Cadangan Menu Berpantang Untuk Ibu Lepas Bersalin


Amatlah penting untuk ibu-ibu yang telah melalui proses bersalin dan mula berpantang mengamalkan makan makanan yang berkhasiat. Ini kerana selain untuk memudahkan proses pemulihan luaran dan juga dalaman, ibu juga perlukan khasiat penting untuk menjamin kesihatan yang baik untuk menempuh kehidupan baharu sebagai seorang ibu. Selain itu, khasiat penting juga akan disalurkan kepada bayi yang dilahirkan melalui proses penyusuan susu ibu. 
Keperluan Ibu untuk Berpantang dan Menjaga Pemakanan adalah untuk:
Supaya luka-luka akibat bersalin dapat sembuh dengan baik.Bantu untuk memulihkan luka dalaman ibu bersalin.Ibu-ibu dapat berehat sebentar selepas tempoh bersalin.Memberi tenaga kepada ibu untuk menghadapi cabaran menyesuaikan diri dengan keadaan suasana baru selepas bersalin.
Ketika saya berpantang anak yang pertama, alhamdulillah saya berpantang dirumah mak dikampung. Saya jenis yang tidak memilih makanan dan pada awalnya tak naklah sehingga menyusahkan mak yang menjaga saya ketika berpantang. Pada hari cuti, suami juga turut membantu memasak, jadi lauk yang dimasak kebanyakan yang mudah-mudah disediakan.

Jangkamasa wanita Malaysia kebanyakannya berpantang berbeza mengikut budaya dan adat contohnya;Kebanyakan wanita Melayu berpantang selama 40 hari (hingga 44 hari)Di kalangan masyarakat Cina, lazimnya tempoh berpantang adalah 30 hari,Dan masyarakat India pula kebanyakan berpantang bersalin selama 30 hari.
Antara Resepi Masakan yang Boleh Di Sediakan Ketika Berpantang ialah: 
1- Isi Ikan Merah/Siakap Kukus dengan Pati Ayam

Bahan-bahan :Isi ikan merah/siakap 1 botol Pati Ayam Halia seinci (hiris nipis-nipis)Garam secukup rasaCara-caranya :Panaskan air hingga mendidihLumurkan ikan dengan garam dan taburkan halia di atas ikanStim ikan dalam 5 ke 10 minitAngkat dan buang air stim ikan tadiTuangkan pati ayam diatas ikanStim dalam 5 minit, kelurkan dan taburkan daun bawang untuk hiasan.
2- Isi Ikan Merah/Siakap Goreng Kunyit

Bahan-bahan :Isi ikan merah/siakap Serbuk kunyitGaram secukup rasaCara-caranya :Panaskan minyak dalam kualiLumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyitGoreng ikan dalam kuali sehingga masakSedia dihidangkan
3- Ikan Selayang Masak Asam Simple

Bahan-bahan :3 ke 5 ekor ikan selayang sederhana besarCili masak 2 tangkaiBawang besar 1 biji ( 1/2 ditumbuk, 1/2 biji lagi dihiris nipis)Bawang putih 2 bijiAsam jawa satu suduAsam gelugor (asam keping) 2 kepingGula, garam secukup rasaDaun kesum jika sukaCara-caranya :Tumbuk sekali cili masak, bawang besar dan bawang putih hingga lumatRebus 2 cawan air dan masukkan bahan tumbukMasukkan asam jawa dan asam kepingMasukkan ikan selayang Perasakan dengan garam, gula secukup rasaJika tidak mahu ada cili, boleh keluarkan dari bahan tumbukMasukkan hirisan besar tadi, dan juga daun kesum. Jika suka boleh tambah tomato juga.Sedia dihidangkan dengan nasi panas.
4- Sayur Taugeh Goreng dengan Tauhu serta Lobak Merah

Bahan-bahan :Lobak MerahTaugeh segenggamTauhu petak 1 ke 2 bijiBawang putih 1 ulas (hiris nipis)Garam, perasa.Cara-caranya :Bersihkan taugeh, hiris lobak nipis-nipisPotong 4 ke 6 setiap tauhuPanaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bauMasukkan lobak merah goreng sebentarMasukkkan tauhu dan tambah sedikit air panas, tumis sebentarMasukkan taugeh dan goreng sebentarPerasakan garam dan serbuk perasa jika suka.Apabila dan masukkan taugeh tidak perlu goreng lama sebab taugeh akan layu dan lembik.
5- Tauhu Jepun Goreng dengan Fish Ball dan Brokoli

Bahan-bahan :Tauhu jepun 1 tiub (Potong sedang-sedang)1 pokok brokoli sederhana besar ( Potong kecil-kecil)Bebola ikan (jika suka)Bawang putih 1 ulas ( hiris halus)Cara-caranya :Goreng tauhu jepun yang di potong tadi hingga garing dan ketepikan sebentarSedikit minyak dipanaskan dan tumiskan bawang putih hingga sedikit garingMasukkan hirisan bebola ikan dan goreng hingga masakMasukkan brokoli kemudian masukkan tauhu jepun tadi dan tambah sedikit air untuk rebusPerasakan dengan garam dan bahan perasa jika suka.Sedia dihidangkan.
6- Sup Ayam dan Kentang Simple

Bahan-bahan :Ayam setengah ekor ( kira-kira 6 ke 8 ketul setelah dipotong)Saya gunakan sup bunjut sahaja untuk lebih cepatGaram dan perasa jika sukaDaun sup untuk menambah rasa dan bau sup yang harumCara-caranya :Bersihkan ayam tadi ketepikan sebentarSediakan periuk dan susun ayam dalam periukTambahkan sedikit air dan hidupkan api, panaskan ayam sehingga darahnya mati (buangkan yang ketul-ketul hitam tu keluar)Kemudian perlahan tambah air dan masukkan sup bunjut serta rebus ayam sehingga masak.Masukkan garam, perasa atau stok ayam jika suka.Hidangkan sup dengan tambahan hirisan daun sup untuk menambah selera.
6- Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shitake
Bahan-bahan :200 gram isi ayam hiris kecilCendawan shitake 2 biji ( rendam dulu awal dua ke 3 jam sebelum masak)Halia 2 inci hiris nipis-nipisBawang putih 2 ulas - dihiris nipisSedikit tepung jagung untuk lumur ayam (dan untuk pekatkan kuah jika suka)Garam dan perasa (optional) Cara-caranya :Isi ayam dilumur dengan garam dan tepung jagungPanaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga masakAsingkan ayam tadi serta tinggalkan sedikit minyak dalam kualiKemudian tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garingMasukkan cendawan shitake yang telah dihiris kecil (saiz ikut suka)Tuang sedikit air, rebus cendawan hingga lembutMasukkan ayam yang digoreng terlebih dahulu tadi.Perasakan garam dan bahan perasa jika suka.Sedia dihidangkan
7- Ayam Goreng Kunyit Mudah dan Cepat

Bahan-bahan :Ayam setengah ekor potong kecilSerbuk kunyitGaram secukup rasaCara-caranya :Panaskan minyak dalam kualiLumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyitGoreng dalam kuali sehingga masakSedia dihidangkan
8- Ayam Masak Sambal Lado Merah (Cili Merah)

Bahan-bahan :Ayam setengah ekor potong kecilSerbuk kunyitGaram secukup rasaCili masak 2 tangkaiBawang merah 2 ulasBawang putih 1 ulasCara-caranya :Tumbuk cili merah, bawang merah dan putih hingga lumat, ketepikanPanaskan minyak dalam kualiLumurkan ayam yang telah dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyitGoreng dalam kuali sehingga masak dan ketepikan sebentarSedikit minyak ditinggalkan dalam kuali dipanaskan dan tumis bahan tumbukSehingga tumisan sedikit garing dan masak, campurkan dengan ayam goreng kunyit tadiCampurkan sehingga tumisan rata bersalut ayamSedia dihidangkan.
9- Ayam Masak Kicap Simple

Bahan -bahannya :Ayam 1/2 ekor potong kecilSerbuk kunyitGaram secukup rasaBawang merah kecil 2 ulas (dihiris halus)Bawang putih 1 ulas ( dihiris halus)Halia 1/2 inci Bawang besar dipotong bulatDaun bawang untuk hiasanCara-caranya :Goreng ayam setengah masak ketepikanTumis bawang merah, putih dan halia hingga sedikit garingMasukkan 2 sudu kicap pekat@manis. Kacau rata dan tambah sedikit airMasukkan ayam goreng dan kacau kuahnya sehingga ayam bersalut rata.Tambah air sedikit dan rebus seketika hingga ayam masak sepenuhnya.Taburkan bawang besar yang dihiris bulatSedia dihidang bersama nasi panas.Taburkan daun bawang untuk hiasan
10- Daging Goreng Blackpepper dan Brokoli

Bahan-bahan :Daging 200 ke 300 gram hiris nipisBrokoli 1 pokok potong kecilBawang besar 1/2 biji dihiris sederhana besarBawang putih 1 ulas hiris halusSerbuk lada hitam 1 sudu tehSedikit kicap manisGaram dan perasa jika sukaCara-caranya :Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging hingga masak, ketepikan.Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan bawang putih serta separuh bawang besar yang dihiris tadi.Masukkan kicap manis, serbuk lada hitam dan sedikit air serta ditumisMasukkan brokoli serta digoreng sebentarKemudian masukkan daging yang telah digoreng tadiTambah sedikit air serta gaul rataPerasakan dengan garam dan bahan perasa jika sukaSedia dihidangkan.
11- Daging Masak Lemak (Tidak Pedas)

Bahan-bahan :Daging 300 gramSerbuk kunyit/ kunyit hidup ditumbuk halus1 cawan santan @ susu segar rendah lemakBawang merah 2 ulasBawang putih 1 ulasGaram secukup rasaAsam gelugor 1 kepingDaun kunyit dan serai untuk penambah rasa dan bau (jika suka)Cara-caranya :Rebus daging hingga empukTambah bawang merah dan putih yang dihiris halus atau tumbukTambahkan air dan rebus sebentarTambahkan santan/susu segar dan kacau jangan bagi berketuk (api perlahan)Tambahkan serbuk kunyit atau kunyit hidup yang ditumbuk tadiTambahkan asam gelugor, garam dan gula ikut seleraMasukkan serai/ daun kunyit kacau rataSedia dihidangkan dengan nasi panas.
12- Sup Sarang Burung dan Longan 
Bahan-bahan :Sarang burung Longan keringGoji BeriGula batuCara-caranya :Sarang burung mentah hendaklah direndam semalaman dalam air masak suhu bilikKemudian sediakan slow cooker dan masukkan air 2 cawan (saya guna slow cooker yang kecil sahaja dalam kapasiti 1.2 liter)Kemudian masukkan sarang burung yang direndam semalaman tersebut dan juga longan kering serta buah goji (Goji Berry) satu sudu.Jika suka anda juga boleh masukkan American Ginseng (disarankan selepas 2 ke 3 minggu berpantang)
13- Ikan Siakap Masak Lemak Simple

Bahan-bahan :Isi Ikan SiakapSerbuk kunyit/ Kunyit hidup ditumbuk lumatBawang merah 2 ulasBawang putih 1 ulasSetengah cawan santan atau susu segar rendah lemakAsam gelugor 1 kepingGaram, perasa (optional) secukup rasaCara-caranya :Rebus air dalam periukMasukkan semua bawang yang telah dihiris nipis-nipisMasukkan santan atau susu segar tadi dan kacau (api kecil sahaja)Agak-agak santan/susu dan masak boleh masukkan isi ikanRebus hingga masak dan masukkan asam gelugorPerasakan asam, perasa ikut citarasa.Sedia dihidangkan.
14- Ayam Bakar Mudah dan Cepat Disediakan

Bahan-bahan :Ayam bahagian peha ( dua bahagian)Serbuk lada hitamGaram dan maduMinyak masak atau minyak zaitunCara-caranya :Perap ayam dengan garam, madu dan lada hitam sekurang-kurangnya satu jam.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius 15 minit sebelum masak ayam.Sapukan sedikit minyak masak atau minyak zaitun di atas ayam tadi.Bakar ayam dalam 40 minit ke satu jam atau sehingga ayam masakLebih kurang setiap 15 minit keluarkan ayam dan sapu minyak masak/zaitun diatas ayam.
Selepas luka bersalin beransur pulih ataupun bayi anda sudahpun bebas dari sakit kuning, boleh la mula ambil menu ikan haruan ataupun mana-mana jamu tradisional jika suka bergantung pada tahap kesihatan diri dan juga bayi. Ini kerana ada bayi yang mula terkesan dengan perubahan pola makanan ibu, contohnya menghadapi cirit birit selepas ibu mula mengambil jamu. 
Oleh yang demikian terpulang kepada kaedah berpantang masing-masing yang terbaik dan dapatkan nasihat daripada pakar jika ibu ragu-ragu tentang khasiat makanan yang diambil.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eksplorasilea.com/2021/02/cadangan-menu-berpantang-untuk-ibu-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 397 hits
Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu ibu berehat setelah penat melahirkan bayi Dalam tempoh berpantang ibu ibu hanya mahukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan dan juga tenaga Baca Keadaan badan yang masih lemah membantutkan...
Ditegur Pakai Seluar Jeans Lepas Seminggu Bersalin Secara Czer Ini Jawapan Padu Scha Alyahya

Ditegur Pakai Seluar Jeans Lepas Seminggu Bersalin Secara Czer Ini Jawapan Padu Scha Alyahya

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 356 hits
Seperti kita sedia maklum pelakon cantik jelita iaitu Scha Alyahya baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada 12 Februari 2021 yang lalu Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila tindakan Scha Alyahya berkongsi fotonya memakai selua...
Selalu Doa Nak Suami Ada Masa Bersalin Waktu Pkp Termakbul Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta

Selalu Doa Nak Suami Ada Masa Bersalin Waktu Pkp Termakbul Ibu Ini Kongsi Pengalaman Bersalin Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 477 hits
Apa yang selalu kita fikirkan atau doakan dengan Izin Allah SWT akan termakbul Begitu juga dengan perkara yang dilalui oleh Puan Athirah ketika dia berkongsi saat saat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta ketika sampai di hospital Puan...
Berat Badan Anak Bawah Garis Normal Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan

Berat Badan Anak Bawah Garis Normal Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 351 hits
Bila anak mula makan perkara pertama yang selalu merisaukan ibu adalah kenapa anak sendiri kurus je tapi anak orang lain beratnya ok Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang ber...
Terkejut Dapat Tahu Kamu Lahir 6kg Lepas 2 Bulan Pemergianmu Ibu Baru Ada Kekuatan

Terkejut Dapat Tahu Kamu Lahir 6kg Lepas 2 Bulan Pemergianmu Ibu Baru Ada Kekuatan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 312 hits
Berpantang tanpa anak bukanlah sesuatu yang mudah setelah mengharunginya dalam tempoh 9 bulan bersama bayi dalam rahim Emosi ibu perlu kuat dan sokongan ahli keluarga penting untuk kembalikan semula kekuatan ibu yang masih bersedih Seperti ...
Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin Musim Covid Normal Atau Czer Kena Urus Sendiri

Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin Musim Covid Normal Atau Czer Kena Urus Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 293 hits
Sejak wabak Covid merebak hampir keseluruhan cara hidup kita sebelum ini berubah Semuanya perlu faham dan akur dengan keadaan semasa Dulu mungkin kita tak pernah pun terfikir tapi sekarang tetap perlu hadapinya Dalam kalangan ibu hamil yang...
Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 314 hits
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama Ingat pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain Jadikan pengalaman mereka sebagai ...
3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

3 Posisi Ini Sangat Bahaya Jadi Posisi Muka Bayi Kena Betul Bila Ibu Ayah Letak Dalam Baby Carrier

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 368 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord