Menginap Satu Malam Di Denai Kabus Gerik


Catatan hari Sabtu - Ahad,11 - 12 Oktober 2025.

Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort atau lebih dikenali sebagai Denai Kabus merupakan antara tempat percutian agro pelancongan yang terkenal di negeri Perak. Lokasinya yang terletak di kaki gunung Kenderong dan Kerunai menawarkan suasana tenang dengan panorama indah alam semula jadi

Denai Kabus terletak kurang 8 km dari Air Beruk Campsite - lokasi saya dan Encik Suami menginap pada bulan Ogos lalu. Walaupun masih di kawasan yang sama, tetapi setiap tempat memberikan pengalaman yang berbeza

Tempahan penginapan saya buat empat hari sebelum pergi. Tempahan perlu di buat secara online (link saya sertakan di hujung entri), sangat mudah urusannya

Dari jalan utama, kita perlu melalui jalan kecil sejauh kira-kira 3 km sebelum tiba di Denai Kabus. Terasa jauh jugalah bila berada di laluan kecil dan tidak rata, tambahan pula hujan di sepanjang perjalanan

Kami tiba di Denai Kabus pada pukul 2.50 petang. Cantik berkabus ketika ini

Bangunan yang menempatkan kaunter pendaftaran, kafe dan kedai runcit mini

Di sini tiada sungai, tetapi ada semacam terusan bertingkat dengan aliran air dari gunung. Tingkat pertama waterpark, tingkat kedua kolam renang (foto di atas) dan tingkat seterusnya untuk aktiviti berkayak

Penginapan kami jenis Havea Studio yang terletak berhadapan dengan kolam renang. Harganya RM240 satu malam bagi kadar hujung minggu. Masa untuk daftar masuk pada pukul 2 petang dan daftar keluar pada pukul 12 tengah hari

Luas, bersih dan semua kemudahan tersedia berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah dapat penginapan yang selesa

Tuala mandi, air minuman, tisu dan peralatan mandian tidak disediakan, kecuali shower gel dalam botol besar disediakan dalam bilik air. Tetapi tuala mandi dan tisu kita boleh minta di kaunter pendaftaran

Bilik air bersih selesa, cuma ada sedikit bau tak menyenangkan yang mungkin berpunca dari sistem kumbahan - berbau setiap kali kita flush tandas. 
Kami bawa multi cooker, peralatan makan dan bekalan makanan untuk kudapan malam dan sarapan

Hujan dah berhenti, kami keluar makan di kafe. Foto dirakam dari tingkat atas kafe

Hidangan kami - set tempoyak patin / RM17.90 dan set asam pedas tenggiri / RM18.90. Minuman teh o lemon ais / RM3.50. Terasa agak mahal set hidangan kami berdua ni berbanding dengan saiz ikan, rasa masakan dan cara hidang - menggunakan pinggan dan sudu pakai buang

Selesai makan, kami jalan-jalan di sekitar kawasan ini

Pakej aktiviti yang ditawarkan di sini. Boleh juga pilih aktiviti tertentu saja

Kalau datang ke sini tanpa menginap pun kita masih boleh buat aktiviti yang ada di sini. Saya dapati ramai juga pengunjung yang melakukan aktiviti di sini - ada yang berkayak, naik ATV dan zipline (boleh tonton dalam video di hujung entri)

Waterpark RM5 / seorang. Percuma jika menginap di sini

Kawasan penginapan Cottage A dan tapak perkhemahan. 
Suasana malam di sini tenang. Ada juga kumpulan kecil sedang buat aktiviti BBQ tapi tidaklah bising hingga mengganggu

Esoknya seawal pukul 7.15 pagi, kami berdua keluar untuk menikmati suasana pagi di sini. Kami mendaki  ke kawasan bukit berhampiran. Ini juga laluan yang sama jika kita nak melakukan aktiviti zip bike.
Kami tiba di tempat aktiviti zip bike. Nampak tak jauh mana, tapi rasanya saya tak berani pun nak naik zip  bike ni. Agaknya kalau usia muda saya masih berani buat aktiviti begini, tapi umur saya lagi beberapa tahun dah nak masuk separuh abad

Kami tiba di kawasan bukit yang tertera tulisan besar ‘Denai Kabus’. Dari sudut ini saya dapat memerhatikan keseluruhan kawasan Denai Kabus Resort. Puas memerhati sekeliling dan berfoto kenangan, jomlah kita turun

Jalan-jalan di kawasan taman. Nun di atas bukit sana tulisan besar ‘Denai Kabus’ - tempat kami mendaki tadi

Ketika ini juga barulah kelihatan dua puncak gunung yang menjadi latar indah tempat ini, iaitu Gunung Kenderong dengan ketinggian 1,223 meter (sebelah kiri foto) dan Gunung Kerunai dengan ketinggian 1,000 meter (sebelah kanan foto). Tapi tak lama kemudian, kedua-dua puncak ini hilang dari pandangan - diselubungi kabus

Untuk makluman - buat masa ini aktiviti pendakian hanya boleh dilakukan di Gunung Kerunai

Selesai aktiviti jalan-jalan pagi, kami kembali ke bilik penginapan untuk bersarapan. Kami masak ringkas je. Nasi lemak bawa pek segera, cuma perlu rendam pek dalam air panas. Tapi saya tertinggal pek sambal tumis segera, terpaksalah makan nasi lemak tanpa sambal

Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kami ke kolam renang yang terletak di hadapan bilik. Suasana masih sunyi, hanya kami berdua berada di kolam renang. Bagus jugalah, lebih privasi. Air kolam terasa sangat dingin, maklumlah punca air dari gunung. Lantai kolam terasa agak licin, jadi saya tak berani nak bergerak jauh. Lagi pula saya tak pandai berenang, cuma berani bermain air di bahagian tepi kolam. Encik Suami yang betul-betul enjoy - berenang dari hujung ke hujung. 
Kami mendaftar keluar kira-kira pukul 12 tengah hari. Tamat sudah percutian kami di kaki dua puncak gunung - walau jarang-jarang nampak puncaknya dek litupan kabus tebal. Alhamdulillah…seronok jugalah dapat menikmati suasana damai dan nyaman di sini. Kalau datang ramai-ramai mungkin lebih seronok dapat sama-sama buat pelbagai aktiviti di sini


Video berdurasi 3 minit 14 saat - perjalanan dan suasana sekitar Denai Kabus


******************************************
DENAI KABUS AGRO FARM AND ADVENTURE RESORTJalan Gunung Kenderong,Kampung Pahat, Gerik,Perak

Info lanjut - penginapan, aktiviti dan tempahan boleh klik DI SINI.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/11/menginap-satu-malam-di-denai-kabus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bayar Rm4 500 Satu Malam Tapi Servis Hauk Lelaki Luah Rasa Kecewa Inap Di Hotel 5 Bintang Kuala Lumpur

Hiburan Bayar Rm4 500 Satu Malam Tapi Servis Hauk Lelaki Luah Rasa Kecewa Inap Di Hotel 5 Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 261 hits
Seorang meluahkan rasa kecewa selepas pengalamannya menginap di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur tidak seperti yang diharapkan walaupun telah membelanjakan RM4 500 untuk satu malam Perkongsian itu yang dimuat naik di laman Threads ...
Kehebatan Konsert Genkru Malam Ini Satu Sejarah Yang Tak Boleh Dilepaskan

Kehebatan Konsert Genkru Malam Ini Satu Sejarah Yang Tak Boleh Dilepaskan

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR Stadium Hoki Bukit Jalil bakal menjadi pusat gegaran muzik terbesar tahun iniapabila GENKRU naik ke pentas malam ini dalam sebuah konsert yang dijangka memecahkan rekod kehadiran peminat dan intensiti persembahan live Dari sist...
Pasangan Panda Gergasi Chen Xing Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia Malam Ini Nres

Pasangan Panda Gergasi Chen Xing Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia Malam Ini Nres

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 187 hits
Pasangan Panda Gergasi Chen Xing Xiao Yue Selamat Tiba Di Malaysia Malam Ini NRES KUALA LUMPUR 18 Nov Pasangan panda gergasi Chen Xing dan Xiao Yue dari China selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 30 malam ini Ke...
Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 236 hits
meraikan edisi ke 17nya dan mempamerkan 42 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama yang cemerlang dan paling berharga dalam pasaran dalam acara anugerah tahun ini 2025 telah menyaksikan jenama tempatan berjaya masuk ke senarai Super...
Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 318 hits
Malam Terlarang Ulasan Analisis Tema Di Sebalik Tabir JMBELOG Malam Terlarang Ketika Laut dan Rahsia Bertemu Arahan Nurhanisham Muhammad Tayangan 30 Oktober 2025 Durasi 110 min Genre Seram Mistik Sinopsis Ringkas Berlatarkan era 1980 an Mal...
Nasi Goreng Malam Pagi

Nasi Goreng Malam Pagi

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum WBTMASA sedang makan malam malam kelmarin PI beritahu esok ada live bola kat tv Itu maknanya malam tu tak boleh pergi mana mana makan kat rumah tapi makanan tu ringkas la Sk beritahu nanti Sk tapau siap siap mi ke apa apa da...
Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

Makan Malam Di Istanbul Day 1 1

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 183 hits
Alhamdulillah saya akan menyambung catatan percutian kami ke Istanbul bersama anak cucu Boleh klik entri sebelum ini di Selepas check in di Hotel Florina kami mengerjakan solat dan tunggu sehingga masuk waktu Maghrib Kedengaran azan berkemu...
Makan Malam Kat Rumah Acu

Makan Malam Kat Rumah Acu

papar berkaitan - pada 24/11/2025 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum wrt Semalam bawak PZ pi rumah adik bongsu semata mata nak hantar tu dalam perjalanan ikjt highway jalan jammed plak pukul 7 45pm kami sampai rumah dia nasib baik sempat solat Maghrib Pertama sekali yang diterpa haruslah si k...
Yufid Kids Ada Untuk Anak Anak Kita Ayo Dukung Tim Yufid Kids

Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Rightist Akmal Slammed For Politicising Uec Casting Unfounded Fear Of Uec A Threat To National Edu Policy

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Round Bazaar Sempena Konvokesyen Di Ukm Bangi Selangor

Pertandingan Masterchef Ksr 2025

Majlis Pernikahan Erra Fazira Dan Mr E

Najwa Latif Feat Akwa Arifin Tiga Chord

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump