Bursa Malaysia Ditutup Rendah Gagal Jejaki Pasaran Serantau



 
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas gagal meneruskan kenaikan awal apabila mengalami tekanan jualan, sekali gus merekodkan prestasi berbeza berbanding dengan aliran serantau, berikutan pelabur berhati-hati menjelang perayaan Tahun Baharu Cina.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran, turun 5.30 mata atau 0.34 peratus kepada 1,573.33 daripada 1,578.63 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks utama itu dibuka 1.81 mata lebih tinggi kepada 1,580.44 dan bergerak di antara 1,572.77 dengan 1,586.06 sepanjang dagangan Isnin.
Bursa serantau sebaliknya mencatatkan sentimen dagangan meningkat dengan Nikkei 225 Jepun melonjak 2.12 peratus kepada 29,388.50, Hang Seng Hong Kong menambah 0.11 peratus kepada 29,319.47 manakala Indeks Straits Times Singapura naik 0.93 peratus kepada 2,934.29.
Kenaikan harga minyak mentah pada Isnin juga tidak dapat menyokong untuk kenaikan di Bursa Malaysia.
Penanda aras global, minyak mentah Brent naik 1.20 peratus kepada AS$60.05 setong, sementara West Texas Intermediate menokok 1.13 peratus kepada AS$57.49 setong.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 620 berbanding 569 manakala 434 kaunter tidak berubah, 517 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 7.04 bilion unit bernilai RM4.50 bilion daripada 6.09 bilion unit bernilai RM4.15 bilion yang dicatatkan ketika penutupan pada Jumaat.
Sementara itu, antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing turun tiga sen kepada RM7.83 dan RM9.67, PBBank susut empat sen kepada RM4.08, Topglov dan Hartalega masing-masing merosot 34 sen kepada RM6.27 dan RM12.90.
Bagi saham aktif, DNeX dan warannya masing-masing naik sembilan sen dan 1.5 sen kepada 37 sen dan 6.5 sen, Luster menambah setengah sen kepada 22 sen, AT tidak berubah pada 16.5 sen dan Trive susut lima sen kepada 20.5 sen.
Antara saham untung, Tasco menambah 51 sen kepada RM5, SJC meningkat 41 sen kepada RM1.78, SCIB naik 40 sen kepada RM2.50 dan Hengyuan menokok 36 sen kepada RM5.83.
BLDPLNT mendahului senarai saham rugi apabila merosot 49 sen kepada RM7.51, diikuti Dutch Lady yang kurang 46 sen kepada RM34.40 sementara UWC turun 34 sen kepada RM12.88.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 22.93 mata kepada 11,479.39, Indeks FBMT 100 kurang 30.04 mata kepada 11,199.52 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 48.93 mata kepada 13,013.93.
FBM 70 kurang 10.48 mata kepada 15,049.34 dan FBM ACE merosot 89.53 mata kepada 10,771.70.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 11.5 mata kepada 14,565.40, Indeks Perladangan kurang 17.98 mata kepada 7,122.73 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri menokok 1.51 mata kepada 178.06.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama menambah kepada 4.53 bilion saham bernilai RM3.57 bilion daripada 3.32 bilion saham bernilai RM2.90 bilion yang dicatatkan semasa penutupan pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran melonjak kepada 410.74 juta unit bernilai RM69.8 juta daripada 345.55 juta unit bernilai RM61.09 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula sebanyak 2.10 bilion saham bernilai RM864.58 juta berbanding 2.41 bilion saham bernilai RM1.19 bilion.
Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 681.80 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan industri (1.18 bilion), pembinaan (286.31 juta), teknologi (1.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (121.12 juta), hartanah ( 272.72 juta), perladangan (27.59 juta), REIT (9.49 juta), dana tertutup (24,000), tenaga (351.79 juta), penjagaan kesihatan (81.62 juta), telekomunikasi dan media (65.41 juta), pengangkutan dan logistik (120.8 juta) serta utiliti (23.54 juta).
-BERNAMA
The post Bursa Malaysia ditutup rendah, gagal jejaki pasaran serantau appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/08/bursa-malaysia-ditutup-rendah-gagal-jejaki-pasaran-serantau/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bursa-malaysia-ditutup-rendah-gagal-jejaki-pasaran-serantau

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasaran Ekuiti Eropah Ditutup Positif

Pasaran Ekuiti Eropah Ditutup Positif

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 133 hits
Vaksin AstraZeneca telah diluluskan oleh Agensi Ubat Eropah pada 29 Januari Menurut Ursula von der Leyen Presiden Suruhanjaya Eropah AstraZeneca telah berjanji bahawa ia akan memberikan 9 juta lebih banyak dos vaksin kepada EU pada suku per...
Short Selling In Malaysia More Regulated Than Us Bursa Sc

Short Selling In Malaysia More Regulated Than Us Bursa Sc

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 143 hits
The Securities Commission and Bursa Malaysia Bhd advise Malaysian investors to be cautious of social media chatrooms that try to influence investors to buy or sell certain stocks based on speculation or rumours The regulators said they are ...
Ekonomi Malaysia Menyusut Paling Rendah Sejak 1998

Ekonomi Malaysia Menyusut Paling Rendah Sejak 1998

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 170 hits
Ekonomi Malaysia menyusut 3 4 peratus pada suku ke empat 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Sementara itu ekonomi tahun penuh 2020 pula turut menyusut sebanyak 5 6 peratus terendah sejak 1998 Selain itu antara fa...
Polisi Sita 6 Kg Sabu Asal Malaysia Diduga Dikendalikan Napi Lapas Samarinda

Polisi Sita 6 Kg Sabu Asal Malaysia Diduga Dikendalikan Napi Lapas Samarinda

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 184 hits
Tujuh tersangka diamankan kepolisian dari kasus itu di dua kota Samarinda dan Balikpapan Salah satu dari ketujuh tersangka masih berada di Lapas Samarinda di Jalan Jenderal Sudirman
Pakej Harga Keahlian Young Living Di Malaysia Tahun 2021

Pakej Harga Keahlian Young Living Di Malaysia Tahun 2021

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 1090 hits
Ramai yang sudah sedar akan kepentingan penggunaan untuk kesejahteraan dan kesihatan diri termasuk saya sendiri Jenama essential oil paling popular yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Young Living Saya sendiri awalnya hanya plan unt...
Goobat Care Menjadi Farmasi Pertama Yang Menerima Bitcoin Di Malaysia

Goobat Care Menjadi Farmasi Pertama Yang Menerima Bitcoin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 237 hits
Farmasi dalam talian menerima mata wang kripto dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki dan dicapai untuk rakyat negara ini Goobat care KUALA LUMPUR 25 Januari 2021 Syarikat teknologi The post appeared first on
Malaysia Menyasarkan 75 000 Suntikan Vaksin Covid 19 Sehari Dengan Pusat Beroperasi 24 Jam

Malaysia Menyasarkan 75 000 Suntikan Vaksin Covid 19 Sehari Dengan Pusat Beroperasi 24 Jam

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 295 hits
Proses vaksinasi menentang wabak Covid 19 di Malaysia akan bermula Mac hadapan Ini adalah langkah yang perlu kerana gelombang ketiga wabak yang kini melanda Malaysia mencatatkan kes positif dan kematian yang tinggi Di dalam temubual bersama...
Fdi Malaysia 2020 Tercorot Di Asean

Fdi Malaysia 2020 Tercorot Di Asean

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 368 hits
Krisis COVID 19 telah menyebabkan aliran pelaburan langsung asing global pada tahun 2020 merosot sehingga 40 peratus kata Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu dengan jangkaan akan lebih buruk pada 2021 FDI akan susut daripada AS 1 54 trilion pa...
Filem Pendek Malaysia Ungguli Pertandingan Filem Pendek Tamil Antarabangsa Zee Reel

Filem Pendek Malaysia Ungguli Pertandingan Filem Pendek Tamil Antarabangsa Zee Reel

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 175 hits
Filem pendek Tamil dari Malaysia Kaki Bangku mengungguli Pertandingan Filem Pendek Antarabangsa Zee REEL apabila terpilih untuk menduduki tempat pertama Pertandingan itu dianjurkan stesen penyiaran global Zee Tamil Asia Pasifik dengan sokon...
Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban

Si Tomy Sesekali Selalu Akhirnya Menetap

Makan Sup Pahlawan Nasi Goreng Mega Di Rumah Makan Sup Abang Ijam