Buli Maksud Jenis Punca Dan Kesan Yang Perlu Anda Tahu


Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat. Tindakan membuli juga boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah, tempat kerja dan di rumah.
Bagi mangsa yang lemah, membuli juga boleh menyebabkan pelbagai impak negatif kepada diri terutamanya dari aspek mental dan fizikal.
Maksud Membuli Memetik Kamus Dewan Edisi Keempat, buli membawa maksud perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru, membuli mempermain-mainkan orang, biasanya orang yang lemah, dengan tujuan untuk menggertak, mencederakan atau menakutkan orang yang berkenaan.
Menurut Smith, Cowie, Olafsson dan Liefooghe, buli merupakan perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bagi menyakiti individu lain dari segi fizikal mental mahupun emosi.
Jenis Buli Setiap pembuli mempunyai cara dan taktik yang berbeza untuk menakutkan mangsa. Apabila menyentuh tentang buli, ramai yang beranggapan bahawa ia hanya melibatkan perbuatan seperti menumbuk, membelasah dan sebagainya.
Sebenarnya, buli tidak hanya terhad kepada pergerakan yang melibatkan fizikal sahaja, malah terdapat enam jenis buli yang dapat dikenalpasti.
1. Buli Secara Fizikal Jenis buli ini lebih mudah dikenalpasti. Ia juga secara semula jadi boleh mendapat perhatian umum kerana ia melibatkan aksi agresif. Jenis membuli ini biasanya melibatkan individu yang lebih besar dan kuat menyerang individu yang lemah sebagai mangsa.
Membuli secara fizikal juga sering melibatkan perbuatan seperti menendang, menampar dan menumbuk.
2.Buli Secara Lisan (Percakapan) Buli lisan adalah sebarang bentuk tindakan seperti menghina, mengusi, mengancam, menyebarkan khabar angin atau fitnah dan mengejek orang lain.
Ini merupakan jenis buli yang paling biasa dan boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti tempat awam, rumah, sekolah dan tempat kerja.
3. Pencerobohan Hubungan Pencerobohan hubungan adalah istilah yang digunakan bagi menggambarkan tingkah laku seseorang yang yang menimbulkan atau menceritakan khabar angin tentang orang lain.
Biasanya pencerobohan hubungan tercetus apabila seseorang individu berasa cemburu.
Ia juga dilihat sebagai satu bentuk penghinaan bagi menjatuhkan harga diri orang lain.
4.Buli Siber Perbuatan buli siber atau cyber bullying adalah aktiviti berulang yang dilakukan secara atas talian untuk menakutkan, mencetuskan kemarahan dan memalukan seseorang.
Biasanya, ia melibatkan kemudahan komunikasi yang digunakan secara rutin seperti laman media sosial, emel, chatting, telefon bimbit dan permainan internet.
 Perbuatan ini mempunyai kesan segera dan lebih meluas memandangkan serangan daripada pembuli berlaku selama 24 jam sehari dengan kapasiti tanpa had.
Ia juga berbeza dengan buli secara tradisional yang dilakukan secara bersemuka. Di samping itu, ia turut menyebabkan kegusaran yang unik, berterusan dan sukar untuk dikenalpasti.
Mangsa juga boleh mengalami kesan negatif yang serius seperti kemurungan, depresi, cenderung untuk mencederakan diri sendiri. Jika ia tidak dibendung, mangsa boleh terdorong untuk membunuh diri.
Sumber Infografik : Bernama 5. Gangguan Seksual Buli seksual merupakan tindakan berulang, berbahaya serta memalukan yang mensasarkan seseorang secara seksual.
Antara bentuk atau perbuatan gangguan seksual yang boleh dikenalpasti adalah menggunakan nama panggilan yang berbentuk seksual, komen atau gerak isyarat yang kasar, sentuhan yang tidak diingini, bahan lucah dan bahan rujukan seksual.
Antara contoh kegiatan gangguan seksual adalah pembuli yang membuat komen kasar tentang daya tarikan, perkembangan seksual atau aktiviti seksual seorang wanita.
Dalam kes yang lebih teruk, gangguan seksual boleh membuka pintu kepada serangan seksual. Para wanita juga dilihat sering menjadi sasaran pembulian seksual oleh lelaki dan wanita lain.
6. Buli Prasangka Buli berasaskan prasangka pula adalah melibatkan orang yang dibuli akibat kepercayaan, pemikiran, pendapat atau nilai mereka.
Di samping mempunyai percanggahan idea terhadap sesuatu, pembuli juga mungkin menyerang seseorang untuk kepercayaan agam serta pendapat politiknya.
Dalam kebanyakan masa, pembuli berasaskan prasangka didorong oleh ketakutan dan kekurangan pemahaman.
Dalam kes ini, mangsa perlulah lebih berani dan tampil ke hadapan bagi memupuk pemahaman. Apabila orang dapat melihat perbezaan dalam sesebuah idea, mereka lebih cenderung untuk bertoleransi dan hormat kepada pendapat orang lain.
Punca Terdapat pelbagai punca yang boleh menjurus kepada masalah buli seperti :
Kurang didikan atau perhatian ibu bapa Perbezaan idea terhadap sesuatu perkara Kurang penghayatan agama atau moral Kurang pemantauan Dendam Masyarakat atau orang sekeliling yang kurang prihatin Terdedah kepada bahan negatif melalui internet Kesan Mangsa buli berkemungkinan untuk alami kesan jangka pendek dan jangka panjang dalam tiga aspek iaitu fizikal, mental dan tingkah laku.
Antara kesan kepada fizikal yang boleh dikenalpasti adalah :
Sesak nafas Kecederaan seperti luka atau lebam Gangguan tidur hilang selera makan Keletihan Dari sudut emosi pula, mangsa boleh alami :
Tekanan emosi Rasa ketakutan Kemurungan Rasa rendah diri Mudah rasa terancam Dari segi tingkah laku, mangsa boleh alami kesan seperti :
Kurang keyakinan diri Prestasi merosot Sukar untuk menyesuaikan diri Tiada semangat untuk teruskan hidup Perbuatan buli perlulah dikenalpasti dan ditangani dengan segera. Orang sekeliling juga perlulah lebih peka dan prihatin kepada orang terdekat. Semua pihak juga perlu memainkan peranan bagi membanteras kes buli yang berlaku di kawasan mereka.  
Mangsa pula tidak boleh berdiam diri. Kumpulkan keberanian untuk tampil ke hadapan dan dapatkan bantuan daripada orang yang dipercayai.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buli/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buli

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buli Siber Maksud Contoh Dan Hukuman Terhadap Pembuli

Buli Siber Maksud Contoh Dan Hukuman Terhadap Pembuli

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 1535 hits
Buli siber adalah satu masalah sosial yang sukar untuk dibendung Tambahan pula dengan kebebasan dan capaian teknologi tanpa had pada zaman ini ia boleh membuatkan pemangsa menjadi semakin berleluasa Maksud Buli Siber Perbuatan buli siber at...
Bukan Sebab Hisap Batu Hisap Dadah Macam Korang Tuduh Tu Hafiz Suip Akhirnya Buka Mulut Dedah Punca Sebenar Badan Kurus

Bukan Sebab Hisap Batu Hisap Dadah Macam Korang Tuduh Tu Hafiz Suip Akhirnya Buka Mulut Dedah Punca Sebenar Badan Kurus

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 104 hits
Penyanyi bersuara lunak Hafiz Suip menerima tepukan dan standing ovation ketika muncul di Konsert By Ajai amp Mega Friends malam tadi Dalam pada itu Hafiz turut memberi respon terhadap dakwaan yang tersebar sebelum ini bahawa dia mengambil ...
Cukai Punca Haram Dari Arak Judi Dan Rokok Guna Untuk Apa

Cukai Punca Haram Dari Arak Judi Dan Rokok Guna Untuk Apa

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 161 hits
Kes derma syarikat arak kepada sekolah Cina pula jadi benda melalut di kalangan orang Islam Melayu kini Dikatakan ada dua isu besar Pertama kenapa dibenarkan kilang atau perniagaan arak menderma kepada sekolah Dikatakan Kementerian Pendidik...
Punca Utama Kenapa Berjogging Di Jalan Taman Perumahan Lebih Baik Dari Taman Riadah Awam

Punca Utama Kenapa Berjogging Di Jalan Taman Perumahan Lebih Baik Dari Taman Riadah Awam

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 210 hits
Ada tentu pernah dengar petikan kata ini You don t decide your future You decide your habits and your habits decide your futureApa saja amalan yang diusahakan sehingga jadi tabiat bakal membentuk masa depan anda nanti Kalau tabiat baik yang...
Game Online Punca Pegawai Kanan Kerajaan Rebut Isteri Orang

Game Online Punca Pegawai Kanan Kerajaan Rebut Isteri Orang

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 229 hits
KOSMO JA dan A berkenalan melalui permainan online AgensiJAKARTA Seorang pegawai kanan kerajaan di Manggarai Timur wilayah Nusa Tenggara Timur dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berstatus isteri selepas berkenalan melalui perm...
Apa Punca Tahap Gula Rendah Dalam Darah

Apa Punca Tahap Gula Rendah Dalam Darah

papar berkaitan - pada 5/8/2024 - jumlah : 166 hits
Tahap gula darah rendah atau hipoglisemia boleh disebabkan oleh beberapa faktor Berikut adalah beberapa punca utama 1 Penggunaan ubat diabetes Terlalu banyak insulin atau ubat diabetes lain boleh menyebabkan gula darah turun terlalu rendah ...
Logitech G Melancarkan Tetikus G309 Permainan Lightspeed Untuk Semua Jenis Pemain

Logitech G Melancarkan Tetikus G309 Permainan Lightspeed Untuk Semua Jenis Pemain

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 140 hits
KUALA LUMPUR Malaysia 19 Julai 2024 Logitech G jenama Logitech dan peneraju inovasi teknologi dan peralatan permainan mengumumkan Tetikus Permainan Tanpa Wayar Logitech G309 LIGHTSPEED sebuah tetikus dengan reka bentuk premium yang mempunya...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor