Caj Kesesakan Tol Percuma Apa Kata Orang Ramai


Siti Mariam NizarDiterbitkan Hari ini 8:23 pagi

Cadangan Pakatan Harapan (PH) untuk menggantikan tol di empat lebuh raya dengan caj kesesakan serta pemberian tol percuma antara jam 11 malam hingga 5 pagi mengundang pelbagai reaksi khususnya di kalangan pengguna jalan raya.

Namun rata-rata yang ditemui Malaysiakini berpendapat paling penting bagi kerajaan pada masa ini adalah mencari mekanisme bagi memperbaiki mutu pengangkutan awam.

Bagi Ariff Karim, 27 dia bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan caj kesesakan terutama di waktu puncak.

Ini katanya dapat menggalakkan pengguna lebuh raya, khususnya di Lembah Klang beralih kepada pengangkutan awam.

“Pada waktu puncak, kalau tak nak redah kesesakan mahupun bayar tol, naiklah pengangkutan awam,” katanya kepada Malaysiakini.

Kakitangan swasta itu juga percaya kemudahan pengangkutan awam di negara ini sedang menunjukkan perkembangan positif dan lebih mudah untuk diakses berbanding dahulu.

Lee Jia Yi, 23 turut bersetuju dengan langkah kerajaan mengekalkan kadar tol pada waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan walaupun mengakui dia sendiri terkesan dengan mekanisme baru itu.

“Saya setuju kerana jika dibandingkan dengan negara luar, kadar tol yang dikenakan di negara kita adalah berpatutan.

"Ketika saya menetap di Jepun, harga tol sangat mahal. Jadi saya berpendapat harga yang dikenakan tidaklah terlalu membebankan rakyat,” Ujarnya.

Bagaimanapun menurutnya, kerajaan perlu menambah baik sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan jumlah kenderaan dan seterusnya mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Berbeza dengan Ali Amir, 27 dia tidak bersetuju dengan mekanisme caj kesesakan yang diperkenalkan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan.
Berbanding Singapura, katanya, caj kesesakan dikenakan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, namun perkhidmatan itu di Malaysia masih belum mencapai tahap memuaskan.

Ahli perniagaan itu sebaliknya mencadangkan kerajaan memfokuskan usaha penambahbaikan pengangkutan awam.

Mengenai tol percuma antara jam 11 malam hingga 5 pagi pula, Ali mempersoalkan berapa ramai pengguna jalan raya mendapat manfaat daripada mekanisme baru itu dan sama ada ia berjaya mensasarkan golongan berpendapatan rendah (B40).

“Adakah golongan B40 menggunakan lebuh raya yang terlibat pada jam tersebut?" soalnya sambil menyarankan agar kerajaan mengkaji semula mekanisme tersebut.

Seorang lagi pengguna jalan raya, Fadhil Abdullah berkata adalah lebih adil sekiranya lebih banyak tol dimansuhkan.

Beliau yang keluar bekerja menggunakan Lebuh Raya Kajang Silk mengakui terbeban dengan kadar tol sedia ada.

“RM 1.80 sen satu hala, balik dah RM 3.60 sen. Hari-hari keluar dah berapa kena bayar tol?” ujarnya yang tidak berpuas hati dengan kadar tol dikenakan pada masa ini.

Santhi Mithun, 36 pula berpendapat kesesakan tetap akan berlaku meskipun caj kesesakan dikenakan, terutamanya di laluan alternatif

Keadaan ini katanya disebabkan pemandu ingin mengelak daripada membayar harga tol.

Santhi yang bertugas sebagai jurutera berkata mekanisme itu tidak adil kepada pengguna jalan raya yang majoritinya keluar bekerja pada syif biasa.

Menurutnya apabila sesuatu dasar diperkenalkan, ia haruslah berpihak kepada kumpulan yang lebih besar berbanding minoriti.

Selain itu terdapat juga pengguna tidak pasti keberkesanan dasar baru tersebut seperti Iklil Fatihah Kamal Redzuan, 25.

Pelajar IPT tempatan itu juga mencadangkan diskaun 30 peratus turut diberikan pada waktu puncak.

"Saya cadangkan agar kerajaan lanjutkan tempoh tol percuma sehingga jam 7.30 pagi untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin ke tempat kerja pada awal pagi," katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti.

Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan iaitu caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Sementara itu kadar tol dihapuskan pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi.

Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/caj-kesesakan-tol-percuma-apa-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tol Percuma Di Tengah Malam Tak Capai Matlamat Kata Pas

Tol Percuma Di Tengah Malam Tak Capai Matlamat Kata Pas

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 297 hits
Tol percuma di tengah malam tak capai matlamat kata PAS Dikemas kini 27 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 24 Feb 2019
Kerajaan Cadang Caj Tol Digantikan Dengan Caj Kesesakan

Kerajaan Cadang Caj Tol Digantikan Dengan Caj Kesesakan

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 318 hits
Akhirnya semalam kerajaan telah mengumumkan kaedah terbaru mereka bagi pemansuhan beberapa tol di 4 lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Lebuhraya Shah Alam dan Terowong SMART Walaupun caj tol diman...
K Jaan Ph Mahu Hapus Mekanisme Kutipan Tol Ganti Caj Kesesakan Di 4 Lebuh Raya

K Jaan Ph Mahu Hapus Mekanisme Kutipan Tol Ganti Caj Kesesakan Di 4 Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 266 hits
Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata dengan ...
Hanya Hantu Lgbt Dapat Manfaat Tol Percuma 11pm 5am Kata Najib

Hanya Hantu Lgbt Dapat Manfaat Tol Percuma 11pm 5am Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 268 hits
Najib Razak ketika berkempen di Semenyih SEMENYIH Bekas perdana menteri Najib Razak menyindir kerajaan Pakatan Harapan berhubung rancangannya menggantikan kutipan tol di 4 lebuh raya dengan caj kesesakan mengatakan tiada sesiapapun mendapat...
Tol Percuma Kereta Terbang Dan Sembang Babi Terbang

Tol Percuma Kereta Terbang Dan Sembang Babi Terbang

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 643 hits
oleh Ab Jalil Backer Tidak penting Najib Razak tersalah cakap atau terlajak cakap Hakikatnya cadangan tol percuma jam 11 malam 5 pagi adalah idea bangang dan untuk mengelabui mata rakyat sahaja Hutang berbilion ringgit hanya untuk membolehk...
Tol Percuma Bermula 11 Malam Hingga 5 Pagi Di Empat Lebuh Raya

Tol Percuma Bermula 11 Malam Hingga 5 Pagi Di Empat Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 348 hits
KERAJAAN akan mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang yang dikendalikan syarikat konsesi Gamuda Berhad umum Pejabat Perdana Menteri dan menggantikan kaedah kutipan tol sedia ada kepada satu kaedah baru dengan kadar lebih rend...
Tiada Perbincangan Mengenai Tol Dengan Kerajaan Ph Kata Wakil Pihak Konsesi

Tiada Perbincangan Mengenai Tol Dengan Kerajaan Ph Kata Wakil Pihak Konsesi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Tiada perbincangan berhubung pengumuman berita gembira melibatkan tol khususnya di kawasan Semenyih Hulu Langat dekat sini yang akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat Pemangku Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuh...
Pengumuman Penting Mengenai Tol Untuk Pancing Undi Kata Najib

Pengumuman Penting Mengenai Tol Untuk Pancing Undi Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 281 hits
BANGI Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa pengumuman berkaitan tol lebuh raya yang akan dibuat dalam masa terdekat seperti yang dimaklumkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk memancing undi Ditemui pemberita di gedung ...
Tol Percuma Kerajaan Ph Untungkan Jutaan Rakyat Dan Turunkan Kos Sara Hidup

Tol Percuma Kerajaan Ph Untungkan Jutaan Rakyat Dan Turunkan Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 385 hits
Pemansuhan tol yang dicadangkan terhadap Lebuhraya Damansara Puchong Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Lebuhraya Shah Alam dan Terowong SMART ternyata memanfaatkan jutaan rakyat bukan sekadar pengundi di Semenyih Ahli Majlis Tertinggi Bersa...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya