dipercayai bergerak dari Kota Kinabalu hanya bertujuan untuk membeli durian Sipitang Dua kenderaan membawa muatan durian ditahan selepas gagal menunjukkan permit polis rentas daerah di Kampung Nalu...
Cara Mudah Membuat Kopi Enak Di Rumah Saja

Cara Mudah Membuat Kopi Enak Di Rumah Saja

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 395 hits
Sebelum membuat kopi enak di rumah Anda perlu menentukan ingin membuat kopi apa Bisa kopi hitam atau kopi dengan krimer yang sesuai selera Berikut ini cara mudah untuk buat kopi di rumah saja yang bisa Anda coba Giling Kopi Anda bisa menggi...
Cara Mudah Bantu Atasi Masalah Serangga Perosak Tanam Hanya Guna Baking Soda Je Jimat Selamat

Cara Mudah Bantu Atasi Masalah Serangga Perosak Tanam Hanya Guna Baking Soda Je Jimat Selamat

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 297 hits
Memang geram kan bila melihatkan tanaman mahupun pokok bunga bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak Penat membaja dan menyiram alih alih mati
Cara Mudah Membeza Ikan Berformalin Tak Berformalin

Cara Mudah Membeza Ikan Berformalin Tak Berformalin

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 305 hits
Ikan berformalin bahan pengawet 1 Warna ikan lebih cerah dan bersih 2 Ikan lebih kenyal keras3 Tidak berbau 4 Insang berwarna merah kegelapan5 Tidak berlendir6 Mata ikan putih bukan jernih7 Tidak dihinggapi lalat walaupun di tempat terbukaI...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas