Bukan Mudah Ahli Sukan Wanita Menutup Aurat Syabas




5 wanita berhijab yang hebat di arena sukan

Bukan mudah mahu menjadi ahli sukan wanita, apatah lagi yang perlu menutup aurat. Di Malaysia, ramai atlet wanita bertudung pernah dikecam netizen kerana mengenakan pakaian sedikit ketat dan dikatakan tidak patuh syariah.
Uniform sukan bagi atlet wanita Muslim sememangnya sukar didapati. Kebanyakan wanita Islam yang ingin menyertai pertandingan di seluruh dunia didapati tidak menepati syarat-syarat pakaian sukan. Hanya baru-baru dan kebelakangan ini sahaja pelbagai persatuan sukan antarabangsa mula mengalihkan perhatian mereka kepada wanita berhijab.


Pada tahun 2012 misalnya, Persatuan Bola Tampar Antarabangsa telah mengubah syarat pematuhan pemakaian supaya membenarkan pakaian yang tidak begitu mendedahkan semasa Olimpik di London. Itupun setelah banyak negara melobi agar ia dibuat. FIFA pula hanya membenarkan wanita berhijab menyertai perlawanan bola sepak di bawah anjurannya bermula tahun 2014.Walaupun sukar dengan pelbagai kekangan, namun masih terdapat beberapa atlet Muslimah yang meneruskan cita-cita mereka untuk mencipta nama dalam arena sukan di seluruh dunia:1. Ibtihaj Muhammad, pemain pedangAtlet berusia 31 tahun yang berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat ini telah menjadi ahli sukan Amerika pertama yang memakai hijab di Sukan Olimpik di Rio pada tahun lepas.Ibtihaj mula bermain dengan pedang semasa usianya 13 tahun selepas minatnya disokong oleh ibu. Lagipun, beliau boleh bermain sukan ini sambil memakai pakaian yang menutup aurat. Lama-kelamaan, bakat dan semangat Ibtihaj kemudian semakin mendapat perhatian daripada banyak pihak.

Bekas Presiden US, Barack Obama pernah menyebut tentang kisah Ibtihaj semasa presiden itu memberi ucapan apabila pertama kali melawat masjid di sana. Ibtihaj juga pernah dijemput hos terkenal, Ellen Degeneres datang ke set rancangannya untuk menunjukkan skil pedang Ibtihaj.2 Kimia Alizadeh Zenoorin, taekwondoWalaupun ahli sukan wanita Iran tidak boleh menyertai pertandingan stadium dalam negara itu sendiri, kerajaan Iran telah memberi kelonggaran kepada kesemua ahli sukan wanita untuk menjadi peserta Olimpik dengan syarat mereka mengenakan hijab dan tidak memakai baju lycra atau sendat.
Semasa sukan Olimpik di Rio, Kimia Alizadeh menjadi atlet wanita pertama dari Iran yang memenangi pingat dalam acara Olimpik. Ketika itu, beliau menewaskan Nikita Glasnovic dari Sweden 5-1 dalam pusingan tempat ketiga yang bertanding untuk pingat gangsa.3 Amaiya Zafar, ahli tinjuAmaiya merupakan seorang ahli tinju muda berusia 16 tahun yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat. Apabila berada dalam gelanggang, Amaiya menyarungkan baju lengan panjang dan seluar sendat sebelum memakai uniform tinjunya.
Apabila Amaiya ingin menyertai pertandingan Tinju besar di Amerika Syarikat pada bulan September 2015, beliau tidak dibenarkan menjadi peserta kerana peraturan antarabangsa yang menyatakan ahli tinju tidak dibenarkan menutup lengan kaki.Rentetan itu, Amaiya dan keluarganya yang diwakili Majlis Perhubungan Muslim-Amerika Syarikat (CAIR) telah mendesak agar Persatuan Tinju AS meminta kebenaran sementara daripada Persatuan Tinju Antarabangsa untuk membiarkannya memakai pakaian menutup aurat.
Walau bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Tinju AS berkata peraturan itu dibuat atas dasar keselamatan kesemua atlet dan berpendapat bahawa tiada sebarang pindaan akan dibuat dalam masa terdekat.Walaupun peraturan itu masih berkuat kuasa sehingga ke hari ini, Amaiya masih tidak berputus asa. Beliau masih lagi aktif bertinjuk di gimnasium tempatan.4 Zahra Lari, Peluncur ais berbungaPeluncur ais dari Emiriah Arab Bersatu ini mula berjinak-jinak dengan dunia meluncur sejak berusia 11 tahun.
Pada tahun 2012, beliau merupakan peluncur ais berbunga pertama dari wilayah Arab yang menyertai piala Eropah. Kini, Zahra sedang mempersiapkan diri untuk menyertai sukan Olimpik pada tahun hadapan. Jika beliau berjaya melepasi ujian saringan, Zahra mungkin wanita pertama dari negara padang pasir menyertai sukan olimpik musim sejuk.5 Amna Al-Haddad, ahli sukan angkat beratAmna ialah atlet angkat berat dari Emiriah Arab Bersatu. Pada awal penglibatannya, Amna merupakan seorang yang gemarkan makanan sihat sehinggalah beliau menjebakkan diri dalam arena angkat berat.

Pada tahun 2012, Amna menjadi wanita berhijab pertama yang menyertai acara CrossFit Asia. Pada tahun berikutnya, beliau juga menjadi Muslimah pertama yang menyertai Kejohanan Angkat Berat Arnold di Ohio.Pada tahun 2015, Amna telah memenangi 6 pingat emas dan 3 pingat perak pada Kejohanan Antara Kelab Asia anjuran Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa di Jordan.Nah, kini terbukti pakaian sopan dan menutup aurat bukan penghalang untuk berjaya dalam bidang sukan. (Oleh Rai Illani pada 19 May 2017 kategori Inspirasi/https://iluminasi.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/bukan-mudah-ahli-sukan-wanita-menutup_26.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna

Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 713 hits
Wanita Dan Kecantikan Memang Tidak Boleh Dipisahkan Ketahui Pakaian Yang Menutup Aurat Dengan Sempurna Wanita dan bercantik cantik memang tidak dapat dipisahkan Seharian tidak jumpa cermin seakan tidak lengkap hidupnya Pantang terlihat cerm...
Pemain Takraw Diwajibkan Menutup Aurat Dalam Semua Kejohonan Psm

Pemain Takraw Diwajibkan Menutup Aurat Dalam Semua Kejohonan Psm

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 372 hits
Alhamdulillah Allahuakbar tahniah PSMdalam sukan syariat dipertahankan PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan Presid...
Syarat Shalat Menutup Aurat 01

Syarat Shalat Menutup Aurat 01

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 379 hits
Sekarang kita masuk bahasan syarat shalat Menutup Aurat dari kitab Manhajus Salikin karya Syaikh As Sa di
Tiga Wanita Yang Wajar Diberi Penghargaan

Tiga Wanita Yang Wajar Diberi Penghargaan

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 343 hits
Sebagaimana dilaporkan media di sebalik terdedahnya arahan yang dibuat oleh Najib Razak untuk meminda laporan audit 1MDB yang jelas ianya adalah satu bentuk salah laku dan pengkhianatan kepada negara segala galanya bermula dengan hati beran...
Kasih Umpan Wanita Cantik Modus Baru Perampokan Di Jalur Pantura

Kasih Umpan Wanita Cantik Modus Baru Perampokan Di Jalur Pantura

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 288 hits
Dari banyaknya barang bukti yang disita dari 4 pelaku perampokan berinisial AP VJL A alias Kipli dan JW seperti sepeda motor dua HP dan roda empat jenis Toyota Agya tindak kriminal tersebut disinyalir merupakan jaringan besar
Mayat Wanita Berulat Di Laman Rumah

Mayat Wanita Berulat Di Laman Rumah

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 829 hits
Adila Sharinni Wahid26 November 2018Mayat yang dijumpai pasangan suami isteri itu di laman rumah KOTA BHARU Satu mayat berulat tanpa pakaian ditemui di laman sebuah rumah di Lorong Islah di sini tadi Mayat wanita berusia 60 an itu ditemui k...
Wanita Yang Berumur 49 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Usia 26 Tahun Cetus Perhatian Netizen

Wanita Yang Berumur 49 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Usia 26 Tahun Cetus Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 1433 hits
Perkahwinan pasangan yang berbeza usia tidak lagi menjadi isu besar pada ketika ini Masyarakat pada zaman sekarang lebih berfikiran terbuka dan menerima pasangan sepenuh hati sehinggakan sampai mendirikan rumah tangga Terbaru viral di laman...
Agrobank Lancar Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa I Khusus Untuk Wanita

Agrobank Lancar Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa I Khusus Untuk Wanita

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 464 hits
Agrobank Lancar Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa i Khusus Untuk WanitaSERDANG Selangor 25 Nov Agrobank hari ini melancarkan Program Pembiayaan Mikro Agro Nisaa i khusus untuk agropreneur wanita Majlis perasmian Agro Nisaa itelah disempur...
Wanita Bisu Dijual Ke Hidung Belang Uangnya Dipakai Beli Sabu Oleh Pelaku

Wanita Bisu Dijual Ke Hidung Belang Uangnya Dipakai Beli Sabu Oleh Pelaku

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 433 hits
Kepolisian masih melakukan pemeriksaan intensif terhadap pelaku penyekapan dan pemerkosaan terhadap NT 26 perempuan difabel bisu di Makassar Pelaku bernama Nasrianto Siadi 26 saat ini sementara ditahan di Mako Polsek Tamalate Warga jalan Pe...
Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru