Fdi Malaysia 2020 Tercorot Di Asean





Krisis COVID-19 telah menyebabkan aliran pelaburan langsung asing (FDI) global pada tahun 2020 merosot sehingga 40 peratus, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dengan jangkaan akan lebih buruk pada 2021.
FDI akan susut daripada AS$1.54 trilion (RM6.58 trilion) pada 2019 kepada bawah AS$1 trilion (RM4.27 trilion) untuk pertama kalinya sejak 2005, mengikut laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD).
"FDI iaitu ukuran pelaburan sektor swasta rentas sempadan, dijangka susut lima hingga 10 peratus lagi pada 2021 dan hanya mula pulih pada 2022.
"Ekonomi global berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada krisis kewangan 2008," katanya dalam Laporan Pelaburan Dunia 2020.
Di Asia, pandemik itu dijangka mengakibatkan kemerosotan pendapatan pelaburan semula firma milik asing di rantau ini, berikutan krisis itu melemahkan kepentingan China dan ekonomi Asia lain sebagai pusat pengeluaran global.
Dan Malaysia tidak terkecuali...
Tapi awat teruk sangat ni..?
FDI Malaysia 2020 tercorot dalam ASEAN?
MALAYSIA dikatakan sebagai negara mengalami kesan kemeruduman ekonomi paling terusk dalam kalangan negara ASEAN dalam tempoh krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).
Berbanding negara lain, memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Malaysia mengalami penurunan pelaburan asing terus (FDI) sebanyak 68 peratus.
Walaupun, negara ASEAN lain pada tahun lalu mencatatkan penurunan dalam FDI, namun ia dikatakan tidaklah seteruk situasi yang dihadapi di negara ini.
Seperti Thailand, negara gajah putih itu mengalami penurunan FDI sebanyak 50 peratus, Singapura (37 peratus), Indonesia (24 peratus) dan Vietnam (10 peratus).
Walau bagaimanapun, Filipina mencatatkan peningkatan dalam aliran masuk pelaburan asing iaitu sebanyak 29 peratus atau 6.4 bilion Dolar Amerika Syarikat (RM25.9 bilion).
“Biar angka dan data berbicara.
“Malaysia dahulu antara negara paling tinggi mencatatkan nilai pelaburan asing di ASEAN, tetapi sekarang menjadi paling teruk. Benar-benar mengecewakan.
“Jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan kerana negara ASEAN yang lain juga turut menghadapi ancaman yang serupa.”
Demikian kata bekas Menteri Perdagangan Dalam Neger dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk makluman, Malaysia terus mencatatkan aliran keluar pelaburan asing apabila beberapa syarikat luar termasuklah sektor automotif seperti Hyundai memindahkan ibu pejabat Asia Pasifik ke Indonesia.
Pemindahan tersebut melibatkan nilai pelaburan asing (FDI) bernilai RM4.02 bilion masuk ke negara jiran.
Sementara itu, Indonesia pula terus mencatatkan pertumbuhan dalam pelaburan asingnya apabila beberapa syarikat seperti LG Chem menanam modal mereka sebanyak RM39.37 bilion di sana.
Begitu juga syarikat Toyota dan bateri CATL, masing-masing melabur sebanyak RM8.04 bilion dan RM20.09 bilion di Indonesia.
Kali terakhir Malaysia menerima pelaburan signifikan dari industri automotif ialah pada tahun 2016 dan 2017 apabila Geely dan Volvo membuka HQ untuk rantau ASEAN.
Kemeruduman ekonomi negara sebelum ini dilapor dipengaruhi serangan krisis kesihatan yang turut melanda negara-negara di seluruh dunia.
Namun, Malaysia menerima impak paling buruk apabila ketidakstabilan politik membuatkan pelabur asing semakin kurang keyakinan untuk melabur di negara ini ~ SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/fdi-malaysia-2020-tercorot-di-asean.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Un Report Malaysia S Fdi Drops By 68 To Just Us 2 5bil In 2020

Un Report Malaysia S Fdi Drops By 68 To Just Us 2 5bil In 2020

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 193 hits
A UNCTAD report says Malaysia performed dismally in attracting FDIs and former prime minister Najib Razak blames it on policies after 2018 PETALING JAYA The inflow of foreign direct investments into Malaysia dropped by 68 to US 2 5 billion ...
10 Jenis Kenderaan Paling Banyak Dicuri 2020 Di Malaysia

10 Jenis Kenderaan Paling Banyak Dicuri 2020 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 441 hits
Jangan kerana mereka bukan anda anda buat tak tahu Kes kecurian kenderaan hilang harta benda bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia sebanyak 162 kenderaan termasuk motosikal dilaporkan dicuri setia...
Malaysia Pegang Rekod Paling Teruk Perangi Covid 19 Di Asean Kata Najib

Malaysia Pegang Rekod Paling Teruk Perangi Covid 19 Di Asean Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 234 hits
Kegagalan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Malaysia kini mempunyai rekod paling buruk di rantau Asia Tenggara dalam memerangi wabak Covid 19 kata bekas perdana menteri Najib Razak Jika dilihat daripada segi penularan tempatan dan bilangan kes ...
Eksport Malaysia Meningkat Pada Separuh Kedua 2020 Azmin

Eksport Malaysia Meningkat Pada Separuh Kedua 2020 Azmin

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 206 hits
Perdagangan luar Malaysia mencatatkan prestasi yang baik walaupun dalam keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan eksport meningkat semula pada separuh kedua 2020 berbanding dengan penguncupan pada separuh pertama menurut Kemente...
Fdi Yg Merosot Bagi Malaysia

Fdi Yg Merosot Bagi Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 175 hits
JAHANAMLAH FDI ke negara ni kalau KERAT terus dibiarkan bermaharajaGILA kerana sejak Day One mereka mencipta Trust Deficit Kita hanya boleh berdoa mengharap belas ehsan dari Allah Ar Rahim Jangan diharap kepada manusia yg suka berbuat zalim...
Microsoft Surface Hub 2s 85 Kini Di Malaysia Pada Harga Mencecah Rm100 000

Microsoft Surface Hub 2s 85 Kini Di Malaysia Pada Harga Mencecah Rm100 000

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 310 hits
Selain Microsoft Surface Pro 7 yang mula dijual minggu ini Microsoft Surface Hub 2S 85 juga pula akan dijual di Malaysia bermula 1 Mac hadapan pada harga RM105 959 Papan pintar ini menyasarkan penggunaan di pejabat Ia dilengkapi Skrin 85 IP...
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 465 hits
Senarai Pakej Bantuan Permai 2021 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan Pakej Bantuan PERMAI yang bernilai sebanyak RM15 Billion Pa...
Realme X7 Pro 5g Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Januari 2021

Realme X7 Pro 5g Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 26 Januari 2021

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 322 hits
Teka teki akhirnya terjawab apabila Realme Malaysia hari ini berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai peranti misteri yang diacah sebelum ini Peranti yang dimaksudkan adalah Realme X7 Pro 5G dan ia kini disahkan bakal hadir ke pasaran Malay...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense