Cara Buat Cili Jeruk Supaya Kekal Rangup Krup Krap Bila Makan
Cili Jeruk merupakan hidangan pelengkap yang boleh dinikmati dengan menu seperti mi sup dan lain-lain. Kalau makan Char Kuey Teow jika tak ada Cili Jeruk memang tak puaslah makan. Pendek kata Cili Jeruk wajib ada supaya bila kita makan Char Kuey Teow barulah terasa puas makan.
Bagi anda yag ingin cuba buat sendiri Cili Jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah mejadi jeruk bolehlah cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau – beli online
2 sudu makan gula – beli online
Cuka makan – beli online
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
4. Hari ke tiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh di makan.
Sumber kredit: Farid Sham
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kek Jantung Pisang Goreng Guna Kuali Pun Menjadi Elok
Resipi Popia Sira Sedap & Tip Supaya Rangup Dan Lebih Enak
8 Resipi Sup Sedap & Mudah Dimasak, Lebih Sihat & Bebas Minyak
Resipi Daging Malbari Sukatan 1 Kg, Daging Lembut & Sedap Dalam Setiap Suapan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Cara Buat Cili Jeruk Supaya Kekal Rangup Krup Krap Bila Makan appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/05/cara-buat-cili-jeruk-supaya-kekal.html