Isu Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Jakim Digesa Segera Bertindak Harian Metro 10 05 2022


 

Kuala Lumpur: Bimbang dengan isu pusat penyembelihan yang meragukan di Australia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahaba 99 meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera.
Ia membabitkan isu sembelihan yang didakwa tidak mengikut piawaian ditetapkan dalam Islam yang berlaku di Australia lebih sebulan lalu.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai pelanggaran protokol penyembelihan digariskan prosedur operasi standard (SOP) Jakim.
Katanya, pihaknya menggesa siasatan menyeluruh dilakukan dengan kadar segera oleh pihak berautoriti termasuk Jakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis serta merombak struktur organisasi bahagian halal terutama jawatan panas.
"Kita sudah merdeka lebih 60 tahun, takkan kita nak tengok isu seperti ini berlaku setiap tahun. PPIM menerima banyak aduan mengenai isu ini, sebelum ini kartel daging, kali ini pusat sembelihan pula," katanya pada sidang media hari ini.
Hadir sama, Presiden Pekemas, Faizan Mohd Noor dan aktivis PPIM Vince Focarelli.
Sementara itu Faizan berkata, pihaknya tampil dengan pendedahan itu demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelaku yang melanggar integriti Halal Malaysia.
"Isu ini belum lagi mendapat pendedahan dan liputan yang sewajarnya di Malaysia.
"Ada tiga hingga empat pegawai yang terbabit dalam urusan pusat sembelihan di Australia. Mereka ini perlu diambil tindakan kerana tidak mengambil tindakan di atas pelanggaran protokol yang berlaku.
"Ini isu halal dan kita tidak boleh main-main. Hanya beberapa orang ini saja yang menimbulkan masalah, Jakim perlu ambil tindakan," katanya yang mendedahkan isu ini lebih sebulan lalu.
Pada sidang media yang diadakan itu bersama saksi dari Sydney, Australia, media ditunjukkan video bagaimana pelanggaran protokol yang dimaksudkan yang dirakam saksi di negara terbabit.
Kelihatan beberapa ekor biri-biri yang direndam sehingga lemas di dalam gumpalan darah.
Selain itu, pusat sembelihan itu juga kotor dan terdapat anjing liar di sekitarnya, mengundang persoalan mengenai tahap kebersihan di situ.
Pada 14 April lalu, Jakim dalam satu kenyataan berhubung isu berkenaan berkata, pihaknya sudah meminta penjelasan daripada Supreme Islamic Council Of Halal Meat In Australia Inc (SICHMA) dan mendapati pusat sembelihan berkenaan mematuhi keperluan standard penyembelihan halal di negara ini.
SICHMA kemudiannya memberikan penjelasan dan menafikan dakwaan ketidakupayaan organisasi itu dalam membuat pengesahan halal ke atas rumah sembelihan di bawah seliaan mereka.


Artikel oleh: Harian Metro
ISU PUSAT PENYEMBELIHAN MERAGUKAN DI AUSTRALIA, JAKIM DIGESA SEGERA BERTINDAK

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/840283/isu-pusat-penyembelihan-meragukan-di-australia-jakim-digesa-segera-bertindak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/05/isu-pusat-penyembelihan-meragukan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jakim Digesa Siasat Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Bernama 11 05 2022

Jakim Digesa Siasat Pusat Penyembelihan Meragukan Di Australia Bernama 11 05 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 281 hits
Bimbang dengan isu pusat penyembelihan yang meragukan di Australia Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat dan Sahaba 99 meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melakukan siasatan segera Sumber Bernama JAKIM DIGES...
20220510 Jakim Gagal Pantau Pematuhan Syarat Halal Pusat Penyembelihan Di Australia Minaq Jinggo 10 05 2022

20220510 Jakim Gagal Pantau Pematuhan Syarat Halal Pusat Penyembelihan Di Australia Minaq Jinggo 10 05 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 406 hits
KENYATAAN MEDIAPPIM BONGKAR STATUS DAGING HALALLUAR NEGARAPersatuan Pengguna Islam Malaysia sentiasa peka dan memantau penternak dan pengedar daging halal untuk pasaran di negara ini Baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi mener...
Dakwaan Pelanggaran Prosedur Penyembelihan Halal Di Australia Disiasat Jakim Bernama 10 05 2022

Dakwaan Pelanggaran Prosedur Penyembelihan Halal Di Australia Disiasat Jakim Bernama 10 05 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 271 hits
PUTRAJAYA 10 Mei Jabatan Kemajuan Islam sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal sebuah syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia kata Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff ...
Ppim Dedah Pusat Penyembelihan Di Australia Tidak Ikut Cara Islam Swatv Media 10 05 2022

Ppim Dedah Pusat Penyembelihan Di Australia Tidak Ikut Cara Islam Swatv Media 10 05 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR Isu pusat penyembelihan di Australia yang menimbulkan keraguan ramai pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat dan Sahaba 99 hari ini mengadakan sidang media mendedahkan tatacara penyembelihan yan...
Jakim To Investigate Alleged Breaches Of Halal Slaughtering Protocols In Australia The Sun Daily 10 05 2022

Jakim To Investigate Alleged Breaches Of Halal Slaughtering Protocols In Australia The Sun Daily 10 05 2022

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 428 hits
PUTRAJAYA The Department of Islamic Development Malaysia director general Datuk Hakimah Mohd Yusoff says it is investigating alleged violations of slaughtering procedure by a company in Australia which has been certified halal by Malaysia I...
Pusat Sembelihan Luar Negara Didakwa Langgar Sop Berita Harian 10 05 2022

Pusat Sembelihan Luar Negara Didakwa Langgar Sop Berita Harian 10 05 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas pekerja di pusat penyembelihan di Australia yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mendakwa berlaku pelanggaran prosedur operasi standard keselamatan makanan kebersihan dan piawaian halal Lelaki yang mahu ...
Pusat Sembelih Tidak Ikut Syarak Ppim Tuntut Penjelasan Kedutaan Australia Malakat Tribune 11 05 2022

Pusat Sembelih Tidak Ikut Syarak Ppim Tuntut Penjelasan Kedutaan Australia Malakat Tribune 11 05 2022

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan meminta penjelasan lanjut mengenai isu pusat penyembelihan di Australia yang diragui sijil halalnya daripada Kedutaan Australia susulan pendedahan mengenai cara sembelihan yang tidak mengi...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik