Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap Tutorial Bergambar


Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap | Tutorial Bergambar | Salam semua, suatu ketika dulu, resepi kek karamel pelangi gabungan lapisan karamel dan lapisan kek macam span ini memang popular. Kalau tak silap sis sekitar tahun 2011, rata - rata blogger masak - masak memang tak ketinggalan buat kek karamel pelangi. Ada yang berjaya dapat buak kek ini, dan ada juga yang tak berjaya asyik gagal.

Sungguh kemain semua takut nak buat kek berhantu bukan setakat payah nak buat, nanti buat - buat akhirnya tak jadi. Dunia baking, macam ni lah ada naik turun.

Sekali dah jadi, memang asyik menjadi la kerjanya. Kek karamel di antara kek yang menjadi tempahan ramai masa tu.  Harga kek karamel pelangi pun boleh tahan. Biar padan dengan tenaga nak boleh buat sebiji kek karamel. Bukan senang. Sis pun masa tu tak ketinggalan buat. Rasanya kali kedua baru menjadi keknya. Kemain baca langkah demi langkah.


Rasa kemain gembira dah bila nampak kek karamel sendiri buat menjadi walaupun masa tu kemahiran baking sis tak ada lah tinggi sangat. Kita pun masih baru - baru belajar baking. Baca arahan pun bukan main asyik baca takut tersilap langkah.

Kek karamel ini memang langkah banyak pun. Ok lah kali ini, sis nak kongsi dengan korang semua resepi kek karamel pelangi yang gebu dan sedap.

Tekstur kek karamel memang lembut dan gebu sangat macam kek span. Dan lapisan karamel, untuk resepi ini, lapisan karamel tu agak nipis. Tapi ok dah tekak sis. Ada yang suka tebal dia boleh gandakan, tapi tak pasti la pulak tempoh masa membakarnya. Yang penting, kita jangan derhaka resepi ya.

Langkah - Langkah Untuk Penyediaan Kek Karamel 

1. Pertama sekali, sediakan loyang dan buat gula hangus


Gambar 1 : Gula pasir yang telah dicairkan dan menjadi karamel

Gambar 2 : Ini adalah campuran kuning telur, gula kastor, air dan minyak masak yang telah dipukul hingga putih gebu. Sis pukul dengan handwhisk untuk bahagian ini


Gambar 3 : Adunan yang telah bercampur dengan tepung gandum 

Gambar 4 : Ini campuran karamel. Bahan untuk karamel boleh dibuat awal dan letak dalam loyang gula hangus tadi. 

Gambar 5 : Putih telur yang telah dipukul hingga bertanduk. Bila angkat mangkuk, putih telur tak jatuh. Pastikan sebelum nak pukul putih telur tiada sebarang kuning telur dan juga minyak.  

Gambar 6 : Adunan putih telur yang telah dicampur dengan adunan tepung tadi. Rujuk gambar nombor 3

Gambar 7 : Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 jenis warna yang disukai. Sis buat 2 jenis warna 
Gambar 8 : Caranya nak hasilkan corak kek karamel seperti gambar di atas, letak 2 sudu adunan warna biru di tengah- tengah loyang, kemudian letakkan 2 sudu adunan warna hijau di atas warna bir. Ulang langkah yang sama sampai habis. Nanti jadi macam corak gambar di atas. 
Jangan risau macam nampak nak limpah kan, nanti bila bakar tak melimpah pun adunan, cuma naik membukit. Nanti tengok gambar di bawah.

Cara Bakar Kek Karamel Dengan Kaedah " Steam Bath" 

Cara bakar kek karamel ini lain sikit dan bukan bakar cara biasa. Sebenarnya banyak kaedah nak bakar kek ni dan kaedah "steam bath" ini adalah salah satunya.

Kaedah "steam bath" maksudnya, tuang air panas ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Macam tu lah ya cara bakar kaedah "steam bath". Boleh rujuk gambar di bawah ini.

Senang kata, bakar secara kaedah "steam bath" ini adalah untuk mengelakkan adunan yang dibakar menjadi cepat hangus. Lagipun dalam adunan kek karamel   ni ada sekali dengan lapisan karamel.


Gambar 8 : Baru letak dalam oven, loyang kek diletak di dalam loyang yang telah diisi dengan air panas ya. Bakar dengan api bawah sahaja dengan suhu 150 C.


Gambar 9 : Selepas 30 minit pertama dah nampak naik membukit 

Gambar 10 : Kek yang telah dikeluarkan dari oven. 

Gambar 11 : Setelah kek pun dah suam, kek akan renggang sendiri dari tepi loyang kita dah boleh nampak. Nak keluarkan kek dari loyang kena berhati - hati sikit. Ini untuk elak puding karamel tu dari pecah nanti cacat pulak.



Gambar 12 : Rupa sebiji kek karamel yang telah selamat  dikeluarkan dari loyang. Berdebar - debar nak keluarkan. Tapi Alhamdulillah menjadi eloknya.



Gambar 13 : Disebabkan masa ni sis pun takut takut nak keluarkan kek dari loyang dan banyak baca tips kalau tak nak air karamel tu meleleh, baik letak atas rak jaring macam gambar atas tu. Kerisauan sungguh, tapi memang sungguh bila nak telangkupkan tu, ada lebihan air karamel turun. Sis cepat - cepat lap dengan tisu. Tak nak kek menyerap air lebihan karamel. 
Macam tu rupa kat dalam bila dah siap bedah siasat kek karamel ni. 

Resepi Kek Karamel Pelangi Lembut Dan Sedap 

 Bahan Untuk Buat Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Cara - Cara 
1. Sediakan loyang 8 inci.
2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
4. Biar gula sejuk. Gula yang sejuk ini akan keras dan akan retak2 dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras

Bahan - Bahan Untuk Puding Karamel
1/2 tin susu cair
70 gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Cara - Cara 
1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Kacau telur dan esen perlahan.
3.  Satukan kedua - dua bahan dan kacau rata perlahan saja.
4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
5. Kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Nota : 
1. Tips untuk puding karamel cantik, jangan kacau telur dan susu terlalu kuat dan lama untuk mengelakkan puding menjadi berlubang setelah masak. 
Bahan 1 Untuk Adunan Kek 
70 gm gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Cara - Cara 
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda

Bahan  2 Untuk Adunan Kek
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Cara - Cara 
1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
2. Masukkan campuran sikit - sikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna. Ketepikan

Bahan 3 Untuk Meringue ( Putih Telur ) 
6 biji putih telur - pastikan jangan tercampur sedikit pun telur kuning
70 gm gula castor
1 sudu teh krim of  tartar

Cara - Cara 
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering dan bebas dari minyak dan air
2. Pukul putih telur hingga berbuih.
3 .Masukkan gula dan krim of tartar dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi  kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh.
4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
5. Gaul rata secara kaup balik.
6. Kemudian masukkan semua baki adunan meringue dan ratakan dengan kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja

Cara - Cara Untuk Corakkan Kek Karamel 1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
2. Letakkan pewarna yang anda sukai dan kacau rata.
3. Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
4. Tuang 3 sudu lapisan biru, kemudian 3 sudu lapisan hijau di tengah-tengah lapisan purple.
5. Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis. Akhir sekali lorekkkan atas adunan dengan lidi.

Cara Untuk Bakar Kaedah "Steam Bath"
1. Tuangkan air panas dalam loyang yamgag lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yang berisi kek dalam loyang yang berisi air panas tadi.
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
4. Bakar kek pada suhu 160 C ( ikut oven masing - masing ) dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
6. Selepas masak, biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.

Cara Keluarkan Kek Karamel Dari Loyang 
1. Bila kek dah masak, biarkan dalam 25 minit nak bagi loyang kek kurang panas dan dalam kedaan suam baru boleh telangkupkan kek
2. Ambil pinggan,  letak atas loyang kek kemudian terbalikkan dengan hati - hati.
3. Tarik perlahan - lahan loyang kek.
4. Kalau nampak air karamel yang meleleh, cepat- cepat ambil tisu. Kalau boleh tisu dah ada kat tepi senang nak lap - lap yang mana meleleh.

Nota :
1. Peringatan untuk sis sendiri, bakar pada suhu 150 C api bawah sahaja selama 1 jam dan tambah 10 minit lagi, turunkan suhu kepada 140 C.
2. Panaskan oven terlebih dahulu, sis guna api bawah dan atas, kemudian masa nak bakar baru pasang api bawah.
3. Kekalkan kek di dalam oven selepas masak, nanti nampak ada wap dalam oven, baru bukakan sedikit pintu oven nak bagi wap keluar.
4. Guna 11/2 sudu besar gula pasir nak buat karamel. Kalau terlebih gula nanti banyak air karamel yang keluar.

Cara penyimpanan untuk kek ini mestilah kena letak dalam peti baru sedap dimakan sejuk - sejuk. Tekstur bahagian lapisan kek memang lembut sangat macam kek span. Dengan gabungan lapisan puding karamelnya di bahagian atas memang terasa nikmatnya makan kek karamel.

Dah panjang lebar bercerita pasal kek karamel, macam mana, nampak susah tak lepas baca langkah  demi langkah. Nampak susah bagi yang tak pernah buat lagi. Nampak susah tapi senang jer, senang bagi yang dah cuba nak buat. Sis pun pemula jugak nak buat kek ini dulu, alhamdulillah menjadi. Tapi lama dah tak asah kemahiran buat kek ini.

Harap buat yang sudi nak cuba, boleh cuba buat ya. Kena baca arahan dengan teliti. Nampak susah, tapi bila dah banyak tenaga dah dicurahkan. Bila kek menjadi memang berbaloi lah.

Artikel yang lain
1. 5 Resepi Cup Cake Yang Pasti Sedap Dan Mudah Nak Buat
2. Resepi Kek Coklat Tanpa Telur Hanya Guna Yogurt, Lembut Sangat
3. Resepi Kek Marble Mudah, Moist Dan Lembut Sukatan Cawan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2020/04/resepi-kek-karamel-pelangi-lembut-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

Resepi Kek Puding Karamel Pelangi

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 476 hits
Assalammualaikum Dan Salam SejahteraRESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGIRESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI Puding Apa yang special sangat puding ni Kalau anda nak tahu puding ada pelbagai warna dan perisa tak percaya Jom lihat apa yang menarik ...
Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling Sedap Tutorial Bergambar

Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling Sedap Tutorial Bergambar

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 682 hits
Cara Buat Ketupat Sotong Kelantan Mudah Dan Paling sedap Tutorial Bergambar Salam semua ketupat sotong masakan tradisi orang melayu sebelah pantai timur Terutamanya di negeri Kelantan dan juga Terengganu Ketupat sotong atau dalam dialek Kel...
Resepi Kek Batik Meleleh Leleh Walau Tak Cantik Tapi Sedap

Resepi Kek Batik Meleleh Leleh Walau Tak Cantik Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 821 hits
Resepi Kek Batik Meleleh Saya ni nak kata pandai masak tu tak lah tapi boleh lah masak kalau lauk pauk kampung ni cuma kalau suruh saya baking memang luar dari kepandaian saya Hati memang teringin nak buat macam macam bila buat The post app...
Punyalah Lembut Sedap Puding Karamel Tanpa Telur Ni Cara Buatnya Lagi Mudah

Punyalah Lembut Sedap Puding Karamel Tanpa Telur Ni Cara Buatnya Lagi Mudah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 515 hits
Berbeza dengan Puding Karamel biasa yang menggunakan telur serta perlu dikukus untuk menjadikannya lembut dan sedap Puding Karamel yang satu ini cukup unik kerana tidak menggunakan walau sebiji telur pun dalam resipinya Bukan itu sahaja mal...
Belanja Anak Kek Sedap Buatkan Kek Marble Nestum Sedap Lembut Terlajak Gebu

Belanja Anak Kek Sedap Buatkan Kek Marble Nestum Sedap Lembut Terlajak Gebu

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 729 hits
Bila waktu dihabiskan sepenuhnya di rumah banyak masa terluang yang dapat dilakukan bersama sama seluruh isi keluarga Salah satu aktiviti wajib mama pastinya menyediakan sajian makanan untuk seisi keluarga Bosan dengan menu biasa apa kata h...
Resepi Kek Kukus Tutty Fruity Nampak Comel Rasa Pun Sedap

Resepi Kek Kukus Tutty Fruity Nampak Comel Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1649 hits
RESEPI KEK KUKUS TUTTY FRUITY NAMPAK COMEL RASA PUN SEDAPBahan Bahan Bahan A
14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat

14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 609 hits
14 Resepi Topping Coklat Yang Sedap Untuk Kek Biskut Brownies Atau Donat Topping coklat memang menjadi kegemaran Jangan kata kek kalau boleh semua benda nak letak topping coklat Paling best kalau keknya itu lembap dan lembut seperti resepi ...
Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan

Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 473 hits
Video Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna CawanVideo Tutorial Resepi Puding Karamel Kurang Manis Guna Cawan Sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan ni ada banyak resepi yang boleh kita cuba masak Ini Umi kongsikan resepi pudi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord