Cameron Highlands Flora Park Harga Tiket Masuk Cara Beli


Trip ke Cameron Highlands anda tidak lengkap tanpa berkunjung ke Cameron Highlands Flora Park ini!
Cameron Highlands Flora Park adalah merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang menawarkan pelbagai jenis bunga berwarna-warni dengan lanskap indah yang memukau.
Kalau anda suka bunga atau nak cari spot terbaik untuk ambil gambar, atau kedua-duanya sekali, anda memang wajib singgah sini. 
Jom baca lebih lanjut mengenai Cameron Highlands Flora Park termasuk harga tiket masuk dan cara beli dalam perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Cameron Highland: Tarikan Utama & Cadangan Tempat Penginapan Popular
Cameron Highlands Flora Park Cameron Highlands Flora Park merupakan sebuah taman bunga yang terletak di kawasan Kea Farm, Cameron Highlands. 
Taman ini telah dibuka kepada orang ramai sejak tahun 2023 lagi dan berjaya menjadi tarikan utama di Cameron Highlands.
Keunikan Cameron Highlands Flora Park terletak pada konsepnya yang menggabungkan pelbagai jenis taman dalam satu kawasan. Pengunjung akan dapat menikmati pelbagai jenis bunga dari seluruh dunia, termasuk spesies yang jarang dilihat di Malaysia. 
Taman ini bukan sahaja mempamerkan bunga-bunga yang cantik, tetapi juga menjadi platform pendidikan di mana pengunjung boleh belajar tentang kepelbagaian flora dan kepentingan pemuliharaan alam sekitar. 
Selain itu, Cameron Highlands Flora Park jugai dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk kafe, kawasan piknik, dan bahkan taman permainan kanak-kanak. Ini menjadikannya destinasi yang sesuai untuk semua peringkat umur sama ada anda datang bersama keluarga,anak-anak, rakan-rakan, atau pasangan. 
Lokasi & Waktu Operasi Lokasi:
Cameron Highlands Flora Park terletak di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang. Lebih kurang hanya 6 minit berjalan kaki dari Pasar Kea Farm yang terkenal tu da berdekatan dengan beberapa tarikan lain seperti Sheep Sanctuary, Pusat Teh BOH dan Centrum Shopping Mall.
Lokasi ini bukan sahaja mudah diakses, tetapi juga menawarkan pemandangan yang memukai kerana dikelilingi oleh bukit-bukau yang hijau dan ladang-ladang yang subur.
Cara ke sana:
Untuk sampai ke Cameron Highlands Flora Park, anda perlu menuju ke Kea Farm yang terletak kira-kira 5 kilometer dari bandar Brinchang. 
Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, perjalanan ke Cameron Highlands mengambil masa sekitar 3 hingga 4 jam/ . Setelah tiba di Cameron Highlands, ikut papan tanda ke arah Kea Farm, dan anda akan dapat melihat petunjuk ke Cameron Highlands Flora Park. 
Kalau anda naik pengangkutan awam, anda boleh berhenti di “FLORA PARK PARKING”. 
NOTA: Cameron Highlands Flora Park menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma dari tempat letak kereta Pasar Kea Farm ke pintu masuk taman ini. 
Waktu Operasi:
Taman ini dibuka setiap hari (Ahad hingga Isnin) bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 7.00 malam. Panggilan akhir untuk masuk adalah pada pukul 5.30 petang. 
Tarikan Utama Ada apa sahaja di  Cameron Highlands Flora Park ni? Jom kita tengok beberapa tarikan utama yang ada di sini:
1. Glass Sanctuary Glass Sanctuary ni sebenarnya rumah hijau yang menempatkan pelbagai spesies bunga yang unik dan hanya boleh hidup di kawasan Cameron Highlands. 
Bunga-bunga tersebut ditanam di dinding dan lantai rumah kaca ini, menjadikannya sangat estetik dan menarik di setiap sudut.
2. Golden Maple Bridge Golden Maple Bridge adalah merupakan jambatan yang menjadi lokasi popular untuk mengambil gambar, terutamanya dengan latar belakang bukit-bukau Cameron Highlands. 
Jambatan ini dihiasi dengan bunga-bunga yang cerah menjadikannya sangat cantik dan instagramable!
3. Petunia Garden Taman ini dipenuhi dengan ribuan bunga petunia pelbagai warna. Pengunjung boleh menikmati pemandangan dan aroma segar bunga-bunga ini sambil berjalan di laluan yang disediakan. Cantik sangat!
4. Flora Hills Flora Hills adalah tarikan yang paling popular di Cameron Highlands Flora Park. Bukit yang dipenuhi dengan bunga-bunga indah ini sangat menarik untuk dijadikan spot mengambil gambar. 
Lebih-lebih lagi dengan kehadiran tangga dan laluan berwarna putih. Dah macam pemandangan musim bunga di luar negara!
5. Hobbiton Village Hobbiton Village ini direka dengan inspirasi dari filem “The Lord of the Rings”. Selain menjadi lokasi popular untuk sesi fotografi, ia juga menawarkan pengalaman high tea yang unik. 
Pengunjung boleh menikmati high tea di dalam rumah hobbit ini beserta hidangan yang pelbagai. 
Pakej High tea di Hobbiton Village ditawarkan dalam dua sesi dengan harga RM388/2 pax:
11:00 pagi hingga 1:00 petang 3:00 petang hingga 5:00 petang Tempahan boleh dilakukan di sini: https://cameronflorapark.com.my/hobbiton-village 
Bukan itu sahaja, anda juga boleh sertai bengkel terrarium di Hobbiton Village ini. Sesi ini perlukan tempahan awal. Anda boleh lakukan tempahan di sini: https://cameronflorapark.com.my/terrarium-workshop 
6. Stairway to Infinity Stairway to Infinity adalah satu lagi spot menarik di taman ini. Struktur tangga logam ini bukan sahaja menawarkan peluang untuk mengambil gambar ilusi optik yang menari tetapi juga memberikan pemandangan 360 darjah taman dan kawasan sekitarnya dari puncaknya.
7. The Views Glass House Cafe The Views Glass House Cafe menawarkan beberapa menu menarik seperti kopi dan pastri. Pengunjung juga boleh menikmati keindahan Cameron dari tempat duduk kafe ini. 
8. Cameron Sakura Garden  Taman ini mempunyai laluan pejalan kaki yang dikelilingi oleh bunga-bunga merah jambu yang cantik, menyerupai bunga sakura. 
Taman ini menawarkan pakej piknik khas yang membolehkan pengunjung menikmati hidangan lazat sambil dikelilingi oleh pemandangan yang memukau. Anda boleh sendiri beberapa menu yang ditawarkan dengan harga serendah RM288/2 pax. 
Pengunjung boleh memilih antara dua slot masa, sama ada dari pukul 11:00 pagi hingga 1:00 petang atau dari 3:00 petang hingga 5:00 petang. 
Tempahan boleh dilakukan di sini: https://cameronflorapark.com.my/picnic-packages 
9. Four Season Flower Garden  Four Season Flower Garden mempamerkan pelbagai jenis bunga berwarna-warni yang mekar sepanjang tahun, mewakili empat musim yang berbeza. 
Taman ini menawarkan pelbagai sudut yang sesuai untuk mengambil gambar. Pengunjung boleh berjalan di laluan yang disediakan sambil menikmati keindahan bunga-bunga yang tersusun rapi. 
Selain daripada menikmati pemandangan bunga, Four Season Flower Garden juga menyediakan ruang untuk berehat. Pengunjung boleh mengambil masa untuk duduk dan menikmati ketenangan taman ini. 
10. Forest Explorer Playground Yang bestnya lagi, dekat sini ada taman permainan untuk kanak-kanak. Jadi, kalau anda bawa anak-anak bersama, boleh bawa mereka bermain di sini sambil anda menikmati keindahan bunga-bunga yang ada. 
Harga Tiket Masuk & Cara Beli  Harga tiket masuk ke Cameron Highlands Flora Park adalah RM50 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4-11 tahun. Pengunjung dinasihatkan untuk membawa MyKid bagi kanak-kanak untuk mendapatkan harga tiket kanak-kanak. 
Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun boleh masuk secara percuma. Harga ini adalah untuk tiket masuk asas sahaja dan tidak termasuk pakej-pakej tambahan yang ditawarkan.
Untuk membeli tiket, pengunjung perlu terlebih dahulu pergi ke tempat berkumpul yang dikenali sebagai “Flora Park Parking” berhampiran Kea Farm. 
Di sini, anda boleh meletakkan kenderaan anda. Kemudian, anda akan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk perjalanan singkat kira-kira 1 km ke taman bunga tersebut. 
Tiket hanya boleh dibeli setelah anda tiba di pintu masuk taman bunga, bukan di tempat letak kereta. 
Beli Tiket Masuk Cameron Highlands Flora Park di KLOOK Anda juga boleh membeli tiket masuk ke Cameron Highlands Flora Park secara dalam talian melalui laman web rasmi berikut: https://cameronflorapark.com.my/bookings 
Atau, melalui platform KLOOK untuk tawaran lebih istimewa. 
Klook.com BUAT TEMPAHAN TIKET ANDA SEKARANG DI SINI:
KLOOK TRIP TRAVELOKA Maklumat Lanjut  Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman sesawang Cameron Highlands Flora Park. 
Email: [email protected] 
WhatsApp: 0126543657


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/cameron-highlands-flora-park-ticket/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cameron-highlands-flora-park-ticket

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Just Pets Megastore Harga Cara Beli Tiket Masuk

Just Pets Megastore Harga Cara Beli Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 206 hits
Just Pets Megastore Indoor Petting Zoo Terbesar di Malaysia Bagi ibu bapa yang sedang mencari lokasi ideal nak bawa anak anak meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah bolehlah berkunjung ke Just Pets Megastore IOI Mall Damansara Sekali pan...
Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 319 hits
Wet World Pedas merupakan taman tema air yang tidak asing lagi dalam kalangan warga Negeri Sembilan Walau bagaimanapun taman tema air dan lokasi air panas semulajadi ini telah pun ditutup sejak pandemik dan dikhabarkan sedang dalam proses p...
A Famosa Safari Wonderland Harga Tiket Masuk Tarikan Utama

A Famosa Safari Wonderland Harga Tiket Masuk Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 213 hits
A Famosa Safari Wonderland Harga Tiket Masuk Tarikan Utama Siapa kata Melaka ada tempat bersejarah sahaja Salah tu Di Melaka ada banyak tarikan menarik selain tempat bersejarah salah satunya ialah A Famosa Safari Wonderland A Famosa Safari ...
Tng Ewallet Kini Tawar Travel Esim Ini Cara Beli

Tng Ewallet Kini Tawar Travel Esim Ini Cara Beli

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 170 hits
Touch 8216 n Go eWallet kini memperkenalkan ciri baharu 8216 Travel eSIM 8217 di bawah portfolio GOtravel Bagi yang belum tahu eSIM merupakan kad SIM versi digital yang terbina dalam perkakasan peranti Tidak seperti kad SIM fizikal
Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 198 hits
VIBES 2 0 Cara Daftar Log Masuk Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai VIBES 2 0 untuk memudahkan urusan para veteran ATM Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi untuk mem...
Russia Beli Kilang Renault Dengan Harga 1 Sen Harga Jualan Ditetapkan Terbaru Sekitar Usd1 3b

Russia Beli Kilang Renault Dengan Harga 1 Sen Harga Jualan Ditetapkan Terbaru Sekitar Usd1 3b

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 141 hits
MekanikaMuhammad Husaini MukhtarSituasi perang antara Russia dan Ukraine belum menampakkan tanda perdamaian Tapi jika ia berlaku rasanya tidak mustahil banyak syarikat syarikat ternama dari Barat akan kembali ke Russia Namun kosnya bukan mu...
Penerangan Jenis Termometer Dan Cara Guna Termometer

Penerangan Jenis Termometer Dan Cara Guna Termometer

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 187 hits
Penerangan Jenis Termometer Termometer merupakan alat pengukur suhu yang digunakan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan penyelidikan sains dan industri Keupayaan untuk menentukan suhu dengan tepat adalah penting dalam memastikan keselam...
Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

Cara Daftar E Filing 2025 Untuk Cukai Lhdn

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 352 hits
Cara Daftar Cukai LHDN Untuk e Filing 2025 e Filing akan bermula 1 Mac ini Sebelum boleh buat e Filing ni kita perlu daftar terlebih dahulu Sudahkah anda berdaftar dengan LHDN Adakah anda layak dikenakan cukai Tahukah anda kebanyakan bantua...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital