Bung Gembira Pembahagian Jawatan Kabinet Sabah

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar  Radin berkata, beliau gembira dengan pembahagian jawatan dalam Kabinet  negeri yang diputuskan hari ini.
Katanya, pertukaran portfolio membabitkan beliau dengan Timbalan  Ketua PPBM Sabah Masidi Manjun bukan 1 isu sebaliknya hanya disebabkan  masalah komunikasi.
“Ia bukan isu (pertukaran portfolio), cuma sedikit masalah  komunikasi, kami gembira (pembahagian jawatan dalam Kabinet) dan kami  sebahagian daripada kerajaan.
“Kini kami mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negeri dan  rakyat Sabah, itu fokus utama kami,” katanya dalam sidang media di  kediamannya di Luyang.
     Pagi tadi, Bung yang juga timbalan ketua menteri dilantik sebagai  menteri perumahan dan kerajaan tempatan manakala Masidi yang turut  dilantik timbalan ketua menteri sebagai menteri kerja raya.
Bagaimanapun, Hajiji dalam sidang media di Pejabat Pentadbiran Negeri  Sabah (PPNS) mengumumkan pertukaran portfolio antara Bung dan Masidi.
Sementara itu, Bung yakin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan  mampu bertahan lama kerana wakil rakyat mereka khususnya dalam BN “cukup  terlatih” supaya tidak berpaling tadah.
“Adun kami semua ‘cukup terlatih’ untuk menolak segala tawaran daripada pihak sebelah dan saya yakin mereka akan kekal.
   “GRS juga adalah 1 pasukan yang kukuh dan saya yakin kami akan bertahan sebagai kerajaan lebih lama,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Bung berkata kerajaan negeri mungkin akan  mewujudkan 1 kementerian berkaitan kesihatan susulan keadaan negeri ini  sedang berdepan penularan wabak Covid-19.
“Beberapa kementerian mungkin akan diubah suai dan dibincangkan namun  matlamat utama kami untuk menangani isu Covid-19 ini,” katanya.
#Sumber :  FMT     
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/bung-gembira-pembahagian-jawatan.html