Bukan Semua Gambar Anak Perlu Dikongsi Di Sosial Media Anak Pun Perlukan Privasi


Kebanyakan ibu bapa pasti pernah berkongsikan gambar anak di media sosial, betul tak? Tetapi tahukah anda kesan penggunaan media sosial itu boleh mengundang bahaya tidak terjangkau dek fikiran?

Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak
Sebagai ibu bapa, pasti anda akan terfikir, “Tiada salahnya untuk berkongsikan gambar si manja di media sosial”. Tetapi adakah apa yang anda fikirkan itu tepat dan betul?
Atau mungkin gambar yang ingin dikongsikan itu tidak sesuai dan seharusnya tidak dijadikan tatapan umum?
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima kesan penggunaan media sosial akibat berkongsikan gambar anak di Facebook, Instagram atau TikTok.
Boleh tarik perhatian pelbagai individu
Kanak-kanak merupakan antara individu mudah mendapat perhatian di media sosial. Dengan berkongsikan gambar comel si manja adalah cara yang boleh anda lakukan jika ingin menjadi tumpuan.
Tetapi seperkara penting yang sering dilupakan, anda mungkin meraih perhatian daripada pihak tidak sepatutnya seperti golongan pedofilia.
Menyiarkan terlalu banyak gambar anak ketika mereka dalam proses tumbesaran boleh menjadikannya sasaran untuk pemangsa.
Risikonya semakin bertambah jika anda secara tidak sengaja telah berkongsikan maklumat peribadi di atas talian.
Anak memerlukan privasi
Si kecil di bawah usia 5 tahun mungkin tidak kisah dengan apa yang anda kongsikan atas talian. Walau bagaimanapun, situasi itu pastinya akan berubah apabila anak semakin dewasa dan mula mengembangkan identiti mereka sendiri.
Keadaan boleh menjadi buruk apabila anak menyedari banyak perihal kehidupan awal mereka dikongsikan tanpa persetujuan.
Ibu bapa harus berhati-hati dalam setiap perkongsian di media sosial. Sebagai contoh, anda mungkin berasa comel untuk berkongsikan foto anak ketika mandi di Facebook tetapi apabila mereka meningkat dewasa, anak mungkin berasa malu mengenainya.
Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan anak untuk membuat kenyataan berkaitan politik, sosial atau keagamaan.
Kesan penggunaan media sosial akibat berkongsi gambar anak, boleh wujudkan tekanan
Sekiranya anak diperkenalkan dengan kewujudan internet sedari kecil, ia boleh memberikan kesan buruk pada usia remaja mereka.
Umumnya apabila anak semakin meningkat usia awal remaja, mereka lebih peka terhadap imej diri. Jadi anak mungkin berasa malu dengan gambar yang dikongsikan anda semasa mereka masih kecil.
Situasi tersebut boleh menjejaskan cara mereka berkomunikasi dengan rakan sebaya. Malah membesar dengan mendapat perhatian di media sosial juga boleh menyebabkan anak mengalami tekanan untuk terus mengekalkannya.
Menjadi individu yang gemar mencari perhatian atau attention seeker adalah tabiat yang tidak sihat yang telah banyak menghancurkan kehidupan kanak-kanak dan juga belia.

Menjual data anak semasa ‘berkongsi’
Faktor lain yang perlu anda ambil kira adalah mengenai jumlah maklumat dikongsikan atas talian.
Apabila berkongsikan video dan gambar anak berkaitan tumbesaran mereka di internet, secara tidak langsung anda ‘menjual’ informasi kepada syarikat atas talian.
Syarikat ini mengumpul data dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudian menjualnya kepada pengiklan.
Pihak pengiklan inilah yang akan menggunakan maklumat untuk menyasarkan anda dengan iklan tertentu yang cenderung menyebabkan pembelian sesuatu barangan atau perkhidmatan.
Contoh teladan kepada anak
Anda pastinya pernah atau akan mengingatkan anak tentang kesan penggunaan media sosial dan risikonya, selain mengajar mereka tentang keselamatan atas talian.
Namun, dalam masa sama anda sendiri mengabaikan nasihat tersebut dengan berkongsikan gambar anak-anak.
Apabila anak membesar dan kerap melihat perkongsian foto diri mereka di media sosial, secara tidak langsung akan menganggap ia adalah kebiasaan.
Ini bermakna anda sendiri telah mengajar anak untuk tiada privasi dan kawalan terhadap foto mereka.
Elak kesan penggunaan media sosial dengan 5 soalan ini
Anda mahu ‘berkongsikan’ anak dengan dunia. Namun malangnya anda harus sedar bahawa kehidupan anak yang sedang dipertaruhkan.
Sekiranya ingin berkongsikan foto anak dengan keluarga dan rakan, pastikan anda memahami tetapan privasi di media sosial terlebih dahulu.
Anda harus sedar bahawa setiap perkongsian gambar atau text di Facebook akan dikumpulkan data. Jadi, sebaiknya pilihlah medium yang tidak mempunyai akses kepada kandungan mesej anda.
Sebelum menggunakan media sosial untuk berkongsikan sebarang gambar anak, tanyakan 5 soalan ini kepada diri sendiri:
Tujuan berkongsikan gambar? Pastikan anda mempunyai alasan yang baik sebelum sebarang perkongsian Adakah anda mahu jika seseorang berkongsikan perihal diri anda? Jika anak sudah cukup besar untuk memahami, tanyakan kepada mereka terlebih dahulu Mungkinkah perkongsian itu boleh menyebabkan anak berasa malu, pada waktu sekarang atau di masa hadapan? Adakah terdapat pihak yang tidak sepatutnya melihat perkongsian ini, sekarang atau di masa hadapan? Jika ada, usah kongsikan Adakah ini sesuatu yang anda mahu menjadi sebahagian daripada jejak digital anak anda? Perkara sama juga perlu anda fikirkan semasa mengambil gambar berkumpulan yang melibatkan kanak-kanak lain. Fikirkan sebelum berkongsi atau anda akan menyesal di kemudian hari!
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
The post Bukan Semua Gambar Anak Perlu Dikongsi Di Sosial Media, Anak Pun Perlukan Privasi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bukan-semua-gambar-anak-perlu-dikongsi-di-sosial-media-anak-pun-perlukan-privasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

Hiburan Pelakon Tak Perlu Merungut Atau Cerita Di Media Sosial Dibayar Murah Faizal Hussein

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 245 hits
Pelakon Faizal Hussein mengutarakan pendapatnya mengenai seseorang pelakon tidak seharusnya bercerita atau merungut di media sosial apabila dibayar murah ataupun disenarai hitam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut pelakon yang pernah men...
Dinafi Hak Untuk Makan Minum Jurugambar Kelaparan Nekad Padam Semua Gambar Depan Pengantin Tinggalkan Majlis

Dinafi Hak Untuk Makan Minum Jurugambar Kelaparan Nekad Padam Semua Gambar Depan Pengantin Tinggalkan Majlis

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 411 hits
Seorang jurugambar nekad memadam semua gambar dalam kameranya tepat di hadapan pengantin lelaki selepas dia tidak dibenarkan berehat sebentar untuk makan dan minum ketika bertugas di majlis perkahwinan tersebut Saya sebenarnya bukan seorang...
Photographer Delete Semua Gambar Pengantin Sebab Tak Diberi Makan

Photographer Delete Semua Gambar Pengantin Sebab Tak Diberi Makan

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 217 hits
The ReporterSeorang jurugrambar yang tidak didedahkan identitinya viral di media sosial setelah berkongsi cerita bagaimana dia membuang semua gambar perkahwinan rakannya di majlis perkahwinan kerana tidak diberi makan Berkongsi cerita di Re...
Tular Gambar Anwar Berkomplot Dengan 4 Adun Melaka Ada Anak Murid Baharu

Tular Gambar Anwar Berkomplot Dengan 4 Adun Melaka Ada Anak Murid Baharu

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 215 hits
agendaily com7 10 2021Tular gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu empat orang ADUN Melaka yang menjadi punca krisis politik baru baru ini Sekeping gambar sedang tular dalam media sosial melibatkan empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri ya...
Makan Semua Tapi Ada Had Ibu 2 Anak Kongsi Tipsnya Dapat Berat Sebelum Mengandung

Makan Semua Tapi Ada Had Ibu 2 Anak Kongsi Tipsnya Dapat Berat Sebelum Mengandung

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 273 hits
Sepanjang tempoh 9 bulan kehamilan kebanyakan ibu akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi Keadaan ini akan beransur ansur stabil bila bayi dalam kandungan semakin besar dan selamat dilahirkan Namun yang menjadi masa...
Hantaran Sahabat Baik Ebit Liew Di Media Sosial Dedah Wajah Sebenar Pendakwah Tersebut

Hantaran Sahabat Baik Ebit Liew Di Media Sosial Dedah Wajah Sebenar Pendakwah Tersebut

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 387 hits
Kontroversi melanda Ebit Lew sejak akhir akhir ini membuatkan seorang sahabat karib kepada penceramah terkenal itu tampil menitipkan pesanan kepada beliau sekali gus menjawab persoalan yang ditanyakan orang ramai kepada wanita berkenaan Men...
Hiburan Raja Ilya Hairan Pelakon Antarabangsa Pun Tak Perlu 1 Juta Pengikut Media Sosial

Hiburan Raja Ilya Hairan Pelakon Antarabangsa Pun Tak Perlu 1 Juta Pengikut Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 275 hits
Pelakon jelita yang kini menetap di luar negara Raja Ilya tampil meluahkan rasa hairan dan tertanya tanya mengenai sikap segelintir penerbit filem dan drama yang menetapkan setiap pelakon yang ingin berlakon harus mempunyai jumlah bilangan ...
Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan Rela Berkorban Demi Najib Razak Di Media Sosial

Rosmah Dakwa Beliau Sasaran Serangan Rela Berkorban Demi Najib Razak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan tuduhan rasuah berkait projek solar untuk sekolah luar bandar di Sarawak berkata beliau menjadi sasaran serangan di media sosial ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri Katan...
Hiburan Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland Adik Adik Sakat Hantar Gambar Makanan Sedap

Hiburan Ozlynn Rindu Anak Sulung Di Ireland Adik Adik Sakat Hantar Gambar Makanan Sedap

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 311 hits
Anak sulung kepada pasangan selebriti Johan dan Ozlynn Waty iaitu Ahmad Ariq Hanania baru baru ini telah berangkat ke Ireland bagi memulakan pengajian dalam bidang perubatan di universiti di sana ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSelepas semin...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding