Biarpun Isteriku Ank Ulama Berpakaian Sopan Dn Bertudung Tapi Aku Takkan Maafkan Dia Dunia Dan Akhirat


Saya sering membaca kisah-kisah yg dipaparkan dalam ruangan ini yg banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yg sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing. Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yg merasakan penderitaannya tentulah saa kit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yg tahu.
“Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih saa kit lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya….
“Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejut kan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg mempunyai pengalaman pahit seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa….
“Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yg saya lalui…..
“Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya idam-idamkan selama ini……
“Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkor ban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yg baik juga…..
“Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yg saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya…..
“Kerana terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung…..
“Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yg dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihorma ti ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis….
“Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat…..
“Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan cantik juga…..
“Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan……
“Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas…..
“Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yg sama antara negara tersebut….
“Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasaa ngan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayg-menyaygi…..
“Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri…..
“Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah…..
“Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkor ban untuk adik-beradik, kali ini saya berkor ban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya…..
“Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
“Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa…..
“Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar…..
“Apa yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar…..
“Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Daa rah kami berlainan……
“Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma daa rah dia dapati jenis daa rahnya tidak ada persamaan dengan daa rah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini…..
“Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian d4 rah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine……
“Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali….
“Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghorma tinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis…..
“Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia…..
“yg penting saya tidak mahu kor bankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
“Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan…..
“Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi….
“Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menygka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yg saya curahkan kepada dia disia-siakan…..
“Kalaulah membv nuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya,” demikian cerita Zain…..
Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yg curang seperti ini?
Kredit : cite syok.
The post Biarpun isteriku ank ulama, berpakaian sopan dn bertudung tapi aku takkan maafkan dia dunia dan akhirat appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/biarpun-isteriku-ank-ulama-berpakaian-sopan-dn-bertudung-tapi-aku-takkan-maafkan-dia-dunia-dan-akhirat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasih Sharnaaz Pada Jebat Selagi Bernafas Baba Menyayangimu Harta Baba Dunia Akhirat

Kasih Sharnaaz Pada Jebat Selagi Bernafas Baba Menyayangimu Harta Baba Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 222 hits
Semakin besar Jebat Jayden terus menjadi perhatian peminat baba dan mommynya Mempunyai lebih 200 000 pengikut di instagramnya segala perkembangan barunya sentiasa jadi perhatian View this post on Instagram A post shared by on Mar 3 2019 at ...
Hadi Semoga Allah Beri Balasan Sewajarnya Di Dunia Akhirat

Hadi Semoga Allah Beri Balasan Sewajarnya Di Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 313 hits
Diterbitkan Hari ini 10 18 malamPresiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan partinya kini dilanda serangan daripada segenap penjuru secara silih berganti Bagi menghadapinya Hadi menerusi hantaran di Facebook hari ini meminta pemimpin anggota ...
Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

Satu Isteri Tapi Ada Tiga Suami Inilah Perkahwinan Poliandri Iaitu Perkahwinan Paling Kontroversi Di Dunia

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 564 hits
Islam membenarkan penganutnya mengahwini wanita secara berpoligami tanpa melebihi empat pasangan Mengapa wanita tidak boleh mengamalkan perkahwinan melebihi seorang suami sedangkan mereka mempunyai hak dan keadilan yang sama rata dengan lel...
Doa Untuk Meminta Rezeki Selamat Dari Penyakit Kebaikan Dunia Akhirat

Doa Untuk Meminta Rezeki Selamat Dari Penyakit Kebaikan Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 423 hits
Doa berikut sangat bagus diamalkan di dalamnya berisi meminta rezeki diselamatkan dari penyakit hingga keselamatan dunia dan akhirat
Wanita Bertudung Tapi Rambut Wangi

Wanita Bertudung Tapi Rambut Wangi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 375 hits
WANITA BERTUDUNG YANG MASIH MENCARI SYAMPU YANG MAMPU MENGEKALKAN KESEGARAN DAN KEHARUMAN RAMBUT WPUN BERLITUP SEHARIAN Cik adik kakak manis yang sentiasa aktif sepanjang hari dari pagi sampai malam Menghantar anak sekolah berkerja dan berz...
Inilah 3 Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat Rileks Media

Inilah 3 Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 361 hits
Terdapat 3 golongan yang hampir hampir melangkah masuk ke dalam syurga namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka Nauzubillah Seorang mujahid yang berjuang dan akhirnya dia ma ti syahid Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga tap...
Tidak Semua Tapi Ada Yang Meninggal Dunia Tidak Jauh Dari Tarikh Kelahirannya

Tidak Semua Tapi Ada Yang Meninggal Dunia Tidak Jauh Dari Tarikh Kelahirannya

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 367 hits
Pengetahuan am yang jarang diketahui kebanyakan manusia Tidak semua tapi kebanyakan telur burung menetas di hari Jumaat dan pergi meninggalkan sarang juga dihari Jumaat Cuba tanyakan kepada orang yang sudah mendalami ilmu perburungan puluha...
Nak Hidup Atas Dunia Fikir Nak Hidup Di Akhirat Zikir

Nak Hidup Atas Dunia Fikir Nak Hidup Di Akhirat Zikir

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 345 hits
Untuk hidup di dunia kita perlu berfikir Untuk hidup di syurga perlu berzikir Dan kita terlalu menyibukkan diri dengan berfikir sehingga lupa untuk berzikir Maka jika waktu telah berlalu dan kita lupa untuk mengingati Allah di waktu itu seg...
Bpn Prabowo Anggap Ma Ruf Ikut Debat Bukan Sebagai Ulama Tapi Politisi Ulung

Bpn Prabowo Anggap Ma Ruf Ikut Debat Bukan Sebagai Ulama Tapi Politisi Ulung

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 315 hits
Dia menyebut predikat politikus ulung itu bukan hanya dari jejak rekamnya saja di lembaga legislatif atau partai Andre menilai keputusan Jokowi memilih Ma ruf sebagai cawapres ketimbang Mahfud MD pun menguatkan bukti predikat politikus ulun...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage