9 Tanda Tanda Penyakit Batu Karang Dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan


9 Tanda-tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 5 Penyakit batu karang adalah objek keras yang diperbuat daripada bahan kimia dalam air kencing. Ramai pesakit di Malaysia mengalami penyakit batu karang. Namun, ada antara kita masih tidak tahu apakah itu penyakit batu karang, tanda-tanda seseorang sudah ada penyakit batu karang, dan cara merawatnya. Dalam artikel kali ini, penulis akan menerangkan apakah itu penyakit batu karang, tanda-tanda seseorang sudah ada penyakit batu karang, dan cara-cara rawatan yang berkesan untuk penyakit batu karang.
Penerangan Mengenai Batu Karang Kajian menunjukkan penyakit batu karang sering kali berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding wanita. Menurut dapatan statistik peratusan penghidap penyakit batu karang di Malaysia adalah sebanyak 10-15% yang mana nisbahnya lelaki: perempuan, 2:1. Penyakit ini sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tetapi golongan yang kerap berisiko adalah berumur 35 hingga 45 tahun.
Apakah itu Batu Karang? Batu karang terbentuk melalui proses pemendakan dan penghabluran mineral dan konstituen kencing. Mineral dan konstituen dalam air kencing terkumpul bersama dan menjadi titik pemendakan apabila air kencing dalam kepekatan yang tinggi. Titik pemendakan ini merupakan tumpuan mineral dan konstituen untuk memendak and menghablur berterusan, and akhirnya batu karang yerjadi. Batu karang boleh terbentuk pada buah pinggang (Nephrolithiasis) atau di salur ureter di antara pundi kencing dan buah pinggang (Ureterolithiasis). Ia tidak berlaku dalam masa yang singkat, batu karang mengambil masa 6 bulan hingga setahun sebelum menunjukkan simptom.
Jenis-jenis Batu Karang Contoh-contoh batu karang ialah batu kalsium oxalate, batu kalsium fosfat, batu asid urik, batu magnasium amonium fosfak, batu cystein dan sebagainya. Batu yang paling biasa terjadi ialah batu kalsium oxalate. 9 Tanda-tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 6 Sumber : HelloDoktor
Tanda-tanda Batu Karang Dalam Pundi Kencing Batu karang menyebabkan sakit belakang yang teruk yang digambarkan lebih teruk dari sakit waktu bersalin. Sakit belakang ini berlaku kerana penyumbatan pada salur ureter. Apabila sakit merebak ke bahagian ari-ari, kebiasaanya batu karang telah berada di pundi kencing.
Apabila batu karang semakin membesar, pesakit akan rasa sakit belakang di sebelah kiri atau kanan. Sesetengah pesakit megalami kencing darah. Jika batu karang beralih dan tersekat di salur kencing (ureter), pesakit akan mengalami kesakitan yang sangat kuat. Kesakitan yang kuat disebabkan penguncupan salur kencing untuk mengeluarkan batu karang tersebut.
Berikut merupakan tanda-tanda penyakit batu karang:
Tanda-tanda penyakit batu karangPenerangan1. Sakit belakang yang teruk
Sakit yang digambarkan lebih teruk dari sakit waktu bersalin. Sakit belakang ini berlaku kerana penyumbatan pada salur ureter.2. Sakit semasa kencing
Batu karang dapat menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan sakit semasa membuang air kecil.3. Kerap rasa hendak kencing
Tanda batu karang yang berikutnya adalah dapat merangsang seseorang untuk rasa hendak kencing walaupun jumlah urin yang keluar mungkin sedikit.4. Darah dalam air kencing
Darah dalam air kencing ialah gejala biasa pada orang yang mempunyai batu karang. Gejala ini juga dipanggil hematuria. Darah dalam air kencing boleh berwarna merah, merah jambu, atau coklat.5. Air kencing berwarna keruh dan berbau busukAir kencing yang sihat adalah jernih dan tidak mempunyai bau yang kuat. Air kencing yang keruh atau berbau busuk boleh menjadi tanda batu karang.6. Mual dan muntahGejala ini berlaku kerana sambungan saraf yang dikongsi antara buah pinggang dan saluran pencernaan. Batu dalam buah pinggang boleh mencetuskan saraf di saluran pencernaan, mencetuskan sakit perut.7. Demam dan menggigil
Demam dan menggigil adalah tanda batu karang atau jangkitan pada buah pinggang di bahagian saluran kencing8. Sakit ke pangkal paha dan alat kelaminSakit dari batu karang boleh beralih dari punggung atau perut ke pangkal paha dan alat kelamin ketika batu bergerak melalui saluran kencing.9. Jangkitan saluran kencingJangkitan saluran kencing adalah tanda-tanda adanya batu karang. Kaedah Merawat Batu Karang Cara Merawat Batu Karang Tanpa Pembedahan Hanya batu karang yang kecil sahaja mampu dipecahkan dan mengalir keluar daripada saluran kencing tanpa melalui pembedahan. Batu karang yang lebih kecil daripada 5mm, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalir keluar dari badan bersama kencing. Pesakit hanya perlu minum air yang lebih untuk menghasilkan air kencing bagi mengeluarkan batu karang yang kecil. Kebarangkalian untuk batu karang dikeluarkan bersama kencing akan berkurangan dengan saiz batu yang semakin besar. Batu karang melebihi 1cm biasanya tidak dapat mengalir keluar bersama kencing.
Ada petua hancurkan batu karang dengan air kelapa muda dan lada hitam. Bagaimanapun, tiada kepastian samada petua ini akan berkesan atau tidak. Anda disarankan berjumpa dengan doktor perubatan untuk pemeriksaan lebih lanjut.
9 Tanda-tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 7 Sumber : Esulix
Soalan FAQs Berkenaan Penyakit Batu Karang Apakah jenis-jenis batu karang? Batu kalsium oxalate, batu kalsium fosfat, batu asid urik, batu magnasium amonium fosfak, dan batu cystein.
Bolehkah batu karang dibuang tanpa pembedahan? Boleh, jika saiz batu karang kurang dari 5mm.
Siapakah kumpulan risiko mengidap batu karang? Kaum lelaki dan individu berusia 35 hingga 45 tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/penyakit-batu-karang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buang Kahak Bayi Di Rumah

Cara Buang Kahak Bayi Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 159 hits
Bagaimanakah cara buang kahak bayi dengan teknik yang betul dan selamat Penjagaan hidung bayi adalah sangat penting kerana bayi yang baru lahir tidak boleh bernafas melalui mulutnya kecuali apabila menangis Sebelum bayi berumur tiga atau em...
Ini Cara Pantas Bersih Dan Buang Hanyir Kaki Ayam Barulah Puas Makan

Ini Cara Pantas Bersih Dan Buang Hanyir Kaki Ayam Barulah Puas Makan

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 127 hits
Menerusi kaedah ini kita dapat menikmati hidangan dengan lebih memuaskan tanpa terganggu oleh bau yang kurang menyenangkan Pemahaman terhadap langkah langkah yang diperlukan dapat meningkatkan kesedaran dalam menjaga kebersihan makanan Kaki...
Cara Memperbaiki Laptop Lemot 3 Langkah Efektif Untuk Meningkatkan Performa

Cara Memperbaiki Laptop Lemot 3 Langkah Efektif Untuk Meningkatkan Performa

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 201 hits
Di era digital yang serba cepat ini laptop menjadi alat esensial yang mendukung berbagai aktivitas kita mulai dari bekerja belajar hingga hiburan Namun apa jadinya jika laptop yang seharusnya membantu pekerjaan malah menjadi penghambat kare...
Cara Praktis Mendapatkan Keluaran Sdy Terbaru Togel Singapura

Cara Praktis Mendapatkan Keluaran Sdy Terbaru Togel Singapura

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 210 hits
Apakah Anda sedang mencari cara praktis untuk mendapatkan keluaran SDY terbaru di Togel Singapura Jika iya Anda berada di tempat yang tepat Dalam dunia togel mendapatkan informasi terbaru tentang hasil keluaran sangat penting untuk meningka...
Punca Dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi

Punca Dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 206 hits
Punca dan 5 Cara Mengatasi Keguguran Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi 21 Masalah keguguran rambut bukan sahaja boleh memberikan kesan kepada kulit kepala anda malah ia juga membuatkan penghidapnya menjadi kurang yakin dengan diri sendiri...
Jangan Lupa Kemasukan Prasekolah Kpm Dibuka Bermula 1 Mac Ini Panduan Cara Mohon Untuk Ibubapa

Jangan Lupa Kemasukan Prasekolah Kpm Dibuka Bermula 1 Mac Ini Panduan Cara Mohon Untuk Ibubapa

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 218 hits
Permohonan baharu Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia sesi akademik 2025 2026 akan dibuka bermula 1 Mac 2024 ini Terdapat dua kaedah permohonan iaitu secara dalam talian dan secara manual bagi memudahkan ibubapa lebih mudah membuat p...
Cara Mudah Untuk Keluarkan Semut Yang Penuh Dalam Bekas Gula Sejam Hilang Semua

Cara Mudah Untuk Keluarkan Semut Yang Penuh Dalam Bekas Gula Sejam Hilang Semua

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 205 hits
Takkan nak buang pula kan Jadi boleh guna cara yang dikongsi oleh Ameera ini untuk kita keluarkan semut daripada balang gula Caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis Satu balang penuh dengan gula tapi dek kerana tutup tak ketat habis ...
Mengenal Lebih Dekat Pengeluaran Sdy Cara Kerja Dan Pola Angka

Mengenal Lebih Dekat Pengeluaran Sdy Cara Kerja Dan Pola Angka

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 227 hits
Apakah Anda tertarik untuk mengenal lebih dekat dengan pengeluaran SDY Jika iya Anda berada di tempat yang tepat Dalam artikel ini kita akan membahas cara kerja dan pola angka pengeluaran SDY yang menarik untuk dipelajari Pertama tama mari ...
Sporo Kucing Punca Gejala Rawatan Cara Mengatasi

Sporo Kucing Punca Gejala Rawatan Cara Mengatasi

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 212 hits
Apakah yang dimaksudkan dengan sporo kucing dan simptom awal yang boleh anda temukan dari kucing kesayangan anda Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah penyakit sporo kucing berserta cara rawatannya B...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp