Cara Buang Kahak Bayi Di Rumah


Bagaimanakah cara buang kahak bayi dengan teknik yang betul dan selamat?
Penjagaan hidung bayi adalah sangat penting kerana bayi yang baru lahir tidak boleh bernafas melalui mulutnya kecuali apabila menangis.
Sebelum bayi berumur tiga atau empat bulan, mereka belum mampu mengembangkan refleks untuk membuka mulut apabila hidungnya tersumbat.
Justeru itulah, ibu ayah perlu lebih berhati-hati dalam menjaga hidung bayi mereka agar sentiasa bersih dan tiada kahak atau lendir yang menyekat.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara buang kahak bayi paling berkesan yang boleh ibu ayah lakukan di rumah.
Baca juga:
Cara Hilangkan Batuk Bayi Bayi Cirit Birit Bacaan Kuning Bayi Normal ke, bayi berkahak? Bayi berkahak adalah situasi yang normal boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Bahkan kahak pun mempunyai manfaatnya tersendiri untuk menapis segala debu, habuk, asap, kotoran, dan bendasing masuk ke dalam paru-paru atau saluran pernafasan.
Namun kahak yang terlalu banyak juga memberi kesan tertentu kepada bayi anda.
Faktanya, bayi yang baru lahir mempunyai saluran hidung yang kecil dan halus iaitu 2-3 milimeter lebar.
Maka tidak peliklah, lendir dan kahak yang sedikit pun boleh memberi gangguan besar kepada pernafasan mereka.
Penyebab cara buang kahak bayi Daya ketahanan bayi yang baru lahir belum berkembang sepenuhnya. Justeru amat mudah untuk bayi anda mendapat masalah saluran pernafasan dari faktor luaran mahupun dalaman.
Antara punca bayi berkahak adalah seperti berikut:
Nasofaringitis: Disebabkan oleh alahan, penyebaran virus dan bakteria Bronkitis: Keradangan dan peningkatan rembesan dalam bronkial Selsema: Disebabkan oleh virus. Biasanya, gejala selsema lebih ringan dan prognosis lebih baik Gastroesophageal: Refluks sering berlaku apabila makanan tidak dapat dicerna Beberapa faktor lain termasuklah seperti sejuk, persekitaran yang banyak asap rokok, pencemaran, cuaca terlalu kering, perubahan cuaca Cara buang kahak bayi dengan mudah Terdapat beberapa cara buang kahak bayi yang boleh anda sebagai ibu ayah lakukan. Berikut adalah antara caranya:
1. Sedut secara manual
Bayi di usia enam bulan pertama cenderung bernafas melalui hidung. Jadi hidung tersumbat boleh menyerang mereka dengan teruk.
Membersihkan lendir dengan penyedut hidung boleh membantu mereka bernafas dengan lebih mudah.
Untuk menggunakan penyedut ini, anda hanya perlu mengeluarkan lebih udara dan masukkan perlahan-lahan ke dalam lubang hidung bayi.
Condongkan hujung ke bawah sedikit supaya ia lebih berserenjang dengan muka mereka. Lepaskan tekanan dan keluarkan dari hidung mereka. Kemudian, picit lendir yang keluar pada tisu.
Untuk lebih berkesan, anda juga boleh gunakan larutan garam salin (saline nasal solution) untuk memudahkan lendir keluar.
Ikut arahan yang diberikan pada kotak. Anda hanya perlu baringkan bayi dan semburkan beberapa titis larutan tersebut ke dalam setiap lubang hidung sebelum menggunakan penyedut lendir.
2. Pastikan bayi sentiasa terhidrasi
Sama seperti orang dewasa, bayi juga kadangkala tidak mempunyai selera makan apabila mereka sakit.
Tetapi biarpun begitu, anda tetap harus menggalakkan bayi anda menyusu badan atau minum susu formula sekerap mungkin sebagai ikhtiar cara buang kahak bayi.
3. Wapkan anak
Bayi tidak mempunyai kekuatan otot untuk membersihkan kahak sendiri. Cara buang kahak bayi yang boleh anda lakukan adalah dengan wapkan anak.
Bawa bayi anda ke bilik mandi dan hidupkan pancuran mandian untuk menjadikan udara panas dan berwap.
Udara yang hangat dan lembap akan membuatkan hidung mereka mengeluarkan lendir dari kerongkong.
Cuba lakukan sebelum tidur, kerana lendir cenderung mengalir ke dalam kerongkong dan dada bayi anda semasa mereka berbaring.
4. Tepuk belakang badan anak
Teknik tepukan percussion mampu untuk melonggar dan membuang kahak yang ada di dalam paru-paru anak.
Anda perlu memastikan sebelum lakukan cara ini, anak tidak boleh diberikan susu atau makanan bagi mengelakkan muntah.
Cara untuk melakukannya mudah sahaja. Anda hanya perlu memastikan anak berada di posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut.
Bentukkan tapak tangan anda seperti cupping dan mula tepuk dibelakang badan anak. Tepuk selama 15 minit dan alih dari kiri dan kanan tubuhnya.
5. Pasang pelembap udara
Udara yang kering boleh menyebabkan kesesakan pada pernafasan. Salah satu cara terbaik untuk membersihkan kahak bayi adalah dengan menggnakan pelembap uadara di dalam bilik.
Ia amat berguna untuk menggunakan pelembap semasa si kecil anda sedang lena tidur.
6. Biarkan bayi anda duduk tegak
Apabila bayi anda duduk tegak, daya graviti akan membantu mengeluarkan lendir yang menyumbat hidung mereka untuk memudahkan mereka bernafas dengan lancar.
7. Gunakan madu asli
Madu asli sangat banyak manfaatnya kepada kesihatan tidak kira usia. Cara ini sedikit tradisional tetapi masih mujarab untuk diamalkan.
Sesuai untuk anak anda yang sudah berumur setahun ke atas, berikan mereka 1 sudu masu asli yang dicampur bersama 1 biji limau nipis/lemon dan sedikit air. Boleh juga gantikan air dengan air zam-zam sekiranya ada.
Bila perlu jumpa doktor Cara buang kahak bayi di rumah adalah cara berkesan untuk membersihkan kahak di kerongkong.
Tetapi anda perlu sentiasa memantau perkembangan abnormal bayi anda supaya rawatan yang betul dapat diberikan tepat pada masanya.
Apabila bayi anda mempunyai kahak di kerongkong disertai tanda-tanda seperti:
Kahak berwarna hijau, coklat, atau merah-coklat secara tidak normal Sianosis di sekeliling bibir Sesak nafas, semput, pernafasan cetek yang cepat, tarikan dada, dan lubang hidung yang membonjol Muntah banyak, muntah lagi lepas makan Tiada selera makan, kurang makan, lesu atau mudah marah Demam panas, suhu badan melebihi 38.5°C Bibir kering, nafas berbau, dan lidah kotor  Justeru jika anda nampak bayi anda mempunyai tanda seperti di atas tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara buang kahak bayi dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Learning About How to Help Your Child Cough Up Mucus. My Health.Alberta.ca How to Get Rid of Phlegm: Tips, Home Remedies, and Medications to Try. Healthline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cara-buang-kahak-bayi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cara-buang-kahak-bayi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Tanda Tanda Penyakit Batu Karang Dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan

9 Tanda Tanda Penyakit Batu Karang Dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 329 hits
9 Tanda tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 5 adalah objek keras yang diperbuat daripada bahan kimia dalam air kencing Ramai pesakit di Malaysia mengalami penyakit batu karang Namun ada antara kita masih t...
Belajar Dengan Mak Ayah Anak Lagi Cepat Tangkap Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

Belajar Dengan Mak Ayah Anak Lagi Cepat Tangkap Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 207 hits
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah bukan di sekolah bersama guru guru Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak Pun begitu ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis...
Cirit Birit Simptom Cara Rawatan Di Rumah Yang Mudah

Cirit Birit Simptom Cara Rawatan Di Rumah Yang Mudah

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 181 hits
Cirit birit adalah masalah biasa yang terjadi oleh kebanyakkan orang Ia berlaku bila mana seseorang itu kerap membuang air besar yang cair dan berterusan Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah cirit b...
Bayi Sembelit Teruk Cuba 7 Cara Parents Boleh Buat

Bayi Sembelit Teruk Cuba 7 Cara Parents Boleh Buat

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 214 hits
Bayi sembelit boleh berlaku di peringkat awal kelahiran atau selepas 6 bulan usia mereka yang ketika itu sudah bersedia untuk diperkenalkan dengan makanan pejal Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah ...
Nota Jangan Cabar Islam Ditabur Di Luar Rumah Ibu Bapa Nga

Nota Jangan Cabar Islam Ditabur Di Luar Rumah Ibu Bapa Nga

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 167 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 7 2024 3 21 PMSalinan nota bertulis tangan memberi amaran Menteri Perumahan dan Tempatan Nga Kor Ming supaya jangan cabar Islam bertaburan di luar kediaman ibu bapanya di Ayer Tawar Perak Ibunya yang menemui ...
Saya Utamakan Keluarga Aiman Hakim Ridza Tolak Tawaran Berlakon Selama 6 Bulan Kini Jadi Kontraktor Rumah Pula

Saya Utamakan Keluarga Aiman Hakim Ridza Tolak Tawaran Berlakon Selama 6 Bulan Kini Jadi Kontraktor Rumah Pula

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 225 hits
Pelakon kacak sensasi Aiman Hakim Ridza memaklumkan dia kini sedang sibuk menyiapkan rumahnya dan sanggup berehat sementara daripada mana mana tawaran berlakon selama 6 bulan Ujar Aiman dia sendiri kini menjadi kontraktor mengubahsuai rumah...
Kpk Geledah Rumah Mantan Ketua Ferrari Owners Club Indonesia Temukan Uang Diduga Terkait Kasus Syahrul

Kpk Geledah Rumah Mantan Ketua Ferrari Owners Club Indonesia Temukan Uang Diduga Terkait Kasus Syahrul

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 122 hits
KPK menemukan uang belasan miliar rupiah diduga terkait kasus Mantan Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo
Penduduk Asal Kampung Bunga Raya Ditawar Rumah Selangorku Berharga Rm42 000

Penduduk Asal Kampung Bunga Raya Ditawar Rumah Selangorku Berharga Rm42 000

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 172 hits
SHAH ALAM Sebanyak 36 daripada 118 keluarga penduduk Kampung Bunga Raya dekat Kampung Melayu Subang di sini ditawarkan untuk membeli rumah di bawah skim Rumah Selangorku oleh kerajaan negeri bernilai RM42 000 Kelulusan tersebut diberikan ke...
Kerja Rumah Bukan Semua Ibu Mengandung Sesuai Buat Boleh Semak List Ini

Kerja Rumah Bukan Semua Ibu Mengandung Sesuai Buat Boleh Semak List Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 254 hits
bukan semuanya sesuai dilakukan oleh Memanglah wanita dan urusan rumah tangga tidak dapat dipisahkan namun ketika mengandung eloklah kalau kerja kerja itu dilakukan oleh suami atau ahli keluarga yang lain Kerja Rumah Bukan Semua Ibu Mengand...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt