Cirit Birit Simptom Cara Rawatan Di Rumah Yang Mudah


Cirit birit adalah masalah biasa yang terjadi oleh kebanyakkan orang. Ia berlaku bila mana seseorang itu kerap membuang air besar yang cair dan berterusan.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah cirit birit yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Ubat Cirit Birit Dewasa Bayi Cirit Birit Keracunan Makanan Apa itu cirit birit? Health Cirit birit merupakan satu masalah yang lazim dan berlaku kepada hampir semua orang.
Jika anda mempunyai masalah diarrhea, tinja akan menjadi berair dan cair. Pada masa yang sama, anda juga akan rasa sakit perut dan juga loya.
Masalah ini bukanlah sesuatu yang serius, namun ia boleh menyebabkan komplikasi yang mendatangkan bahaya terhadap kesihatan.
Selalunya, diarrhea akan berlarutan selama 2-3 hari. Ia akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan terlalu sakit untuk bekerja.
Ada juga individu yang mengalami masalah ini lebih kerap daripada orang lain disebabkan penyakit tertentu, terutamanya bagi mereka yang menghidap sindrom usus rengsa (IBS).
Diarrhea akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari. Namun, jika ia tidak sembuh-sembuh, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin. Ini mungkin menandakan masalah yang lebih serius.
Jenis cirit-birit Cirit-birit juga boleh dikategorikan kepada dua bahagian:
Cirit-birit jangka pendek (akut). Ia berlaku selama 1-2 hari dan akan sembuh dengan sendirinya. Masalah ini mungkin berlaku disebabkan pengambilan makanan atau minuman yang dicemari bakteria. Cirit-birit jangka panjang (kronik). Ini merupakan jenis diarrhea yang serius dan berlarutan selama berminggu-minggu. Ia mungkin disebabkan penyakit tertentu atau jangkitan parasit. Punca yang menyebabkan cirit-birit Menurut Hopkins Medicine, antara punca lazim masalah diarrhea ialah:
Keracunan makanan disebabkan bakteria. Jangkitan virus seperti flu, norovirus atau rotavirus. Rotavirus merupakan punca lazim cirit birit dalam kalangan kanak-kanak. Parasit, satu organisme kecil yang boleh ditemui di dalam air atau makanan. Pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat kanser atau antasid. Intoleransi makanan atau sensitiviti. Penyakit yang mempengaruhi perut atau usus kecil seperti penyakit Crohn. Masalah usus besar seperti IBS. Baru lepas melalui pembedahan. Kadangkala, pembedahan boleh menyebabkan cirit-birit. Kadangkala, cirit-birit boleh berlaku tanpa sebab. Jika ia hilang dalam beberapa hari, selalunya anda tidak perlukan rawatan susulan.
Individu yang biasa terdedah Semua orang boleh menghidap diarrhea. Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar kebiasaan untuk mengalami cirit-birit beberapa kali setahun. Ia juga bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Namun, cirit-birit boleh menjadi serius jika ia berlaku kepada beberapa golongan. Sebagai contoh:
Orang muda, terutamanya kanak-kanak. Orang tua. Mereka yang mempunyai penyakit tertentu. Untuk mereka yang tergolong dalam kumpulan di atas, diarrhea ini juga boleh berlaku disebabkan masalah kesihatan lain.
Simptom dan gejala Mereka yang mengalami diarrhea akan mengalami simptom tertentu mengikut keseriusan serta punca cirit-birit tersebut.
Apabila mengalami cirit-birit, anda mungkin akan mengalami sesetengah atau semua simptom di bawah:
Tinja yang berair. Perut kembung Loya dan rasa nak muntah. Jika anda mempunyai diarrhea yang teruk, anda akan alami simptom seperti:
Demam. Penurunan berat badan. Rasa sakit yang teruk. Muntah-muntah. Diarrhea yang teruk boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Jika anda mempunyai simtom ini, berjumpalah doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan.
Cara rawatan yang terbaik Dalam kebanyakkan kes, anda boleh merawat diarrhea sendiri di rumah. Cari ubat yang mengandungi bismuth subsalicylate yang dapat melegakan masalah cirit birit dengan pantas.
Walau bagaimanapun, ubat yang dibeli di farmasi kadangkala tidak dapat melegakan diarrhea, lebih-lebih lagi jika ia berlaku disebabkan jangkitan atau parasit.
Jika ini yang berlaku, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang bertepatan.
Antara rawatan yang mungkin diberikan oleh doktor ialah:
Antibiotik. Ubat ini dapat merawat diarrhea yang berpunca daripada jangkitan bakteria atau parasit. Pemberian ubat untuk merawat penyakit tertentu. Diarrhea juga boleh menjadi tanda penyakit tertentu seperti IBS atau pertumbuhan ulser. Probiotik. Gabungan bakteria baik atau probiotik boleh digunakan untuk memastikan bakteria dalam perut dalam keadaan yang sihat. Walau bagaimanapun, bercakap dulu dengan doktor sebelum mengambil apa-apa jenis probiotik.   Boleh ambil ubat farmasi untuk rawat? Ya, anda boleh ambil ubat di farmasi. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan konsultasi daripada ahli farmasi yang bertugas.
Ikut arahan yang tertulis di pek ubat sebelum makan. Kadangkala, dos yang diperlukan oleh kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa.
Namun, jika anak anda menghidap diarrhea, lebih baik jika anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Jangan lupa, minum banyak air untuk menggantikan cecair yang hilang akibat dehidrasi.
Orang dewasa yang menghidap cirit-birit perlulah minum air kosong, air buah atau air isotonik. Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti teh atau kopi.
Kemudian, cuba makan makanan yang tawar dan lembut seperti roti, bubur atau oat.
Bila perlu jumpa doktor Kebiasaan masalah diarrhea boleh hilang dengan sendirinya tanpa sebarang rawatan dan anda tidak perlu berjumpa dengan doktor.
Namun anda perlu segera berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai mana-mana gejala seperti berikut:
diarrhea yang berterusan darah atau lendir dalam najis demam berat badan turun dengan mendadak diarrhea pada waktu malam sakit perut yang teruk tanda-tanda dehidrasi (rasa letih, kurang kencing, dahaga dan mulut kering) pendarahan rektum yang teruk Diarrhea boleh menyebabkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit (garam) menjadikannya sangat berbahaya terutamanya pada orang yang sangat muda atau lebih tua.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah cirit birit orang dewasa dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Symptoms & Causes of Diarrhea. National Institutes of Health Diarrhoea – Symptoms, Causes, Self Care and Treatments. Healthdirect Diarrhea. Johns Hopkins Medicine

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cirit-birit/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cirit-birit

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Dengan Mak Ayah Anak Lagi Cepat Tangkap Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

Belajar Dengan Mak Ayah Anak Lagi Cepat Tangkap Ni Cara Nak Jadi Learning Coach Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 207 hits
Didikan awal sememangnya bermula dari rumah bukan di sekolah bersama guru guru Maka jadilah ibu ayah yang sentiasa mendidik malah sentiasa kreatif merangsang minda anak Pun begitu ada waktunya dek kerana hambatan tugas yang tak pernah habis...
Rumah Rm 33 Juta Cara Delevingne Musnah Terbakar Lega Dua Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan

Rumah Rm 33 Juta Cara Delevingne Musnah Terbakar Lega Dua Ekor Kucing Berjaya Diselamatkan

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 238 hits
Banglo mewah milik pelakon Cara Delevingne di Los Angeles habis musnah dalam kebakaran pada Jumaat Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik di kawasan belakang rumahnya sebelum merebak sehingga menyebabkan rumah bernilai RM 33 juta it...
Cara Mudah Masak Daging Dendeng Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk

Cara Mudah Masak Daging Dendeng Tak Sampai 1 Jam Dah Empuk

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 149 hits
Siapa cakap susah nak masak dendeng daging Sebenarnya tak perlu masak sampai 4 atau 5 jam untuk dapatkan daging yang empuk dan sebati Menerusi perkongsian oleh Puan Yasmin Dayanti Fami beliau menunjukkan cara masak daging dendeng dalam temp...
Cara Buang Kahak Bayi Di Rumah

Cara Buang Kahak Bayi Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 164 hits
Bagaimanakah cara buang kahak bayi dengan teknik yang betul dan selamat Penjagaan hidung bayi adalah sangat penting kerana bayi yang baru lahir tidak boleh bernafas melalui mulutnya kecuali apabila menangis Sebelum bayi berumur tiga atau em...
Begini Cara Mudah Dan Murah Urus Surat Izin Praktik Dokter

Begini Cara Mudah Dan Murah Urus Surat Izin Praktik Dokter

papar berkaitan - pada 11/3/2024 - jumlah : 159 hits
Menteri Kesehatan Budi Gunadi Sadikin mengatakan kini tenaga kesehatan dan tenaga medis tidak perlu repot lagi mengurus Surat Izin Praktik
Wanita Muda Ini Beri Tips Cara Mudah Menghafal Alqur An Cocok Buat Anda Yang Sibuk

Wanita Muda Ini Beri Tips Cara Mudah Menghafal Alqur An Cocok Buat Anda Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 158 hits
Diah tercatat sebagai salah satu mahasiswa aktif di Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang
Petua Mudah Berpindah Rumah Tanpa Stres

Petua Mudah Berpindah Rumah Tanpa Stres

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 277 hits
Pemindahan rumah boleh menimbulkan rasa stres dalam sesetengah orang sehingga ianya dapat menakutkan individu tersebut untuk mengelakan berpindah ke rumah baru Jangan risau sebenarnya proses pemindahan boleh diringkaskan agar ia dapat mengu...
Cuaca Panas Dan Kering 7 Simptom Strok Haba Dan Cara Mencegah Strok Haba

Cuaca Panas Dan Kering 7 Simptom Strok Haba Dan Cara Mencegah Strok Haba

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 283 hits
Cuaca Panas dan Kering 7 Simptom Strok Haba dan Cara Mencegah Strok Haba 5 adalah penyakit berkaitan haba yang paling teruk dan dianggap sebagai kecemasan perubatan Di Malaysia ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca ...
Apple Akan Memperkenalkan Cara Yang Lebih Mudah Bagi Pengguna Iphone Untuk Bertukar Ke Android

Apple Akan Memperkenalkan Cara Yang Lebih Mudah Bagi Pengguna Iphone Untuk Bertukar Ke Android

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 257 hits
Apple sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan cara yang lebih mudah bagi pengguna di Kesatuan Eropah untuk memindahkan data dari iPhone ke peranti bukan Apple menjelang musim luruh 2025 Pada masa yang sama syarikat tersebut juga mengumumk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba