Bukan Terkawal Tapi Kritikal


ISMA WEBPasir Gudang adalah kawasan bencana alam wajar diisytihar darurat



KEADAAN bukan terkawal. Tapi semakin kritikal! Itu yang dapat Pedang katakan berdasarkan perkembangan semasa kes pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, yang berlarutan sejak seminggu lalu.
Tapi kerajaan negeri masih kata ‘keadaan terkawal… keadaan terkawal’. Kalau terkawal tak adalah kes baru dilaporkan, sedangkan dari sehari ke sehari ramai yang mendapatkan rawatan, sekolah ditutup, pusat pengajian ditutup.
Terbaharu, Pedang mendapat khabar kata ada pula pekerja kilang di sekitar kawasan terbabit mengalami masalah sama, dan mula mendapatkan rawatan.
Kalau terkawal, tidaklah Pusat Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia Tentera Darat dikerah ke Pasir Gudang bagi menangani pencemaran. Pasukan ini adalah yang terbaik dan pernah berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mungkin kerajaan menunggu satu dua nyawa melayang, baru nak kelam-kabut. Tapi, Pedang faham, bukan senang untuk mengisytiharkan darurat.
Di Malaysia, satu-satunya kawasan yang diisytiharkan perintah berkurung bukan darurat ialah di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).
Darurat ialah suatu perisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat.
Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil. Perisytiharan darurat seperti ini biasanya dikeluarkan ketika berlakunya bencana alam, pergolakan sivil, atau menyusuli perisytiharan perang.
Apakah pencemaran alam di Pasir Gudang yang menyaksikan sehingga 900 penduduknya kini telah dan sedang menerima rawatan, boleh dikatakan bencana alam yang boleh diisytiharkan darurat? 
Namun, pada 2013 lalu, Datuk Seri Najib Razak pernah mengisytiharkan darurat akibat jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor.
Perisytiharan itu dibuat berikutan keadaan jerebu, terutama di kawasan Muar, meliputi dua daerah itu berada pada tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 iaitu pada tahap kecemasan, tetapi tidak membabitkan penguatkuasaan perintah berkurung dan tiada perubahan dalam corak sertasistem pemerintahan kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan.


Apa yang dilakukan ketika darurat jerebu diisytihar?
Apabila keadaan Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah hendaklah mengambil tindakan-tindakan perlu seperti berikut:-
a) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan ataupun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah.
Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa.
Nasihat penutupan ini adalah dikecualikan bagi:
i) Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Air;ii)Perkhidmatan-perkhidmatan Bekalan Elektrik;iii) Perkhidmatan-perkhidmatan Kesihatan Awam;iv) Perkhidmatan-perkhidmatan Bomba;v) Perkhidmatan-perkhidmatan Penjara;vi) Perkhidmatan-perkhidmatan Pos;vii) Perkhidmatan-perkhidmatan Telefon dan Telekomunikasi;viii) Perkhidmatan-perkhidmatan Telegrafix) Perkhidmatan-perkhidmatan komunikasi radio, termasuk perkhidmatan penyiaran dan televisyen;x) Perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada kaitan dengannya;xi) Perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan darat, laut dan udara;xii) Perkhidmatan-perkhidmatan membekal bahan-bahan pembakar dan minyak pelincir;xiii) Perkhidmatan perbankan dan kewangan;xiv) Semua perkhidmatan yang terlibat secara langsung dengan pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN no.20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
b) Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta mana-mana agensi yang berkaitan melaksanakan penutupan semua sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak yang terletak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu;
c) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan penyiaran maklumat-maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam;
d) Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Berkuasa Tempatan atau mana-mana agensi yang berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber-sumber yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara;
e) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi-agensi lain;
f) Kementerian Kesihatan Malaysia mempertingkatkan pemantauan dan rawatan bagi masalah kesihatan yang disebabkan keadaan berjerebu di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan;
g) Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan masalah jerebu; dan
h) Semua Kementerian, jabatan atau agensi-agensi yang berkaitan menangguhkan aktiviti-aktiviti luar atau riadah yang membabitkan masyarakat.


Kes pembuangan sisa kimia di Pasir Gudang sudah berlarutan sejak jam 9.30 pagi, 7 Mac lalu apabila pentadbiran Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih mengesan persekitaran udara berbau bahan kimia.
Apabila murid dan guru mula pening, muntah dan sesetengahnya pengsan, Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Gudang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dihubungi. Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (Hazmat) juga dihantar
Kegemparan bermula apabila siren lapan ambulans berbunyi menuju sekolah berkenaan. Puluhan pelajar mula mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI), malah ada yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaan mereka kritikal.
Jumlah mangsa akibat pencemaran sisa buangan bahan kimia yang bertoksik, terus meningkat.
Pada 11 Mac, sekolah itu dibuka semula apabila keadaan dilaporkan reda, hanya untuk menyaksikan gelombang kedua tercetus pada jam 10.30 pagi apabila puluhan murid di dua sekolah berkenaan mula mengalami pening dan muntah.
Dilaporkan 29 murid dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut, manakala 77 lagi dirujuk ke HSI. Ibu bapa mula berkumpul, dewan sekolah menjadi pusat rawatan dan kemudiannya dipindahkan ke dua dewan lain.
Tatkala kerajaan negeri memberitahu bahawa keadaan terkawal, jumlah penduduk, termasuk kanak-kanak yang mengalami kesan daripada pencemaran itu, semakin meningkat.
Pedang dapat maklumat ada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan parti politik yang turut membantu telah diarah meninggalkan kawasan tercemar serta-merta.
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan:
1. Setelah meneliti laporan yang telah diterima daripada Pusat Operasi Bencana Khidmat Malaysia di Pasir Gudang, seluruh petugas diarahkan supaya *BERUNDUR* dengan *SERTA-MERTA* ke lokasi yang lebih selamat.
2. Arahan ini dikeluarkan bagi mengelakkan para petugas daripada terkesan dengan pencemaran yang sedang berlaku di sana.
Demikian antara mesej yang Pedang terima hari ini. Pedang tertanya-tanya, jika keadaan terkawal dan tidak kritikal, masakan arahan seperti itu dikeluarkan.
Kini, orang perseorangan, NGO dan parti politik, mula mendesak kerajaan mengambil tindakan, termasuk mengisytihar darurat di kawasan bencana itu.
Kata Pedang: Pencemaran bahan kimia yang berlaku di Pasir Gudang sekarang ini, bagi Pedang adalah suatu bencana, dan sewajarnya ‘darurat pencemaran toksik’ diisytiharkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/bukan-terkawal-tapi-kritikal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jujur Memang Penting Tapi 5 Hal Ini Wajib Kamu Rahasiakan Dari Cewekmu Biar Nggak Berantem

Jujur Memang Penting Tapi 5 Hal Ini Wajib Kamu Rahasiakan Dari Cewekmu Biar Nggak Berantem

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 47 hits
Jujur itu wajib tapi jangan sampai nyakitin Ada hal yang perlu tetap jadi privasimu seorang
Tidak Semua Tapi Ada Yang Meninggal Dunia Tidak Jauh Dari Tarikh Kelahirannya

Tidak Semua Tapi Ada Yang Meninggal Dunia Tidak Jauh Dari Tarikh Kelahirannya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 89 hits
Pengetahuan am yang jarang diketahui kebanyakan manusia Tidak semua tapi kebanyakan telur burung menetas di hari Jumaat dan pergi meninggalkan sarang juga dihari Jumaat Cuba tanyakan kepada orang yang sudah mendalami ilmu perburungan puluha...
Biarpun Isteriku Ank Ulama Berpakaian Sopan Dn Bertudung Tapi Aku Takkan Maafkan Dia Dunia Dan Akhirat

Biarpun Isteriku Ank Ulama Berpakaian Sopan Dn Bertudung Tapi Aku Takkan Maafkan Dia Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 74 hits
Saya sering membaca kisah kisah yg dipaparkan dalam ruangan ini yg banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja Biasanya kaum wanitalah yg sering mengadu tentang keburukan kelakuan tabiat dan perbuatan sumbang suami masing masing Namun saya t...
Mata Rabun Tapi Tak Mahu Pakai Cermin Mata Tanaman Ajaib Ini Akan Pulihkan Mata Anda Ke Normal Kembali Rileks Media

Mata Rabun Tapi Tak Mahu Pakai Cermin Mata Tanaman Ajaib Ini Akan Pulihkan Mata Anda Ke Normal Kembali Rileks Media

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 109 hits
Setiap tahun lebih dari 30 penduduk Malaysia mengalami mata rabun atau myopia Adakah anda salah seorang dari statistik ini Jika ya pasti awalnya kamu berfikiran untuk menggunakan kacamata sebagai bantuan penglihatan Jika kita berjumpa dokto...
Allah Ambil Seorang Tapi Allah Ganti Seorang Kuatnya Semangat Ibu Ini Buat Ramai Sebak

Allah Ambil Seorang Tapi Allah Ganti Seorang Kuatnya Semangat Ibu Ini Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 80 hits
ALLAH ambil seorang tapi Allah ganti seorang Anak anak kini menjadi penguat semangat dan menggembirakan saya Begitu kata Katijah Abdul Karim 36 balu kepada Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis 38 yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer ...
Menyemak Je Cuba Kena Dekat Diri Sendiri Baru Ada Akal Post Ucapan Bella Dikritik Tapi Teruk Disekolahkan Peminat

Menyemak Je Cuba Kena Dekat Diri Sendiri Baru Ada Akal Post Ucapan Bella Dikritik Tapi Teruk Disekolahkan Peminat

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 101 hits
Menyemak Je Cuba Kena Dekat Diri Sendiri Baru Ada Akal Post Ucapan Bella Dikritik Tapi Teruk Disekolahkan Peminat Meskipun sudah reda isu curang namun masih ada netizen yang digelar fake akaun di laman Instagram mengecam Bella Astillah sete...
Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan

Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 67 hits
Ada mama yang melahirkan kebimbangan sepanjang menyusukan anak selera makan menjadi jadi dan boleh di katakan agak luar biasa Ini menyebabkan berat badan semakin bertambah Adakah ini satu yang normal atau disebabkan oleh sebab lain Adakah i...
Lim Guan Eng Sudah Jadi Arca Kebencian Rakyat Malaysia Sekarang Tapi Dia Peduli Apa

Lim Guan Eng Sudah Jadi Arca Kebencian Rakyat Malaysia Sekarang Tapi Dia Peduli Apa

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 187 hits
Masih ingat ungkapan ini Saya lebih rela makan babi bersama Guan Eng berbanding makan ayam dengan Najib Masih ingat juga ungkapan ini Melayu akan jadi bangsa terbangsat di Malaysia seandainya UMNO hilang kuasa Apa yang berlaku kepada 22 kel...
Tkn Jokowi Akan Cuti Tapi Tanggung Jawab Pada Bangsa Dan Negara Harus Dilakukan

Tkn Jokowi Akan Cuti Tapi Tanggung Jawab Pada Bangsa Dan Negara Harus Dilakukan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 28 hits
Sekretaris Tim Kampanye Nasional Jokowi Ma ruf Amin Hasto Kristiyanto mengatakan Jokowi pasti akan melakukan cuti namun tak serta merta meninggalkan tanggung jawab sebagai presiden Menurut Hasto jabatan presiden akan tetap melekat meski nan...
Cucu Lelaki Lee Kuan Yew Langsung Perkahwinan Sejenis

Hati Hati Cikgu Yang Suka Minum Teh Tarik Dan Minuman Bersusu Kenali Jenis Susu Di Malaysia

Raja Muda Selangor Kunjung Bazaar Ramadhan Bawa Mangkuk Tingkat Ramai Tak Perasan

Luahan Hati Isteri Kedua Rahim Sepahtu Dedah Mengapa Dia Rela Kahwini Rahim

Cerita Bodoh Zahid Hamidi Dan Lailatulqadar

Hentikanlah Berbohong Atas Nama Islam Dengan Alasan Ambil Sumber Lain

Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan Tnb

Pengalaman Menaiki Pesawat Korean Air Memang Best



Kisah Pengasas Huawei Yang Bermula Dengan Modal Kecil Sehingga Jadi Jutawan Ren Zhengfei

Kisah Lelaki Yang Berjaya Tidak Makan Langsung Selama 382 Hari

Kisah Lelaki Yang Berjaya Tidak Makan Langsung Selama 382 Hari

Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Hanis Zalikha

Biodata Idzham Ismail Pelakon Drama Pia


Jimatnya Berbelanja Barang Dapur Di Pasaraya Segi Fresh

Kenapa Perempuan Sibuk Nak Ada Income Sendiri Perlu Ke

Perkara Yang Digalakkan Ketika Aidilfitri Yang Ramai Terlepas Pandang

Hari Ke 21 Ramadhan Blog Cik Matahariku Capai 40 Juta Pageviews

Komik Alam Perwira Kenangan Watak Antagonis Terhebat

Wany Hasrita Wani Syaz Muna Shahirah Wan Azlyn Menanti Di Aidilfitri Chord