Niat Puasa Hari Arafah



Bagaimana niat puasa hari arafah?
Artikel ini akan memberi panduan tentang niat puasa hari Arafah secara lengkap dan mudah.
Panduan ini juga menyenaraikan zikir yang digalakkan, doa yang disunatkan & kelebihan-kelebihan yang terdapat pada hari Arafah ini.
Jika anda sedang memerlukan panduan berkaitan hari Arafah, mari kita mulakan..

Isi kandungan panduan ini: Pengenalan Tarikh Puasa Sunat Arafah Lafaz Niat Puasa Arafah Zikir Yang Digalakkan Amalan Puasa Bulan Dzulhijjah Doa Hari Arafah Yang Galakkan Kelebihan Hari Arafah Pengenalan Hari Arafah Wukuf atau Hari Arafah adalah gambaran Padang Masyhar yang semua makhluk dikumpulkan sebelum ke syurga atau neraka untuk umat manusia merenungi hari akhirat.
Ia antara hari yang dimuliakan dan di sisi Allah.
Wukuf di Arafah adalah amalan yang sangat besar impaknya berikutan ketika itu suasana perhambaan amat jelas kelihatan.
Ini kerana ketika wukuf jemaah berkumpul dengan penuh khu­syuk mengabdikan diri dan menadah tangan berdoa agar diampunkan dosa dan diterima segala amalan.
 
Bilakah Waktu Untuk Puasa Hari Arafah? Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Dzulhijjah dalam kalendar hijrah Islam.
Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan haji, peluang tetap diberikan oleh Allah untuk mendapat ganjaran iaitu dengan berpuasa pada hari Arafah.
Rasulullah ketika ditanya tentang puasa pada hari Arafah ber­sabda:
Diampunkan dosa setahun lalu dan setahun akan datang.”
– Riwayat Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi
Maklumat lanjut mengenai penetapan waktu puasa hari Arafah boleh dibaca lanjut pada pautan ini: Bayan Al-Falak Siri 2
 
Lafaz Niat Puasa Hari Arafah Niat puasa sunat hari Arafah adalah seperti berikut:

 Nawaitu shauma Arafata sunnatan lillahi ta’ala 
Maksudnya:
Aku berniat puasa sunat Arafah kerana Allah Taala
 
Zikir Hari Arafah Walaupun kita tidak dapat berhimpun dan memperoleh kemuliaan berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji di Tanah Suci, tetapi kita turut dibolehkan untuk berdoa dan beramal walau di mana pun kita berada.
Kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat seperti solat, berpuasa, berzikir dan berdoa terutama dengan zikir doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.
At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi mengamalkan zikir doa berikut:

 Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumitu wahuwa a’la kulli syai’in qadirr 
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.
Daripada Amr bin Syu’aib dari ayahnya dan daripada datuknya, Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallâhu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda,
Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.”.”
— Hadis Riwayat at Tirmizi
 
Amalan Puasa Bulan DzulHijjah 1. Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.” 2. Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji 3. Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qada puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah. Haram Berpuasa
Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Umar ra:
Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.”
– Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina:
 Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari Tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.”
– Hadith Riwayat Imam Ahmad r.a.
Puasa Tambahan Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah).
Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan Hari Arafah.
Hadis riwayat Ibni Abbas:
Siapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”
 
Doa Hari Arafah Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada.
Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.
Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah.
Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.
Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.
— HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani
Doa  Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.
Antara doa yang dianjurkan adalah:

Dalam kitab Sunan at-Tirmizi ada riwayat daripada Saidina Ali RA beliau berkata:
Antara lafaz doa yang banyak dibaca oleh Nabi SAW pada hari Arafah ketika wuquf adalah:

 
Kelebihan & Keistimewaan Hari Arafah Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya.
Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi fajar dan malam yang sepuluh. (al-Fajr: 1-2)
Menurut Ibnu Kathir, yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijah.
Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”.
— Riwayat Ahmad
Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji.
Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat.
Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardu (berjemaah) dan memperbanyak solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.
Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.
— Riwayat Muslim
Ini umum untuk semua waktu.
 
Penutup Semoga panduan ini membantu anda.
Marilah kita merebut peluang ini agar kita sentiasa mendapat keampunan dan rahmat Allah sentiasa.
Semoga bermanfaat!
The post Niat Puasa Hari Arafah (Dalam Rumi) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-puasa-hari-arafah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Puasa Arafah Tata Cara Keutamaan Dan Jatuh Tanggal Berapa

Niat Puasa Arafah Tata Cara Keutamaan Dan Jatuh Tanggal Berapa

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 363 hits
Puasa Arafah adalah puasa sunnah muakkadah yang pahalanya luar biasa Bagaimana niat dan tata cara apa saja keutamaan dan kapan waktu pelaksanaannya Berikut ini akan dibahas cukup lengkap mulai dari pengertian dan hukum tata cara niat puasa ...
Idul Adha Jatuh Pada 11 Agustus Inilah Bacaan Niat Puasa Tarwiyah Dan Arafah Pada 8 9 Dzulhijjah

Idul Adha Jatuh Pada 11 Agustus Inilah Bacaan Niat Puasa Tarwiyah Dan Arafah Pada 8 9 Dzulhijjah

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 341 hits
Hari Raya Idul Adha diperkirakan jatuh pada Minggu yang bertepatan dengan 10 Dzulhijjah 1440 H Ada beberapa ibadah yang bisa dilakukan dalam bulan Dzulhijjah antara lain ibadah kurban dan juga puasa sunnah arafah serta Puasa Tarwiyah Puasa ...
Ini Cara Niat Puasa 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah

Ini Cara Niat Puasa 10 Hari Pertama Bulan Dzulhijjah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 454 hits
Niat merupakan aktivitas pertama dan utama dalam memulai sebuah ibadah Bahkan keabsahan dan kesempurnaan sebuah ibadah tergantung pada niat Tak terkecuali dalam melakukan puasa di sepuluh hari pertama Dzulhijjah harus dimulai dengan niat te...
Kelebihan Puasa Hari Arafah

Kelebihan Puasa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 400 hits
Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji iaitu bagi bukan jemaah haji Antara kelebihan puasa sunat hari Arafah ialah 1 Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang Dari...
Puasa Sunat Senarai Doa Hari Arafah

Puasa Sunat Senarai Doa Hari Arafah

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 727 hits
Puasa Sunat Senarai Doa Hari Arafah Hari Wukuf atau Hari Arafah adalah kemuncak bagi ibadat Haji Disyariatkan bagi kita yang tidak melakukan Wukuf supaya berpuasa kerana banyak manfaat yang bakal diperoleh bagi mereka yang mengerjakanya Har...
Jadwal Puasa Arafah 10 Agustus 2019 Lihat Niat Puasa Arafah Dan Puasa Tarwiyah Beserta Artinya

Jadwal Puasa Arafah 10 Agustus 2019 Lihat Niat Puasa Arafah Dan Puasa Tarwiyah Beserta Artinya

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 431 hits
Organisasi Islam Muhammadiyah telah menetapkan tanggal 1 Dzulhijjah 1440 H Berdasarkan hasil hisab hakiki wujudul hilal yang dipedomani Muhammadiyah 1 Dzulhijjah akan jatuh pada hari Jumat 2 Agustus 2019 Dikutip dari Maklumat Pimpinan Pusat...
Anjuran Keutamaan Dan Bacaan Niat Puasa Arafah

Anjuran Keutamaan Dan Bacaan Niat Puasa Arafah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 318 hits
Anjuran keutamaan dan bacaan niat puasa arafah Ibadah sunah ini dikerjakan pada tanggal 9 Dzulhijjah atau sehari sebelum Idul Adha
Niat Puasa Arafah Dan Tarwiyah Puasa Tanggal 8 Dan 9 Dzulhijjah Sebelum Idul Adha

Niat Puasa Arafah Dan Tarwiyah Puasa Tanggal 8 Dan 9 Dzulhijjah Sebelum Idul Adha

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 296 hits
Puasa Dzulhijjah sebenarnya bermacam macam mulai puasa sunnah dari tanggal 1 7 dan juga puasa Tarwiyah dan puasa Arafah Semua puasa tersebut tergabung dalam puasa sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah Niat puasa Arafah Ibnu Abbas pernah men...
Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1140h

Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1140h

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 735 hits
Niat Puasa Arafah 9 Zulhijjah 1140H Tarikh Puasa Sunat Arafah adalah pada hari Sabtu bersamaan dengan 10 Ogos 2019 The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut