Bursa Ditutup Tinggi Selepas Bandar Malaysia Diteruskan


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dipacu oleh sentimen optimis susulan pengumuman menghidupkan semula projek pembangunan Bandar Malaysia, kata penganalisis
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.48% atau 7.60 mata kepada 1,576.95 berbanding 1,569.35 sewaktu ditutup pada Isnin
Indeks penanda aras itu yang dibuka pada 1,571.87, turut berlegar sekitar 1,564.25 dan 1,576.95 sepanjang hari ini
Sentimen pasaran bagaimanapun menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 416 berbanding 407 manakala 394 kaunter tidak berubah, 781 tidak didagangkan dan 16 lain digantung
Jumlah dagangan sebanyak 2.34 bilion saham bernilai RM1.99 bilion
Kenny Yee yang juga ketua penyelidik broker ekuiti dalam talian Rakuten Trade Sdn Bhd, berkata majlis pemeteraian projek Bandar Malaysia hari ini menandakan permulaan baik untuk sektor prasarana berikutan kesan limpahannya akan turut dilihat dalam sektor kewangan dan pembinaan
“Pembangunan semula projek yang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM140 bilion akan menyuntik keyakinan pelabur. Malah pembangunan projek mega sedemikian turut memerlukan perkhidmatan lain untuk turut saling wujud dalam ekosistem berkenaan,” katanya kepada Bernama
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyaksikan majlis permeteraian perjanjian antara TRX City Sdn Bhd (TRXC) dan IWH CREC Sdn Bhd (IWH-CREC) untuk membangunkan Bandar Malaysia
TRXC anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan manakala IWH-CREC merupakan konsortium merangkumi Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CRECM)
Ekovest Bhd yang muncul kaunter paling aktif, antara penerima manfaat projek tersebut kerana berkongsi pemegang saham sama dengan IWH iaitu Tan Sri Lim Kang Ho. Harga saham Ekovest itu bagaimanapun susut 2.5 sen kepada 86 sen manakala Iskandar Waterfront City Bhd turun 4 sen kepada 98 sen
Selain itu, Yee berkata kebanyakan pelabur memulakan aktiviti memperelok akaun memandangkan berada dalam tempoh di akhir tahun
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung tiga sen kepada RM8.55, Tenaga dan Public Bank masing-masing naik 16 sen kepada RM13.22 dan RM19.00 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.24 dan CIMB turun 4 sen kepada RM5.22
Bagi saham aktif, AT dan MLab masing-masing tidak berubah pada 4 sen dan 5 sen
Kaunter untung menyaksikan BAT naik 78 sen kepada RM15.36, United Plantations meningkat 28 sen kepada RM26.28 dan Top Glove bertambah 21 sen kepada RM4.66
Indeks FBM Emas naik 47.07 mata kepada 11,229.36, Indeks FBM Emas Shariah bertambah 52.06 mata kepada 11,882.72 dan Indeks FBMT 100 meningkat 49.78 mata kepada 11,027.15
Selain itu, FBM Ace melonjak 103.73 mata kepada 5,054.07 dan FBM 70 meningkat 49.64 mata kepada 14,075.30
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 42.47 mata kepada 15,277.28, Indeks Perladangan menokok 36.50 mata kepada 7,542.57 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.18 mata kepada 152.47
Jumlah dagangan di pasaran utama susut sedikit kepada 1.58 bilion saham bernilai RM1.86 bilion berbanding 1.59 bilion saham bernilai RM1.60 bilion pada Isnin
Jumlah waran naik kepada 335.14 juta unit bernilai RM60.58 juta berbanding 309.44 juta unit bernilai RM54.21 juta semalam
Di pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 423.02 juta bernilai RM126.60 juta berbanding 387.94 juta bernilai RM101.86 juta sebelumnya
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 244.89 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (207.77 juta), pembinaan (159.86 juta), teknologi (155.43 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.39 juta), hartanah (241.18 juta), perladangan (110.41 juta), REIT (15.37 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (295.30 juta), penjagaan kesihatan (21.81 juta), telekomunikasi dan media (28.18 juta) manakala utiliti (27.83 juta). - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/12/bursa-ditutup-tinggi-selepas-bandar.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei Meninggal Dunia Selepas Pengsan

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei Meninggal Dunia Selepas Pengsan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 279 hits
Bernama Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah 23 dan Haziq 21 yang sedang menuntut di Hungary Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Ismail Salam meninggal dunia pagi ini selepa...
Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 657 hits
Kali terakhir Malaysia terima kes virus polio pada 1992 Selepas 27 tahun kita dikatakan bebas dari virus ini akhirnya Malaysia telah dikejutkan dengan 1 kes virus Polio apabila seorang bayi lelaki dari Tuaran Sabah dilaporkan telah terkena ...
Mat Salleh Cuba Sebut Nama Nama Bandar Di Malaysia Membuatkan Netizen Terhibur

Mat Salleh Cuba Sebut Nama Nama Bandar Di Malaysia Membuatkan Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 469 hits
Plaza Dumb A s begitulah cara seorang mat salleh ini menyebut Plaza Damas yang kini viral di media sosial membuatkan netizen terhibur David Zafer atau nama di Tiktok Matsaleh Mamat memuat naik video dirinya cuba menyebut beberapa nama tempa...
Viral Aksi Tak Sporting Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

Viral Aksi Tak Sporting Pemain Filipina Selepas Tamat Perlawanan Bikin Pemain Malaysia Tak Puas Hati

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 476 hits
Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Filipina yang berlangsung di Stadium Rizal Memorial Manila dalam aksi kedua Kumpulan A Sukan SEA 2019 berakhir dengan kekalahan tipis sebanyak 1 0 di tangan tuan rumah Sungguhpun perlawanan terse...
Akibat Tak Ambil Vaksin Malaysia Kembali Dapat Virus Ini Selepas 27 Tahun

Akibat Tak Ambil Vaksin Malaysia Kembali Dapat Virus Ini Selepas 27 Tahun

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 257 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan dukacita ingin memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Ma...
Rupanya Bandar Malaysia Bukan Sepenuhnya Milik China Mahathir

Rupanya Bandar Malaysia Bukan Sepenuhnya Milik China Mahathir

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 636 hits
Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk meneruskan semula projek Bandar Malaysia yang sebelum ini dihentikan sejak Mei 2017 kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Dr Mahathir berkata keputusan meneruskan semula projek berkenaan dibuat selep...
Diduga Jadi Bandar Narkoba Artis Malaysia Ditangkap Di Apartemen Tangerang

Diduga Jadi Bandar Narkoba Artis Malaysia Ditangkap Di Apartemen Tangerang

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 187 hits
Satu unit Apartemen mewah di Kawasan Tangerang kedapatan menyimpan sejumlah barang haram narkoba jenis sabu Pemilik Apartemen berinisial DY kini telah ditangkap Satuan Narkoba Polres Metro Jakarta Barat
Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

Selepas Najib Bersumpah Laknat Keperluan Kini Jadi Lebih Tinggi Untuk Kes Altantuya Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 442 hits
Semalam Najib Razak melakukan sumpah laknat Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur bagi menafikan tuduhan yang terkandung dalam Akaun Bersumpah atau SD Azilah Hadri yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu Lafaz sumpah beliau...
Grabfood Melanjutkan Perkhidmatan Mereka Ke 19 Bandar Lagi Di Sekitar Malaysia

Grabfood Melanjutkan Perkhidmatan Mereka Ke 19 Bandar Lagi Di Sekitar Malaysia

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 268 hits
https ift tt eA8V8J Perkhidmatan penghantaran GrabFood salah satu daripada perkhidmatan yang paling popular daripada Grab sebuah syarikat yang dikenali untuk perkhidmatan seru pandu mereka Sebelum ini GrabFood hanya boleh digunakan di beber...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11