Berat Badan Anak Bawah Garis Normal Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan


Bila anak mula makan, perkara pertama yang selalu merisaukan ibu adalah kenapa anak sendiri kurus je, tapi anak orang lain beratnya ok. Lagi haru kalau anak memang jenis susah atau cerewet makan. Kebanyakan anak yang cerewet makan ni kurang berat badan sebabkan pemilihan makanan yang terhad.
Tapi, masalah ni boleh juga di alami oleh anak yang dah semakin aktif atau anak yang kadar metabolisma badannya tinggi (faktor genetik, masalah kesihatan seperti hyperthyroid, dan sebagainya). Kiranya pengambilan kuantiti makanan tetap macam biasa, tapi anak kerap membuang atau poo-poo dan selalunya anak juga cepat lapar. Dalam erti kata lain, makanan yang diambil tu tak sempat nak diproses dan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Bagi Puan Yatie Eimra, masalah anaknya yang turut mengalami kurang berat badan hingga perlu jumpa pakar pemakanan membuatkannya cipta beberapa resipi untuk pastikan berat anak seimbang.
Fydh ni masa kecik dulu pernah gak alami masalah kurang berat badan sampaikan perlu jumpa pakar pemakanan. Anak dahlah memang susah makan, baru dapat “kaki” lagi la berat badan susut. Dah beberapa bulan berat badan tak naik-naik. Graf garisan kuning pun semakin menghampiri merah. Pakar pemakanan sarankan bagi anak makanan yang tinggi lemak, tinggi karbo dan padat nutrisi.
Contoh makanan yang tinggi lemak
-buah avocado (kaya dengan lemak tak tepu)
-ikan yang kaya fatty acid (salmon, makeral, dll)
-keju
-kekacang legume (kacang hijau, kacang merah, dll)
-mentega
-minyak kelapa dara/minyak zaitun (masukkan ke dalam masakan)
-santan
-serbuk coklat (masukkan ke dalam masakan/dessert jika anak dah setahun ke atas. ELAKKAN jika anak alami masalah sembelit atau ada family history alahan terhadap coklat)
-telur
-yogurt
Makanan tinggi karbo
-beras
-pisang
-ubi (kentang, keledek, ubi bit, dan lain-lain)
Saya kerap masak berasaskan makanan-makanan ni dalam menu utama & menu snek (almaklum ler anak memang cerewet bab makan). Alhamdulillah, masalah anak kurang berat badan tak lama sangat pun & naik sikit-sikit. Syukur gak sebab sekarang ni anak dah banyak perubahan & dah tak susah makan macam dulu. Dah agak lama baru hari ni sempat nak update resipi.. Ada beberapa menu utama & menu snek/kudapan gak. Mak-mak yang ada anak kurang berat badan atau cerewet/susah nak makan, boleh la cuba ye.

Nasi Goreng Butter (dari 1 tahun++)
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
1 biji telur – dikacau sedikit
Sedikit isi ayam – didadu
1½ camca besar butter
1 biji bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
Sayur²an pilihan (saya guna cendawan enoki, carrot & kobis)
Serbuk lada sulah/hitam
Garam secukupnya*
Cara-cara:
Buat telur hancur (scramble egg). Angkat & ketepikan.*
2. Panaskan marjerin hingga cair. Tumis bawang besar & bawang putih tumis hingga layu. (*Boleh juga masukkan telur & buat telur hancur masa ni)
3. Masukkan isi ayam & sayur²an jenis keras (seperti carrot, kobis, cendawan*, dll). Biarkan air/jusnya merenih & kering sedikit.
4. Tambahkan sedikit lada sulah/lada hitam & garam. Gaul rata dan masukkan nasi. elakkan penggunaan garam bagi anak 2 tahun ke bawah
tip dari chef – cendawan perlu di masak lama sedikit supaya aroma & jusnya keluar

Bubur Kacang Hijau Versi Bayi (dari 8 bulan++)
Masa Fydh ada masalah kurang berat badan dulu, pakar pemakanan ada cakap kekacang jenis legume (kacang hijau, kacang merah, dhall, dll) dah boleh diambil seawal umur 7-8 bulan. (Tapi sebaik²nya perkenalkan pada usia 8 bulan ke atas sebab sesetengah perut bayi sensitif & boleh menyebabkan angin/kembung walaupun kacang dah direndam 24 jam).
Bubur kacang hijau untuk bayi ni diajar oleh seorang makcik tukang urut warga Indonesia. Katanya di seberang, bubur kacang ni memang diberikan kepada bayi untuk tambah berat badan. Saya ni memang suka bertanya tip/petua, tak kiralah doktor ke, orang² tua ke.. jadiknya macam² info saya boleh dapat. Ekeke..
Masa buat resipi ni dulu, saya tak amek gambar pun.. Kebetulan baru² ni ada mak² yang pm tanya resipi tambah berat badan anak. Hari ni saya buat bubur kacang hijau ni untuk menu snek/kudapan dak Fydh. Dah alang² tu amek ler gambar sekali
Buang buih² yang terhasil apabila dipanaskan. Masak hingga pekat. Bahan-bahan:
½ cawan kacang hijau – direndam 12-24 jam dengan sesudu kecil cuka & sedikit baking soda (hujung sudu kecil jer)
1 cawan air (gunakan cawan yang sama)
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil butter
Cara-cara:
1. Kacang hijau yang telah direndam diramas hingga tertanggal kulitnya. Tambah sesudu-2 tepung untuk mudahkan proses meramas (supaya tak licin).
2. Basuh kacang hijau yang telah direndam beberapa kali.
3. Masak kacang hijau dalam air. Tapis & buangkan buih² yang terhasil.
4. Masak kacang hijau sehingga benar² lembut.
5. Masukkan santan pekat & butter. Kacau & lenyek²kan kacang hijau tadi dengan sudu.
6. Masak hingga adunan menjadi pekat. Tutup api.
Lenyekkan roti. Sapukan kacang hijau sebagai inti. Gulung & potong kecil. Cairkan butter dalam pan kemudian bakar roti hingga garing sedikit. BAYI 8 BULAN++
–Bubur kacang hijau ni biasanya untuk 2-3 kali makan
–Ambil sedikit bubur yang pekat (untuk portion sekali makan) & campurkan dengan ebm/susu formula (yang suam). Cairkan bubur mengikut kesesuaian umur anak.
–Masukkan lebihan bubur dalam bekas bertutup & simpan dalam peti. Boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Boleh juga frozenkan (sila habiskan dalam masa seminggu).
ANAK 1 TAHUN++
-Sebenarnya ni saya olah ikut cara saya sendiri. Sebabnya bila anak dah setahun++, dia memang tak berapa gemar makan bubur camni. Jadinya saya sapukan bubur (pekat) ni atas roti & bakar dalam pan. Buat macam ni bukan setakat anak, 1 famili pun boleh makan (jika buat untuk 1 famili makan – pastikan asingkan sikit untuk anak, selebihnya bolehlah tambahkan secubit garam & sedikit gula)
Cara-cara:
1. Lenyekkan roti
2. Sapukan kacang hijau
3. Gulung & potongkan roti kecil²
4. Panaskan sedikit butter dalam pan (supaya inti tak melekat)
5. Bakar & balik²kan roti hingga garing sedikit.
fungsi cuka tu nak kurangkan bahan oligosakarida dalam kacang (penyebab angin). Boleh juga gunakan jus lemon
fungsi soda nak mudah tanggalkan kulit kacang hijau.

Agar-Agar Santan & Keju (dari 8 bulan++)
Bahan-bahan:

1 cawan agar² tali (dipotong pendek & disukat dalam cawan)
2 cawan air
1 cawan susu formula/susu segar
1½ cawan santan
2-3 keping keju cheddar (saya guna 3 keping, dah masuk 1 dalam periuk baru teringat nak ambil gambar)
Cara-cara:1. Renihkan agar² dalam air hingga larut
2. Masukkan susu, santan & keju.
3. Kacau hingga keju cair & air mendidih.
4. Masukkan ke dalam bekas & sejukkan.Pastikan guna cawan yang sama untuk menyukat agar² tali & air/susu/santan Agar² ni rasanya lemak² masin (dari santan & keju), boleh juga dimakan bersama sirap/manisan kurma.
Sirap/manisan kurma
Puri kurma/beberapa biji buah kurma
Sedikit air
Cara-cara:
1. Buah kurma dibuang biji/kulit (elak anak tersedak) & diblend halus
2. Campurkan sedikit air ke dalam puri kurma (untuk cairkan & agar tak terlalu manis)
3. Masak di atas dapur hingga mendidih.
bila anak dah 2 tahun++, saya gunakan sirap gula merah gantikan manisan kurma.
makan bersama sirap gula merah memang lebih sedap & kami 1 family pun suka
Cheesy Mushroom Soup with Chicken (dari 10bln++) 
Bahan-bahan:

150gm cendawan (sy guna buna shimeji)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar olive oil
2 sudu besar unsalted butter
1 sudu besar tepung gandum
Sedikit isi ayam (didadu)
3 keping keju cheddar (dicarik kasar)
1-2 cawan susu formula/susu segar/krim
Sedikit stok ayam/bone broth
Air secukupnya
Sedikit lada hitam (optional)

Cara-cara: 
1. Panaskan butter bersama olive oil kemudian tumis bawang hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, ayam & kacau. Masak sehingga lembut & hingga keluar jus cendawan. Tutup api & kisar semua bahan tadi bersama cheese.
3. Larutkan tepung gandum bersama sedikit air (supaya tepung tak berketul) & panaskan bersama susu di dalam periuk. Masukkan cendawan yg telah dikisar tadi serta stok ayam.
4. Tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini. Biarkan sup merenih lama sedikit supaya rasanya sebati.
5. Perasakan dengan sedikit lada hitam jika suka.
enak dimakan dengan garlic bread
boleh tengok post resipi garlic spread saya yang lama
insyaAllah, kalau sempat saya akan upload resipi cheesy garlic spread dalam 2-3 hari ni..
Ayam Percik Ala Kelantan/Putih (dari 1 tahun++)
Ni antara menu dak Fydh ni suka makan dulu.. (sekarang dah masuk 3 tahun, citarasa pun dah berubah) Ummi nye pun dah jarang masak percik ni sekarang..Mak² yang ada anak cerewet/susah makan/tak cukup berat tu boleh lah cuba kot serasi dengan anak..

Bahan-bahan:
¼ ekor ayam (ayam seekor saya potong 8 sebab anak makan sikit jer)
1 cawan santan pekat
1 batang serai (diketuk)
½ keping asam keping
Garam/gula*
Bahan kisar:
3 ulas bawang merah
½ inci halia
½ inci lengkuas
Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Masukkan ayam & semua bahan di dalam kuali. Biarkan mendidih & ayam masak separuh (ayam keluar darah). Keluarkan ayam.
2. Masak kuah yang berlebihan sehingga menjadi pekat.
3. Bakar ayam dalam pan/pemanggang ajaib di atas dapur. Lumurkan dengan kuah, balik²kan & bakar sehingga sedikit garing.
elakkan penggunaan garam/gula bagi anak 2 tahun ke bawah
boleh tambahkan sebiji kurma (diblend sekali) untuk berikan rasa sedikit manis & naikkan rasa kuah percik
Sumber: Yatie Eimra (Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)  
The post Berat Badan Anak Bawah Garis Normal, Ibu Ini Kongsi Menu Untuk Anak Susah Makan  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berat-badan-anak-bawah-garis-normal-ibu-ini-kongsi-menu-untuk-anak-susah-makan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Peti Biar Ada Buah Ibu Ini Kongsi Caranya Disiplinkan Anak Tak Makan Jajan

Dalam Peti Biar Ada Buah Ibu Ini Kongsi Caranya Disiplinkan Anak Tak Makan Jajan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 340 hits
Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan ada stok makanan ringan untuk anak anak Orang kata makanan ni untuk waktu kecemasan bila anak anak lapar Bagaimanapun jika ibu ayah tak kawal pengambilannya dari awal ia boleh buat anak ketagih Sepert...
Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

Sama Macam Pejabat Ibu Ni Kongsi Idea Guna Partition Di Meja Makan Bantu Anak Fokus Belajar Kreatif

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 621 hits
Sesi pembelajaran dari rumah atau PdPR yang dilaksanakan anak anak kita di rumah kini menuntut lebih banyak fokus bukan hanya dari anak itu sendiri bahkan ibu bapa Bagi memantau pembelajaran anak di rumah seorang ibu tampil berkongsi cara m...
Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 397 hits
Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu ibu berehat setelah penat melahirkan bayi Dalam tempoh berpantang ibu ibu hanya mahukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan dan juga tenaga Baca Keadaan badan yang masih lemah membantutkan...
Ibu Tunggal Tujuh Anak Terpaksa Kongsi Satu Peranti Untuk Jalankan Perniagaan Dan Belajar

Ibu Tunggal Tujuh Anak Terpaksa Kongsi Satu Peranti Untuk Jalankan Perniagaan Dan Belajar

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 251 hits
39 total views 23 views today KLUANG Seorang ibu tunggal berniaga dalam talian dan tujuh orang anaknya mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah dengan berkongsi satu satunya telefon pintar milik keluarga itu Umi Naza Osman 36 berkata ...
Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan Awas Tau

Ubat Yang Ibu Makan Boleh Terlepas Ke Dalam Susu Badan Awas Tau

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 250 hits
Breastfeeding mommy semestinya akan rasa lega bila mengetahui bahawa susu ibu mempunyai kandungan nutrisi lengkap yang mampu menguatkan imuniti bayi especially bayi baru lahir That s why lah Kementerian Kesihatan Malaysia pun suggest mak ma...
Anak Orang Lain Semangat Badan Anak Sendiri Kurus Selagi Selera Makan Ok Tak Apa

Anak Orang Lain Semangat Badan Anak Sendiri Kurus Selagi Selera Makan Ok Tak Apa

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 392 hits
Makan macam macam tapi berat anak susah naik Sebenarnya anak kurang berat badan berpunca daripada banyak sebab Ada yang makan banyak pun tapi berat tetap tak naik Secara asasnya adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan ...
Nak Anak Suka Buku Tapi Tak Tahu Pilih Buku Menarik Ibu Ini Kongsi Tipnya

Nak Anak Suka Buku Tapi Tak Tahu Pilih Buku Menarik Ibu Ini Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 417 hits
Bagaimana nak didik anak suka buku Ini antara persoalan yang sering ibu bapa tertanya tanya untuk biasakan si kecil dengan bahan ilmiah Kajian menyatakan anak anak yang dibiasakan dengan buku dari awal tiada masalah untuk terus berdamping d...
Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu Andre Dah 3 Bulan Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak

Baru Faham Kenapa Syurga Bawah Tapak Kaki Ibu Andre Dah 3 Bulan Farah Nabilah Seronok Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 510 hits
Pengalaman menjadi ibu sememangnya cukup membahagiakan Namun ia tidak mudah Banyak perkara yang terpaksa dikorbankan lebih lebih lagi mengenai diri sendiri sementara anak hendak membesar Pelakon Farah Nabilah tidak terkecuali melalui hal ya...
Ibu Oyen Tarik Anak Dewasa Untuk Makan Kasih Ibu Sepanjang Masa

Ibu Oyen Tarik Anak Dewasa Untuk Makan Kasih Ibu Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 374 hits
Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama sebagai Strenjerr juga berkongsikan situasi itu kepada umum Ini jelas terbukti bahawa haiwan juga tidak mengenal usia anak untuk sayang akan anak anaknya apabila perkongsian tersebut menunjukkan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025