Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan 23 Ogos 2021


 
Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih ke atas titah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk melantik Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang telah dibuat selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua 105 Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama mencalonkan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson tempoh hari tanpa kira parti dan perbezaan pandangan politik demi kepentingan rakyat dan negara.
 Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini dan membincangkan isu politik dan keadaan semasa tanah air. Isu penularan wabak COVID-19 terus merisaukan dengan jumlah kes baharu dan angka kematian harian yang tinggi, di samping usaha pemberian vaksin yang perlu dipertingkat. Pakatan Harapan turut risau akan masalah ekonomi semasa, termasuk isu pengangguran, pendapatan yang berkurangan, sektor-sektor yang amat terkesan dan perancangan Kerajaan untuk menghidupkan semula ekonomi. Oleh yang demikian, 
Majlis Presiden hari ini mengulangi komitmen bahawa Pakatan Harapan sebagai gabungan politik akan diperkukuh, di bawah kepimpinan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi. Segala persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 akan dipergiat termasuk perbincangan kerusi, manifesto, barisan kepimpinan dan calon, serta strategi untuk memenangi mandat rakyat. Pada masa yang sama, selaras dengan Ketetapan Port Dickson bertarikh 9 April 2021, dan untuk menggembleng kekuatan seluruh blok Pembangkang, Pakatan Harapan mengambil pendirian yang terbuka untuk berunding dan bekerjasama di bawah konsep ‘Khemah Besar’ berdasarkan Agenda Reformasi dan kepentingan rakyat. Usaha menggembleng tenaga tersebut menerusi kaedah ‘Khemah Besar’ dikalangan ahli pembangkang mesti diberikan keutamaan mengatasi permainan dan percaturan politik kuasa yang diperalat oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa dan jawatan yang hanya akan merugikan negara. 
Pakatan Harapan juga akan meneruskan tugas di Parlimen sebagai Pembangkang yang memberikan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab, sesuai dengan titah nasihat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi memastikan proses semak imbang ke atas kuasa Eksekutif terus dilaksana. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan kemelesetan ekonomi segera diatasi demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Malaysia.
 
Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 
Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng Parti Tindakan Demokratik (DAP)









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/kenyataan-media-majlis-presiden-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5868 Peraduan Tag Dan Menang Merdeka Ke 64 Di Mybeli Bersama Ppim Dan Fusionex Kenyataan Media Ppim 18 08 2021

5868 Peraduan Tag Dan Menang Merdeka Ke 64 Di Mybeli Bersama Ppim Dan Fusionex Kenyataan Media Ppim 18 08 2021

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 477 hits
PETALING JAYA 18 OGOS 2021 Persatuan Pengguna Islam Malaysia melancarkan Peraduan Tag Menang Merdeka sebagai penghargaan kepada pelanggan pelanggan Mybeli dengan menawarkan pelbagai hadiah hebat dan e baucar Menerusi anjuran bersama Fusione...
Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan

Muhyiddin Perlulah Kembali Sokong Pakatan Harapan Untuk Bentuk Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 264 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan kembali menyokong Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baharu sekali gus memberi ruang pakatan itu mewujudkan kerajaan perpaduan bagi menjamin kestabilan politik Pengarah Kom...
Pakatan Harapan Ikut Jejak Warisan Muda Psb Upko Tolak Rasuah Muhyiddin

Pakatan Harapan Ikut Jejak Warisan Muda Psb Upko Tolak Rasuah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 194 hits
Pakatan Harapan ikut jejak Warisan MUDA PSB UPKO tolak Rasuah Muhyiddin Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukan...
Anwar Dakwa Pakatan Harapan Menolak Tawaran Yang Di Buat Pm Muhyiddin Yassin

Anwar Dakwa Pakatan Harapan Menolak Tawaran Yang Di Buat Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 252 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan menolak tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui ucapan khas Perdana Menteri bersama memulihkan negara hari ini Pendirian itu disuarakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden Parti Amanah Negara Mohamad...
Macai Walaun Jangan Menafikan Apa Pakatan Harapan Buat Selama 22 Bulan Memerintah

Macai Walaun Jangan Menafikan Apa Pakatan Harapan Buat Selama 22 Bulan Memerintah

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 162 hits
Apa Pakatan Harapan buat selama 22 bulan memerintah 1 Kurangkan harga internet Unifi mobile data 2 Laksana tender terbuka bukan direct nego 3 Bayar hutang 1MDB 4 Hapus GST 5 Kurangkan tol 18 mansuhkan tol motorsikal 6 Stabilkan subsidi harg...
Senarai Lagu Melayu Ogos 2021

Senarai Lagu Melayu Ogos 2021

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 417 hits
Senarai Lagu Melayu Ogos 2021 Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun baharu bulan baharu pastinya anda menantikan lagu lagu baharu dari artis tempatan Jadi untuk Julai 2021 ini ada banyak lagu baru yang dikeluarkan dari ramai artis Mala...
Kabinet Malaysia 27 Ogos 2021

Kabinet Malaysia 27 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 422 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri Datuk Lim Ban Hong Kementerian Pertahanan Menteri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 26 Ogos 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Eur Usd Pada 26 Ogos 2021

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 232 hits
Gambaran Teknikal Pasaran Pasangan mata wang EUR USD telah menembusi di atas zon bekalan yang terletak di antara tahap 1 1752 1 1760 dan membentuk tahap tinggi baru pada 1 1774 Keadaan pasaran kini terlebih belian pada carta 4 Jam oleh yang...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid