Bukan Protes Tapi Tawar Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Duta Malaysia


JAKARTA, 12 Sept (Bernama) — Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu, sebaliknya menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah Indonesia ketika ini.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar berkata surat rasmi kerajaan Malaysia menerusi Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin, berhubung tawaran itu telah disampaikan kepada pemerintah Indonesia, baru- baru ini.
“Tidak ada surat protes, tapi (surat) keinginan Malaysia untuk menangani jerebu (membantu memadam kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Indonesia), ” katanya kepada pemberita selepas Majlis Resepsi Hari Kebangsaan Malaysia 2019, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar seperti dilaporkan media tempatan yang kononnya Malaysia telah menghantar surat bantahan, menuduh Indonesia menjadi punca berlakunya jerebu di Malaysia.
Siti Nurbaya juga dilaporkan akan menulis surat kepada Zainal Abidin bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
Menurut Siti Nurbaya, berdasarkan laporan Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, asap atau jerebu akibat kebakaran di Kalimantan dikesan bergerak ke Malaysia (Sarawak) hanya dalam tempoh satu jam sahaja pada Ahad lepas.
“Asap (jerebu) yang masuk ke Malaysia, ke Kuala Lumpur, itu dari Sarawak dan dari Semenanjung Malaysia, dan juga mungkin sebahagian dari Kalimantan Barat. Oleh itu (Malaysia) seharusnya objektif menjelaskannya,” kata Siti Nurbaya.
Namun, menurut Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi, beliau tidak pernah menerima sebarang surat bantahan dari Malaysia berhubung perkara itu.
“Sampai sekarang saya belum terima (surat protes) (tapi) Menteri Siti Nurbaya dan BMKG sudah buat kenyataan berkaitan masalah ini (kononnya Malaysia hantar surat bantahan),” kata Retno dipetik media tempatan.
Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan telah terbakar sejak Januari lepas, dengan beratus hektar dilaporkan masih terbakar melibatkan beberapa provinsi atau wilayah di Indonesia.
Lebih 6,000 petugas pemadam kebakaran, yang turut dibantu polis dan tentera kini dikerahkan memadam kawasan kebakaran di Riau, Jambi, Pekanbaru dan Kalimantan.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/12/bukan-protes-tapi-tawar-bantu-indonesia-tangani-kebakaran-duta-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Alam Sekitar Indonesia Kritik Pemerintah Tidak Serius Tangani Kebakaran Hutan Bernama

Aktivis Alam Sekitar Indonesia Kritik Pemerintah Tidak Serius Tangani Kebakaran Hutan Bernama

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 41 hits
JAKARTA 17 Sept Aktivis alam sekitar Indonesia mengkritik pemerintah yang dilihat tidak serius dalam menangani kebakaran sehingga berlaku jerebu teruk dan menjejaskan keselamatan awam Memetik laporan media tempatan jerebu itu bukan sahaja m...
Menteri Olahraga Malaysia Protes Ke Fifa Karena Dilempari Suporter Indonesia

Menteri Olahraga Malaysia Protes Ke Fifa Karena Dilempari Suporter Indonesia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 29 hits
Saddiq menyampaikan akan membuat laporan resmi pada pemerintah Indonesia Saat kejadian Saddiq tengah berada di dalam stadion untuk memberi dukungan bagi timnas Malaysia di putaran kedua Piala Dunia FIFA 2022
Bomba Malaysia Sedia Bantu Indonesia Atasi Jerebu

Bomba Malaysia Sedia Bantu Indonesia Atasi Jerebu

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 62 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat sedia membantu memadamkan kebakaran hutan di Indonesia jika diperlukan bagi mengatasi masalah jerebu kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Kita sedia untuk bekerjasama jika pertolongan ...
Lalin Di Gbk Padat Jelang Laga Indonesia Malaysia

Lalin Di Gbk Padat Jelang Laga Indonesia Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 21 hits
Beberapa dari penonton juga nampak memilih berjalan kaki bersama rombongan untuk menjangkau lokasi stadion
Penyokong Malaysia Di Gbk Disambut Hujan Batu Oleh Indonesia

Penyokong Malaysia Di Gbk Disambut Hujan Batu Oleh Indonesia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 35 hits
Kira kira 400 orang penyokong Malaysia yang menyambut cabaran untuk ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta disambut dengan balingan batu oleh penyokong pasukan tuan rumah Kejadian dikatakan berlaku di pintu masuk ketika penyokong Malaysia ...
Malaysia Bangkit Tewaskan Indonesia 3 2

Malaysia Bangkit Tewaskan Indonesia 3 2

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 21 hits
Malaysia bangkit tewaskan Indonesia 3 2 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 5 Sep 2019 11 06PM
Kemarau 15 Tahun Malaysia Benam Indonesia 3 2 Di Bung Karno

Kemarau 15 Tahun Malaysia Benam Indonesia 3 2 Di Bung Karno

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 23 hits
Dua gol Malaysia dijaringkan Mohamadou Sumareh dan satu jaringan lagi disumbangkan Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke 66 Foto oleh Razak GhazaliKUALA LUMPUR 5 Sept Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua kali dan berjaya menewaskan Indon...
Rakyat Malaysia Hujani Ruangan Komen Fifa Minta Indonesia Dikenakan Tindakan Tegas Ban Dari Sukan Bola Sepak

Rakyat Malaysia Hujani Ruangan Komen Fifa Minta Indonesia Dikenakan Tindakan Tegas Ban Dari Sukan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 68 hits
Ngauman kejayaan sang Harimau Malaya yang menggegar seluruh stadium berakhir dengan insiden rusuhan yang seterusnya mencetus situasi tegang Para penyokong Malaysia dibawa melalui sebuah terowong dan dikumpulkan disebuah tempat untuk dikuara...
Malaysia Edge Indonesia 3 2 In Thrilling World Cup Qualifier

Malaysia Edge Indonesia 3 2 In Thrilling World Cup Qualifier

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 32 hits
Mohamadou Sumareh and Syafiq Ahmad scored the goals for Malaysia PETALING JAYA Malaysia defeated Indonesia 3 2 in their Group G opener of the 2022 World Cup 2023 Asian Cup qualifiers at the Gelora Bung Karno Stadium in Jakarta tonight Moham...
Tulisan Budak Perempuan Ini Cantik Seperti Guna Komputer

Subhanallah Dua Pemain Rebah Disambar Petir Ketika Aksi Persahabatan

Zarina Anjoulie Buka Tudung Sekarang Makin Seksi Siap Nampak N1ples Lagi

Polis Siasat Insiden Dua Lelaki Bertumbuk Di Plaza Tol Bukit Kiara

Dap Terus Dendang Lagu Rasis Bodohkan Rakyat

Walaupun Sekolah Sampai Darjah 6 Tetapi Lelaki Ini Jutawan

Nak Kurus Perlu Bersenam Setiap Hari Ke

Cara Mudah Nak Semak Nilai Ipu Tempat Anda Guna Smartphone



Sejarah Bencana Jerebu Yang Saban Tahun Menghantui Malaysia

Bagaimana Pembenihan Awan Membantu Menangani Jerebu

Bagaimana India London dan Hong Kong Menyelesaikan Isu Rumah Tak Terjual

Kisah Kematian Akibat Menang Loteri RM68 Juta

Kenapa Bas Sekolah Di Seluruh Dunia Berwarna Kuning


Senarai Pusat Pengajar Kursus Pengendali Perancah Diiktiraf Jkkp

Award Tutorial Ji Chang Wook Nominated For Popularity Award At 2019 Asia Artist Awards

Hidup Ini Simple

Kord Lagu Carefree Rindu Bayangan

Sosej Sedaap Keluaran Al Baity 100 Isi Ayam Sebenar

Hiburan Noor Nabila Fail Permohonan Hak Jagaan Anak Sementara