Capaian Internet Lemah Adalah Hasil Sebuah Pembodohan


Pandemik Covid-19 nampaknya masih lagi belum berakhir. Pelbagai strategi dirangka namun hasil penurunan belum kelihatan. Dalam darurat ini, pekerjaan masih perlu dilakukan dan pembelajaran masih perlu diteruskan. Melalui pematuhan SOP, kebanyakan aktiviti dijalankan secara tidak berdepan. Yakni, melalui capaian internet.

Ini membawa kepada suatu luka lama kita semua. Capaian internet yang maha lemah terutama sekali di luar bandar. Membaca berita mengenai keluhan ibu bapa di surat khabar tentang capaian internet yang lemah, saya hampir tergelak. Satu permasalahan yang sudah lebih 10 tahun saya deritai, hanya kini surat khabar dan wartawan ingin bawa ke hadapan. Selama ini mereka semua ke mana? Sibuk mengejar sensasi dan bukannya sebuah berita?

Tertarik saya pada keluhan seorang bapa di Pasir Puteh, Kelantan melalui keratan laporan akhbar Sinar Harian. Keluhnya, anaknya banyak kali terpaksa ponteng sesi PDPR kerana masalah capaian internet. Jika dahulu, anak-anak tidak mampu ke sekolah kerana tinggal di pedalaman, kini masalah yang sama juga berlaku. Anak-anak tidak mampu ke sekolah kerana gagal mencapai akses atas faktor kegagalan infrastruktur. Jika dahulu jalan ke sekolah adalah dalam bentuk turapan aspal, kini jalan ke sekolah dijelmakan dalam bentuk capaian jalur internet. Tiada internet=tiada sekolah.

Kebetulan juga, kampung ibu saya juga di Pasir Puteh, Kelantan. Jika berada di kampung, jangankan kata capaian internet, panggilan suara juga sukar didapati. Sebut sahaja telco mana, semuanya sudah saya langgan untuk urusan di kampung ibu saya. Semuanya sampah.
Kini, SKMM mendabik-dabik dada ingin menghapuskan rangkaian 3G dan beralih ke rangkaian baru 4G. Kononnya, lingkungan 4G di seluruh negara sudah mencapai 93%. Statistik ini saya tak tahu lah SKMM petik daripada mana. Hanya sebuah ketawa besar mampu saya ucapkan. Mungkinlah 7% yang masih belum mencapai 4G itu adalah jumlah keluasan Pasir Puteh, Kelantan dan juga Sabah dan Sarawak. Ataupun, kawasan yang saya sebutkan itu tak termasuk pun dalam pengiraan kawasan rangkaian SKMM?

Apa-apa pun, permasalahan capaian internet ini bagi saya adalah hasil daripada sebuah pembodohan turun temurun. Masyarakat secara umumnya masih lagi buta IT. Di kampung ibu saya, sudah saya siapkan surat untuk memohon pencawang baru dan serahkan kepada penghulu kampung tapi penghulu menyuruh saya pula yang membayar dan menghantar sendiri surat tersebut. Saya ingatkan surat tersebut akan diuruskan oleh pusat khidmat DUN, tapi balik-balik saya juga yang kena. Sudah lah surat pun saya yang buat. Mungkin pusat khidmat DUN gunanya hanya sekadar pusat makan laksa dan laksam sahaja.  Jangan kata surat untuk memohon pencawang, QR Code MySejahtera yang sudah saya cetak siap-siap dan diserahkan kepada beliau untuk masjid juga tidak digantung atas alasan “tak ada orang bawa telefon ke masjid“.

Bila diadukan masalah dalam WhatsApp ataupun Facebook, maka ramailah akan marah-marah dan memerli kononnya di kampung lain pun sama sahaja masalah capaian internet. Pelik juga saya, jika semua kawasaan sama, tidakkah ini menunjukkan permasalahan ini serius dan menyeluruh? Adakah hanya kerana masalah ini adalah masalah lama dan menyeluruh maka saya kena redha dan menerima sahaja ia sebagai sesuatu yang normal?
Tak kurang juga ada yang marah-marah dan menyuruh saya berusaha dengan memasang parabola dan tidak mengadu domba masalah saya. Mereka-mereka inilah yang saya katakan hasil daripada sebuah pembodohan. Tidak tahu membezakan antara yang hak dan batil. Tidak tahu hak pengguna. Sebarang aduan dianggap adu domba yang perlu disenyapkan.
Lebih menghairankan, ada juga komen-komen dan pernyataan daripada kononnya seorang guru bahawa modul telah diagihkan dan pelajar sepatutnya berusaha dan saya petik komennya “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” unutk menyertai PDPR. Komen individu ini saya kira sebagai kejahilan tahap tinggi dan saya tidak mahu mengulas lebih. Adakah hanya kerana pelajar ini pelajar di Pasir Puteh, Kelantan maka mereka tidak layak menikmati sesi PDPR secara langsung dengan komunikasi dua hala?
Apakah cukup dengan hanya memberikan modul? Walhal ini masalah yang dialami semua. Sewajarnya, guru itu patut memahami masalah pelajarnya. Bukankah guru juga memerlukan capaian internet yang bagus untuk turut mengajar? Kenapa anda pula yang sibuk-sibuk ingin menjadi jurucakap telco dan ADUN? Anda dibayar gaji oleh telco kah?
Tak menghairankan sekiranya ada di kalangan anda yang ingin berkunjung ke kampung ibu saya ini dipenuhi dengan lubang-lubang di jalanan, lampu jalan yang tidak menyala dan longkang yang tersumbat kerana tak ada siapa yang berani membuat aduan takut diugut dan diherdik. Dalam WhatsApp kampung ibu saya juga, hanya kerana saya mengadu lembu memakan tanaman ayah saya, orang-orang kampung menyebarkan gambar ayah saya kononnya ingin mengatakan saya sebagai anak ‘kurang ajar’. Tuan lembu lepas tangan dan boleh pula menunggang agama dengan mengajar saya ‘adab berjiran’.
Bayangkan, sudah bertahun-tahun masalah capaian ini dialami, tapi tiada langsung pihak individu, NGO atau pertubuhan ingin menyaman telco kerana gagal menyediakan perkhidmatan yang diiklankan. Orang politik pula, tidak membantu langsung dalam hal ini. Mana tidaknya, yang menderita hanyalah anak mukim. Mereka yang berjawatan tidak merasai susahnya capaian internet kerana tinggal di kawasan dengan infrastruktur yang lengkap.
Jadi? Apa tindakan kita dan anda semua? 4G Malaysia? Mimpi sajalah. Capaian internet fiber ke seluruh Malaysia? Kiamat pun belum tentu ada.
The post Capaian Internet Lemah Adalah Hasil Sebuah Pembodohan appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/capaian-internet-lemah-adalah-hasil-sebuah-pembodohan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Galah Untuk Capaian Internet

Guna Galah Untuk Capaian Internet

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 491 hits
Oleh AIN SAFRE BIDIN PENDUDUK menunjukkan galah panjang atau batang pencantaspelepah kelapa sawit yang dipasang booster untuk mendapatkan capaian internet di Teluk Intan UTUSAN AIN SAFRE BIDINTELUK INTAN Capaian internet yang tidak stabil m...
Internet Luar Bandar Kekal Lemah Dana Rm3 Bilion Ke Mana

Internet Luar Bandar Kekal Lemah Dana Rm3 Bilion Ke Mana

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 207 hits
Akses internet masih lemah di luar bandar sejak program menambahbaik komunikasi digital luar bandar diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional pada 2020 lalu Menurut Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Telekomunikasi Syed Ibrahim Syed Noh ...
Pelajar Parah Lepas Kemalangan Ketika Cari Capaian Internet Untuk Pdpr

Pelajar Parah Lepas Kemalangan Ketika Cari Capaian Internet Untuk Pdpr

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 228 hits
Hanya kerana ingin mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di kawasan yang mempunyai capaian internet yang baik seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Hussein di Selama Perak cedera parah setelah terlibat dalam s...
Cari Capaian Internet Pelajar Akhirnya Di Icu

Cari Capaian Internet Pelajar Akhirnya Di Icu

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 283 hits
Cari capaian internet pelajar akhirnya di ICU Pelajar cari capaian internet untuk PdPR parah kemalangan kini di ICU Hospital Taiping LARUT Hanya kerana ingin mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di kawasan mempunyai capaian i...
Mau Terbang Ke Jakarta Bos Perusahaan Di Pekanbaru Ketahuan Palsukan Surat Hasil Pcr

Mau Terbang Ke Jakarta Bos Perusahaan Di Pekanbaru Ketahuan Palsukan Surat Hasil Pcr

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 254 hits
Dua orang pria warga Pekanbaru inisial HH dan JO tertangkap tangan memalsukan surat hasil tes Polymerase Chain Reaction Covid 19 Keduanya ketahuan saat akan terbang di Bandara Internasional Sultan Syarif Kasim II Pekanbaru
Resipi Pajeri Nenas Dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri

Resipi Pajeri Nenas Dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 553 hits
Resipi Pajeri Nenas dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri Buah nenas antara buah kegemaran kami sekeluarga Rasanya yang manis memang sedap kalau dimakan begitu sahaja atau dimasak buat lauk Kalau dapat buah nenas ni memang tak payah tun...
Tabung Pendidikan Seni Visual Contoh Hasil Tabung Yang Direka Oleh Pelajar

Tabung Pendidikan Seni Visual Contoh Hasil Tabung Yang Direka Oleh Pelajar

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 404 hits
TABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG PENDIDIKAN SENI VISUALTABUNG P...
5 Alasan Kenapa Hasil Alismu Tak Sekece Punya Selebgram Produknya Sama Hasilnya Kok Gini Ya

5 Alasan Kenapa Hasil Alismu Tak Sekece Punya Selebgram Produknya Sama Hasilnya Kok Gini Ya

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 218 hits
Kadang alismu ketebelan kadang malah kayak nggak seimbang kiri kanan Duh struggle is real
Bea Cukai Realisasikan Dana Bagi Hasil Cukai Hasil Tembakau Lewat Rs Paru Karawang

Bea Cukai Realisasikan Dana Bagi Hasil Cukai Hasil Tembakau Lewat Rs Paru Karawang

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 154 hits
Direktur Kepabeanan Internasional dan Antar Lembaga Bea Cukai Syarif Hidayat mengatakan bahwa rumah sakit tersebut merupakan RS pertama yang dibangun oleh Pemerintah Daerah Kabupaten Karawang menggunakan DBHCHT
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities