Bukan Sekadar Menghancurkan Batu Karang Lobak Putih Banyak Khasiat Lain Juga Tau
Lobak putih atau nama saintifiknya Raphanus raphanistrum subsp. sativus tergolong dalam famili Brassicaceae. Lobak putih mengandungi pelbagai jenis vitamin, di antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor.
Lobak putih juga turut mengandungi asid oksalat, serat kasar dan asid folik. Di negara Korea, sayur lobak putih ini sering dijadikan makanan yang dipanggil kimchi. Manakala di Jepun pula, kebaikan lobak putih sering dimanfaatkan sebagi salad dan dijadikan sashimi, sup atau pun ditumis.
Jom ketahui apakah khasiat lobak putih.
1. Menghilangkan keputihan
Jika anda mengalami keputihan, termasuk keputihan semasa mengandung, lobak putih sangat membantu untuk membunuh kulat Candida yang menjadi punca keputihan.
2. Kencing tak lawas
Selain masalah keputihan, lobak putih juga membantu kencing tak lawas.
3. Menurunkan berat badan
Jus lobak putih yang diminum secara teratur mampu menurunkan berat badan. Dengan meminumnya, perut kita akan terasa kenyang dengan lebih lama. Ini membuatkan kita dapat mengurangkan jumlah makanan yag diambil.
Selain itu, ia juga mengandungi kalori yang rendah sehingga tidak menaikkan berat badan jika dimanfaatkan sebagai kudapan.
Setengah cawan lobak hanya mengandungi lebih kurang 12 kalori. Begitu juga dengan kandungan karbohidratnya yang sangat rendah, namun mengandungi banyak air.
4. Memutihkan muka
Siapa sangka lobak putih boleh dimanfaakan sebagai pemutih muka semulajadi yang selamat. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, kita boleh campurkan lobak putih dengan minyak zaitun. Caranya cukup mudah:
Ambil dua batang lobak putih dan bersihkan.
Kemudian parut atau dikisar.
Setelah itu, campurkan parutan lobak tersebut dengan minyak zaitun.
Sapukan dengan lembut pada muka yang telah dibersihkan dengan air suam.
Biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah muka dengan air sebersihnya.
Lakukannya secara rutin seminggu sekali.
5. Menyihatkan kulit
Kandungan air yang banyak dalam lobak putih ternayata dapat menjaga kelembapan kulit kita. Masalah kulit seperti kulit kering, bersisik dan mengelupas dapat dicegah dengan meminum jus lobak putih ini secara rutin. Kecantikan kulit kita akan terjaga dengan nutrisi yang terdapat dalam lobak putih seperti vitamin C, zinc, vitamin B kompleks dan zat fosfor. Di samping itu, lobak putih juga mampu mengatasi masalah kulit gatal, infeksi dan ruam.
6. Menghancurkan batu karang
Lobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretic dengan kandungan potassium yang tinggi. Pengidap penyakit batu karang boleh minum setengah gelas jus lobak putih pada setiap pagi hari sebelum bersarapan. Pengambilan jus lobak ini sebelum makan berupaya melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing. Selain bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit batu karang, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.
7. Menyembuhkan demam & panas badan
Jus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan cukup efektif untuk menyembuhkan demam dan panas badan. Bila demam, makan sup lobak putih.
8. Menyembuhkan buasir dan sembelit
Jika mengalami masalah buasir atau kerap sembelit, lobak putih sangat membantu. Lobak putih mengandungi zat yang sifatnya tidak mudah dihadamkan oleh tubuh kita. Jadi ia akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengubati masalah sembelit yang kita alami. Penyebab utama penyakit buasir adalah kerana sembelit. Jadi, jika masalah sembelit kita semakin berkurangan, lambat laun penyakit buasir yang kita hidapi itu akan juga sembuh.
9. Membersihkan buah pinggang
Sup lobak putih berfungsi untuk membersihkan buah pinggang. Ini resepinya:
Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.
10. Mengatasi masalah sistem penghadaman
Lobak putih mengandungi kandungan nutrisi dan khasiat pemakanan yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.
Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.
11. Mencegah kanser
Lobak putih mengandungi ‘isothiocyanates’ yang dikatakan mampu membantu melawan sel kanser. Selain itu, vitamin C yang terdapat pada lobak putih ini juga mudah larut dan diserap oleh tubuh sehingga mempunyai banyak kebaikannya untuk kesihatan.
Lobak putih mengandungi antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas di dalam tubuh dan menjaga daya ketahanan badan dari dalam.
Sumber: petuaibu.com
The post Bukan Sekadar Menghancurkan Batu Karang, Lobak Putih Banyak Khasiat Lain Juga Tau appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/bukan-sekadar-menghancurkan-batu-karang-lobak-putih-banyak-khasiat-lain-juga-tau/