A Famosa Safari Wonderland Harga Tiket Masuk Tarikan Utama


A’Famosa Safari Wonderland – Harga Tiket Masuk & Tarikan Utama
Siapa kata Melaka ada tempat bersejarah sahaja. Salah tu! Di Melaka ada banyak tarikan menarik selain tempat bersejarah salah satunya ialah A’Famosa Safari Wonderland. 
A’Famosa Safari Wonderland adalah sebuah destinasi pelancongan yang menarik di Melaka yang menawarkan pengalaman berinteraksi bersama haiwan-haiwan liar.
Ia merupakan ‘rumah’ kepada lebih 100 spesies haiwan termasuk yang jarang ditemui seperti tapir Malaya dan harimau Malaya yang terancam.
Apa lagi yang menarik di A’Famosa Safari Wonderland ni? 
Jom teruskan membaca!
A’Famosa Safari Wonderland – Pengenalan A’Famosa Safari Wonderland sebenarnya sebahagian daripada A’Famosa Resort, sebuah projek pelancongan besar yang bermula pada tahun 1990-an di Melaka. 
Taman safari ini telah dibuka secara rasmi pada 2001 dengan matlamat untuk menjadi lebih daripada sekadar taman safari atau destinasi hiburan. 
Safari Wonderlang ini berfungsi sebagai pusat pemuliharaan dan pendidikan yang membolehkan rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa berhubung dengan alam semula jadi.
Meliputi kawasan seluas 150 ekar (61 hektar), taman safari ini menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan. 
Selain melihat haiwan, pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan haiwan dan merasai pengalaman melakukan pelbagai aktiviti interaktif di sini. 
Lokasi & Waktu Operasi Alamat: A ‘famosa Resort, Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Malacca, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Selasa (9.30 pagi – 6 petang)
Cara ke A’Famosa Safari Wonderland A’Famosa Resort terletak hanya 10 minit dari persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan, lebih kurang 30 minit dari Bandar Melaka. 
Selain menaiki kenderaan peribadi, anda boleh menaiki pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan teksi (e-hailing) mengikut lokasi anda.
Anda boleh menggunakan aplikasi Waze untuk mendapatkan panduan arah ke taman safari ini >>  https://waze.com/ul/hw22tvv6nq 
Harga Tiket Masuk  Berikut ialah harga tiket masuk ke A’Famosa Safari Wonderland dan syarat-syarat yang ditetapkan:
Dewasa: RM55 Kanak-kanak/Warga Emas/OKU: RM45  Online Promo – Meal @ Safari Wonderland: RM18/pax NOTA:
Tiket dalam talian ini adalah sah untuk rakyat Malaysia sahaja. Anda boleh menempah tiket ekspres (express ticket) dalam talian yang membolehkan anda akses ke laluan masuk khusus.  Masa penebusan tiket Safari adalah dari 9.30 pagi hingga 3.30 petang. Kanak-kanak di bawah 90cm menikmati kemasukan PERCUMA ke Safari Wonderland dan Water World. Tiket yang dibeli akan sah sehingga Isnin, 30 Jun 2025. Kemudahan A’Famosa Safari Wonderland menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung dan memastikan pengalaman yang menyeronokkan ketika berada di taman safari ini. 
Antara kemudahan yang disediakan ialah:
Restoran dan gerai makanan Tempat letak kenderaan Bilik solat/Surau Bilik persalinan ATM Tandas Laluan mesra kerusi roda Kemudahan untuk kereta sorong bayi (stroller) Stesen pertolongan cemas dengan kakitangan terlatih Bahagian barang hilang dan jumpa (found & lost) Kawasan Walk-Thru untuk melihat haiwan dari dekat Safari Truck Ride untuk pengalaman safari berpandu Kawasan mesra kanak-kanak Apa yang Menarik di A’Famosa Safari Wonderland? A’Famosa Safari Wonderland Melaka menawarkan pelbagai tarikan utama yang menjadikannya destinasi menarik untuk semua peringkat umur. 
Berikut adalah 7 tarikan utama di Safari Wonderland Melaka ini:
1. Pertunjukan Haiwan
Pertunjukan haiwan adalah antara tarikan yang diminati ramai di taman safari ini. Terdapat 4 pertunjukan utama yang dilakukan setiap hari iaitu; 
In Nature Elephant (10.45 pagi & 4.30 petang): Pertunjukan ini menampilkan kebijaksanaan dan ketangkasan gajah. Pengunjung boleh memberi makan gajah dan berinteraksi dengan mereka secara langsung. Avian Stars (12.45 tengah hari & 3.45 petang): Saksikan persembahan burung kakak tua dan cockatoo yang terlatih, hornbill menangkap makanan di udara dan helang laut terbang dengan tangkas. Animal Fantasy (11.45 pagi & 3.00 petang): Persembahan daripada pelbagai haiwan seperti beruang matahari, kerbau, beruk pigtail, memerang, kucing dan anjing. Wild Wild West Show (2.20 petang): Pertunjukan ini membawa pengunjung ke era koboi dengan aksi menarik dan dramatik. 2. Jelajah Safari (Safari Adventure) Safari Adventure ni memang wajib cuba. Anda akan naik satu trak safari khas yang dipandu oleh staf terlatih menelusuri beberapa stesen sambil berkongsi maklumat menarik tentang setiap spesies haiwan yang ditemui.
Sepanjang perjalanan, anda berpeluang melihat pelbagai haiwan liar seperti harimau, singa, zirafah, unta, zebra, dan gajah dalam habitat semulajadi mereka. Siap boleh bagi makan lagi. 
Walaupun ada rasa takut-takut (yelah haiwan liar kan!) tapi sumpah seronok sangat!
3. Monkey Island Cruise Seterusnya, Monkey Island Cruise. Tarikan ini membolehkan anda melihat dan berinteraksi serta memberi makan dengan pelbagai jenis monyet dan primat lain.

Yang bestnya, anda akan menaiki menaiki bot untuk ke sebuah pulau kecil yang dihuni oleh pelbagai spesies monyet dan primat tersebut.
Pemandu bot akan memberikan maklumat menarik tentang setiap spesies, habitat mereka dan usaha pemuliharaan yang dijalankan.
4. Walk Thru
Anda juga boleh menikmati pengalaman berjalan kaki sambil melihat pelbagai haiwan dari dekat di kawasan Walk Thru. 
Sepanjang laluan, anda boleh melihat pelbagai haiwan dalam kandang yang luas termasuk flamingo, capybara, rakun, unta, burung merak, burung unta dan emu. 
Anda juga boleh memberi makan kepada beberapa haiwan jinak dengan membeli makanan haiwan yang disediakan. 
5. The Orang Utan Home Inilah tempatnya untuk melihat orang utan secara dekat dan mempelajari tentang tingkah laku, die  dan usaha pemuliharaan spesies ini. Anda juga boleh melihat haiwan ini diberi makan mengikut jadual yang ditetapkan.
The Orang Utan Home ini direka khas untuk menyerupai hutan hujan Borneo, habitat semula jadi orang utan. 
6. Reptilia Discovery Reptilia Discovery menempatkan pelbagai spesies reptilia dan amfibia dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna. 
Anda boleh melihat pelbagai jenis reptilia seperti ular, buaya, kura-kura, dan iguana dalam persekitaran yang selamat. 
7. Petzonia Petzonia pula adalah kawasan yang dikhaskan untuk haiwan jinak seperti arnab, kucing, anjing dan sebagainya. Di sini anda boleh memberi makan, membelai dan belajar tentang haiwan-haiwan ini dengan bimbingan kakitangan yang terlatih. 

Terdapat beberapa lagi tarikan lain di taman safari ini yang pasti memberikan keseronokan kepada anda sekeluarga. Anda boleh layari https://www.afamosa.com/safari-wonderland untuk info terkini dan maklumat lebih lanjut. 
Jom ke rancang kunjungan anda ke A’Famosa Safari Wonderland!
BACA JUGA:
15+ Kafe Di Melaka, Highly Recommended! Wonderpark Melaka: Waktu Operasi, Harga Tiket, Aktiviti Menarik Zoo Melaka : Harga Tiket, Waktu Operasi dan Aktiviti Menarik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/afamosa-safari-wonderland/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=afamosa-safari-wonderland

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Just Pets Megastore Harga Cara Beli Tiket Masuk

Just Pets Megastore Harga Cara Beli Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 176 hits
Just Pets Megastore Indoor Petting Zoo Terbesar di Malaysia Bagi ibu bapa yang sedang mencari lokasi ideal nak bawa anak anak meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah bolehlah berkunjung ke Just Pets Megastore IOI Mall Damansara Sekali pan...
Ladang Bunga Matahari Bagan Datuk Perak Harga Tiket Dan Waktu Operasi

Ladang Bunga Matahari Bagan Datuk Perak Harga Tiket Dan Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 151 hits
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya anda boleh nikmati keindahan pemandangan ladang bunga matahari di Malaysia sendiri Tak perlu merentas sempadan ke Thailand atau ke negara musim bunga lain Jangan tak percaya di Ladang Bunga Matahari ya...
Sanusi Naikkan Harga Tapak Bazar Memang Tak Masuk Akal Biar Betul

Sanusi Naikkan Harga Tapak Bazar Memang Tak Masuk Akal Biar Betul

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 127 hits
Korang ingat bazar Ramadan tempat meniaga untung ke Peniaga kecik ni cari makan bukan cari beban Tapi bawah PAS lagi susah nak survive Kelantan RM1 350 untuk satu tapak Kedah RM2 500 Selangor RM350 kat Petaling Jaya Kuala Lumpur RM500 je Sa...
Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 216 hits
Wet World Pedas merupakan taman tema air yang tidak asing lagi dalam kalangan warga Negeri Sembilan Walau bagaimanapun taman tema air dan lokasi air panas semulajadi ini telah pun ditutup sejak pandemik dan dikhabarkan sedang dalam proses p...
Bukit Larut Dibuka Semula April 2025 Tarikan Utama

Bukit Larut Dibuka Semula April 2025 Tarikan Utama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 172 hits
Bukit Larut Dibuka Semula April 2025 Tarikan Utama Selepas lima tahun ditutup akibat kejadian tanah runtuh pada November 2019 yang lalu Bukit Larut akhirnya akan dibuka semula mulai 1 April 2025 ini Bukit Larut telah menjalani proses penamb...
Tiga Golongan Yang Dijauhkan Dari Rahmat Allah Masuk Ramadhan Tidak Diampuni

Tiga Golongan Yang Dijauhkan Dari Rahmat Allah Masuk Ramadhan Tidak Diampuni

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 138 hits
Rasulullah mengucapkan Aamiin tiga kali sebagai bentuk pengabulan doa Jibril terhadap mereka Simak penjelasan lengkap hadits ini dan bagaimana kita bisa menghindari menjadi bagian dari golongan yang merugi
Penjual Jagung Yang Tampal Notis Rasis Didenda Rm400 Isteri Masuk Penjara

Penjual Jagung Yang Tampal Notis Rasis Didenda Rm400 Isteri Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 129 hits
Malaysiakini nbsp Seorang penjual jagung yang menjadi tajuk utama kerana meletakkan botis papan tanda perkauman telah dikenakan denda RM400 Isterinya yang berwarga Indonesia bagaimanapun dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan selepas disabit...
Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

Vibes 2 0 Cara Daftar Log Masuk

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 141 hits
VIBES 2 0 Cara Daftar Log Masuk Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai VIBES 2 0 untuk memudahkan urusan para veteran ATM Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi untuk mem...
Angin Timur Dah Mula Bertiup Masuk Percuma Nikmati Sepuasnya Pelbagai Aktiviti

Angin Timur Dah Mula Bertiup Masuk Percuma Nikmati Sepuasnya Pelbagai Aktiviti

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 122 hits
Angin timur sudah mula bertiup Masuk PERCUMA jadi boleh enjoy sepuas hati Banyak aktiviti menanti Jom ramai ramai ajak adik kakak abang satu kampung kita serbu bersama Lokasi Kg Lat Seribu Tambun Tulang Arau Perlis Tarikh 21 23 Februari 202...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor