Bulan Ini Menghitung Hari Untuk Kita Status Penuh Emosi Tunang Adib
“Bulan Ini, Menghitung Hari Untuk Kita” – Status Penuh Emosi Tunang Adib. Nurul Najihah Mohd Radzi yang menghitung hari untuk disatukan dengan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam insiden rusuhan dekat Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada Selasa lalu terus berharap agar tunangnya segera sembuh.
Kata-kata penuh pengharapan itu dititipkan gadis berusia 25 tahun itu menerusi posting di Facebook miliknya, lewat malam Sabtu.
“Disember. Menghitung hari untuk kita. Hari yang kita dua tunggu. Semoga kamu kuat. Orang tunggu kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah.
Difahamkan Nurul Najihah dan Muhammad Adib yang juga anggota dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 26 Disember ini.
Rata-rata netizen berharap Nurul Najihah tabah mengharungi ujian itu selain turut mendoakan agar majlis perkahwinan mereka dapat diteruskan seperti yang dirancang.
Muhammad Adib sudah mula sedar.
Muhammad Adib yang diletakkan dalam keadaan koma di Institut Jantung Negara (IJN) sudah mulai sedar dan menunjukkan perkembangan positif pada pagi Jumaat lalu.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata keadaan Muhammad Adib semakin baik dan beliau mampu memberi tindak balas terhadap sesetengah arahan verbal pakar perubatan.
Bagaimanapun katanya, keadaan anggota bomba berusia 24 tahun itu masih dikategorikan kritikal tetapi stabil.
“Muhammad Adib perlu bergantung kepada mesin ECMO beberapa hari lagi untuk kita memantau keadaannya,” katanya.
Mesti BACA!
‘Orang tunggu kamu… Muhammad Adib’
“Kamu cuba utk lawan sakit kamu. Org akan ada dgn kamu mcm mana sekalipun. Bangun kamu. Muhammad Adib,” kata Nurul Najihah menerusi Facebooknya, hari ini.
Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor diserang sekumpulan perusuh berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu.
Nurul Najihah memuat naik status berkenaan sebagai reaksi selepas Muhammad Adib mula sedar dan faham arahan yang diberikan doktor, hari ini.
Status yang dimuat naik Nurul Najihah itu mendapat komen yang positif daripada kenalan dan netizen.
Terdahulu, Nurul Najihah yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) turut meluahkan kesedihan apabila melihat keadaan tunangnya yang mengalami kecederaan parah menerusi laman sosial sama.
Sebahagian besar pengguna Facebook pelbagai bangsa turut melahirkan rasa simpati kepada Nurul Najihah selain mendoakan keselamatan tunangnya.
Saya hanya mahu dia kembali sihat – Bapa Muhammad Adib
“Saya tidak mahu ambil pusing mengenai laporan yang tular berhubung kejadian itu kerana apa saya mahu adalah melihatnya kembali sihat seperti dulu.”
Itu kata-kata Mohd Kassim Abdul Hamid, 63, bapa kepada Muhammad Adib, 24, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diserang perusuh di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya, awal pagi semalam.
Mohd Kassim berkata, dia hanya mengetahui insiden menimpa anaknya itu kira-kira jam 2.30 pagi semalam selepas menerima panggilan daripada pihak bomba.
Dia kemudiannya terus bertolak ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dari rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dengan ditemani isteri dan menantu sebelum tiba kira-kira jam 9 pagi.
“Alhamdulillah, keadaannya semakin baik dan ada perubahan. Jadi, kalau boleh, saya tak mahu ambil pusing sangat dengan laporan yang tular.
”Apa yang penting dia sihat, nampak depan mata. Itu sudah cukup dan saya berharap dia kembali sihat supaya dapat bertugas seperti sedia kala,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, Muhammad Adib yang pergi ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta di luar kuil Sri Maha Mariamman bersama pasukannya, dilaporkan cedera diserang perusuh.
Dia yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS dikatakan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.
Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke SJMC untuk rawatan lanjut.
Serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu sebuah EMRS dan jentera FRT dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.
Sumber: Harian Metro, Mstar
The post “Bulan Ini, Menghitung Hari Untuk Kita” – Status Penuh Emosi Tunang Adib appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/bulan-ini-menghitung-hari-untuk-kita-status-penuh-emosi-tunang-adib/