Pelancaran Pn Boleh Satukan Pembangkang Sabah Menjelang Pilihan Raya Kata Penganalisis




KOTA KINABALU: Seorang penganalisis menjangka kehadiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Sabah untuk melancarkan gabungan Perikatan Nasional (PN) hujung minggu ini sebagai kunci untuk menyatukan pembangkang di negeri itu menjelang pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.
Lee Kuok Tiung berkata, pelancaran PN di Sabah juga akan memperkuatkan imej parti Muhyiddin, iaitu PPBM dalam persiapan menuju pilihan raya.
Beliau berkata, persoalan utama yang dihadapi pembangkang ialah apakah ia dapat menubuhkan barisan yang bersatu tepat pada waktunya untuk pilihan raya pada 26 September nanti.
“Saya percaya ia (pelancaran PN) bertujuan untuk menyatukan pembangkang di Sabah supaya bekerja sebagai pasukan yang lebih kuat bagi menghadapi pilihan raya negeri,” katanya kepada FMT.
Straits Times Singapura (ST) melaporkan awal minggu ini bahawa Muhyiddin akan ke Sabah untuk melancarkan gabungan PN secara rasmi.
Walaupun majoriti parti pembangkang bersekutu dengan PN, persoalan masih wujud sama ada mereka boleh mencapai persefahaman dan lambang bersama untuk pilihan raya.
Selain PPBM, PN di Sabah terdiri daripada Barisan Nasional (Umno, MCA Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan PAS, sementara Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) adalah sekutunya.
Umno, PAS dan PPBM juga merupakan sebahagian daripada Muafakat Nasional (MN), sementara Parti Progresif Sabah (SAPP) yang diketuai oleh bekas ketua menteri Yong Teck Lee dikatakan akan dipertimbangkan untuk menjadi ahli.
ST memetik seorang pemimpin PPBM yang mengatakan PN akan terdiri daripada 6 parti komponen dan akan menggunakan lambang sendiri dalam pilihan raya.
Bagaimanapun, pemimpin itu berkata, terpulang kepada Umno sama ada mahu mengikutinya dan menggunakan lambang PN juga.
Baru-baru ini BN berkata, ia akan bertanding menggunakan simbol “dacing” yang biasa.
PBS juga mengesahkan untuk menggunakan lambang “jabat tangan” untuk kali pertama kali dalam 16 tahun.
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin memberitahu FMT bahawa beliau diundang untuk menghadiri pelancaran itu, tetapi tidak mempunyai perincian mengenai jadual perjalanan program tersebut.
Beliau juga berkata, BN akan meneruskan penggunaan simbolnya sendiri untuk pilihan raya.
“Cuma kita belum memutuskan dengan parti rakan lain mengenai penggunaan lambang biasa atau lambang masing-masing.
“Walaupun ada lambang PN, belum ada keputusan. Semua akan lebih jelas pada akhir bulan ini,” tambah Bung, yang memimpin jentera pilihan raya BN di Sabah.
Dalam pada itu, Yong, yang mengesahkan SAPP juga diundang ke pelancaran itu, berkata, ia akan menjadi permulaan politik baru di Sabah.
“Suatu permulaan yang baru buat Sabah. Bukan BN dan bukan Pakatan Harapan (PH) yang merosakkan diri sendiri.
“Orang akan memberi peluang kepada Muhyiddin untuk memperbaiki semua,” katanya.
Ketika ditanya apakah pelancaran PN di Sabah akan menjadi titik tolak parti pembangkang dalam hasrat mereka untuk mengalahkan gabungan Warisan Plus, Lee berkata: “Kita akan melihatnya selepas Sabtu ini.”
Beliau bagaimanapun berkata, pertandingan banyak penjuru berkemungkinan berlaku.
“Ini hampir tidak dapat dielakkan, tetapi 2 pihak terkuat akan tetap BN-MN-PN Plus lawan gabungan Warisan Plus, Warisan, Upko, DAP dan PKR,” katanya.
Katanya, organisasi seperti Parti Cinta Sabah, Parti Liberal Demokratik dan Parti Gagasan Rakyat Sabah boleh menjadi kekuatan ke-3 jika mereka membentuk sebuah pakatan.
#Sumber : FMT   

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/pelancaran-pn-boleh-satukan-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Rancangan Pilihan Raya Mengejut Di Kedah Kata Mb

Tiada Rancangan Pilihan Raya Mengejut Di Kedah Kata Mb

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 229 hits
r Muhammad Sanusi Md Nor bercakap pada sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar semalam ALOR SETAR Kedah tidak bercadang mengadakan pilihan raya mengejut kerana pentadbiran sedia ada stabil kata Menteri Besarnya Muhammad Sanusi Md Nor...
Rahman Dahlan Bantah Bung Moktar Ketuai Pilihan Raya Umno Sabah

Rahman Dahlan Bantah Bung Moktar Ketuai Pilihan Raya Umno Sabah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 458 hits
Ketua UMNO Bahagian Tuaran Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama sebahagian pemimpin UMNO Sabah mengadakan sidang media berhubung Pilihanraya Negeri Sabah di Kuala Lumpur UMNO Sabah bantah Bung Moktar ketuai PRN Sabah Ketua Bahagian UMNO S...
Isu Pilihan Raya Ini Kata Spr

Isu Pilihan Raya Ini Kata Spr

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 249 hits
PUTRAJAYA Dalam kesibukan melakukan persiapan bagi pengendalian Pilihan Raya Negeri Sabah pada September dan pada masa sama menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim di Perak pada 29 Ogos Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Piliha...
Penganalisis Politik Pilihan Raya Kecil Dun Slim Wadah Pejuang Untuk Test Market

Penganalisis Politik Pilihan Raya Kecil Dun Slim Wadah Pejuang Untuk Test Market

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim menjadi medan ujian kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad menguji sambutan orang ramai terhadap parti baharu mereka Penganalisis Politik dan Media Sosial dari Universiti Teknologi Mara P...
Now Bercadang Sertai Pilihan Raya Kata Bekas Ketua Wanita Pkr

Now Bercadang Sertai Pilihan Raya Kata Bekas Ketua Wanita Pkr

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 250 hits
Ketika bekas ketua wanita PKR Haniza Talha mengumumkan penubuhan sebuah organisasi Nation of Women pada Jun lalu dia menegaskan bahawa ia bukanlah suatu gerakan politik Namun ia tidak bermaksud organisasi bukan kerajaan itu tidak akan sama ...
26 Sept Ini Ditetepkan Sebagai Tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah

26 Sept Ini Ditetepkan Sebagai Tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 305 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah Hal itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom di Kota Kinabalu sebentar tadi Untuk tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Sept Terdahu...
Tubuh Parti Orang Muda Usaha Sia Sia Kata Penganalisis Politik

Tubuh Parti Orang Muda Usaha Sia Sia Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 276 hits
SHAH ALAM Cendekiawan sains politik Dr Chandra Muzaffar bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keputusan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merintis penubuhan sebuah parti pol...
Kenyataan Zawawi Tak Berasas Boleh Cetus Perbalahan Kata Pbs

Kenyataan Zawawi Tak Berasas Boleh Cetus Perbalahan Kata Pbs

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 255 hits
Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah Joniston Bangkuai menyifatkan kenyataan ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh tidak berasas dan boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama di negara ini KOTA KINABALU Ketua Peneran...
Kemenangan Di Slim Bukti Mn Semakin Dapat Sambutan Kata Penganalisis

Kemenangan Di Slim Bukti Mn Semakin Dapat Sambutan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 373 hits
PETALING JAYA Penganalisis politik melihat keputuan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Slim semalam sebagai pengesahan kekuatan Muafakat Nasional yang merupakan gabungan 3 parti politik Melayu terbesar Sivamurugan Pandian dari Univers...
5 Sekawan Dipenjara 36 Tahun 12 Sebatan Kerana Bunuh

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Ringgit Has Been Unfortunate Unfairly Assessed Vs Us Dollar Bnm

Ringgit Closes Almost Unchanged As Opr Remains At 3

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Staycation Di Flemington Hotel Taiping



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Drama Khun Sa Beri Kesedaran Kepada Rakyat

Harum Mewangi

Websitepgslot 4 May 67 Pgslot Top 36 By Joy Temmax69 Temmax69 Me

Pgslot Pgslotth Games 24 24 Pg Top 32 By Shona

Crisis Management 101

Elok Kita Saja Yang Tanam Bawang Harian Metro 09 05 2024