Cara Bermain Game Among Us
Saya lihat ramai yang sangat suka dengan permainan Among Us di talian. Anak saya pun bermain permainan ini dengan rakan-rakan sekelasnya. Kadang-kadang bunyi riuh rendah . Macam tengah bergaduh pun ada.
Saya tertanya-tanya permaianan apa yang mereka main ni. Rupanya game Among Us . Game ini menjadi kegilaan masa kini bagi mereka yang suka kan permainan atas talian.
"Among Us" adalah permainan video yang semakin popular dimasa kini. Ia pada awalnya dikeluarkan oleh InnerSloth pada tahun 2018, tetapi hanya dalam beberapa minggu kebelakangan ini mulai mendapat perhatian meluas. Ianya hampir sama dengan permainan kad "Mafia". Ia tersedia di Steam, Google Play Store, dan App Store.
Cara Bermain Games Among usDi dalam Among Us memerlukan minimum 4 Pemain dan maksimum 10. Manakala 1-3 pemain akan menjadi "Impostor" dan semua yang lain akan menjadi "Crewmate". .
Impostor: Sekiranya anda adalah Impostor, objektif anda adalah untuk membunuh crew. Satu-satunya cara untuk menang adalah sekiranya crew sudah terbunuh. Anda mesti membunuh semua crew sebelum mereka menyelesaikan tugas mereka. jika tidak, mereka akan menang.
Dalam game satu - Impostor menang jika hanya ada satu crew yang tertinggal.
Dalam game dua dan tiga - Impostor akan menang jika jumlah crew yang ditinggalkan sama dengan jumlah impostor
Untuk membunuh seseorang, anda mesti berada dekat dengan mereka. Anda hanya perlu menekan butang "kill" di kanan bawah skrin dan mereka akan terbunuh serta-merta.
Dalam Among Us ada KIll Cooldown. Anda tidak akan dapat membunuh sesiapa semasa Kill cooldown ini aktif. Anda juga tidak boleh membunuh impostor lain.
Impostor mempunyai beberapa kebolehan khas iaitu mereka mempunyai kuasa ventilasi. Apa yang harus anda lakukan hanyalah menekan butang "Vent" berwarna merah yang muncul ketika anda melalui ventilasi.
Setelah masuk ke "Vent" anda boleh menggunakan salah satu anak panah kecil yang kelihatan bergerak di sekitar map, atau tekan butang Vent lagi untuk keluar dari vent.
Berhati-hati semasa menggunakan "Vent" kerana hanya impostor sahaja yang boleh menggunakan ventilasi. Menggunkan Vent di hadapan crew akan mendedahkan diri anda yang sebenarnya.
Impostor juga dapat mensabotaj crew setiap masa dengan menekan butang "sabotage" di kanan bahagian bawah.
Map akan dipaparkan dengan pelbagai ikon yang menunjukkan apa yang boleh disabotaj. Sebilangan sabotaj hanya menutup pintu dan menyekat bilik. Sekiranya crew tidak mengatasi halangan dalam had waktu ditetapkan, misalnya reaktor mencair, maka pimpostor akan terus memenangi permainan.
Impostor juga kadang kala akan berpura-pura melakukan tugas dan menolong anak kapal agar orang lain tidak curiga. Anda akan mempunyai senarai "fake task" untuk membantu anda dalam hal ini.
The Crewmates: Semasa anda menjadi crew, ada dua cara utama untuk menang:
Berjaya mengundi dan mendedahkan semua impostorSelesaikan semua taskSekiranya salah satu daripada 2 cara berjaya dilakukan maka crew akan menang.
Mengundi Impostor Crew diberi kelebihan untuk memilih siapakah impostor untuk dibunuh setiap kali mayat ditemui atau ada seorang ahli mahu mengadakan "emergency meeting". Disini pemain diberi peluang untuk membincangkan siapakah Impostor. Anda tidak perlu memilih siapa pun jika anda tidak mahu. Terdapat butang “skip vote” akan tertera.
Sekiranya "Skip Voting" adalah undi terbanyak, maka tidak ada yang akan disingkirkan
Sekiranya pemain tertentu mempunyai undian terbanyak maka pemain itu yang akan disingkirkan
Sekiranya keputusan undian adalah seri maka tidak ada yang akan disingkirkan.
Selesaikan semua taskSebaik sahaja permainan dimulakan, setiap crew diberikan senarai tugas untuk diselesaikan di sekitar peta. Ada task yang simple dan ada juga yang terlalu rumit
Setiap peta sebenarnya dilengkapi dengan rangkaian tugasnya yang tersendiri.
Sekiranya setiap orang menyelesaikan keseluruhan senarai tugas mereka sebelum crew terbunuh, maka crew menang. Selalunya ianya adalah sukar kerana serve akan melakukan pelbagai cara untuk memastikan impostor mempunyai had masa untuk membunuh.
Fungsi Ghost dalam games Among UsGhost: Perkara unik dalam permainan Among Us ini ialah anda masih boleh bermain dan mempengaruhi permainan setelah anda disingkirkan (mati).Ghost bergerak jauh lebih pantas daripada pemain yang hidup. Mereka tidak boleh dibunuh. Mereka dapat bergerak melalui dinding, dan memiliki penglihatan yang tidak terbatas.
Namun, Ghost tidak dapat berkomunikasi dengan pemain yang masih hidup. Apabila Ghost mmenulis sesuatu dalam Chat, chat akan dikaburkan dan hanya dapat dibaca oleh Ghost lain.
Crewmate Ghosts- Sekiranya anda adalah rakan crew dan mati pada awal permainan, anda masih boleh membantu crew. Crewmate Ghost masih dapat menyelesaikan tugas dan membantu crew mendapatkan kemenangan.
Impostor Ghosts- Sekiranya anda seorang impostor dan mati lebih awal dalam permainan anda masih boleh mensabotaj kru tapi anda tidak boleh membunuh pemain lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/11/cara-bermain-game-among-us.html