Caj Kesesakan Diamal Negara Maju Sesuai Untuk P Pinang



Caj kesesakan diamal negara maju, sesuai untuk P PinangPosted By: Pentadbiron: February 26, 2019 Print EmailBeberapa kumpulan sivil di Pulau Pinang berkata idea Putrajaya untuk memperkenalkan caj kesesakan di Kuala Lumpur bagi menggantikan kutipan tol adalah satu usaha baik.Mereka berpendapat langkah mengenakan caj kepada pemandu yang memandu pada waktu puncak adalah bagus kerana ini akan mengurangkan jumlah kereta di jalan raya.Bekas ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dr Lim Mah Hui menyokong langkah tersebut yang menurutnya akan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.“Dan bagus kalau Pulau Pinang mengikut jejak,” katanya.Lim yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pemandu Penang Forum berkata caj kesesakan berkesan di negara lain seperti United Kingdom dan Singapura.Di London misalnya, caj sebanyak £11.50 (RM61.17) sehari dikenakan jika memandu di zon caj antara 7 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat.“Kajian menunjukkan caj kesesakan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan ketara.“Jika penduduk Pulau Pinang dicaj sebanyak RM1 hingga RM2, ada orang yang akan ambil keputusan tak mahu memandu,” beliau memberitahu The Malaysian Insight.Idea ini pernah dicadangkan oleh beliau pada 2016 semasa menjadi ahli majlis MBPP tetapi tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli majlis dari parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH).Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada minggu lepas mengumumkan Putrajaya sedang berunding dengan Gamuda Bhd untuk mengambil alih Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sstem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.Selepas pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang untuk menggantikan kaedah kutipan tol sedia ada kepada satu kaedah baru dengan kadar lebih rendah.Kaedah kutipan tol baru itu nanti akan dilaksanakan mengikut tiga pecahan masa iaitu waktu puncak, waktu biasa dan waktu bukan puncak.Kadar tol akan dimansuhkan sama sekali pada waktu bukan puncak antara 11 malam hingga 5 pagi, manakala bagi waktu biasa, pengguna diberikan diskaun 30% daripada kadar tol sedia ada.Hasil kutipan caj kesesakan akan digunapakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman, kata Dr Mahathir.Hasrat kerajaan itu disokong Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin, yang menurutnya ia telah diguna pakai oleh banyak bandar moden. Sistem itu juga merupakan usaha untuk mengurangakan kesesakan jalan raya di waktu puncak.Selain London dan Singapura, San Diego di Amerika Syarikat, Stockholm di Sweden dan Milan di Italy turut mengguna pakai sistem tersebutLim berkata caj kesesakan mungkin tidak akan berkesan di Kuala lumpur sekiranya ramai pemandu sudah biasa membayar tol.“Ia tidak akan membawa banyak perbezaan melainkan pemandu terpaksa membayar lebih berbanding tol sedia ada pada waktu puncak. Kemudian, barulah ia menjadi revolusi,” katanya.“Hasil kerajaan akan terjejas dengan tiada caj dari 11 malam hingga 5 pagi,” kata beliau.Caj kesesakan mungkin akan lebih berkesan jika pengangkutan awam lebih murah dan mudah didapati, yang memberi pilihan kepada pengguna jalan raya selain daripada memandu.Menurutnya, jika pihak berkuasa menyediakan lorong khas untuk bas di lebuh raya dan membenarkan kereta membawa tiga hingga empat penumpang menggunakan lorong sama, ini akan mengurangkan kesesakan di jalan raya.“Jika dua lorong disediakan khas untuk bas, dan hanya membenarkan kereta dengan tiga hingga empat penumpang berkongsi lorong sama, ini akan mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan.“Lebih ramai orang akan menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta, yang mana lebih cepat dan murah.” –

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/02/caj-kesesakan-diamal-negara-maju-sesuai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangunan Infrastruktur Ri Tak Boleh Berhenti Jika Ingin Jadi Negara Maju

Pembangunan Infrastruktur Ri Tak Boleh Berhenti Jika Ingin Jadi Negara Maju

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 244 hits
Pengamat Ekonomi Syarkawi Rauf mengatakan memang selama kepemimpinan Jokowi anggaran pembangunan infrastruktur membengkak Menurutnya hal itu sudah benar karena daya saing infrastruktur ini merupakan modal awal untuk menjadikan Indoensia neg...
Tunggu Masa Sesuai Hapus Tol Hutang Negara Masih Rm1 Trilion

Tunggu Masa Sesuai Hapus Tol Hutang Negara Masih Rm1 Trilion

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Apakah saya yang akan umumkan penghapusan tol Tunggulah masanya kita tengok siapa yang umum Saya tidak boleh cakap apa apa sekarang kerana kita masih lagi menantikan masa yang sesuai kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika di...
Tiru Negara Maju Begini Usul Hotman Paris Ke Pemerintah Soal Pencemaran Nama Baik

Tiru Negara Maju Begini Usul Hotman Paris Ke Pemerintah Soal Pencemaran Nama Baik

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 271 hits
Pengacara kondang Hotman Paris Hutapea menyoroti banyaknya kasus pencemaran nama baik yang terjadi di tanah air Hotman berpandangan kasus pencemaran nama baik sebaiknya tidak masuk ke dalam perbuatan pidana tetapi masalah perdata murni
Hutang Negara Masih Rm1trilion Tunggu Masa Sesuai Hapus Tol

Hutang Negara Masih Rm1trilion Tunggu Masa Sesuai Hapus Tol

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 259 hits
Apakah saya yang akan umumkan penghapusan tol Tunggulah masanya kita tengok siapa yang umum Saya tidak boleh cakap apa apa sekarang kerana kita masih lagi menantikan masa yang sesuai kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika ditanya media m...
Caj Kesesakan Tol Percuma Apa Kata Orang Ramai

Caj Kesesakan Tol Percuma Apa Kata Orang Ramai

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 290 hits
Diterbitkan Hari ini 8 23 pagiCadangan Pakatan Harapan untuk menggantikan tol di empat lebuh raya dengan caj kesesakan serta pemberian tol percuma antara jam 11 malam hingga 5 pagi mengundang pelbagai reaksi khususnya di kalangan pengguna j...
Kerajaan Cadang Caj Tol Digantikan Dengan Caj Kesesakan

Kerajaan Cadang Caj Tol Digantikan Dengan Caj Kesesakan

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 323 hits
Akhirnya semalam kerajaan telah mengumumkan kaedah terbaru mereka bagi pemansuhan beberapa tol di 4 lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Lebuhraya Shah Alam dan Terowong SMART Walaupun caj tol diman...
K Jaan Ph Mahu Hapus Mekanisme Kutipan Tol Ganti Caj Kesesakan Di 4 Lebuh Raya

K Jaan Ph Mahu Hapus Mekanisme Kutipan Tol Ganti Caj Kesesakan Di 4 Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 269 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata dengan ...
Jokowi Lantik Khofifah Emil Dan Pengganti Zumi Zola Di Istana Negara

Jokowi Lantik Khofifah Emil Dan Pengganti Zumi Zola Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 305 hits
Wakil Gubernur Jambi Fachrori Umar dilantik sebagai gubernur Dia menggantikan Zumi Zola yang saat ini berstatus terpidana kasus gratifikasi dan suap pengesahan APBD Provinsi Jambi
Menangani Krisis Makanan Negara

Menangani Krisis Makanan Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 354 hits
JANJI Malaysia Baharu mesti dibentuk dengan ketelusan dan penglibatan semua pihak yang berkepentingan terutamanya ketika kami ndash rakyat ndash sedang berdepan dengan krisis makanan Mari kita fahami latar belakang ini Dianggarkan lebih dar...
Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Hi Johorean Let S Donate Blood And Give Back


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement