Bukan Salah Kami


Rawny sudah stabil dan menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan. - Foto Ihsan Pembaca
Sandakan: Pemandu pacuan empat roda yang putus tangan kanan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 66, Jalan Beluran-Telupid, semalam, menafikan kenderaan yang dipandunya memasuki lorong bertentangan.

Sebaliknya, Rawny Alivat Taha, 33, berkata, kenderaan mereka berada di lorong betul tetapi dirempuh sebuah lori yang datang dari arah hadapan.

Menurutnya, sebelum kemalangan, dia bersama lima ahli keluarga lain, termasuk isteri dalam perjalanan pulang ke Penampang selepas bercuti di rumah keluarga di Beluran.

"Ketika kejadian, kenderaan yang saya pandu di belakang dua kenderaan lain menuju ke Kota Kinabalu sebelum lori itu muncul di lorong yang kami lalui.

"Akhirnya berlaku kemalangan dan menyebabkan kenderaan kami terhumban ke kiri jalan.

"Selepas (kenderaan) dilanggar, saya tidak tahu bagaimana tangan saya boleh jadi begitu (putus). Kejadian berlaku sangat pantas," katanya ketika ditemui di Hospital Duchess of Kent Sandakan, hari ini.

Rawny berkata, dalam keadaan parah, dia sempat keluar dari kenderaan yang sudah remuk teruk ketika itu.

"Saya tidak pengsan malah mampu keluar sendiri dan duduk di tepi jalan, kemudian ada pengguna jalan raya lain yang membantu kami.

"Pemandu lori itu melarikan diri tidak tahu ke mana. Kalau dia tidak salah kenapa tidak berhenti dan bantu kami," katanya.

Sementara itu, isterinya, Fanny Jukin, 36, berkata, sebelum kenderaan mereka dirempuh, dia lihat dengan jelas lori itu kerana dia duduk di kerusi penumpang belakang suaminya.

"Dari jauh, saya lihat lori itu penuh dengan muatan tapi ditutup dengan sesuatu. Saya tidak pasti muatan apa, cuma melebihi 'atap' lori terbabit.

"Lori itu seperti mengelak sesuatu dan masuk ke lorong kami. Akibatnya lori itu menggesel bahagian kanan kenderaan kami.

"Nasib baik kami semua memakai tali pinggang keselamatan dan tidak terhumban keluar dari kenderaan," katanya.

Katanya, sejurus kejadian itu, mereka semua keluar sendiri dari kenderaan.

"Sebaik keluar, saya tidak melihat lori itu lagi. Tidak tahu ke mana dia (pemandu lori) melarikan diri.

"Sampai hati dia terus lari begitu saja selepas melanggar kenderaan kami sehingga tangan suami saya putus, malah kami pula dipersalahkan," katanya.

Dalam pada itu, Fanny berkata, dia berharap orang ramai berhenti menyebar gambar kemalangan yang menyebabkan tangan suaminya itu terputus.

"Kami menafikan dakwaan (punca kemalangan) itu sekeras-kerasnya dan turut berharap orang ramai tidak menyebarkan lagi gambar kecederaan suami," katanya.

Semalam, Kira-kira 4.20 petang, pacuan empat roda Toyota Vigo dinaiki Rawny bersama keluarga bertembung dengan sebuah lori. - HMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mysabahnews.blogspot.com/2019/02/bukan-salah-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Linda Rafar Saman 100 Netizen Adakah Anda Salah Seorang Daripadanya

Linda Rafar Saman 100 Netizen Adakah Anda Salah Seorang Daripadanya

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 973 hits
PENYANYI Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu Linda 4...
10 Ilusi Optik Yang Membuatmu Merasa Tertipu Atau Memang Matamu Yang Salah Lihat Foto Ini Ya

10 Ilusi Optik Yang Membuatmu Merasa Tertipu Atau Memang Matamu Yang Salah Lihat Foto Ini Ya

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 332 hits
Meski hanya ilusi optik kita sukses dibuat mikir keras lo Apalagi lihatnya sambil ngantuk ngantuk gitu D
Gara Gara Salah Guna Twitter Penyanyi Terkenal Indonesia Ahmad Dhani Dipenjara 18 Bulan

Gara Gara Salah Guna Twitter Penyanyi Terkenal Indonesia Ahmad Dhani Dipenjara 18 Bulan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 360 hits
JAKARTA nbsp Artis Indonesia Ahmad Dhani yang pernah popular menerusi kumpulan Dewa 19 dijatuhi hukuman penjara satu tahun enam bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kebencian di media sosial Loading var D new Date d do
Kenapa Allah Temukan Kita Pada Orang Yang Salah

Kenapa Allah Temukan Kita Pada Orang Yang Salah

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 1997 hits
Dalam hidup ni tak semua orang yang kita jumpa itu menyenangkan kita Ada kalanya orang tu sangat menyakitkan kita Dan terdetik kat hati ishh Kenapa lah aku jumpa dia Tapi ingat Pertemuan dan perpisahan itu adalah atas izin Allah jua Ada ban...
Diet Kalau Salah Cara Tak Kurus Juga Ini Strategi Diet Yang Betul Untuk Mama Amalkan

Diet Kalau Salah Cara Tak Kurus Juga Ini Strategi Diet Yang Betul Untuk Mama Amalkan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 372 hits
Anda boleh mengawal pemakanan melalui jumlah porsi makanan yang diletakkan di dalam pinggan Bagi melatih diri ambil sehelai kertas lukiskan bulatan mengikut saiz pinggan Kemudian bahagikan kepada empat bahagian Tuliskan empat perkara iaitu ...
Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah

Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 395 hits
Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah
Sebuah Universiti Awam Tutup Salah Laku Seksual Pengajar

Sebuah Universiti Awam Tutup Salah Laku Seksual Pengajar

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 447 hits
AMNI JAGAT Sebuah universiti awam di Kuala Lumpur didapati menyembunyikan kes berkenaan salah laku seksual yang berlaku di institusi berkenaan Menurut dokumen awam yang diterima salah laku tersebut telah disebutkan di Mahkamah Tinggi Kuala ...
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Cara Tebus Bantuan Tunai Rm100 Sara Guna Mykad

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Opportunity For Improvement Loke Offers Maxim And Indrive Chance To Address Compliance Concerns

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Quiet Like Stone

5 Minit Je Perkongsian Lelaki Claim Bagasi Baru Di Klia Jadi Tumpuan

Frentastix Cari Jalan Pulang Chord

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe