Punca Bau Badan Dan Cara Mengatasinya


Adalah semula jadi untuk badan mengeluarkan peluh yang boleh menyebabkan bau badan terutamanya jika anda menjalani gaya hidup yang aktif dan tinggal di negara beriklim tropika yang panas. Tetapi tahukah anda bahawa bau badan juga boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain selain cuaca panas dan senaman? Berikut adalah 5 punca yang mungkin anda tidak duga :


1. Perubahan hormonKadangkala tiroid boleh menghasilkan terlalu banyak hormon. Ini dipanggil hipertiroidisme yang boleh meningkatkan metabolisme badan dan degupan jantung yang mengakibatkan peluh dan bau badan yang berlebihan. Menopaus adalah punca biasa peningkatan peluh. Tahap perubahan estrogen dan progesteron mempengaruhi keupayaan badan anda mengawal suhu yang menyebabkan rasa panas dan peluh yang banyak.
2. Berat badan berlebihanLebih besar badan anda, lebih besar jisim badan yang anda perlu gerakkan, maka badan anda akan menghasilkan lebih banyak haba. Oleh sebab itu, badan anda perlu mengeluarkan lebih banyak peluh untuk menyejukkannya semula.


3. Masalah kesihatanDiabetes, penyakit buah pinggang dan penyakit hati adalah beberapa masalah kesihatan yang boleh memburukkan lagi bau badan. Kerosakan saraf diabetis, sebagai contoh, boleh menyebabkan peluh yang berlebihan apabila saraf yang membantu mengawal peluh juga rosak.
4. Ubat-ubatanJenis ubat tertentu seperti insulin dan antimurung juga boleh menyebabkan anda berpeluh lebih banyak sebagai kesan sampingan. Rujuk dengan doktor anda jika anda mengesyaki perkara ini berlaku.


5. Tekanan dan kebimbanganAnda pasti terkejut! Peluh adalah cara semula jadi badan menenangkan anda. Saraf pada kelenjar peluh anda peka terhadap emosi anda, jadi apabila anda tertekan dan suhu badan anda meningkat, badan anda menghasilkan kedua-dua endorfin bagi membantu anda merasa lebih baik. Itulah sebabnya anda terasa hebat selepas ke gim!
Suka atau tidak, setiap orang mempunyai bau badan. Sesetengah orang tidak begitu kuat sementara yang lain mungkin rasa malu dengan bau yang kuat dan tidak menyenangkan. Walau bagaimanapun, penyebab utama bau badan kebanyakan orang ialah amalan kebersihan yang tidak baik dan kuat berpeluh.


Berpeluh adalah proses detoksifikasi semula jadi tubuh untuk menyingkirkan toksin dan peluh itu sendiri kebanyakannya tidak berbau. Walau bagaimanapun, apabila peluh bercampur dengan bakteria yang ada pada kulit, peluh dan kotoran yang terhasil menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu, kunci untuk mengurangkan bau badan adalah mengatasi faktor-faktor yang menjadi puncanya – iaitu bakteria dan kotoran pada kulit.
Bagaimana mengatasi bau badanBau badan yang tidak menyenangkan boleh diatasi dengan berkesan dengan perubahan yang betul dalam rutin harian anda:

Mandi bersih-bersih menggunakan sabun antibakteria sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutamanya selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam di gimnasium dan berlari.Pastikan kulit anda benar-benar kering sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit atau mengenakan pakaian kerana persekitaran yang lembap boleh menyebabkan peningkatan bau badan.Pilih fabrik semula jadi seperti kapas dan linen berbanding kain sintetik kerana ia lebih sesuai untuk menyerap peluh dalam iklim panas dan lembap di negara kita.Akhir sekali, gunakan deodoran antipeluh yang berkuasa. Antipeluh akan mengawal peluh sementara deodoran akan menyembunyikan bau badan dengan haruman yang lembut dan menyegarkan.

Apakah jenis deodoran antipeluh yang harus saya gunakan, berbuli atau semburan?Walaupun deodoran berbuli lebih disukai kerana ia kecil dan mudah dibawa, deodoran semburan lebih cekap mengatasi bau badan kerana deodoran semburan membentuk lapisan pelindung pada kulit dan kering dalam beberapa saat.


Atasi bau badan dengan ciri-ciri semula jadi Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ lembut pada kulit, tidak meninggalkan kesan dan menawarkan perlindungan daripada bau dan peluh sehingga 48 jam dengan campuran eksklusif bahan-bahan semula jadi yang menjadikannya sangat bagus untuk mereka yang berkulit sensitif dan lembut.


Setiap bahan semula jadi dipilih dengan teliti untuk ciri peneutralan baunya. Antioksidan Ekstrak Bilberi dan Ekstrak Teh Putih membantu memperkuat kulit dan melindungi daripada kerosakan persekitaran sementara Mineral Asli memberikan ciri antimikrob. Di samping itu, Vitamin C membantu melawan risiko kerosakan sel yang menyebabkan penuaan dan penggelapan kulit kerana Lichen Plus membantu mengawal peluh dan merencatkan pembentukan bau.
Dengan Deodoran & Semburan Antipeluh G&H PROTECT+ anda boleh meneruskan aktiviti kegemaran anda tanpa rasa bimbang tentang bau badan yang tidak menyenangkan. Biarkan ciri-ciri semula jadi dan haruman deodoran semburan antipeluh yang menyegarkan ini membuatkan anda kembali yakin.
Campuran Protect+ Yang EksklusifRumusan G&H PROTECT+ mengandungi adunan perlindungan kulit yang dihasilkan secara semula jadi dan bahan botani seperti: 

Ekstrak Teh Putih - Teh Putih mengandungi salah satu jumlah antioksidan tertinggi yang ditemui dalam tehMineral Semula Jadi - Membantu untuk mengeluarkan kotoran daripada kulit, meningkatkan tona kulitEkstrak Bilberi - Kaya dengan sebatian yang bagus untuk anda dinamakan antosianin, memberikan anda pelbagai khasiat bermanfaat

Mengawal Bau, Mengurangkan Kekotoran Dan Melindungi Daripada KebasahanDeodoran & Anti Peluh Berbuli G&H PROTECT+ jernih dan cepat mengering; tidak meninggalkan tanda putih pada kulit atau pakaian. Dirumus untuk membantu mengurangkan kerengsaan yang boleh menyebabkan perubahan warna kulit, Deodoran & Anti Peluh Berbuli G&H PROTECT+ berkesan namun tidak kuat dan lembut pada kulit, memberikan perlindungan deodoran dan kebasahan sehingga 48 jam. Deodoran & Anti Peluh Berbuli G&H PROTECT+ dengan teknologi pengkapsulan eksklusif dan terbukti membebaskan letusan haruman yang segar apabila badan bergerak aktif walau pun selepas berjam-jam dipakai.

Harga RM45.00 sebotol
Whatsapp untuk beli di link ini - https://wa.link/vck5ky


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zatisalim.com/2022/03/punca-bau-badan-dan-cara-mengatasinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih

5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 312 hits
5 Cara Cegah Jangkitan Menahan Kencing Ketika Lakukan Seks Antara Punca Rasa Pedih MEMBUANG air besar atau kecil sepatutnya menjadi rutin setiap individu supaya dapat menjalani kehidupan dengan normal dan sihat Bagi yang gemar menahan kenci...
Deria Rasa Bau Masih Tak Ok Doktor Kongsikan Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid 19

Deria Rasa Bau Masih Tak Ok Doktor Kongsikan Cara Pulihkan Semula Deria Bau Selepas Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 384 hits
Antara kesan sampingan yang sering terjadi selepas habis kuarantin adalah hilang deria rasa dan bau serta masalah batuk berpanjangan Ramai mengakui semakin rasa tidak selesa dengan keadaan itu Namun tip yang dikongsikan oleh ini anda perlu ...
Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 207 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
5 Cara Untuk Menggodam Badan Anda

5 Cara Untuk Menggodam Badan Anda

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 309 hits
Manusia merupakan sebaik baik ciptaan Manusia melengkapkan ekosistem di bumi dan manusia mempunyai keupayaan untuk membangunkan bumi Walaupun manusia tiada sayap untuk terbang namun manusia mempunyai akal untuk menyelesaikan masalah tersebu...
Kwsp Rm10k Elak Bersesak Ini Cara Buat Temu Janji Online Kaunter Kwsp

Kwsp Rm10k Elak Bersesak Ini Cara Buat Temu Janji Online Kaunter Kwsp

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 144 hits
Kerajaan secara rasmi telah mengumumkan pengeluaran khas KWSP sehingga RM10 000 untuk kali terakhir Ahli yang berniat untuk melakukan pengeluaran ini perlu melakukan perancangan yang baik dalam usaha memudahkan proses pengeluaran Ini termas...
Video Izara Aishah Tanya Cara Tegur Adik Beradik Yang Belum Tutup Aurat Ini Respon Neelofa

Video Izara Aishah Tanya Cara Tegur Adik Beradik Yang Belum Tutup Aurat Ini Respon Neelofa

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 171 hits
Umum tahu pelakon jelita Izara Aishah merupakan rakan baik kepada selebriti terkenal Neelofa sejak mereka berusia 15 tahun lagi Lebih menarik lagi apabila kedua duanya menyertai serta terpilih sebagai finalis program Dewi Remaja pada tahun ...
Cara Mudah Buat Landing Page Website Produk Guna Canva

Cara Mudah Buat Landing Page Website Produk Guna Canva

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 249 hits
Dah 2022 rugi tau kalau owner business tak ada website sendiri Penat siang malam nak close customer tapi ramai yang joy buyer Meh sini Ayen nak ajar cara mudah buat website pakai Canva je Tak bayah beli domain and 10min dah siap Tahu tak da...
10 Cara Belanja Duit Kwsp Rm10 000 Cara No 5 Paling Penting

10 Cara Belanja Duit Kwsp Rm10 000 Cara No 5 Paling Penting

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 238 hits
Ramai pencarum KWSP yang mungkin tidak tahu bagaimanakah untuk memanfaatkan wang yang diberikan melalui Pengeluaran Khas KWSP RM10 000 Mungkin ramai akan melakukan pembaziran dengan menggunakan wang tersebut untuk perkara perkara yang tidak...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco