Cadang Mysejahtera Untuk Jejak Daging Halal Import Ppim Sinar Harian 10 05 2022


 

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan supaya Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dapat membangunkan satu sistem yang menyeluruh bagi mengenal pasti kesahihan status daging halal yang diimport.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, sistem seperti MySejahtera boleh difikirkan oleh Jakim untuk dibangunkan bagi memastikan daging halal yang diimport benar-benar halal statusnya.
Katanya, banyak daging halal yang diimport diragui status halal hingga menyebabkan pengguna terpedaya dengan status berkenaan.
“Kita gesa Jakim bangunkan satu sistem yang boleh menjamin proses penyembelihan itu tiada penipuan.
“Perlu ada sistem yang boleh memberi maklumat penuh dan jawapan kepada siapa yang sembelih kalau kita tengok daging import apa kualitinya, mana asal sepatutnya ‘tekan’ keluar maklumat, mungkin kita kena buat MySejahtera untuk daging kambing dan lembu halal yang diimport,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPIM pada Selasa.
Terdahulu PPIM bersama dengan Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 membuat pendedahan berhubung perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh Thomas Food International di Australia yang mendapat kelulusan dari Badan Induk Halal Jakim.
Tambahnya, keperluan pengenalan kepada sistem itu mendesak kerana saban tahun beliau menerima keluhan yang sama daripada pengguna berhubung isu daging halal yang diimport.
“Perkara ini masih tidak selesai, apa yang kita bimbang adalah kita memakan bangkai, saya harap perkara ini disokong oleh rakyat Malaysia, sebab isu halal haram ini amat memberi kesan terutama kepada umat Islam.
“Kita di PPIM ini banyak menerima panggilan pengguna yang saban tahun mengadu tenteng perihal ini, kita sudah Merdeka 60 tahun tetapi isu ini tidak selesai-selesai lagi, kita harap Jakim beri perhatian,” tegasnya.
Sementara itu, Presiden Pekemas, Faizan Mohd Nor ketika membuat pendedahan berhubung isu pelanggaran SOP penyembelihan halal di Australia pula berkata, berdasarkan kepada bukti video dan gambar serta diperkukuhkan saksi yang merupakan pekerja sembelihan di TFI, pihaknya yakin bahawa terdapat unsur-unsur yang jelas pelanggaran protokol penyembelihan.
“Siasatan menyeluruh perlu dibuat dengan kadar segera oleh pihak autoriti termasuk pihak Jakim, SPRM dan PDRM serta merombak struktur organisasi Halal Jakim dengan melakukan rombakan ke atas jawatan panas yang terdedah kepada isu-isu integriti,” katanya.
Jelasnya, isu halal adalah isu yang amat sensitif kepada umat Islam di Malaysia.
“Protokol yang dikeluarkan oleh Jakim dalam memastikan umat Islam dibekalkan daging sembelihan yang halal adalah syariat yang digariskan dalam Islam.
“Berdasarkan kepada bukti-bukti yang ada, saya yakin dan percaya bahawa ada beberapa isu moral dan integriti yang perlu dilihat dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelaku-pelaku yang melanggar integriti Halal Malaysia,” tegasnya.


Artikel oleh: Sinar Harian
CADANG MYSEJAHTERA UNTUK JEJAK DAGING HALAL IMPORT: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/201573/BERITA/Nasional/Cadang-Mysejahtera-untuk-jejak-daging-halal-import-PPIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/05/cadang-mysejahtera-untuk-jejak-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Bongkar Status Daging Halal Luar Negara Samudera My 12 05 2022

Ppim Bongkar Status Daging Halal Luar Negara Samudera My 12 05 2022

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 219 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia sentiasa peka dan memantau penternak dan pengedar daging halal untuk pasaran di negara ini Baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menerima maklumat dari sumber yang sah mendedahkan bagaimana te...
Kaedah Paling Baik Jangan Terima Apa Apa Hadiah Sinar Harian 05 05 2022

Kaedah Paling Baik Jangan Terima Apa Apa Hadiah Sinar Harian 05 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 175 hits
SHAH ALAM Langkah terbaik untuk menghapuskan rasuah daripada terus membarah dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengelak semua perkara yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah Pendakwah bebas Harryanto Rizal Rokman berkata ini kerana ...
Ppim Questions The Status Of Halal Meat Abroad Ppim Press Statement 11 05 2022

Ppim Questions The Status Of Halal Meat Abroad Ppim Press Statement 11 05 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 295 hits
The Malaysian Muslim Consumers Association is always monitoring the halal meat breeders and distributors for the market in the country Recently PPIM s Chief Activist Nadzim Johan received information from a legitimate source revealing how l...
Shorts Rasuah Halus Perbezaan Tetapi Implikasi Cukup Besar Sinar Harian 04 05 2022

Shorts Rasuah Halus Perbezaan Tetapi Implikasi Cukup Besar Sinar Harian 04 05 2022

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 209 hits
Berikut merupakan petikan Kompas bertajuk Bila Hadiah Jadi Rasuah bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan Sumber Sinar Harian SHORTS RASUAH HALUS PERBEZAAN TETAPI IMPLIKASI CUKUP BESAR
Isu Pusat Sembelihan Pekemas Akan Lapor Sprm Harian Metro 12 05 2022

Isu Pusat Sembelihan Pekemas Akan Lapor Sprm Harian Metro 12 05 2022

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 246 hits
Kuala Lumpur Satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis akan dibuat Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat berhubung isu pusat sembelihan yang menjadi isu di Australia Presidennya Faizan Mohd Noor berkata pihaknya mengam...
Berbelanja Tak Salah Tetapi Bersederhana Fomca Harian Metro 09 05 2022

Berbelanja Tak Salah Tetapi Bersederhana Fomca Harian Metro 09 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 199 hits
Kuala Lumpur Gabungan Persatuan Persatuan Pengguna Malaysia menasihatkan masyarakat supaya berbelanja secara sederhana biarpun dalam keghairahan menyambut Aidilfitri tahun ini Timbalan Presidennya Mohd Yusof Abdul Rahman berkata berbelanja ...
Isu Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Jakim Digesa Segera Bertindak Harian Metro 10 05 2022

Isu Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Jakim Digesa Segera Bertindak Harian Metro 10 05 2022

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 275 hits
Kuala Lumpur Bimbang dengan isu pusat penyembelihan yang meragukan di Australia Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat dan Sahaba 99 meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melakukan siasatan segera Ia membabitka...
Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446h

Raja Muda Selangor Titah Mangsa Kebakaran Ditempat Di Lokasi Lebih Selesa

Common For Gas Pipelines To Pass Through Residential Areas Says Ex Engineer

Cidb Retracts Statement On Putra Heights Blast Findings

48 Years Of Tenacious Struggle Aliran Refuses To Surrender Hope

Joker123th 100