Bukit Aman Akan Panggil Anwar Bantu Siasatan Tuduhan Salah Laku Seksual


BERITA
News | Diterbitkan Hari ini 8:49 pagi

Polis akan memanggil Anwar Ibrahim dan saksi lain untuk membantu siasatan melibatkan tuduhan salah laku seksual yang dibuat oleh bekas pegawai penyelidik Yusoff Rawther, kata Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed mengesahkan hal ini, berkata suatu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang meliputi serangan atau penggunaan kekerasan terhadap seseorang dengan niat jahat.

"Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Rakaman percakapan Muhammed Yusuff Rawther (pengadu) telah diambil di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman pada 9 Disember 2019.

"Percakapan Anwar Ibrahim serta beberapa saksi lain yang berkaitan akan diambil setelah mendapat tarikh temu janji yang sesuai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Huzir (gambar, atas) berkata bahawa Anwar dan individu lain akan datang selepas mendapat tarikh yang sesuai.

Huzir juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai siasatan yang masih berterusan ini.

Sehari sebelum Kongres Nasional PKR pada 6 Disember lalu, Yusoff menuduh Anwar melakukan salah laku seksual dan mendedahkan dia telah membuat akuan bersumpah mengenai perkara itu.

Bekas pegawai penyelidik Anwar itu mendakwa kejadian tersebut berlaku pada hari keempat kempen pilihan raya kecil Port Dickson pada Oktober tahun lepas.

Anwar, yang juga MP Port Dickson, telah menafikan dakwaan itu dan mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan notis tuntutan kepada Yusoff supaya menarik semula tuduhannya dan jika gagal berbuat demikian maka tindakan saman akan dibuat.

Sabtu lalu, Yusoff membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Sentul yang meminta siasatan terhadap akuan bersumpah beliau.

Isnin lalu, polis menyoal Yusoff selama hampir lapan jam di ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Polis memanggilnya semula petang semalam. Kenyataan juga direkodkan daripada saksi lain, yang identitinya belum disahkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/12/bukit-aman-akan-panggil-anwar-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ucap Terima Kasih Sedia Kerjasama Dengan Polis Atas Tuduhan Salah Laku Seksual

Anwar Ucap Terima Kasih Sedia Kerjasama Dengan Polis Atas Tuduhan Salah Laku Seksual

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 424 hits
PRESIDEN KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada pihak polis hari ini kerana mempercepatkan siasatan terhadap tuduhan salah laku seksual oleh Yussof Rawther terhadapnya Anwar juga berjanji akan bekerjasama dengan jabatan si...
Yusoff Rawther Tiba Dengan Haniff Khatri Bukit Aman Mula Siasatan Libatkan Anwar

Yusoff Rawther Tiba Dengan Haniff Khatri Bukit Aman Mula Siasatan Libatkan Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 518 hits
December 9 2019 1 42 PMMuhammed Yusoff Rawther dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla tiba di Bukit Aman untuk dirakam keterangan KUALA LUMPUR Muhammed Yusoff Rawther lelaki disebalik dakwaan salah laku seks terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim h...
Terbaru Anwar Dituduh Melakukan Salah Laku Seksual Lagi

Terbaru Anwar Dituduh Melakukan Salah Laku Seksual Lagi

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 621 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dituduh melakukan salah laku seksual oleh bekas kakitangannya hanya enam bulan selepas parti itu digegarkan skandal video seks yang mengaitkan timbalannya Mohamed Azmin Ali Tuduhan terbaru ini dibuat oleh bekas pe...
Anwar Beri Keterangan Dakwaan Salah Laku Seksual

Anwar Beri Keterangan Dakwaan Salah Laku Seksual

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 284 hits
Diterbitkan Hari ini 6 47 petangBERITAPolis telah merakam keterangan Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung dakwaan salah laku seksual terhadapnya tengah hari ini Penolong Pengarah utama CID D5 Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid ketika dihu...
Yusoff Rawther Arrives With Lawyer Haniff As Bukit Aman Begins Probe Involving Anwar

Yusoff Rawther Arrives With Lawyer Haniff As Bukit Aman Begins Probe Involving Anwar

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 460 hits
Muhammed Yusoff Rawther the man at the centre of the latest allegations of sexual misconduct against PKR president Anwar Ibrahim was today accompanied by Tun Dr Mahathir Mohamad s lawyer Mohamed Haniff Khatri Abdulla as they arrived to reco...
Salahlaku Seks B Pekerja Anwar Beri Keterangan 7jam Di Bukit Aman

Salahlaku Seks B Pekerja Anwar Beri Keterangan 7jam Di Bukit Aman

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 388 hits
Yusoff Rawther diiringi peguamnya Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilihat keluar dari perkarangan Ibu Pejabat Bukit Aman selepas lebih 7 jam memberi keterangan Foto BERNAMAYusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit AmanKUAL...
Tuduhan Deep State Untuk Sembunyi Salah Laku Ph

Tuduhan Deep State Untuk Sembunyi Salah Laku Ph

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 461 hits
DR MOHD ZUHDI MARZUKIMUTAKHIR ini pimpinan PH sering menuding jari kepada penjawat penjawat awam setelah naratif menyalahkan Kerajaan lama tidak lagi ditelan oleh rakyat Sepertimana biasa mereka akan memperkenalkan jargon baru iaitu Deep St...
Tuduhan Serangan Seksual Penyokong Kata Harapan Anwar Jadi Pm Makin Tipis

Tuduhan Serangan Seksual Penyokong Kata Harapan Anwar Jadi Pm Makin Tipis

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 292 hits
Penyokong Anwar Ibrahim berkata peluang untuk mereka melihat presiden PKR itu menjadi perdana menteri semakin kabur susulan kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad bahawa peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi ...
Panas Pc Skandal Dsai Tuduhan Salah Laku Sxxsual

Panas Pc Skandal Dsai Tuduhan Salah Laku Sxxsual

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 504 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dituduh melakukan salah laku seksual oleh bekas kakitangannya hanya enam bulan selepas parti itu digegarkan skandal video seks yang mengaitkan timbalannya Mohamed Azmin Ali Tuduhan terbaru ini dibuat oleh bekas pe...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Why Dr M Was Right About Anwar

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dibilang Underdog Pelatih Filipina U 23 Menyengat Indonesia Aja Cuma Bisa Cetak 1 Gol

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu