Cara Betul Bedung Bayi Elak Masalah Hip Dysplasia



Qayla imani genap 20 hari berada di rumah selepas discharge dari hospital. Alhamdulilah. Throwback entry lepas klik link👉 SINI
#1 Kenapa kena bedung bayi baru lahir?Bayi sifat dia sukakan belaian dan pelukan. Bila di bedung, akan beri efek ketenangan dan aman. 
Jadi mereka boleh tidur dengan nyenyak sekali, pastikan keperluan bayi di penuhi seperti menyusukan dan memantau hasil pembuangan bayi secara kerap. 
Seperti contoh gambar diatas, bayi Qayla imani yang merupakan bayi kelahiran pramatang juga selesa bila di bedung. Kalau kelahiran pramatang (belum cukup 40 minggu), mereka akan tinggal dalam full incubator untuk tumbesaran harian. 
Kelihatan tak di bedung sebab dalam incubator ada suhu sesuai seperti dialam rahim.
Bila Qayla semakin berat dan membesar, full incubator di tukar kepada babycot yang terdedah dengan suhu persekitaran (suhu bilik). Jadi pihak nurse akan pakaikan bedung secara rapi. 
Ikut pemahaman julia suatu tika dahulu, bedung bayi perlu ketat dari bahu ke kaki bayi kena diluruskan dan di balut rapat-rapat. Jika boleh elakkan tangan dan kaki bayi bergerak-gerak dalam kain bedung. 
Macam balut bungkusan barang sekali tengok macam itulah caranya, orang dulu kala cakap kalau tak buat macam itu nanti bayi bila besar akan jalan kengkang atau tak cantiklah. Itu kata orang tua-tua. Tak apa kita hormati budaya dan tips orang dulu kala, mereka di zaman mereka, kini kajian demi kajian oleh para tauliah telah lebar luaskan. 
Hormat datang duluJadi kita sebagai generasi baru kita timba ilmu, tak apa tips orang tua kita dengar dan iyakan sebagai tanda hormat penuh kasih sayang. Jangan bangkang ya kawan-kawan, kita nak jadi mak ayah kena banyak mengalah, tapi tak bererti kita tak penuhkan ilmu di dada dengan membaca tips parenting. 
Sekarang, ada kajian terkini oleh para cendikiawan. Belajar cara bedung dulu, kalau ada anak patung besar di rumah cuba latih diri bedung anak patung dulu sekemas yang mungkin. 
Julia latih dengan cara macam inilah sebelum melahirkan anak. Jadi tak adalah bila beranak tu terlupa nak bedung macam mana kan, warming up bedung itu perlu. Dulu julia bedung anak sulong Abg Qi yang belah kiri tu tau, sebab yelah kita berpantang dengan orang tua, jadi ilmu pun tak ada. Ikut jelahkan. Bila ada rezeki anak kedua, julia banyak buat pembacaan, gambar kanan itulah cara yang betul. 
#2 Risiko salah ilmu bedung - Hip DysplasiaTahukah anda, kajian pakar secara teliti mengatakan jika pinggul bayi dan kaki bayi tidak bebas bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia iaitu kemungkinan akan berlaku gangguan pembentukan sendi pinggul bahagian atas tulang peha tidak berada tepat di soketnya. 
Jadi bagi jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada persendian kaki dan pinggul bayi. 
Contoh yang sebenar (correct 👍) ialah longgarkan kain bedung dibahagian belah bawah, kemaskan kain bedung di bahagian bahu si bayi dan baru lipat kemas. 
Risau betul bila dapat tahu. Jadi mari praktik bedung bayi seperti gambar rajah yang julia kongsikan di atas okey.
#3 Tips bedung cara hospital amalkan sepanjang melawat anak pramatang di NICUJulia nak kongsikan sedikit pengalaman cara jaga anak di rumah seperti gaya penjagaan di hospital ya. Pengalaman 4 bulan ini diharapkan dapat membantu ibu ayah yang sedang mengumpul ilmu penjagaan bayi baru lahir.
Bukan apa, jika kita dapat praktikkannya selalu, insya-Allah bila bedung anak, dia selesa dan membesar dengan baik setiap hari serta kurang merengek. 
Guna kain bedung bersih setiap hari - selepas mandikan anak atau selepas tukar pampers anak pastikan kain bedung terdahulu bersih dari segala kotoran najis dan air kencing ya, terkadang ibu ayah tak perasan hal ini. Beli banyak kain bedung untuk tukar secara harian - lagi bagus sehari 2 kali tukar kain bedung. Ia bertujuan mencegah segala habuk dan virus yang hinggap melekat diatas permukaan kain bedung. Simpan kain bedung yang telah di basuh didalam almari bertutup - jika tak ada almari, beli plastik zip lock dan simpan.Tak digalakkan simpan almari open wardrobe. Pastikan sentiasa tutup tingkap rumah - terutama rumah jenis bertingkat (dikhuatiri habuk dan debu mudah masuk). Di hospital, tingkap sentiasa di tutup rapat, langsir di tukar seminggu ke dua minggu sekali lebih kurang. Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah elak segala pencemaran udara dari luar masuk ke dalam rumah. Bedung tak perlu 24 jam (selang selikankan aktiviti) - pastikan bayi pun ada waktu rehat dari bedung, contoh selepas mandi atau selepas menyusukan, buka sekejap kain bedung bagi badan bayi relaks dalam setengah jam. Buat urutan lembut, agar darah si bayi comel anda berjalan dengan lancar. Elak guna kain bedung untuk lap tumpahan susu atau lap jeluak susu anak - paling ramai buat, bila panik capai apa yang ada depan mata iaitu guna kain bedung anak untuk lap susu di mulut anak. No! Guna kain lap asing yang bersih bukan kain bedung ya, dikhuatiri kain bedung telah terdedah dengan bermacam hama dan habuk. Timbul iritasi dan sebab kesihatan lain nanti. Basuh kain bedung berkala dan kerap dengan cucian khas bayi - Lagi bagus steam atau basuh dengan cucian air panas (jika rajin). Elak simpan kain bedung terpakai terlalu lama di dalam bakul pakaian dikhuatiri nanti merebak bauan yang tidak enak didalam rumah dan elak tersebarnya risiko jangkitan kuman. Seeloknya setiap 2 hari sekali basuh dan keringkan. Simpan rapi. Gunakan kain bedung yang bersih, size yang sesuai dengan fizikal bayi serta kemas.
Tahniah ! Anda ke sini sebab nak menuntut ilmu, saya kongsi di sini hasil bacaan & pengalaman sendiri tika menguruskan anak pramatang. Semoga dengan membaca tips cara betul bedung bayi ini dapat memudahkan para ibu dan ayah baru menimang cahaya mata atau yang sedang menambah bilangan cahaya mata mengurus penjagaan harian di comel anda di rumah nanti dengan selesa serta tenang sekali. 
Jadilah ibu ayah berilmu, kelak ilmu ini nanti dihebahkan kepada keluarga dan rakan taulan anda yang lain pula. Semoga membesar dengan sihat anak-anak anda saya doakan. Amin. 
Nak baca lagi? Jejak tajuk entry lepas di bawah:Akhirnya perjuangan baby extreme premature DISCHARGE DAY 113👉SINIBeli penapis udara khas untuk bayi dirumah (air purifier) tanpa kontrak👉 SINI Keputusan ujian pulse oxymetry oksigen bayi pramatang👉 SINIPindah masuk wad pantauan rapi untuk elak dari terberanak awal sudahnya...👉SINIAir ketuban pecah tiba-tiba fasa 27 minggu mengandung, Allahuakbar!👉 SINIKolustrum Susu Ibu Pertama. Tahu teknik pasti dapat.#MamaNICUfighter 👉SINIEMERGENCY spontaneous breech assissted delivery 👉SINI Suntikan Vaksin Kancing Gigi (ATT) ibu mengandung nak terima atau tolak?👉SINIWAJIB Buat Detail Scan Baby Masa Kandungan Trimester Ke-2 👉 SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2023/01/cara-betul-bedung-bayi-elak-masalah-hip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kevin Feige Dedah Cara Marvel Studios Selesaikan Masalah Kelesuan Filem Superhero Dalam Dunia Mcu

Kevin Feige Dedah Cara Marvel Studios Selesaikan Masalah Kelesuan Filem Superhero Dalam Dunia Mcu

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 227 hits
MCU kini dalam fasa dimana filem filemnya sudah mula merudum dan jatuh Hal ini dikenalpasti berpunca daripada apa yang dikenali sebagai keseluan filem filem superhero Di MCU menurut Kevin Feige mereka sudah pun bersedia bagaimana untuk meng...
Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

Teddy Bear Kotor Punca Anak Tak Sihat Ibu Ni Kongsi Cara Cuci Yang Betul Senang

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 189 hits
Anak anak sudah tentu memiliki patung kegemarannya terutama anak perempuan Itulah yang menjadi temannya dan akan dibawa ke mana mana Masalahnya bila sudah dikelek ke sana ke mari itulah yang merungsingkan kerana kita tidak tahu berapa banya...
Cara Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur Guna Petua Ini Confirm Jadi

Cara Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur Guna Petua Ini Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 177 hits
Lipas antara serangga yang biasa ada di setiap rumah Biasanya sasaran lipas ini adalah di dapur ataupun dalam almari Tak tahu dari mana datangnya tapi bila nampak pasti mak mak akan naik angin kan Bukan apa jika dah mula bersarang dalam kab...
Buat Duit Dengan Ebook Cara Menulis Ebook Dengan Betul Serta Boleh Dijual

Buat Duit Dengan Ebook Cara Menulis Ebook Dengan Betul Serta Boleh Dijual

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 208 hits
Saya percaya zaman sekarang ramai orang yang nak buat duit sebagai pendapatan sampingan mahupun tetap dengan menulis Terutamanya oleh umum Kali ini saya bantu anda cara buat ebook dari proses awal cara bina web jualan proses bakal pembeli i...
Cara Mandi Wajib Yang Betul

Cara Mandi Wajib Yang Betul

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 377 hits
Assalamualaikum Hi korang Salam Jumaat penghulu segala hari semalam SA scroll FB dan terjumpa perkongsian tentang cara mandi wajib yang betul dan SA terpanggil nak share kat sini untuk menambah ilmu Of course bukan ilmu yang baru tetapi bag...
Bayi Baru Lahir Memang Cute Walau Pun Geram Elak Gomol Cium Boleh Menyebabkan Jangkitan Kuman

Bayi Baru Lahir Memang Cute Walau Pun Geram Elak Gomol Cium Boleh Menyebabkan Jangkitan Kuman

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 204 hits
Elakkan daripada mencium gomol atau sentuh bayi kecil tidak kira anda sihat atau tidak Jaga adab dan tingkah laku semasa kunjungan beraya Apatah lagi kalau melawat baby newborn ibu bersalin Bukan apa apa yang anda lakukan mungkin boleh memu...
Terapis Kongsi 5 Cara Boleh Buat Bersama Bayi Bawah Setahun Untuk Cepat Cakap

Terapis Kongsi 5 Cara Boleh Buat Bersama Bayi Bawah Setahun Untuk Cepat Cakap

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 202 hits
Melihat anak orang lain petah bercakap kadang tu terdetik dalam hati macam mana anak sekecil ini sudah mampu bercakap Paling susah hati bila anak kita pula dibuat perbandingan dengan anak orang lain Sebenarnya menurut Terapis Pertuturan dan...
Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

Cara Betul Cuci Botol Susu Anak Jom Buat 7 Langkah Mudah Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 260 hits
Penggunaan botol susu memang tak dapat nak dielakkan terutama bagi ibu yang bekerja tak kiralah anak minum susu ibu atau susu formula Bila menggunakan botol semestinya ia perlu dicuci sebersihnya dengan menggunakan kaedah yang betul Bukan a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa