Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling Sedap Tutorial Bergambar


Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling sedap | Tutorial Bergambar | Salam semua, ketupat sotong masakan tradisi orang melayu sebelah pantai timur. Terutamanya di negeri Kelantan dan juga Terengganu. Ketupat sotong atau dalam dialek Kelantan, dipanggil "tupak sutong" adalah sotong yang disumbat dengan beras pulut dan dimasak dengan kuah santan. Ketupat sotong menjadi hidangan terutamanya pada bulan puasa ataupun juadah di hari raya.

Walaupun versi resepi untuk ketupat sotong berbeza dengan Terengganu tapi dalam masa, ia membawa keunikan untuk negeri masing - masing. Harga ketupat sotong ni boleh kira agak mahal juga. Nampak kecil sotong tu dah boleh cecah RM 4 seekor. Yang ini kalau beli jumpa di bazar ramadan. Nak beli sotong mentah pun harga dah mahal kan.

Tapi itu lah kempunan macam mana pun, baik buat sendiri baru puas hati makan. Kalau nak buat ketupat sotong baik cari sotong yang saiz agak besar sebabnya bila dah masak nanti sotong ni akan mengecut dari saiz asal.


Macam - macam cara orang masak ketupat sotong, ada yang buang kulit merah di sotong tu dan ada yang tak. Tapi kalau sis tak buang pun, biarkan macam tu. Walaupun ada sesetengah orang cakap yang proses nak buat ketupat sotong ni renyah dan memakan masa. Tapi itu lah cara keunikan dan nak mengekalkan keaslian hidangan tradisi dari pantai timur ni.

Sis orang negeri Kelantan, ketupat sotong dah memang sebati dalam jiwa sis. Kalau teringat nak makan sangat memang akan buat. Cara buat ketupat sotong Kelantan ni tak adalah renyah sangat. Mungkin kalau orang kali pertama nak masak, mungkin akan cakap begitu. Sis pun banyak belajar dari bonda sis.


Gambat atas ini sotong yang dah disumbat dengan beras pulut dan dah dicucuk kemas kepala sotong tu.

Jom, kita tengok langkah - langkah penyedian nak masak ketupat sotong Kelantan. Bahan - bahan pun tak adalah guna banyak sangat. Cuma ambil masa nak sumbat beras pulut dalam sotong tu.

Langkah - Langkah Penyediaan Ketupat Sotong Kelantan



Gambar 1 : Daun pandan, gula melaka, santan dan garam dimasukkan sekali ke dalam periuk dan kacau hingga mendidih maknanya sampai hilang buih santan.


Gambar 2 : Kemudian, masukkan sotong dengan perlahan - lahan ke dalam periuk dan biarkan lagi hingga mendidih. Bila sotong dah 1/2 masak, boleh tutup periuk sekejap sebab nak bagi pulut kat dalam sotong betul - betul masak.


Gambar 3 : Sotong dah separuh mendidih. Biarkan hingga sotong masak dan kuah betul - betul nampak pekat.


Gambar 4 : Dah siap masak, kuah pun nampak pekat dan sotong pun nampak kecut. Boleh lah tutup api. Biar sotong terendam dengan kuah pekat.

Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling Sedap

Bahan - Bahan 
 
8 ekor sotong saiz besar XL
Santan 1 biji kelapa sederhana dapatkan 3 cawan santan pekat
2 1/2  gula melaka ( sis guna gula melaka yang tempatan tu tak guna gula melaka siam )
Garam secukup rasa
Daun pandan 3 helai
Beras pulut 1 cawan direndam 1/2 jam sampai kembang
Lidi sate ( potong serong-serong bagi hujungnya tajam ) atau boleh guna lidi buah

Cara - Cara 
1. Sotong dibersihkan dan ketepikan.
2. Beras pulut yang telah direndam  tadi toskan dan masukkan beras pulut ke dalam sotong.
3. Nak bagi senang masuk beras pulut tu, tolakkan dengan chopstick masuk ke dalam perut sotong sampai ke bawah. ( jangan penuh sangat beras pulut tu sebab kat atas nanti nak sumbatkan kepala sotong sampai separa kat mata sotong tu dah ok dah ).
4. Tutup lubang dengan kepala sotong.
5. Ambil lidi sate dan cucukkan dari hujung kiri ke hujung kanan. Tak kisahlah hujung mana pun tapi pastikan kemas supaya kepala sotong tu tak bergerak. Ok ketepikan.
6. Sediakan periuk, masukkan santan, garam secukup rasa, gula melaka dan daun pandan dan masakkan sehingga hilang buih maknanya santan tu dah betul-betul masak.
7. Kemudian, boleh masukkan sotong perlahan- lahan ke dalam periuk dan sambil kacau perlahan-lahan.
8. Biarkan mendidih sehinggalah kuah tu agak pekat sikit ( tutup periuk masa sotong 1/2 masak sebab nak bagi pulut masak )
7. Boleh tutup api jika kuah dah kelihatan agak pekat dan sotong hanya tenggelam sikit-sikit dengan kuah.

Nota : 
1. Nak buat ketupat sotong ni kalau boleh guna sotong segar lepas beli terus buat untuk ketupat sotong. Jangan simpan dalam peti.
2. Simpan dalam peti ikut pengalaman, sotong jadi mudah pecah dan keluarkan isi pulut habis masuk dalam kuah.

Harap faham lah dengan gambar ketupat sotong langkah - langkah demi langkah kat atas tu. Mudah tak, kalau kalian nak cuba resepi ini dipersilakan untuk cuba dan rasa sendiri keunikan ketupat sotong Kelantan ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2011/09/ketupat-sotong-3rd-syawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap Tutorial Bergambar

Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap Tutorial Bergambar

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 581 hits
Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap Tutorial Bergambar Salam semua suatu ketika dulu resepi kek karamel pelangi gabungan lapisan karamel dan lapisan kek macam span ini memang popular Kalau tak silap sis sekitar tahun 2011 rata rata ...
Cara Hack Duit Car Parking Multiplayer 2020 Paling Mudah Tanpa App Terbukti

Cara Hack Duit Car Parking Multiplayer 2020 Paling Mudah Tanpa App Terbukti

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 2694 hits
carahackduit carparkingmultiplayerAssalamualaikum Hairangers So video kali ini aku bermain satu mobile game iaitu Car Parking Multiplayer yang viral baru baru ini Semasa main tu aku tak banyak duit dan aku dengar cerita yang game Car Parkin...
Anak Makan Ikan Tak Tercekik Ibu Ini Ajar Cara Buang Tulang Paling Mudah

Anak Makan Ikan Tak Tercekik Ibu Ini Ajar Cara Buang Tulang Paling Mudah

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 512 hits
Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung Tapi bila mahu dimakan ia bertulang Apatah lagi jika anak anak kita penggemar ikan jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka Satu cara untuk memudahkan anak maka...
Punyalah Lembut Sedap Puding Karamel Tanpa Telur Ni Cara Buatnya Lagi Mudah

Punyalah Lembut Sedap Puding Karamel Tanpa Telur Ni Cara Buatnya Lagi Mudah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 515 hits
Berbeza dengan Puding Karamel biasa yang menggunakan telur serta perlu dikukus untuk menjadikannya lembut dan sedap Puding Karamel yang satu ini cukup unik kerana tidak menggunakan walau sebiji telur pun dalam resipinya Bukan itu sahaja mal...
Telefon Sarang Kuman Cuci Telefon Untuk Elak Covid 19 Ini Cara Cuci Telefon Paling Mudah

Telefon Sarang Kuman Cuci Telefon Untuk Elak Covid 19 Ini Cara Cuci Telefon Paling Mudah

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 307 hits
Cuci Telefon Bimbit Anda Terdapat pelbagai cara untuk mengekang penularan wabak Covid 19 selain daripada mencuci tangan dengan bersih memakai hand sanitizer memakai topeng muka jaga jarak sosial dan tinggal di rumah Malahan anda juga perlu ...
Biskut Kuarantin Coklat Chip Rangup Sedap Guna Senduk Je Paling Mudah

Biskut Kuarantin Coklat Chip Rangup Sedap Guna Senduk Je Paling Mudah

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 426 hits
Menonton televisyen bersama keluarga di petang hari terasa kurang lengkapnya tanpa kudapan yang dikongsikan bersama Bosan dengan kerepek kacang dan sebagainya apa kata mama sediakan sebalang biskut coklat chip rangup buat anak anak sebagai ...
Cara Buat Teh O Halia Sedap Dan Mudah Untuk Buang Angin

Cara Buat Teh O Halia Sedap Dan Mudah Untuk Buang Angin

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 642 hits
Video Cara Buat Teh O Halia Sedap dan Mudah Untuk Buang Angin Kebaikan dan Keburukan Teh HaliaMusim PKP ni tak tahulah sebab apa agak berat nak update blog Berat dia seberat angin yang menekan dalam perut ni Sebab itu juga terasa nak minum ...
Cara Mudah Buat Cucur Bilis Dan Kentang Cucur Sayur Yang Rangup Sedap Dan Kekal Lembut

Cara Mudah Buat Cucur Bilis Dan Kentang Cucur Sayur Yang Rangup Sedap Dan Kekal Lembut

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 657 hits
As Salam Cara Mudah Buat Cucur Bilis Dan Kentang Cucur Sayur Yang Rangup Sedap Dan Kekal Lembut Lebih Lama Alhamdulillah Semoga Allah lindungi kita semua daripada jangkitan virus Covid 19 dan kita semua diberi kekuatan untuk terus tabah sab...
Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 595 hits
Bahan Bahan tulang daging mee kuning bawang merah bawang putih bawang besar halia lada hitam sawi carrot kobis telur tomatoCara Penyediaan Rebus tulang daging sampai empuk Panaskan minyak tumis bahan tumbuk Bila dah garing masukkan kedalam ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025