Pengguna Sosial Media Lebih Tertarik Untuk Membeli Dengan 7 Cara Pemasaran Ini
PENGGUNA SOSIAL MEDIA LEBIH TERTARIK UNTUK MEMBELI DENGAN 7 CARA PEMASARAN INI | Saya bukan peniaga. Saya seorang pembeli. Jadi apa yang saya akan tulis ni tidak meletak kan saya sebagai seorang peniaga. Cuma sebagai pembeli saya selalu tertarik dengan beberapa cara pemasaran produk disosial media..
Jadi hari ni saya nak berkongsi beberapa cara pemasaran di sosial media yang selalu buat saya tertarik untuk membeli. Saya seorang pembeli yang sangat cerewet. Saya ada trust issues dengan beberapa cara marketing disosial media.
Ye.. Boleh la dianggap yang saya pernah ditipu. Walaupun barang tu harga rm5 tapi saya tetap kecewa tau. Rm5 pun duit juga tu.
Bagi saya Shopee adalah tempat untuk saya membeli tanpa rasa risau. Kalau kena tipu pun saya yakin duit saya akan dapat balik. Kalau barang rosak saya boleh refund dan dapatkan barang saya semula.
Instagram, Twitter, Facebook adalah platform yang saya tak suka buat urusan jual beli. Dulu pernah la.. Tapi pengalamn mengajar kita.
Sebab tu saya tak mudah tergoda dengan iklan-iklan di sosial media. Tak mudah tergoda bukan bermakna tak tergoda langsung tau. Ada juga tercuit sikit naluri nak membeli tu bila peniaga tu buat cara yang betul untuk pikat pembeli.
Nak tahu apa cara marketing yang boleh buat orang tertarik untuk membeli?
Apa cara marketing di sosial media yang buat ramai orang mudah tertarik?Aktif disosial media.Macam yang saya bagitau awal-awal tadi, saya ada trust issues dengan sesetengah cara pemasaran disosial media. Jadi nak mendapatkan kepercayaan pembeli seperti saya ialah peniaga tu kena buat saya percaya yang peniaga dan produk itu wujud.
Kalau seminggu ada, sebulan hilang, rasa-rasanya saya patut beli tak barang dari peniaga tu. Bila peniaga tu aktif disosial media, kerap balas komen dan soalan orang nak beli pun rasa selamat sebab peniga tu mudah dicari dan mudah nak bersoal jawab dengan kita.
Kekalkan akaun sosial media.Bulan ni nama akaun Fb dia Kicap manis. Bulan depan dia buat akaun baru nama kicap manis terlajak. 3 bulan kemudian akaun kicap manis terlajak dah hilang. Muncul pulak Kicap Manis murah.
Jangan mengelirukan orang ramai dengan akaun sosial media yang terlalu banyak. Kita akan dianggap scammer. Rasanya kalau kita berniaga dengan cara yang mengikut peraturan satu2 platform tu, akaun kita akan kekal selamanya.
Ada akaun personal.Bila berniaga ni bermakna kita ada akaun khas untuk perniagaan kita. Tapi kita tetap kena ada akaun personal . Pastikan orang tahu kita adalah pemilik akaun perniagaan tersebut. Tak payah nak sorok identiti.
Gunakan akaun personal untuk mendekati pengguna sosial media lain secara personal. Buat orang ramai tahu, itu adalah perniagaan saya. Itu akaun perniagaan saya. Jangan rasa kesal dan marah bila ada yang dm dan pm kita di akaun personal untuk bertanya kan pasal produk kita.
Itu adalah satu perkara yang bagus untuk perniagaan kita. Ianya bukan perkara tak baik. Bila orang pm kita di akaun personal untuk hal2 berkaitan produk kita, bermakna pelanggan kita tu tahu yang perniagaan kita tu wujud dan kita sendiri wujud.
Jangan guna auto responder di facebook Sebagai pelanggan ini adalah perkara yang paling saya benci bila saya menghubungi peniaga di facebook. Saya tahu bila saya dapat saja balasan dari auto responder bermakna mesej saya akan dibalas dalam beberapa jam lagi.
Jangan kan 1 jam 5 minit pun saya dah cari seller lain. Ye.. faham. Seller akan kata "kami pun ada benda lain nak buat.". Sebagai seller saya percaya bila dapat saja mesej di kotak pesanan korang mesti akan terus buka dan baca.
Tapi bila ada auto responder, kebanyakan peniaga akan rasa "tak pe la. dah ada auto responder. Nanti dia tahu la mesej akan dibalas." waktu awak fikir macam tu kami dah cari seller lain yang lebih berminat nak menjual.
Biasanya orang nak beli ni, dia nak beli masa tu jugak. Tak de orang yang suka keluar pergi kedai sehari sampai 4,5 kali.
Beleive me!
Jangan terlalu memaksa untuk beliKita ada akaun sosial media untuk perniagaan. Dan kita ada akaun sosial media untuk personal. Kebanyakan orang akan gunakan akaun sosial media untuk perniagaan dengan update pasal produk dia je. Semua post gambar produk dia dan cerita pasal produk dia.
Akaun personal pulak asyik buat post cerita2 dengan diselittkan pasal produk jualan nya.Dia kata tak mau buat hard sell . Tapi semua post ada selit2 produk dia.
Tolong kreatif sikit. Page perniagaan tu boleh je kalau nak selit2 kan dengan resepi - kalau kita jual produk makanan.
Boleh juga letak tips pemakaian- kalau kita jual pakaian.
Akaun personal pulak letak la gambar2 kelakar, video kucing. Jangan terlalu nampak sangat kita nak menjual. Cuba untuk jadi santai supaya ada 2,3 post kita yang orang rasa boleh share untuk semua baca dan dan lihat.
Dari situ orang akan nampak akaun kita.
Buat peraduan Salah satu strategi yang paling berkesan untuk perniagaan di media sosial adalah dengan melibatkan prospek dengan produk jualan kita
Anjurkan pertandingan dan aktiviti promosi adalah cara yang terbaik untuk menarik ramai orang mengenali produk kita.
Buat peraduan yang lebih kreatif tapi tak terlalu rumit untuk orang lain sertai. Tapi pastikan pemilihan pemenang lebih telus bersesuaian dengan cara peraduan di jalan kan.
Jangan la buat peraduan kena beli barang, selfie , lepas tu kena buat caption menarik. Tapi pilih pemenang guna random. Sangat tak adil.
Beri sampleJangan kedekut untuk beri sample pada bakal pembeli terutamnya produk makanan atau pun penjagaan diri. Kita mungkin rasa ianya memerlukan kos yang besar untuk menyediakan sample. Tapi ianya adalah sebahagian dari marketing. Tak perlu beri sample secara berterusan. Cukup untuk 2-3 bulan awal selepas produk dikeluarkan.
Dapatkan maklum balas dari mereka yang menggunakan sample yang diberi. Jangan terlalu memaksa untuk pelanggan memberikan feedback. Kalau nak kan feedback yang jelas maklum kan pada mereka, " sila berikan feedback selepas menggunakan produk ni.". Bagitau juga pada mereka yang kita sedia menerima sebarang kritikan untuk menambah baik produk.
Ini akan buat mereka lebih terbuka untuk berkongsi dan lebih percaya dengan produk kerana merasa lebih dekat dengan produk tu.
Terima Kasih membaca artikel pengguna sosial media lebih tertarik untuk membeli dengan 7 cara pemasaran ini. Semoga artikel ni bermanfaat untuk semua dan selamat maju jaya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/10/pengguna-sosial-media-lebih-tertarik.html