Buli Siber Maksud Contoh Dan Hukuman Terhadap Pembuli


Buli siber adalah satu masalah sosial yang sukar untuk dibendung. Tambahan pula dengan kebebasan dan capaian teknologi tanpa had pada zaman ini, ia boleh membuatkan pemangsa menjadi semakin berleluasa.
Maksud Buli Siber Perbuatan buli siber atau cyberbullying merujuk kepada penggunaan teknologi digital untuk mengganggu, merosakkan reputasi atau menakut-nakutkan seseorang.
Kegiatan buli ini juga boleh berlaku melalui pelbagai platform dalam talian antaranya laman media sosial, e-mel, laman web dan pesanan teks.
Seperti perbuatan buli lain, pembulian secara atas talian juga boleh membuatkan mangsa menjadi resah, kemurungan serta mengalami tekanan. Dalam kes yang lebih teruk, ia juga boleh menyebabkan mangsa terdorong untuk mencederakan diri sendiri termasuk bunuh diri.
Mangsa turut boleh alami beberapa kesan fizikal seperti gangguan perut, muntah, tidur terganggu dan hilang selera makan.
Perbuatan buli siber juga dilihat lebih dasyat daripada perbuatan membuli lain kerana :
Pembuli sukar untuk dikenalpasti kerana identiti mereka boleh rahsiakan identiti sebenar. Mangsa sukar untuk melindungi diri kerana akses kepada dunia siber tiada sempadan. Pembuli juga lebih mudah untuk bersekongkol berbanding pembuli lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber. Berbanding buli secara bersemuka, pembulian siber boleh berlaku selama 24 jam sehari. Contoh Perbuatan Yang Dianggap Sebagai Buli Siber  Antara contoh perbuatan yang dianggap sebagai buli siber adalah :
Penghinaan atau Penghinaan Publik : Menyebarkan komen atau mesej yang memalukan atau menghina seseorang di media sosial. Menyebarkan Khabar Angin : Menyebarkan khabar angin atau maklumat palsu mengenai seseorang untuk merosakkan reputasi mereka. Pengancaman : Menghantar mesej yang mengancam kesejahteraan atau keselamatan seseorang. Pencerobohan Privasi : Menyebarkan maklumat peribadi atau gambar seseorang tanpa kebenaran. Penggodaman Akaun : Perbuatan menggodam e-mel atau akaun media sosial seseorang untuk mengakses atau mengubah maklumat peribadi mereka. Penipuan Identiti : Menyamar sebagai orang lain untuk menipu atau mengelirukan pihak lain. Trolling : Meninggalkan mesej atau komen yang provokatif dan menggangu dengan tujuan menimbulkan reaksi negatif. Penggunaan Imej atau Video : Menggunakan atau mengubah suai gambar mahupun video seseorang dengan cara memalukan atau mengancam. Langkah Untuk Mengelak Diri Menjadi Mangsa Pembulian Siber Walaupun teknologi masa kini boleh mendedahkan seseorang kepada pembulian siber, namun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mencegahnya :
Tetapkan Privasi Yang Tinggi
Gunakan tetapan privasi yang ketat pada akaun media sosial anda bagi mengawal siapa yang dapat berinteraksi dengan anda.
Guna Kata Laluan Yang Ketat
Pastikan kata laluan anda sukar untuk diteka. Bagi mengelakkan daripada digodam, anda juga mungkin boleh ubah kata laluan secara berkala untuk keselamatan yang lebih ketat.
Jangan Kongsikan Maklumat Peribadi
Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon atau maklumat kewangan dengan pihak lain di dalam talian.
Simpan Bukti
Simpan bahan bukti seperti tangkapan skrin mesej atau komen mengganggu sebagai bukti jika perlu membuat laporan.
Lapor dan Sekat
Gunakan fungsi laporan dan sekat pengguna yang mengganggu anda di media sosial. Ini bagi menghalang mereka daripada menghubungi anda.
Jangan Membalas Atau Memberi Respn
Sekiranya anda mendapat mesej atau komen yang kurang menyenangkan, mengancam atau seumpamanya, jangan membalasnya. Ada kalanya, reaksi anda boleh menggalakkan pembuli untuk terus mengganggu.
Maklumkan Kepada Orang Dewasa Yang Dipercayai
Sekiranya anda mengalami buli siber, beritahu kepada orang dewasa yang dipercayai seperti ibu bapa, guru atau kaunselor sekolah.
Pendidikan Diri Tentang Keselamatan Siber
Teruskan mendidik diri mengenai risiko dalam talian dan cara terbaik untuk melindungi diri daripada ancaman siber.
Gunakan Alat Penapisan Kandungan
Gunakan alat penapisan kandungan atau perisian yang boleh membantu anda menyekat atau menapis mesej yang mengandungi kata-kata yang tidak sesuai.
Hukuman Terhadap Pembuli Siber Setakat ini, pembuli siber yang didapati bersalah akan dikenakan hukuman sebanyak RM 100. Difahamkan, ini merupakan hukuman maksimum bagi peruntukan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Walau bagaimanapun, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil berkata, pihaknya bersama Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman Said sedang meneliti semula takrifan buli siber dan denda yang bersesuaian.
MCMC dan Polis Diraja Malaysia juga akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.  
Difahamkan bahawa satu pengumuman penting akan diumumkan kerajaan dalam tempoh terdekat mengenai perkara ini.
Sama-sama kita nantikan perkembangannya.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia Bagi mencegah pembulian siber, pastikan anda sentiasa amalkan keselamatan internet. Didik anak atau orang terdekat mengenai keselatan dan etika melayari internet.
Jangan sesekali berkongsi butiran peribadi di internet dan awasi nada dan mesej yang ditulis. Sekiranya anda mengalami buli dalam talian, sila hubungi CyberSecurity Malaysia, Cyber999 melalui e-mel ke [email protected] atau SMS ke 15888 menggunakan format berikut : CYBER999 REPORT atau talian bebas tol di 1-300-88-2999.
Anda juga boleh buat laporan ke mana-mana saluran seperti yang dilampirkan berikut :
Sumber : Majlis Keselamatan Negara (1), (2), Jabatan Penerangan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/buli-siber/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buli-siber

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

Hanya Undang Undang Ketat Boleh Ajar Pembuli Siber Mek Yun

papar berkaitan - pada 23/7/2024 - jumlah : 111 hits
KUALA LUMPUR Terkesan dengan gejala buli siber yang semakin kronik pempengaruh media sosial dan pelakon Mek Yun berharap akta baharu membabitkan tindakan pelaku kacau ganggu dalam media sosial dapat digubal serta segera diwartakan Ujar Mek ...
Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 98 hits
Beberapa tahun lalu saya pernah menulis mengenai kisah seorang pemuda berlainan kepercayaan yang didedahkan identitinya itu oleh seorang rakan sekolah di Facebook Bekas rakan sekolahnya itu turut memaparkan wajah tunangnya dan status terseb...
Buli Maksud Jenis Punca Dan Kesan Yang Perlu Anda Tahu

Buli Maksud Jenis Punca Dan Kesan Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 76 hits
Buli adalah masalah sosial yang masih menjadi isu besar dalam kalangan masyarakat Tindakan membuli juga boleh berlaku di mana mana sahaja termasuk di sekolah tempat kerja dan di rumah Bagi mangsa yang lemah membuli juga boleh menyebabkan pe...
Laporan Polis Terhadap Syarikat Skim Pelaburan Ala Hutang Berbahaya

Laporan Polis Terhadap Syarikat Skim Pelaburan Ala Hutang Berbahaya

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 92 hits
Sidang Media Laporan Polis oleh Dato Hishamuddin Hashim S U Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia berkenaan Skim Pelaburan ala hutang yang dikatuai Pengarah Syarikat serta Ketua Pegawai Pemasaran di Balai Polis Sentu...
Istana Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Pengarah Telco Guna Gelaran Datuk Seri Belum Dikurnia

Istana Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Pengarah Telco Guna Gelaran Datuk Seri Belum Dikurnia

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 82 hits
KUALA LUMPUR Istana Pahang membuat laporan polis terhadap seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi didakwa menggunakan gelaran Datuk Seri yang belum dikurniakan dan masih dalam senarai menunggu Laporan itu dibuat di Kuan...
Pahang Akan Tindakan Undang Undang Terhadap Pemilik Yang Sewakan Tanah Kepada Warga Asing

Pahang Akan Tindakan Undang Undang Terhadap Pemilik Yang Sewakan Tanah Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 110 hits
KUANTAN Pekebun yang didapati menyewakan tanah kepada warga asing berdepan tindakan undang undang oleh kerajaan negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Negeri bagi...
Kes Tumbuk Bekas Isteri Belum Selesai Laporan Terhadap Hafidz Roshdi Disebut Semula 13 Ogos Ini

Kes Tumbuk Bekas Isteri Belum Selesai Laporan Terhadap Hafidz Roshdi Disebut Semula 13 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 93 hits
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan tarikh 13 Ogos bagi sebutan semula kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa menumbuk muka bekas isterinya pada Mac lalu Ini berikutan hakim majistret Nurul Mardhiah Mohammed Redza memakl...
Pembunuh Satu Keluarga Di Musi Banyuasin Divonis Hukuman Mati

Pembunuh Satu Keluarga Di Musi Banyuasin Divonis Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 142 hits
Pembunuhan tersebut dipicu masalah bisnis Pelaku kesal tak mendapatkan bagi hasil
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Mengajar Kaedah Asas Memasak Untuk Anak

Soalan Lazim Sspa Elaun Cuti Waktu Bekerja Perkhidmatan

First Look The 2025 Triumph Speed Twin 1200 And Speed Twin 1200 Rs

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Purnawirawan Jenderal Israel Kita Kalah Perang

Pas Bantah Tanah Melayu Jadi Milik Bukan Melayu Ibrah Nasib Palestin

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Latih Anak Pilih Satu Barang Saja Di Kedai Rm2 Biar Anak Belajar Kawal Diri

Ajal Menjemput Ketika Berniaga Wanita Maut Dihempap Pokok

Sentiasa Mencari Petunjuk Allah

Belajar Jahit Smocking Definisi

Jahit Sendiri Seluar Santai Anak Anak

Pernah Gagal Dalam Beberapa Program Realiti Farhan Mustapha Kini The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia