7 Cara Halau Lalat Dari Rumah Yang Berkesan


HARIAN METRO   Jika anda selalu ada masalah dengan lalat di rumah, teruskan membaca untuk mengetahui cara halau lalat yang berkesan dan beberapa petua lama yang boleh digunakan untuk menghalau lalat
Bila sebut je lalat, automatik kita akan fikir kotor dan jijik. Memang geram je kalau ada lalat dekat dapur, cukup seekor je dah buat rasa tak tenang.
Nak-nak pula ada bau yang menggoda macam belacan, ikan kering, budu, atau yang sewaktu dengannya.
Dalam sekelip mata je daripada seekor boleh jadi 10 ekor datang menghurung. Musykil kan sensor apa lalat ni pakai untuk berkomunikasi dan panggil kawan-kawan dia datang sekali.
Bayangkan tengah syok-syok masak, tiba-tiba berkerumun datang lalat masuk dapur, duk hurung lauk-pauk semua. Mesti potong stim kan?
Risau je kalau lalat tu hinggap pastu bertelur kat mana-mana dan kita pula tak nampak. Kalau termakan telur lalat tu, jawabnya memang sakit perut lah kan.
Jangankan kat rumah, kalau kita masuk kedai makan yang banyak lalat pun mesti pusing balik keluar pergi cari kedai lain. Betul tak? Bukan apa, takut dapat penyakit pulak nanti.
Ya, kami tahu anda dah tak sabar nak tahu apakah cara menghalau lalat yang berkesan tu. Tapi, sebelum kita masuk ke topik nak menghalau lalat, jom kita berkenalan dulu dengan mereka!

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lalat?Lalat ni sejenis serangga terbang yang memang mengganggu kehidupan seharian kita. Dah lah bila kita nak pukul tu memang jarang sangat nak kena, cepat betul dia terbang lari.
Rumah kalau dah ada lalat, memang rasa cam semua benda lalat tu hinggap dah kotor.
Sebabnya, lalat ni bukan berterbangan di udara je, tapi kat tong sampah, dalam longkang, atas bangkai dan macam-macam lah lagi, semuanya diorang nak hinggap.
Kat Malaysia ni, ada beberapa jenis lalat yang kita boleh jumpa. Kami sertakan nama siap dengan gambar lalat sekali:
1) Lalat RumahLalat ni yang selalu kita nampak kat dalam atau sekeliling rumah. Warna dia hitam dan ada empat garis gelap memanjang di bahagian atas badan.
Lalat rumah ni boleh dikatakan yang paling banyak lah dalam dunia ni. Kalau siapa yang tak pernah nampak tu, memang pelik amat!
2) Lalat Buah
Lalat ni dapat nama sebegitu sebab memang kerjanya menyerang buah-buahan dan sayur-sayuran yang mereka suka.
Siapa yang berniaga memang kena hati-hati dengan lalat buah ni. Silap hari bulan habis semua buah atau sayur tak boleh nak jual. Rugi tau tak?
3) Lalat Hijau (Langau)Selalunya lalat ni orang panggil langau atau langau hijau. Saiznya lagi besar daripada lalat biasa dan warnanya hijau berkilat.
Bunyi dengung dia pun lagi kuat daripada lalat rumah. Lalat hijau ni selalu ada kat tong sampah luar rumah.
4) Lalat Daging
Lalat ni seperti namanya, adalah sejenis lalat yang memakan daging. Abdomennya berjalur hitam dan kelabu. Saiznya pula lebih kecil jika dibandingkan dengan langau.
5) Lalat Kandang Lalat ni selalu ada di kawasan penternakan macam kandang ayam. Berbeza dengan lalat yang lain, mulut lalat kandang ni lebih tajam dan boleh menghisap darah haiwan dan juga manusia.
Penternak kena memastikan yang lalat ni tak mengerumuni haiwan sebab ia boleh menyebabkan haiwan ternakan anemia dan lemah.
Okay, kalau nak tahu lebih lagi pasal lalat, ada beberapa fakta tentang lalat rumah, seperti yang disediakan oleh Rentokil:
Boleh membiak dengan cepatWaktu hidup yang singkatAda sepasang sayapTak ada gigiAktif di siang hariAda makanan kesukaan tersendiriAda tempat istirahat yang disukaiBoleh melihat apa yang ada dibelakangnyaSelalunya membiak di tempat yang kotorBoleh mengotorkan dan mengkontaminasikan makanan
Kitaran Hidup LalatKalau nak tahu kita ada masalah lalat ke tak, kenalah kenal kitaran hidupnya dulu.
Lalat yang dewasa tu semua orang pun tahu bentuknya, tapi macam mana pula rupa telur lalat dan anak lalat.
Haaa, nah kami sediakan kitaran tu kat bawah ni supaya anda boleh berjaga-jaga nanti.

 Lalat Dah Kenal, Macam Mana Pula Nak Halaunya
Cara halau lalat memang ada bermacam-macam di luar sana. Paling senang memang sembur je racun serangga tu, gerenti mati terus semua.
Tapi, kalau tengah masak kat dapur atau tengah rehat di ruang tamu, takkan la nak sembur terus camtu. Dengan kita sekali terhidu bau racun tu nanti!
Antara cara yang anda boleh gunakan untuk menghalau atau menangkap lalat adalah:
1) Perangkap lalat
Perangkap lalat ni datang dalam pelbagai rupa. Yang biasa kita tengok dekat kedai tu, ada tergantung dekat siling dan menggunakan elektrik.
Perangkap tu ada lampu biru yang membuatkan lalat tertarik untuk pergi ke situ, dan bila lalat pergi je mereka akan di bunuh oleh kejutan elektrik.
Ada juga yang menggunakan jenis bekas yang menarik lalat menggunakan bau makanan, dan bila lalat masuk je mereka tak akan dapat keluar lagi.

Perangkap lalat buah pun menggunakan bekas juga tapi untuk memerangkap lalat buah jantan. Perangkap ni mengandungi feremon yang berfungsi untuk menarik lalat jantan untuk masuk ke dalam bekas.
2) Pelekat lalat
Pelekat ni menggunakan gam yang sangat kuat jadi bila lalat hinggap, mereka tak boleh lari terbang lagi. Ada yang sapu je gam tu pada kertas dan letakkan pada tempat yang lalat selalu datang.
Selain tu, ada juga yang gunakan pelekat yang siap sedia digunakan. Anda hanya perlu membuka perangkap yang memang dah ada gam dan letakkan di mana yang anda rasa selalu nampak lalat.
Pelekat ni pun berguna untuk cicak juga, boleh lah korang settle 2 jenis perosak kat rumah!
3) Pemukul lalatSelalunya pemukul lalat ni orang guna yang plastik tu. Nampak je lalat, terus siap sedia tunggu dia hinggap mana-mana dan ‘pap’ terus tepuk lalat tu dengan pemukul.
Kalau kena puas hati, tapi kalau tak kena sakit hati!

Bagaimanapun, sekarang dah ada pemukul yang jenis boleh cas. Bentuknya macam raket badminton dan jaring-jaring tu bila dihidupkan akan ada eletrik.
Bila nampak je lalat terbang, terus pukul je lalat tu, dan mereka akan terus mati sebab kena eletrik.
Selalunya bila lalat ni dah selalu kena perangkap, mereka takkan datang lagi lah. Lalat pun pandai serik juga!
Tapi, kalau anda rasa macam tak sampai hati nak bunuh lalat, boleh lah gunakan juga petua halau lalat yang menggunakan bahan semulajadi. Ni semua daripada zaman tok nenek moyang kita dulu-dulu.
 Antara Petua Untuk Menghalau Lalat
1) Limau Purut & CengkihNi sama macam petua untuk menghalau nyamuk dari rumah. Potongkan limau purut kepada 2 bahagian dan cucukkan cengkih pada limau tersebut. Letakkan di atas meja makan atau tempat banyak lalat.
2) Serai WangiBanyak seranggan termasuk juga lalat memang alah dengan bau serai wangi ni. Kalau dapat tanam pokok serai wangi ni kat kawasan luar rumah lagi bagus.
Tapi, kalau tak dapat tanam, boleh je beli serai wangi dan buatkan air serai wangi organik.
Caranya, kisar kering segenggam serai wangi yang dah dibasuh dan campukan dengan secawan air. Biarkan semalaman sebelum ditapis dan masukkan air tapisan ke dalam botol spray.
Sembur je pada pintu, tingkap, meja atau mana-mana tempat yang anda tak nak lalat datang dekat.
3) Hirisan TimunTak sangka timun ni rupanya dibenci oleh lalat. Kalau tak nak lalat bertelur dalam tong sampah, letakkan beberapa hirisan timun di atas, di dalam atau di sekitar tong sampah.
Nak letak hirisan timun atas meja, atau tepi tingkap dan pintu pun boleh juga untuk menghalang lalat daripada masuk menghurung.
4) Kulit Kayu ManisTumbukkan kulit kayu manis dan gunakan sebagai pewangi di dalam rumah. Bau daripada kayu manis ni akan menghalau lalat yang ada.
5) Daun KariLalat juga tak suka dengan bau yang datang daripada daun kari. Anda hanya perlu ambil secekak daun kari dan rendamkan dalam air.
6) LilinPetua halau lalat guna lilin ni selalu nampak di kedai makan. Bila lilin dinyalakan, haba tu yang akan membuatkan lalat lari.
7) Gantung Air Dalam Plastik
Cara ni katanya boleh mengganggu penglihatan lalat. Admin pun pelik baca tentang petua ni!
Masukkan air ke dalam bekas plastik jernih dan gantungkan pada tempat banyak lalat, atau di pintu dan tingkap untuk mengelakkan lalat daripada masuk. Ada juga yang meletakkan duit syiling untuk menambahkan silau.
Sangatlah penting untuk anda cuba menghalau lalat yang ada di rumah kerana ianya boleh membawa penyakit kepada anda dan juga keluarga. Semoga cara halau lalat di atas dapat membantu anda.

PropertyGuru Tip Cara Pengawalan Lalat Oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ):Bahan-bahan buangan harus dibungkus sebelum dibuangTong sampah harus dibersihkan dan sentiasa ditutup rapatMakanan harus dikawal daripada dicemari oleh lalat dengan menutup atau menyimpan di dalam almariGunakan lilin yang menyala atau alat pembunuh elektirk agar lalat tidak hinggap di atas makanan yang terdedah.Memastikan kebersihan di dalam dan di luar tempat penghidangan makananMemastikan pembuangan sampah dilakukan dengan sempurnaLalat-lalat dewasa harus dibunuh dengan semburan racun seranggaMengadakan kempen-kempen kebersihanLaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berhubung kebersihan yang tidak memuaskan. Contohnya sampah yang tidak diangkut.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/7-cara-halau-lalat-dari-rumah-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Side Income Untuk Suri Rumah

Cara Buat Side Income Untuk Suri Rumah

papar berkaitan - pada 1/11/2020 - jumlah : 281 hits
Cara Buat Side Income Untuk Suri Rumah Bagaimana cara buat side income untuk suri rumah dengan mudah dan hasilnya sangat The post appeared first on
Bagaimana Cara Mudah Jana Pendapatan Di Rumah Sesuai Untuk Semua

Bagaimana Cara Mudah Jana Pendapatan Di Rumah Sesuai Untuk Semua

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 623 hits
Bagaimana Cara Mudah Jana Pendapatan Di Rumah Sesuai Untuk Semua Ramai yang tercari cari bagaimana cara mudah jana pendapatan di rumah The post appeared first on
2 Cara Merawat Rambut Kering Dan Kembang Dengan Bahan Di Rumah

2 Cara Merawat Rambut Kering Dan Kembang Dengan Bahan Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 478 hits
Siapa yang ada rambut kering dan kembang Okey kita geng K fiezz dalam kategori ada masalah rambut kering dan kembang ni Pakai minyak Hmm bukan tak suka kadang kadang k fiezz pakai juga cuma tak boleh selalu sebab k fiezz sakit kepala kalau ...
Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Tanpa Modal Yang Besar

Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Tanpa Modal Yang Besar

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 451 hits
Cara Jana Pendapatan Dari Rumah Tanpa Modal Yang Besar Bagaimana untuk kita jana pendapatan dari rumah tanpa memerlukan modal yang The post appeared first on
Cara Jana Income Dari Rumah Yang Mudah Dan Terbukti Lumayan

Cara Jana Income Dari Rumah Yang Mudah Dan Terbukti Lumayan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 463 hits
Cara Jana Income Dari Rumah Yang Mudah Dan Terbukti Lumayan Jika anda tercari cari cara jana income dari rumah atau mahu The post appeared first on
Cara Ajak Anak Tetap Aktif Walau Terus Terusan Di Rumah Akibat Pandemi Patut Diperhatikan Lo

Cara Ajak Anak Tetap Aktif Walau Terus Terusan Di Rumah Akibat Pandemi Patut Diperhatikan Lo

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 264 hits
Memang ibu harus menjaga anak dengan tetap di rumah aja selama pandemi tapi ibu juga perlu memastikan anak tetap aktif bergerak
Craving Nak Makan Aiskrim Ini Cara Pesan Aiskrim Nestle Online Hantar Terus Ke Rumah

Craving Nak Makan Aiskrim Ini Cara Pesan Aiskrim Nestle Online Hantar Terus Ke Rumah

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 526 hits
INI CARA KORANG NAK PESAN AISKRIM NESTLE SECARA ONLINE PENGHANTARAN TERUS KE RUMAH Craving nak makan aiskrim Jangan risau Nestle Ice Cream kini menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk korang menikmati kelazatan aiskrim tanpa per...
Punya 4 Istri Begini Cara Pengusaha Puspo Wardoyo Terapkan Adil Dan Jaga Kerukunan Rumah Tangga

Punya 4 Istri Begini Cara Pengusaha Puspo Wardoyo Terapkan Adil Dan Jaga Kerukunan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 232 hits
Puspo Wardoyo tidak hanya dikenal sebagai pengusaha sukses tapi juga kehidupan poligami yang ia jalani Pendiri usaha Ayam Bakar Wong Solo ini diketahui memiliki empat orang istri Setelah menikah pertama pada tahun 1979 Puspo menikah dengan ...
Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat Bagi Yang Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi Rm3 000

Cara Mohon Rumah Mesra Rakyat Bagi Yang Berpendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi Rm3 000

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 232 hits
CARA MOHON RUMAH MESRA RAKYAT BAGI YANG BERPENDAPATAN ISI RUMAH TIDAK MELEBIHI RM3 000 Kini anda boleh memiliki rumah sendiri walaupun pendapatan anda tidak melebihi RM3 000 Ini kerana Syarikat Perumahan Negeri Berhad telah memperkenalkan s...
Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah



Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online


209 Doa Para Nabi

207 Chapter Master You Words

Coretan Dari Tingkat 2 Wad 29 Katil 18 Hprz 2

Sambutan Birthday Ke 9 Nur Wardina Soffea

Puding Jagung Yang Sedap

Play88 Online Slots The Evolution Of Graphics And Sound Effects