Diet Kalau Salah Cara Tak Kurus Juga Ini Strategi Diet Yang Betul Untuk Mama Amalkan


Anda boleh mengawal pemakanan melalui jumlah porsi makanan yang diletakkan di dalam pinggan. Bagi melatih diri, ambil sehelai kertas, lukiskan bulatan mengikut saiz pinggan. Kemudian bahagikan kepada empat bahagian. Tuliskan empat perkara iaitu Karbohidrat, Protein, Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Berikut ialah penerangan terperinci tentang empat bahagian atau porsi diet sihat tersebut.

Nasi (karbohidrat) Karbohidrat adalah perlu dalam menu harian. Ambillah nasi sebagai sebahagian daripada diet anda. Ada pelbagai jenis beras boleh diperoleh di pasaran. Ramai pengamal diet sihat memilih beras perang untuk menggantikan beras putih. Malah anda boleh mengambil roti berprotein tinggi atau kentang sebagai ganti. Terpulang pada keupayaan dan keinginan. Paling penting anda mengambilnya kerana ia mampu membuatkan anda rasa kenyang. Karbohidrat kompleks bersifat slow release, sehingga metabolisme tidak memerlukan hormon insulin yang terlalu banyak.
Ikan atau ayam (protein) Daripada mengambil protein daripada daging merah, lebih baik pilih daging ayam atau ikan kerana kandungan lemaknya lebih rendah. Orang yang sering makan ikan boleh menurunkan kadar hormon leptin dalam tubuhnya. Tingginya hormon ini membuat metabolisme tubuh menjadi lambat, sehingga boleh menimbulkan obesiti. Salmon, tuna, makerel adalah ikan yang disarankan pengambilannya minimum seminggu sekali.
Sayur Sayur dan ikan bukan pilihan walau pun ia mengandungi protein. Sayur merupakan makanan ruji yang perlu ada dalam setiap hidangan dan diambil hampir sama banyak dengan ikan. Sayur mengandungi zat mineral dan vitamin serta serat yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan.
Buah segar Buah segar sama penting dengan sayur. Ambil pada jumlah yang hampir sama dengan sayur. Ambillah buah dalam bentuk segar berbanding jus. Buah-buahan yang dibuat jus akan kehilangan serat yang diperlukan tubuh. Apatah lagi jika anda membeli jus dari kedai. Selalunya ia akan tinggi kalori kerana ditambah gula atau susu pekat.
Setelah anda ketahui empat porsi makanan sihat ini, maka bayangkan anda meletakkannya di dalam pinggan. Ingat, porsi hendaklah dibahagikan dengan empat iaitu satu porsi nasi (karbohidrat), satu porsi ikan (protein haiwan), satu porsi sayur (zat dan mineral) dan satu lagi porsi buah-buahan (serat).
Bila nak makan?
Berdasarkan porsi yang diberikan di atas, kini anda perlu tahu pula bila waktu yang sesuai untuk menikmati hidangan tersebut berdasarkan waktu makan. Umumnya waktu makan ada tiga iaitu:
Sarapan Makanan yang diambil pada waktu pagi biasanya mengandungi karbohidrat kerana anda perlukan tenaga sepanjang hari. Bagaimanapun, corak pekerjaan sudah berubah. Kerja di dalam pejabat tidak memerlukan tenaga yang banyak berbanding buruh binaan atau pekerja ladang. Usah makan nasi lemak sepinggan penuh. Imbangkan dengan porsi yang disarankan di atas. Tambahkan ulam-ulaman dan buah-buahan. Contohnya sedikit nasi kerabu dengan ikan atau ayam dan ulam yang banyak. Mulakan dengan dua gelas air masak sebelum bersarapan. Ia akan mencuci usus sebelum menyambung tugas berat mencerna makanan anda seterusnya.
Makan tengah hari Makan tengah hari lebih mudah untuk mengikut porsi sihat yang dicadangkan. Letakkan setiap jenis makanan mengikut empat porsi yang dicadangkan. Pilih nasi atau kentang, kemudian ambil ikan atau ayam dan sayur yang segar atau tidak terlalu masak serta buah-buahan. Jika anda makan di luar, pastikan anda boleh mendapatkan semua itu di situ atau anda bawa bekal buah. Jika di rumah, memang lebih mudah kerana anda tidak perlu gusar. Semuanya mudah dicapai. Jangan lupa, minum dulu segelas air masak sebelum makan. Ia akan membantu penghadaman anda.
Makan malam
Bagi yang ingin mengurangkan berat badan, hindari karbohidrat saat makan malam. Gantikan dengan memperbanyakkan buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran yang berserat. Anda tidak perlukan bekalan tenaga yang tinggi kerana aktiviti pada malam hari tidak seberat pagi dan siang hari. Tenaga yang tidak diguna akan bertukar menjadi lemak dalam badan. Ingat, tidur selepas dua jam makan malam. Strategi saat makan
Dengan menjaga pola diet yang sihat, usaha untuk menurunkan berat badan akan berhasil. Berikut ialah strategi yang perlu diatur saat makan:
Kurangkan makan. Cuba usahakan makan dua kali sehari. Puasa! Makan sahur jam 5.00 pagi dan berbuka jam 7.00 petang. Jika tidak berpuasa, boleh cuba sarapan lewat sedikit (brunch) iaitu pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi. Manakala makan petang jam 4.00 hingga 5.00 petang. Untuk snek malam, cukup minum segelas susu. Bagaimanapun, pada yang tidak berpuasa, minumlah air masak sebanyak mungkin sepanjang hari. Makan sayur dan buah dahulu sebelum nasi atau ikan. Perut anda akan cepat kenyang dan kebarangkalian untuk menambah hidangan akan kurang. Usah makan terlalu kenyang. Kunyah makanan sehingga hancur kerana makanan yang hancur akan membuatkan perut anda lebih kenyang. Buang air dengan lancar. Elakkan daripada masalah sembelit. Banyakkan makan buah betik, pisang, mangga atau nanas jika anda kurang buang air besar. Berjalan 10 kilometer sehari. Jika tidak mampu atau tidak ada masa, eloklah bersenam di rumah atau gim, joging, berenang atau berbasikal. Elakkan snek dan makanan ringan. Jika lapar ambillah kekacang yang kurang garam, buah segar atau kering seperti kurma dan aprikot. Usah fikirkan sangat tentang berat hingga membuatkan anda berasa terdesak atau stres. Stres boleh mengundang padah. Anda mungkin akan berasa lapar yang luar biasa sedangkan anda sebenarnya tidak lapar. Jadi, cuba relaks dan buat kerja seperti biasa. Biarlah berat badan anda turun secara semula jadi. Sebuah kajian di University of Adelaide, Australia, mendapati wanita membakar lemak tubuhnya 30% lebih banyak ketika masa ovulasi (jika kitaran haid anda 28 hari, dikira bermula dari hari ke-13  atau ke-14 setelah hari pertama haid) hingga dua hari sebelum haid. Pada masa itu, peluang anda untuk menurunkan berat badan lebih besar berbanding masa lainnya. Manfaatkan masa itu dengan berolahraga agar proses pembakaran lemak lebih maksimum. Minum air masak atau mineral. Elakkan minuman berkarbonat atau air bergula yang sangat tinggi kalori – 200 kal. Bagi penggemar teh, minumlah teh hijau tanpa gula. Menurut The American Journal of Clinical Nutrition 1999, kafein dalam teh hijau mampu meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak empat peratus, jika ekstrak teh hijau diminum tiga kali sehari. The post Diet Kalau Salah Cara Tak Kurus Juga! Ini Strategi Diet Yang Betul Untuk Mama Amalkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/diet-kalau-salah-cara-tak-kurus-juga-ini-strategi-diet-yang-betul-untuk-mama-amalkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rupanya Masih Ramai Yang Salah Cara Mandi Wajib Ini Cara Mandi Wajib Yang Betul

Rupanya Masih Ramai Yang Salah Cara Mandi Wajib Ini Cara Mandi Wajib Yang Betul

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 457 hits
Mandi wajib atau juga dipanggil mandi ju nub tidak boleh dipandang ringan Samada terkelur air mani selepas berse tubuh atau selepas haid atau nifas cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting Ini kerana jika mandi wajib tidak betul ib...
Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah

Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 345 hits
Terkini Lge Azmin Tak Sependapat Ini Jawapan Tun Mahathir Keduanya Betul Tapi Masa Salah
Anak Selalu Kena Demam Selesema Jangan Biarkan Saja Ayuh Mama Buat 5 Cara Ni

Anak Selalu Kena Demam Selesema Jangan Biarkan Saja Ayuh Mama Buat 5 Cara Ni

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 453 hits
Baru saja bulan lepas anak demam dan selesema bulan ni si kecil demam lagi Kali ini lebih teruk lagi bila hingus mula bertukar warna kehijauan ditambah dengan batuk berkahak Orang kata anak demam bila beralih bulan tapi kalau setiap bulan a...
Cara Siang Dan Cuci Ketam Dengan Betul

Cara Siang Dan Cuci Ketam Dengan Betul

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 1258 hits
Ramai yang suka makan ketam Tapi nak kopek satu hal yang tu masa makan Nak cuci satu hal Hah yang ni untuk orang yang masak lah kan Jadi hari ni kami share video cara cara cuci ketam
Elak Batuk Atau Sakit Tekak Ini Cara Betul Makan Limau Mandarin

Elak Batuk Atau Sakit Tekak Ini Cara Betul Makan Limau Mandarin

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 554 hits
Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat Cina tidak lama lagi Sebelum tiba hari perayaan ini limau Mandarin sememangnya mudah didapati di mana mana sahaja Di pasar raya mahu pun di gerai buah buahan biasa ada dijual dengan harga yang m...
Nak Wajah Kelihatan Awet Muda Amalkan 8 Petua Cara Islam Ini Rugi Tak Amalkan

Nak Wajah Kelihatan Awet Muda Amalkan 8 Petua Cara Islam Ini Rugi Tak Amalkan

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 511 hits
Nak Wajah Kelihatan Awet Muda Amalkan 8 Petua Cara Islam Ini Rugi Tak Amalkan Bagaimanakah untuk kekal muda dan berseri Meskipun bertambahnya usia banyak orang yang tidak mahu wajah kelihatan tampak tua Hal itu membuatkan ramai berusaha unt...
Langkah Demi Langkah Cara Menulis Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Dengan Format Yang Betul

Langkah Demi Langkah Cara Menulis Kertas Kerja Rancangan Perniagaan Dengan Format Yang Betul

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 1841 hits
Adakah anda memerlukan kertas kerja rancangan perniagaan untuk bisnes yang anda sedang jalankan Bagaimana kalau saya kongsikan kepada anda langkah demi langkah apa yang perlu anda lakukan untuk menghasilkan sebuah kertas kerja rancangan per...
Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Untuk Kesan Yang Terbaik Tanpa Perlu Membazir

Cara Makan Vitamin C Dengan Betul Untuk Kesan Yang Terbaik Tanpa Perlu Membazir

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 558 hits
Siapa yang tak nak sihat Siapa juga yang tak nak cantik Dek kerana faktor untuk menjadi semakin sihat dan cantik dalam satu masa inilah telah menyebabkan ramai orang terutama di kalangan wanita yang sangat suka untuk beli dan makan Vitamin ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya