Makan Masakan Lemak Cili Api Nismilan Di De Rimbun Seri Menanti Kuala Pilah


Balik dari bergambar sakan di Istana Seri Menanti, perut pun lapar meminta makanan. Cakap kat encik suami, berhenti lah mana mana kedai yang buka. Lepas raya ni banyak kedai tutup. Masing-masing pakat cuti raya lama agaknya.

Nampak ada satu kedai makan tepi jalan buka. Kedai makan kampung yang belakangnya ada rumah tuan kedai mungkin. Nama kedai De Rimbun terletak di Kampung Tengah Seri Menanti. Bila google, kedai ni popular rupanya dengan masakan lemak cili api Negeri Sembilan.

Kedai ni pun pernah jadi lokasi beberapa penggambaran tak silap. Pernah nampak dalam Telefilem 44 hari Bangkitnya pocong.

Masa kami sampai dah pukul 2:00 petang macam tu. Lauk pauk pun tak banyak pilihan sangat yang tinggal. Saya ambil nasi 2 senduk, sayur kubis dan daging salai masak lemak cili api. Encik suami ambil nasi 2 senduk jugak, sambal tempoyak daun kayu dan ayam masak lemak cili api.


Dengan 2 gelas air teh o ais, total RM26. Tak boleh nak expect murah sebab masakan daging salai memang mahal even ambil sikit je. Harga daging mental mahal dan proses nak menyalai tu lagi kan. Faham lah. 
Lepas tu sambal tempoyak daun kayu pun, tempoyak dan daun daun kayu rare susah nak dapat memang mahal cerita dia.
Ye, walaupun kedai kampung tapi harga bandar gitu. Kiranya sorang makan RM13 lah. Zaman sekarang makanan serba mahal dan faham sebab rare. Itu yang mahalnya. 

Rasa dia macamana pulak? Bagi encik suami yang originality nya orang Nismilan katanya kuahnya kurang pekat. Rasa pedas tu dah okay dah. Tak pedas sangat tapi terasa jugaklah pedas tu. 
Bagi saya, okay je sebab perut dah lapar. Apa yang ada depan mata kita makan je. Asalkan apa yang kita makan tu ita suka.
Kalau nak rasa masakan lemak cili api Negeri Sembilan bolehlah singgah sini. Selain daging salai masak lemak cili api dan ayam masak lemak cili api, ada juga daging masak lemak cili api serta masakan lemak cili api yang lain.
De RimbunKampung Tengah, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/05/makan-masakan-lemak-cili-api-nismilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Campur Tomato

Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api Campur Tomato

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 323 hits
Assalamualaikum Hi korang SA terlebih rajin hari ni nak share ngan korang resepi Udang masak galah lemak cili api Kalau korang tengok gambar udang tu ada pelbagai size ada besar ada kecik itu udang galah anak buah pancing dan dijual RM80 se...
Resipi Gulai Nangka Muda Ayam Masak Lemak Cili Api Ini Cara Buatnya

Resipi Gulai Nangka Muda Ayam Masak Lemak Cili Api Ini Cara Buatnya

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 572 hits
Bosan dah ke makan biskut biskut raya dan juadah raya Apa kata cuba pula masak menu kampung yang tentunya menjadi pembuka selera seisi rumah Gulai Nangka Muda Dan Ayam Masak Lemak Cili Api ini pasti sesuai untuk anda cuba Masakan kampung ma...
Udang Masak Lemak Cili Padi Daun Kunyit

Udang Masak Lemak Cili Padi Daun Kunyit

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 273 hits
Assalamualaikum wbtNAMPAKNYA mambang rajin dah datang Sejak Isnin dapur dah mula berasap apabila Sk memasak Masih berbaki sikit lagi asam pedasnya tapi rajin pulak nak masak lauk lain kelmarin Sebabnya masa Sk masak asam pedas tu Iman kata ...
8 Syawal Istana Lama Seri Menanti

8 Syawal Istana Lama Seri Menanti

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 270 hits
Ikutkan balik dari Segamat nak singgah Kuala Pilah mak suruh ambil pisang Tapi kalau dah jalan Kuala Pilah sampai ke Bukit Putus jem kita ikut jalan lain tak dapatlah singgah Jadi balik Kuala Pilah 8 Syawal Sebelum singgah rumah jalan jalan...
Cara Buat Kuah Lemak Lontong Yang Sedap Barulah Tetamu Makan Bertambah Tambah

Cara Buat Kuah Lemak Lontong Yang Sedap Barulah Tetamu Makan Bertambah Tambah

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 267 hits
Nak hidang Nasi impit lontong mestilah wajib ada Kuah Lemak bukan Keenakan lontong bergantung pada Kuah Lemak Lontong yang dimasak Jika anda masih tercari cari resipi yang sesuai untuk memasak Kuah Lemak Lontong yang mudah ringkas tapi dija...
2 Syawal Beraya Di Kuala Pilah

2 Syawal Beraya Di Kuala Pilah

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 165 hits
Pagi 2 Syawal bersiap siap balik semula Kuala Pilah beraya balik hari Kebetulan pakcik encik suami ada buat makan makan gulai kambing sendiri Mak pun ajak pergi sekali Sampai Kuala Pilah salam salam dan bergambar gerak ke rumah adik mak men...
Cara Buat Cili Jeruk Supaya Kekal Rangup Krup Krap Bila Makan

Cara Buat Cili Jeruk Supaya Kekal Rangup Krup Krap Bila Makan

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 181 hits
Cili Jeruk merupakan hidangan pelengkap yang boleh dinikmati dengan menu seperti mi sup dan lain lain Kalau makan Char Kuey Teow jika tak ada Cili Jeruk memang tak puaslah makan Pendek kata Cili Jeruk wajib ada supaya bila kita makan Char K...
Sayur Labu Masak Lemak Versi Baby Sekejap Je Semangkuk Boleh Habis

Sayur Labu Masak Lemak Versi Baby Sekejap Je Semangkuk Boleh Habis

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 382 hits
Kebanyakan bayi mudah menerima labu sebagai makanan pertama mereka Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah buahan atau sayuran lain Selain itu teksturnya amat lembut apabila dikukus atau dijadikan puri Labu...
Puding Roti Jagung Yang Cair Dimulut Bila Dimakan Sedap Rasa Lemak Berkrim

Puding Roti Jagung Yang Cair Dimulut Bila Dimakan Sedap Rasa Lemak Berkrim

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 243 hits
Puding antara sajian pencuci mulut yang cukup popular kerana ianya bukan sahaja mudah disediakan tetapi sedap dimakan Ada berbagai jenis puding dengan pilihan aneka perisa Kalau anda mengidam nak makan puding roti berperisa jagung boleh cub...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan

Kami Brunch Di Kolumpo Kopitiam