Akibat Tak Ambil Vaksin Malaysia Kembali Dapat Virus Ini Selepas 27 Tahun


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan dukacita ingin memaklumkan kejadian satu kes yang disahkan dijangkiti virus polio di Malaysia, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut.
Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.  Beliau telah disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirustype 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Hasil ujian pengesahan yang dijalankan oleh World Health Organization (WHO) Polio Regional Laboratory di Australia, virus tersebut mempunyai perkaitan genetik dengan virus polio yang dikesan pada kes Acute Flaccid Paralysis (AFP) di negara Filipina. Seterusnya, vaccine-derived poliovirus type 1 ini diklasifikasikan sebagai circulating vaccine-derived poliovirus type 1 (cVDPV 1).
Pesakit kini masih dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil tetapi masih memerlukan bantuan pernafasan. Memandangkan pesakit masih memerlukan rawatan rapi, orang ramai dan pihak media adalah dipohon untuk tidak mengganggu waris atau petugas kesihatan di hospital dalam menjalankan tugas memberi rawatan kepada pesakit tersebut.
Circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV) berasal daripada virus polio yang telah dilemahkan di dalam vaksin polio yang diberi secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV). Virus yang dilemahkan ini dikumuhkan oleh badan melalui najis. Dalam persekitaran yang tidak sanitari, ia boleh menjangkiti orang lain yang tiada imuniti terhadap polio dan ia terus tersebar dalam komuniti yang liputan imunisasi polio kurang daripada 95%. Semakin lama virus itu tersebar dalam komuniti tersebut, ia mengalami mutasi genetik hingga menjadi virus yang kembali aktif. Virus ini dipanggil vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan boleh menyebabkan poliomyelitis. Namun begitu, untuk mereka yang telah divaksinasi dengan vaksin poliomyelitis, mereka akan mendapat perlindungan daripada jangkitan penyakit tersebut (protected from infection).
Sehingga 5 Disember 2019, hasil siasatan di kawasan tempat tinggal kanak-kanak yang dijangkiti polio di Sabah ini mendapati 23 daripada 199 orang (11.6%) yang berumur di antara dua (2) bulan hingga 15 tahun tidak menerima vaksin polio. Ini satu keadaan yang sangat merunsingkan kerana penularan jangkitan cVPDV hanya boleh ditamatkan dengan imunisasi polio. Hasil penerangan mengenai kepentingan imunisasi polio bagi mencegah jangkitan polio, ibu bapa kesemua kanak-kanak tersebut telah bersetuju untuk mereka diberikan vaksin polio.
Aktiviti pencarian kes acute flaccid paralysis(AFP), proksi kepada poliomyelitis di kawasan tempat tinggal kanak-kanak itu juga telah dijalankan. Sehingga 5 Disember 2019, seramai 646 orang telah diperiksa, dan tiada orang bergejala AFP dikesan. Siasatan masih diteruskan di kawasan tersebut, termasuk pengambilan sampel najis dari kontak rapat kanak-kanak itu dan sampel persekitaran bagi pengesanan virus polio.
Bagi memastikan virus polio yang dikesan ini tidak terus menular di Malaysia dan menyebabkan poliomyelitis dalam kalangan mereka yang tiada imuniti terhadap jangkitan polio, aktiviti pemberian imunisasi polio akan diteruskan di kawasan tempat tinggal kes dan diperluaskan ke kawasan lain yang berisiko. Ia bagi memastikan liputan imunisasi polio yang tinggi, iaitu melebihi 95%. Pendidikan kesihatan mengenai penyakit polio dan langkah pencegahan juga telah diberikan, termasuk penggunaan tandas yang sanitari dan penjagaan kebersihan diri termasuk tangan. Perlu diingatkan bahawa penyakit Polio, seperti banyak penyakit yang lain, ditularkan melalui “fecal oral route”. Penduduk juga dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai gejala AFP atau memaklumkan pihak KKM sekiranya mengetahui terdapat kes sedemikian yang tidak mendapatkan rawatan.
Untuk makluman, kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992. Pada Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisyhtiharkan bebas daripada penyakit polio. Kejayaan pembasmian penyakit ini adalah berikutan pencegahan melalui vaksin polio yang diperkenalkan di dalam Program Imunisasi Kebangsaan sejak tahun 1972 dan diteruskan sehingga ke hari ini. Program ini dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada secara oral (Oral Polio Vaccine – OPV) kepada secara suntikan (Inactivated Polio Vaccine– IPV yang menggunakan virus polio yang telah dimatikan) pada tahun 2008. Langkah pertukaran ini dibuat bagi menghindari risiko berlakunya circulating vaccine-derived poliovirus (cVDPV). Bagi mencegah penyakit polio daripada berlaku, liputan imunisasi harus sentiasa melebihi 95%. – 

Artikel ini adalah siaran yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia


from TheSkop https://ift.tt/38kzwl0
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2019/12/akibat-tak-ambil-vaksin-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Virus Polio Kembali Selepas Ghaib 27 Tahun Lalu Geng Anti Vaksin Mohon Berjaga Jaga

Virus Polio Kembali Selepas Ghaib 27 Tahun Lalu Geng Anti Vaksin Mohon Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 516 hits
Selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada virus Polio kini ia kembali menyerang apabila dimaklumkan seorang bayi dari Sabah berusia tiga bulan menjadi kes pertama di Malaysia Bayi berusia 3 bulan disahkan dijangkiti nbsp vaccine derived poli...
Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

Virus Polio Kembali Lagi Selepas 27 Tahun Malaysia Bebas Dari Virus Ini

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 727 hits
Kali terakhir Malaysia terima kes virus polio pada 1992 Selepas 27 tahun kita dikatakan bebas dari virus ini akhirnya Malaysia telah dikejutkan dengan 1 kes virus Polio apabila seorang bayi lelaki dari Tuaran Sabah dilaporkan telah terkena ...
Guru Kembali Ke Australia Selepas 3 Tahun Ditahan Taliban

Guru Kembali Ke Australia Selepas 3 Tahun Ditahan Taliban

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 268 hits
Guru kembali ke Australia selepas 3 tahun ditahan Taliban nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 29 Nov 2019 11
Selepas Lama Menyepi David Moyes Dijangka Kembali Ke Everton

Selepas Lama Menyepi David Moyes Dijangka Kembali Ke Everton

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 932 hits
Nasib dan masa depan Marco Silva bersama Everton ibarat telur di hujung tanduk selepas tewas 5 2 kepada Liverpool dalam Derbi Merseyside di Goodison Park pada awal pagi tadi Dua gol dari Divock Origi dan masing masing satu jaringan oleh Xhe...
Selepas Beberapa Hari Hilang Game Pou Kembali Semula Di Google Play Store

Selepas Beberapa Hari Hilang Game Pou Kembali Semula Di Google Play Store

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 457 hits
Bagi pengguna telefon pintar anda pasti pernah memuat turun permainan Pou yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga Pou tersebut Baru baru ini kecoh di laman media sosial apabila permainan tersebut tiba tiba hilang daripada Google Playsto...
Anak Ali Puteh Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Bertarung Nyawa Akibat Masalah Jantung

Anak Ali Puteh Meninggal Dunia Selepas 3 Bulan Bertarung Nyawa Akibat Masalah Jantung

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 963 hits
Anak perempuan seorang pelawak Ali dari kumpulan Puteh iaitu Sharifah Ainul Mardhiah disahkan telah meninggal dunia sebentar tadi dan ia dimaklumkan oleh Ali sendiri dari Instagramnya dan memohon agar orang ramai sedekahkan aL Fatihah buat ...
Demam On Off Kerana Sakit Hernia Selepas 8 Bulan Melaluinya Hadeef Kembali Sihat

Demam On Off Kerana Sakit Hernia Selepas 8 Bulan Melaluinya Hadeef Kembali Sihat

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 433 hits
Hernia biasanya akan dialami oleh bayi lelaki di awal usianya Namun ramai ibu bapa tak perasan perubahan pada bahagian kemaluan anak Sebagai petunjuk awal anak akan merengek serta menangis kerana rasa tak selesa Pengalaman yang dilalui oleh...
Tak Tahan Mak Ayah Selalu Bertengkar Budak 11 Tahun Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 39

Tak Tahan Mak Ayah Selalu Bertengkar Budak 11 Tahun Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 39

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 723 hits
Tak tahan mak ayah selalu bertengkar budak 11 tahun maut selepas terjun dari tingkat 39Seorang kanak kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya ya...
Gambar Kubur Mona Fandey Dan Suami Tular Di Media Sosial Selepas 18 Tahun Disemadikan

Gambar Kubur Mona Fandey Dan Suami Tular Di Media Sosial Selepas 18 Tahun Disemadikan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 1242 hits
Siapa masih ingat lagi kisah Mona Fandey dan suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman melakukan pembunuhan terhadap Datuk Mazlan Idris pada 1993 yang juga dikenali sebagai bekas ahli Dewan Undangan Negeri Baru Talam Pahang Memang seram dan tragis...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Psychology Of Brand Names

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Guna Toyyibpay

Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah

Pencuri Rumah Imam

Lauk Gulai Ikan Tongkol Ni Buat Tambah Nasi Berkali Kali

Untuk Jiwa Yang Dikelilingi Racun