Cara Cara Menutup Akaun Sspn I Jika Pendeposit Meninggal Dunia
Cara-Cara Menutup Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Meninggal Dunia. Sebelum ini saya pernah menulis tentang cara-cara membuka, mengeluarkan dan menutup akaun SSPN-i secara ringkas. Ada juga yang bertanya cara-cara menutup akaun sekiranya pendeposit meninggal dunia.
Saya akan kongsikannya kepada anda seperti di bawah ini.
Jangan panik, ikuti arahan dan langkah-langkah yang digariskan di bawah. Lakukan dengan segera kerana ia lebih memudahkan urusan di pihak PTPTN untuk melakukan langkah seterusnya. Kerana, urusan penutupan bukanlah boleh dibuat sehari dua, sebaliknya ia memakan masa bagi pihak perbadanan membuat proses siasatan, mengenalpasti dan sebagainya tentang permohonan penutupan akaun tersebut.
Cara-Cara Menutup Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Meninggal Dunia
Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i kurang daripada RM3,000.00, waris hendaklah melengkapkan dan mengemukakan dokumen berikut kepada PTPTN atau ejen SSPN-i:
i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris;
iii. Salinan kad SSPN-i
iv. Salinan Sijil Kematian pendeposit;
v. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit SSPN-i (si mati);
vi. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.00;
vii. Nombor akaun bank peribadi waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.
Jika sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i berjumlah RM3,000.00 dan ke atas, waris hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen berikut serta mengemukakan melalui ejen SSPN-i atau diposkan terus kepada PTPTN:
i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
iii. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
iv. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):
a)Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
b)Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
c) Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan)
Semoga perkongsian cara-cara menutup akaun SSPN-i bagi pendeposit yang meninggal dunia di atas dapat memberikan info kepada anda semua. Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2015/12/cara-cara-menutup-akaun-sspn-i.html