Cantas Speaker Atau Mb Ini Dun S Ngor Sidang Cuma 2 Hari
DUN Selangor Bersidang Cuma 2 Hari, Nak Cantas Speaker Atau MB Selangor?
Posted by SnapShot at 8/07/2019
Kali pertama berlaku dalam sejarah, sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di dalam Malaysia atau mungkin di seluruh dunia, persidangan ahli dewan cuma bersidang selama 2 hari dan kemudiannya Speaker dewan menangguhkannya...
Hanya berlaku di Malaysia dan di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan...
Bukan saja rakyat, malah ahli DUN sendiri tertanya-tanya kenapa jangkahayat persidangan DUN Selangor kali nie tersangat singkat...
Sumber mengatakan, ada 2 kemungkinan kenapa Speaker DUN Selangor secara tiba-tiba dan tergesa-gesa menangguhkannya...
Cubaan Undi Tidak Percaya Pada Speaker DUN Selangor
Laman blog nie ada menulis mengenai tindakan Speaker DUN Selangor menangguhkan persidangan yang baru 2 hari bersidang kerana mahu menghalang pembentangan pindaan Undang-Undang Syariah Negeri Selangor (BACA DI SINI)...
Jadi ada teori mengatakan, tindakan Speaker DUN Selangor, Ng Su Limm menangguhkan persidangan DUN Selangor adalah ibarat 'one stone kill two birds'...
Pertama, dapat menghalang dari usul Pindaan Undang-Undang Syariah Negeri Selangor dibentang dan dibahaskan...
Dan yang kedua adalah untuk mengelakkan dari ahli DUN Selangor membuat usul undi tidak percaya terhadap Speaker DUN Selangor kerana tidak bersetuju atas tindakan Ng Su Limm cuba menggagalkan Pindaan Perlembagaan Undang-Undang Syariah Negeri Selangor dari dibentangkan (BACA DI SINI)...
Untuk rekod, seseorang Speaker (DUN atau Dewan Rakyat) atau Yang Di Pertua Dewan, boleh dan dikehendaki mengosongkan jawatan bila pada bila-bila masa Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri membuat ketetapan untuk beliau mengosongkan jawatan tersebut (BACA DI SINI)...
Undi Tidak Percaya Terhadap Menteri Besar Selangor
Skandal Semburit betul-betul telah membuatkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, seperti cacing kepanasan (BACA DI SINI)...
Betullah kata Mat Sabu, "Elephant fight Elephant, Grass Suffer"...
Umum tahu, Selangor adalah kubu kuat bagi Azmin Ali...
Menerajui kepimpinan PKR peringkat negeri Selangor telah memberikan Azmin peluang dan tapak untuk memperkukuhkan pengaruh beliau di Selangor...
Namun cengkaman pengaruh Presiden PKR, Anwar Ibrahim dalam PKR Negeri Selangor, bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh oleh team Azmin @ team kartel...
Langkah Kajang mengingatkan kita tentang kelicikan Anwar dalam merancang untuk menumbangkan Menteri Besar Selangor (waktu itu Azmin masih setia dengan Anwar)...
Sumber mengatakan, Anwar merancang untuk melakukan Langkah Kajang 2.0 tetapi melalui undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Selangor di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor...
DAP yang tersepit dengan kemelut dalaman PKR, telah mengarahkan Ng Su Limm supaya menangguhkan persidangan DUN Selangor serta merta!!!
Sama ada benar atau tidak, bagi admin itu bukanlah perkara pokok... Yang menjadi perkara pokok ialah, Dewan Undangan Negeri adalah satu badan di bawah kuasa perundangan atau legislatif...
Perlembagaan negeri akan dipinda, digubal atau perlembagaan yang baru akan diperkenalkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri...
Dewan Undangan Negeri juga adalah tempat di mana segala masaalah-masaalah rakyat dibincang, dibahas untuk keputusan terbaik diambil bagi menyelesaikan masaalah rakyat...
Dewan Undangan Negeri TIDAK sepetutnya digunakan untuk memberi tempoh bertenang dalam menyelesaikan masaalah pemimpin atau masaalah dalaman mana-mana parti politik...
Sekiranya persidangan DUN ditangguhkan dengan sewenang-wenangnya, apakah segala masaalah rakyat yang berbangkit akan dialih untuk dibincangkan di kedai kopi???
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Juta...Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi (4)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/cantas-speaker-atau-mb-ini-dun-sngor.html