Buku Rasulullah As Syamail Al Muhammadiyah Edisi Kemas Kini 2021





Dalam cetakan edisi kemas kini ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang dilakukan:


1. Cetakan ini ditahqiq sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Selain itu, beberapa kesilapan teknikal dalam cetakan edisi lama sudah dibetulkan. Pembaca boleh merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak

2. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu

3. Terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan sanad dan matannya kerana wujud hadith yang sama sebelumnya. Sekiranya pembaca menjumpai hadith itu, pembaca boleh merujuk kepada hadith sebelumnya atau nombor nota kaki yang tertera

4. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, susun atur perkataan ditambahbaik dari segi grafik supaya lebih menarik dan cantik

5. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini juga, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai kitab-kitab Syamail Muhammadiyah yang ada, sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi dan juga ringkasan sejarah Rasulullah s.a.w


Dalam surah al-Ahzab, ayat 56, Allah s.w.t. menyatakan, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”


Bacalah selawat, Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’in. Maksudnya, “Ya Allah, kurniakanlah kepujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga, dan sahabat-sahabat Baginda.”


===========================Tajuk: As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover)ISBN: 978-967-481-593-6Penerbit: PTS PublishingPenulis: Imam At-TirmidziTahun Terbitan: 2021Muka Surat: 496Halaman: Hitam PutihFormat: HardcoverBerat (kg): 0.8Dimensi (cm): 23 x 16 x 3===========================

Isi Kandungan As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover) 2021 
Nota Penerbit
Mutiara Nabi
Kata Pengantar dan Ijazah
As-Syamail Al-Muhammadiyah (Tambahan baharu edisi kemaskini)
Biografi Ringkas Imam At-Tirmidzi (Tambahan baharu edisi kemaskini)
Ringkasan Sejarah Rasulullah s.a.w. (Tambahan baharu edisi kemaskini)
Bab 1 - Fizikal Rasulullah s.a.w

Bab 2 - Khatam: Tanda Kenabian Rasulullah s.a.w

Bab 3 - Rambut Rasulullah s.a.w

Bab 4 - Cara Rasulullah s.a.w. merapikan Rambut
Bab 5 - Uban Rasulullah s.a.w

Bab 6 – Semir Rambut Rasulullah s.a.w

Bab 7 – Celak Mata Rasulullah s.a.w

Bab 8 – Pakaian Rasulullah s.a.w

Bab 9 – ‘Isy Rasulullah s.a.w

Bab 10 – Kasut Rasulullah s.a.w

Bab 11 – Sandal Rasulullah s.a.w

Bab 12 – Cincin Rasulullah s.a.w

Bab 13 – Cara Rasulullah s.a.w. Memakai Cincin
Bab 14 – Pedang Rasulullah s.a.w

Bab 15 – Baju Besi Rasulullah s.a.w

Bab 16 – Topi Besi Rasulullah s.a.w

Bab 17 – Serban Rasulullah s.a.w

Bab 18 – Kain Sarung Rasulullah s.a.w

Bab 19 – Cara Rasulullah s.a.w. Berjalan
Bab 20 – Kain Penutup kepala Rasulullah s.a.w

Bab 21 – Cara Rasulullah s.a.w. Duduk
Bab 22 – Tempat Rasulullah s.a.w. Bersandar
Bab 23 – Cara Rasulullah s.a.w. Bersandar
Bab 24 – Cara Rasulullah s.a.w. Makan
Bab 25 – Jenis Roti yang Dimakan Rasulullah s.a.w

Bab 26 – Lauk yang Dimakan Rasulullah s.a.w

Bab 27 – Wudhuk Rasulullah s.a.w

Bab 28 – Doa Rasulullah s.a.w. Sebelum dan Selepas Makan
Bab 29 – Cawan Minum Rasulullah s.a.w

Bab 30 – Buah-Buahan yang Dimakan Rasulullah s.a.w

Bab 31 – Minuman Rasulullah s.a.w

Bab 32 – Cara Rasulullah s.a.w. minum
Bab 33 – Wangian Rasulullah s.a.w

Bab 34 – Cara Rasulullah s.a.w. Berbicara
Bab 35 – Cara Rasulullah s.a.w. Ketawa
Bab 36 – Cara Rasulullah s.a.w. Bergurau
Bab 37 – Syair Rasulullah s.a.w

Bab 38 – Bual Bicara Rasulullah s.a.w

Bab 39 – Cara Rasulullah s.a.w. Tidur
Bab 40 – Ibadah Rasulullah s.a.w

Bab 41 – Solat Dhuha Rasulullah s.a.w

Bab 42 – Solat Sunat Rasulullah s.a.w. di Rumah
Bab 43 – Puasa Rasulullah s.a.w

Bab 44 – Cara Rasulullah s.a.w. Membaca Al-Quran
Bab 45 – Tangisan Rasulullah s.a.w

Bab 46 – Tempat Tidur Rasulullah s.a.w

Bab 47 – Sifat Tawaduk Rasulullah s.a.w

Bab 48 – Akhlak Rasulullah s.a.w

Bab 49 – Sifat Malu Rasulullah s.a.w

Bab 50 – Berbekam
Bab 51 – Nama-Nama Rasulullah s.a.w

Bab 52 – Kehidupan Rasulullah s.a.w

Bab 53 – Usia Rasulullah s.a.w

Bab 54 – Kewafatan Rasulullah s.a.w

Bab 55 – Harta Rasulullah s.a.w

Bab 56 – Melihat Rasulullah s.a.w. dalam Tidur


Antara Isi Kandungan Buku Rasulullah As-Syamail









Muka Depan Buku Peribadi Rasulullah saw As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover) 2021

Muka Belakang Buku Peribadi Rasulullah saw As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover) 2021


Soalan Lazim Mengenai Penerbitan Buku As-Syamail Al-Muhammadiyah: Edisi Kemas Kini (Hard Cover) 2021 
SOALAN 1
Ada kitab Syamail Muhammadiyyah yang diterbitkan penerbit lain menyatakan ada hadith yang tidak sahih dalam kitab nukilan Imam Tirmizi ini, benarkah

Bagaimana dengan kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS



JAWAPAN 1
Untuk maklumat, Kitab Syamail Muhammadiyyah mengandungi kumpulan hadis dan juga atsar. Hadis adalah perkataan/perbuatan yang dinisbahkan kepada Rasulullah. Atsar adalah perkataan/perbuatan yang dinisbahkan kepada sahabat atau tabi’in

Dari segi periwatnya, hadis terbahagi menjadi tiga,
a. Sahih (sah). Kerana, sanadnya baik, periwayatnya adalah orang-orang yang adil dan jujur, juga daya ingatnya kuat

b. Hasan (sah tapi darjatnya di bawah hadis sahih). Kerana, ada periwayatnya yang kurang kuat

c. Dha’if (lemah). Kerana, ada kecacatan pada jalur periwatnya ataupun perekodnya

Ketiga-tiga jenis ini ada dalam kumpulan hadis Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmidzi

Kemudian, dari aspek penerimaan, hadis terbahagi dua;
a. Maqbul (diterima). Hadis sahih dan hasan, masuk dalam kategori ini

b. Mardud (ditolak), yang terbahagi menjadi dua jenis:
1. Dha’if, hadis lemah. Para ulama berpendapat, hadis lemah boleh diguna dan diamalkan dalam hal amalan utama (fadhoilul ‘amal), dengan syarat-syarat yang sudah ditentukan. Juga, suatu hadis akan naik darjatnya, oleh sebab ada hadis lain yang menyokongnya. Ia dikenali dengan sebutan hadis hasan li-ghoirihi, iaitu hadis lemah yang menjadi hadis hasan oleh sebab lain

2. Maudhu’, hadis ciptaan. Hadis ini dilarang guna, dan tidak boleh diriwayatkan kecuali disebut bahawa ia adalah hadis ciptaan. Jenis ini tidak ada dalam Syamail Muhammadiyah karangan Imam Tirmidzi

Dan kitab Syamail Syamail edisi PTS menyebutkan pada nota kaki, darjat setiap hadis yang dimaksud



SOALAN 2
2. Siapa penterjemah Kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS? Apakah latar belakang beliau



JAWAPAN 2
Penterjemah Kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS adalah Muhammad Masnur Hamzah. Beliau adalah lulusan terbaik (alumni emas) Pondok Modern Darussalam Gontor Ponorogo. Sesudah itu, beliau melanjutkan pengajian ke Mesir di Al-Azhar Universiti Kaherah. Selain di universiti, beliau juga belajar daripada pelbagai ulama di Mesir dan di Mekah. Juga, belajar daripada ulama Yaman, Maghribi, Syria. India, Libya dan negara lainnya yang berada di sekitar negara Mesir.

Penterjemah banyak menghasilkan karya terjemahan. Dan karyanya yang terbaru adalah kamus Qomusika (Arab-Melayu-Inggeris) dengan formula huruf ziyadah, pertama di dunia. Kamus ini mendapat sambutan luar biasa daripada mahasiswa dan pelajar di pelbagai negara: Mesir, Yaman, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand

Dan saat ini, beliau sedang menyelesaikan penulisan ulang mushaf (al-Quran al-Karim) dengan tulisan khat yang lebih baik. Mohon doa para pembacanya, semoga bermanfaat di dunia dan akhirat



SOALAN 3
3. Apakah nilai tambah yang diletakkan dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah edisi PTS



JAWAPAN 3
a. Kitab Syamail Muhammadiyyah cetakan PTS ini terdapat penjelasan pada nota kaki mengenai darjat hadith. Adakah hadith yang dinyatakan itu adalah berstatus sahih, hasan atau dhaif. Juga, disertai nombor hadis yang dinyatakan pada kitab rujukan hadis utama lainnya

b. Cetakan ini ditahqiq (disemak) sebanyak dua kali oleh penterjemah dan ditambah nota-nota kaki bagi memberi penjelasan berkenaan istilah-istilah ataupun makna perkataan yang kurang jelas. Pembaca dapat merujuk kepada bahagian penerangan dan nota kaki berkotak

c. Terdapat perkataan-perkataan yang bergaris, disusuli perkataan yang bertanda kurungan. Ini bagi menunjukkan perbezaan antara beberapa cetakan yang dirujuk. Pentahqiq melampirkan kedua-duanya bagi mengelakkan timbul kekeliruan apabila dibandingkan cetakan-cetakan itu

d. Terdapat hadith-hadith yang tidak dinyatakan sanad dan matannya kerana wujud hadith yang sama sebelumnya. Sekiranya pembaca menjumpai hadith itu, pembaca boleh merujuk kepada hadith sebelumnya atau nombor nota kaki yang tertera

e. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, susun atur perkataan ditambahbaik dari segi grafik supaya lebih menarik dan cantik

f. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai kitab-kitab Syamail Muhammadiyah yang ada, sejarah ringkas Imam At-Tirmidzi

g. Dalam edisi Kemas Kini 2021 ini juga, terdapat bahagian tambahan iaitu maklumat mengenai ringkasan sejarah Rasulullah s.a.w., dari semenjak lahir sehingga kewafatan Baginda. Ringkasan ini berbentuk rajah untuk memudahkan pemahaman sejarah


SOALAN 4
4. Apakah kitab rujukan yang digunakan untuk menterjemah kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS? Adakah penterjemah juga merujuk kepada kitab edisi semakan (tahqiq) oleh ulamak lain



JAWAPAN 4

Tentu, kitab Syamail terbitan PTS juga merujuk kepada kitab Arab yang ditahqiq oleh ulamak lain

Kitab Syamail terbitan PTS ini merujuk kepada manuskrip as-Syamail al-Muhammadiyyah, makhthuthat al-Azhar Asy-Syarif dan Majami l-Maktabah al-Umariyah

Dan, juga merujuk kepada tujuh kitab As-Syamail Muhammadiyah yang diterbitkan oleh tujuh penerbit yang berbeza, iaitu : Dar Gharb, al-Yamamah, Darul Hadis Beirut, Darul Kutub Ilmiyah, Maktabah Ulum wal Hikam, Maktabah Ahmad al-Baz, Dar Ihya Turats Arabiy


Juga, rujukan utama semasa mengerjakan kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS adalah :
• Sahih Bukhari, cetakan Mu’assasah ar-Risalah, (atau cetakan dengan penomboran Fuad Abdul Baqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fathul Bari dan ‘Umdatul Qari

• Sahih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami juga menggunakan Ikmâlul Mu’allim bi Fawâidil Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi ‘Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998

• Sunan Abi Dawud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)
• Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofa al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)
• Sunan Nasa’i, (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Kami juga menggunakan Dzakhiratul ‘Uqba fi Syarhil Mujtaba cetakan Mi’raj

• Sunan Ibnu Majah, (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)
• Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqiq Ahmad Muhammad Syakir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kaherah (akhir nombornya 27519)
• Sahih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islamiy, tahqiq Dr. Muhammad Musthafa al-A’zhamiy (akhir nombornya 3079)
• Al-Mu’jam al-Kabir, al-Washith dan ash-Shaghir, al-Imam Thabrany
• Al-Jami’li Syu’abil Iman, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd )akhir nombornya 10756)
• Al-Mawahib al-Laduniyyah ‘alasy Syamail al-Muhammadiyyah, Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi’i, terbitan Dar al-Minhaj
• Dalailun Nubuwwah, al-Imam al-Baihaqi, Darul Kutub ‘Ilmiyyah dan Dar ar-Rayan lit Turats cetakan I
• Muntahas Sul ‘ala Wasailil-Wushul ila Syama’ilir Rasul, karangan al-Allamah al-Faqih ‘Abdullah bin Sa’id Muhammad Abbadi al-Lahji (1344-1410H), Darul Minhaj (4 jilid)
• Majma’uz-Zawa’id wa Manba’ul-Fawa’id, al-Hafiz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Darul Ma’mun lit-Turats

Ini hanya sebahagian sahaja, ada kitab lainnya, baik dalam bidang akidah, tafsir, hadis, fikih dan lainnya. Penterjemah juga langsung mendapat rujukan daripada para ulama Mesir, sama ada bertanya langsung kepada mereka ataupun semasa mendengar syarahan



SOALAN 5
5. Adakah mana-mana ulamak yang memberikan pengesahan kepada kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS


JAWAPAN 5
Kitab ini langsung diberikan ijazah sanad oleh seorang ulama Mesir terkemuka, Syeikh Dr. Sa’id Muhammad Mamduh. Keilmuan beliau diiktiraf oleh para ulamak antarabangsa. Kerana, beliau adalah murid kanan dari al-Allamah Syeikh Abdullah al-Ghumari dan Musnid ‘Ashr al-Allamah Syeikh Yasin al-Fadani. Sehinggakan beliau digelari al-muhaddis dan khalifah Syeikh Yasin di Mesir. Banyak para ulama dari seantero dunia yang datang untuk belajar atau berziarah kepada Syeikh Sa’id Mamduh

Dan, banyak pendakwah dan ustaz di Malaysia yang berpendapat, kitab Syamail Muhammadiyyah terbitan PTS adalah di antara kitab yang terbaik yang pernah diterbitkan


Alhamdulilllah. Sebuah buku yang sangat bagus untuk kita semua miliki. 
Suplier saya baru sahaja restok 1,000 unit minggu ini. Syuib ada juga share kan mengenai buku As-Syamail di instagram. Semoga kita sama-sama jadikan buku ini sebagai buku amalan dan ubah cara hidup kita sebagaimana Rasulullah saw


Harga buku: RM 49.00

Untuk tempahan, sahabat boleh whatsapp saya di 018-9100 852 (Emme Marina)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2021/08/buku-rasulullah-as-syamail-al-Muhammadiyah-Edisi-Kemas-Kini-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awani Pagi Berita Tumpuan Kemas Kini Covid 19 24 Ogos 2021 Usahawira

Awani Pagi Berita Tumpuan Kemas Kini Covid 19 24 Ogos 2021 Usahawira

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 250 hits
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Hakim Rahman dalam AWANIpagi 24 Ogos 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi Senarai menteri Kabinet diumum minggu ini PM Azalina sah letak jawatan Timbalan Speake
Template Buku Program Tema Merdeka 2021

Template Buku Program Tema Merdeka 2021

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 1310 hits
Anda boleh Muat Turun dengan menekan butang Muat Turun dibawah Link muat turun menggunakan server google drive alternatif menggunakan box dot com jika anda tidak tahu cara untuk muat turun template ini silakan tekan pada Tutorial terlebih d...
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 292 hits
Pilihan Buku Parenting Edisi Bahasa Melayu Yang Best Dibaca hi there walaupun aku ni sudah 8 tahun bergelar mommy tapi aku rasa aku masih terlalu lemah dalam hal hal berkaitan parenting Aku rasa gagal sangat jadi seorang mommy Kadang kadang...
9 Gaya Busana Chanique Rabe Miss Supranational 2021 Cantiknya Bikin Mata Susah Kedip

9 Gaya Busana Chanique Rabe Miss Supranational 2021 Cantiknya Bikin Mata Susah Kedip

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 418 hits
Nggak hanya cantik secara fisik Chanique juga punya proyek sosial yang membuatnya makin loveable Keren banget
5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

5874 Wakam Sumbang Bakul Makanan Kepada Artis Asnaf Utusan Malaysia 23 08 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 356 hits
PETALING JAYA Persatuan Waris Keturunan Anak Minang Malaysia mengagihkan 50 kotak bakul makanan kepada ahli dan asnaf di Lembah Klang bagi membantu meringankan bebanan Presiden Wakam Tuan Putera Jefrizal Jasman berkata selain asnaf pengagih...
Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 23 24 Ogos 2021 Beli Di Atas 1 1690

Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 23 24 Ogos 2021 Beli Di Atas 1 1690

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 249 hits
Pasangan euro dolar telah membentuk corak wedge menurun pada carta H4 yang bergerak dengan kecenderungan menurun sejak 14 Jun dan terus jatuh hingga 20 Ogos Pasangan EUR USD telah mencapai sokongan utama 1 8 dari murray yang mewakili pemuli...
Analisis Dan Ramalan Usd Jpy Untuk 23 Ogos 2021

Analisis Dan Ramalan Usd Jpy Untuk 23 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 238 hits
Seperti yang telah dinyatakan dalam dua artikel sebelumnya hari ini mengenai euro dan pound kenaikan dolar AS dapat membawa aset mereka minggu lalu Pendorong utama untuk mengukuhkan mata wang AS adalah protokol Jawatankuasa Pasaran Terbuka ...
Dare To Be You On Realme Fans Festival 2021

Dare To Be You On Realme Fans Festival 2021

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDARE TO BE YOU ON REALME FANS FESTIVAL 2021 Grab your realme Book during its first sale on 27th Augustrealme Malaysia today announced its annual 828 Fans Festival themed Dare to Be You which will be starti...
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 23 Ogos 2021

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 23 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 254 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih ke atas titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk melantik Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang telah dibuat selaras dengan peruntukan Perlemba...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025