Panas Pc Skandal Dsai Tuduhan Salah Laku Sxxsual



Presiden PKR Anwar Ibrahim dituduh melakukan 'salah laku seksual' oleh bekas kakitangannya, hanya enam bulan selepas parti itu digegarkan skandal video seks yang mengaitkan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Tuduhan terbaru ini dibuat oleh bekas penyelidik Anwar, Muhammad Yusoff Rawther dalam akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 Novermber yang tidak dapat disahkan Malaysiakini secara bebas kesahihan dokumen tersebut.

Akuan bersumpah yang didakwa itu dikeluarkan sehari sebelum Kongres Nasional PKR di Melaka esok.

Setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam maklum balasnya mendakwa akuan bersumpah yang dibuat Yusoff didalangi oleh Badrul Hisham Saharin, bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam satu usaha lemah "untuk mencemarkan imej parti oleh seorang bekas ahli yang meroyan kerana tidak diendahkan."

Yusoff mendedahkan akuan bersumpahnya pada hari ini semasa "sidang akhbar" di lokasi yang tidak diketahui. Terdapat hanya satu mikrofon dan satu peranti rakaman audio di hadapannya.

Halaman Facebook yang baru dibuat dengan rakaman video lapan minit "sidang akhbar" kemudian dikongsi kepada pihak media.

Dalam video itu, Yusoff mengadu laporan polisnya terhadap Farhash sebelum ini yang menuduh Farhash menyerangnya pada 16 Mei di pejabat Anwar di Petaling Jaya, telah diabaikan.

Menurut akuan bersumpah yang dikatakan itu, yang turut disiarkan di laman Facebook, Yusoff mendakwa menjadi mangsa cabul, perbuatan tidak senonoh dan cadangan lucah semasa kejadian yang didakwa dilakukan oleh Anwar pada 2 Oktober 2018 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Yusoff mendakwa kejadian tersebut berlaku pada hari kelima kempen PRK Port Dickson. Anwar ketika itu calon PH dan kemudiannya memenangi pilihan raya kecil parlimen itu.

Dalam video itu, Yusoff berkata dia telah memberitahu kepada Badrul Hisham yang mencadangkan bahawa dia merekodkan pengalamannya di dalam dokumen akuan sumpah.

Yusoff juga menggambarkan Anwar sebagai "kenalan keluarganya" dalam video itu.

"Kononnya beliau kawan rapat keluarga, dihormati oleh datuk (saya, bagaimanapun) kejadian yang berlaku antara saya dan beliau bertentangan dengan apa pun yang diperjuangkannya.

"Ia sesuatu yang memalukan. Untuk seorang yang mengetahui kebenaran, ia tidak mudah," kata Yusoff.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata tiada laporan polis dibuat mengenai dakwaan kejadian pada 2 Okt 2018, yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu.

Malaysiakini tidak dapat menghubungi pesuruhjaya sumpah yang menyaksikan akuan bersumpah itu. Pejabatnya mendakwa pesuruhjaya sumpah tersebut kini berada di luar negara.

Malam tadi, Badrul Hisham membuat hantaran di Facebooknya menafikan sebarang penglibatan dalam "skandal." Tidak pasti apa yang dirujuknya. Walau bagaimanapun, hantarannya itu disertai oleh tangkap layar mesej telefon merujuk kepada "PC Skandal DSAI".

Dalam satu kenyataan pada petang ini, Farhash menuduh Yusoff dimanipulasi oleh Badrul Hisham.

"Inilah contoh manusia hina yang tidak kenal erti budi dan sanggup dipergunakan demi agenda tersendiri," katanya.

Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/panas-pc-skandal-dsai-tuduhan-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ucap Terima Kasih Sedia Kerjasama Dengan Polis Atas Tuduhan Salah Laku Seksual

Anwar Ucap Terima Kasih Sedia Kerjasama Dengan Polis Atas Tuduhan Salah Laku Seksual

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 399 hits
PRESIDEN KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada pihak polis hari ini kerana mempercepatkan siasatan terhadap tuduhan salah laku seksual oleh Yussof Rawther terhadapnya Anwar juga berjanji akan bekerjasama dengan jabatan si...
Bukit Aman Akan Panggil Anwar Bantu Siasatan Tuduhan Salah Laku Seksual

Bukit Aman Akan Panggil Anwar Bantu Siasatan Tuduhan Salah Laku Seksual

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 370 hits
BERITANews Diterbitkan Hari ini 8 49 pagiPolis akan memanggil Anwar Ibrahim dan saksi lain untuk membantu siasatan melibatkan tuduhan salah laku seksual yang dibuat oleh bekas pegawai penyelidik Yusoff Rawther kata Bukit Aman Pengarah Jabat...
Terbaru Anwar Dituduh Melakukan Salah Laku Seksual Lagi

Terbaru Anwar Dituduh Melakukan Salah Laku Seksual Lagi

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 592 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim dituduh melakukan salah laku seksual oleh bekas kakitangannya hanya enam bulan selepas parti itu digegarkan skandal video seks yang mengaitkan timbalannya Mohamed Azmin Ali Tuduhan terbaru ini dibuat oleh bekas pe...
Dulu Ada Skandal Dalam Ph Sahaja Semua Salah Umno Sekarang

Dulu Ada Skandal Dalam Ph Sahaja Semua Salah Umno Sekarang

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 307 hits
oleh Ab Jalil Backer Sekarang PH yang kawal semua jentera kerajaan namun skandal mereka tetap terbongkar Dibongkar oleh kalangan mereka juga Adakah masih salah UMNO Atau memang Allah hendak beri petunjuk kepada rakyat dan ulama dalam negara...
Salah Ong Kim Swee

Salah Ong Kim Swee

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 278 hits
SEMUA SALAH ONG KIM SWEE hahaha aku duk bincang dengan bini nampak skuadkalini tak cukup DISIPLIN OKS tak upgrade coaching skill masih sama dari dulu zaman 2011 ada player yang power zaman berubah cepat semua dah berubah dengan cepat tunggu...
Aku Suka Kucing Salah Ke Kalau Kita Ni Bercakap Dgn Kucing 9390

Aku Suka Kucing Salah Ke Kalau Kita Ni Bercakap Dgn Kucing 9390

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 484 hits
Depa kata org pompuan ni suka lelaki yg badan sado2 Betoi ka Lelaki pulak nak pompuan lagu mana Pungkoq besaq ka Hihihiii jgn maqah nohLama dah cheq pikiaq Awat depa boh nama kedai nombor ekor Awat x boh kedai teka nomboq Cuba bagi pencerah...
Tak Salah Jual Banana Milk Tapi Iklan Agak Mengelirukan Dr Amalina Minta Penjelasan Dari Neelofa

Tak Salah Jual Banana Milk Tapi Iklan Agak Mengelirukan Dr Amalina Minta Penjelasan Dari Neelofa

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 1349 hits
Selepas netizen mempertikaikan mengenai produk minuman susu pisang keluaran selebriti Neelofa kali ini pakar bedah iaitu Dr Amalina Che Bakri pula mahukan penjelasan dari Neelofa berkaitan ikan produk tersebut BACA Menerusi laman sosial Twi...
Jakarta Masuk Salah Satu Kota Teraman Di Dunia Tapi Juga Terkorup

Jakarta Masuk Salah Satu Kota Teraman Di Dunia Tapi Juga Terkorup

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 351 hits
Jakarta masih dianggap lebih aman dibandingkan tiga kota di Malaysia Kuala Lumpur Petaling Jaya dan Johor Bahru dari sisi tingkat kriminalitas dan rasa aman warganya
Menko Luhut Soal Avtur Ri Pasti Ada Yang Salah Negara Lain Bisa Lebih Murah

Menko Luhut Soal Avtur Ri Pasti Ada Yang Salah Negara Lain Bisa Lebih Murah

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 289 hits
Menteri Koordinator Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Panjaitan mendesak PT Pertamina agar tidak memonopoli penjualan avtur di dalam negeri Menko Luhut pun mengatakan berbagai instansi pemerintah akan segera berkoordinasi untuk mencega...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm